Antaranya beliau menjadikan hujjah bagi manhajnya dengan berkata: “Sesungguhnya para imam umat Islam berbicara tentang Ahl al-Bid’ah dan para periwayat, mereka tidak mengisyaratkan sesuatupun yang menunjukkan wajib atau mereka mensyaratkan melakukan muwazanah. Mereka telah menulis beberapa kitab al-Jarh wa al-Ta’dil... (hingga ke akhir perkataannya)”[2] lalu Dr. Rabi’ menyebut beberapa tulisan para imam dalam ilmu tersebut, kemudian mengulangi bahawa mereka “Tidak mensyaratkan muwazanah ini (dalam melakukan kritikan).” Berikut beberapa pemerhatian ke atas perkataan Dr. Rabi’ ini:
Pertama: Perkataan
para imam dalam perkara-perkara bid’ah dan ahli bid’ah tidak sepertimana manhaj
Dr. Rabi’. Sebaliknya para ulama melakukan pertimbangan antara
kebaikan-kebaikan dan kesalahan-kesalahan mereka yang tiada keuzuran. Ketikamana kesalahan-kesalahan yang tiada
keuzuran itu yang terserlah, maka dikeluarkan hukum kepada mereka sebagai hukum
bid’ah. Setelah itu anda tidak bersalah jika menyebut salah seorang dari mereka
kerana salah satu sebab dari sebab-sebab yang dibenarkan, dimana anda tidak menyebut
melainkan aib mereka bertujuan memberi peringatan kepada orang ramai dari orang
tersebut atau agar mereka tidak tertipu dengan mereka. Sebaliknya Dr. Rabi’ tidak menjadikan tajuk
khas untuk ahli bid’ah, sebaliknya beliau memilih untuk mengkritik tokoh-tokoh
secara mutlak. Beliau juga tidak mengkhususkan mengkritik golongan-golongan
sesat sebaliknya kumpulan-kumpulan umum.
Kedua: Apa yang dikatakan terhadap ahli bid'ah, terdapat di dalam al-Dhuafa' (kitab
senarai nama-nama perawi yang dhoief). Para ulama juga tidak melahirkan para
periwayat yang lemah (dhuafa') di dalam kitab mereka (al-dhuafa'), dan tidak menghukum
mereka sebagai dhoief, melainkan setelah dinilai dengan timbangan yang adil –
bukan hanya dengan sebelah timbangan – setelah itu, jika yang terserlah adalah
kelemahan dan kesalahan, barulah mereka tergolong dalam Dhu’afa’.
Ketiga: Selain
itu, nama-nama yang tersenarai dalam kitab-kitab al-Dhu’afa, bukanlah semestinya
tercela secara mutlak. Sebaliknya yang tercela itu adalah riwayat mereka,
kebiasaannya para ulama menyentuh al-Jarh wa al-Ta’dil dari sudut ini.
Kadang-kala mereka adalah orang-orang yang saleh dari sudut agama, hanya lemah
dari sudut periwayatan. Kerana itu perbincangan kitab-kitab al-Dhu’afa adalah khas
dari sudut periwayatan. Bukanlah suatu yang pelik apabila pemilik kitab-kitab al-Dhu’afa akan hanya tertumpu pada membicarakan apa-apa yang ada kaitan dengan
periwayatan seperti perkataan mereka: "Orang itu Mungkar al-Hadis", "bukan seorang
yang kuat" dan seumpamanya. Inilah dia titik hukum yang diberikan kepada
seseorang periwayat oleh pemilik sesuatu kitab al-Dhu’afa.
Akan tetapi perkataan Dr.
Rabi’ mewujudkan kesamaran kepada pembaca, (kononnya) nama-nama yang tercatit
di dalam kitab-kitab Dhu’afa dan Majruhin telah melalui manhaj yang diserunya.
Sama sekali tidak, bahkan mereka telah melalui peringkat al-Muwazanah, setelah
itu mereka gagal (sekalipun telah melalui proses muwazanah). [ambil satu
contoh: seperti yang terdapat di dalam Dhu’afa oleh al-Zahabi ketika beliau
memperkenalkan Jisr bin al-Hasan al-Kufi. Al-Zahabi berpada dengan menyebut: “al-Nasaie
telah melemahkannya.” Mengapa? Kerana al-Zahabi telah melakukan timbangan di
dalam bukunya al-Mizan, beliau menyebut:
“al-Nasaie telah melemahkannya.” Al-Jauzajani pula berkata: “Wahiy
al-Hadis.” Berkata Ibn Ma’ien: “Tiada apa-apa.” Berkata Abu Hatim: “Tidak
aku melihat masalah padanya.” Maka
kitab al-Mizan yang ditulis oleh al-Zahabi terdapat di dalamnya pemeriksaan/penilaian, maka ia merangkumi al-Jarh wa al-Ta’dil, ketikamana
terserlah al-Jarh, maka tidak disyaratkan diistishabkan al-Tauthiq (pengekalan
penthiqahan), maka dimanakah Dr. Rabi’ dari manhaj seumpama ini?], di samping
terdapat juga selain mereka yang berjaya (melalui proses muwazanah), sehingga
melayakkan nama-nama mereka tersenarai di dalam kitab al-Thiqat, yang tidak
dinyatakan oleh Dr. Rabi’ sesuatupun tentang mereka, seolah-olah tiada sebarang
rasa lunak antara beliau dan mereka.
Keempat: sekalipun
kitab-kitab yang menyebut para perawi dhoief (Dhu’afa’) yang disebut oleh
beliau (Dr. Rabi’), beliau tidak memberi sebahagian contoh, apakah benar di
dalamnya membuktikan dakwaan Dr. Rabi’ kononnya para Imam tidak menyebut selain
dari keaiban dan keburukan? Sama sekali tidak, bahkan kitab-kitab al-Dhu’afa’
sekalipun, ada dinyatakan di dalamnya al-Ta’dil dan al-Tajrih, untuk pembaca
sebahagian contoh yang telah disembunyikan oleh Dr. Rabi’:
Pertama: Kitab
al-Mughniy fi al-Dhu’afa’ oleh al-Zahabi
o JABIR
BIN YAZID AL-JU’FI – Beliau merupakan salah seorang dari ketua-ketua ahli
bid’ah – telah ditohmah dengan tohmahan-tohmahan yang besar, dalam keadaan
sedemikian, ketika memperkenalkannya al-Zahabi berkata: “Seorang yang
masyhur dan ‘Alim, Thu’bah, al-Thauriy dan selainnya telah menghukum
beliau sebagai Thiqah.” Abu Daud pula berkata: “(Beliau) tidaklah kuat di
sisiku”. Al-Nasaie pula berkata: “(beliau seorang) Matruk.” dan sebahagian
ulama lain pula telah menghukum beliau sebagai seorang perawi dusta. Berkata
Ibn Ma’in: “Tidak ditulis hadis darinya.” Beliau mati pada tahun 128 H.”
Kedua: Kitab
al-Kamil fi Dhu’afa’ al-Rijal oleh Ibn ‘Adiy.
o
AL-HARITH BIN HASIRAH
AL-AZDIY, ABU NUKMAN AL-KUFIY. Ibn ‘Adiy berkata: “Jika al-Kuffiyun
(orang-orang Kufah) meriwayatkan darinya, secara umumnya riwayat al-Kufiyyin
darinya tentang kelebihan Ahl al-Bait. Apabila meriwayatkan darinya ‘Abd
al-Wahid bin Ziyad dan al-Basriyun (orang-orang Basrah), mereka meriwayatkan
daripadanya riwayat-riwayat yang berbagai, beliau (al-Harith bin Hasirah) pula
tergolong dari orang-orang yang cenderung kepada Syi’ah. Bersama dengan
kelemahannya itu, ditulis juga hadis darinya. Ibn Ma’in berkata: “al-Harith bin
Hasirah, seorang Khasyabiy Thiqah (خشبي ثقة).” Abu Ahmad al-Zubairiy pula berkata: “Harith bin Hasirah dan
Uthman Abu al-Yaqzan beriman dengan al-Raj’ah.”
Ketiga: al-Majruhin
oleh
Ibn Hibban.
o
Al-JARRAH BIN MALIH BIN 'ADIY, ABU WAKI' AL-KUFIY. Berkata Ibn Hibban: “Beliau seorang yang
membalik-balikkan sanad, dan menjadikan hadis Mursal sebagai Marfu’. Yahya bin
Ma’in menganggapnya sebagai pemalsu
hadis. Abu al-Walid Hisyam bin ‘Abd al-Malik dan Abu Daud menthiqahkannya,
demikian juga Yahya bin Ma’in berdasarkan riwayat ‘Abbas al-Duriy daripadanya.
Abu Hatim al-Raziy pula berkata: “Ditulis hadis daripadanya, dan tidak
dijadikan hujjah dengannya.” Berkata pula al-‘Ijliy: “Tidak mengapa dengannya,
anaknya lebih mulia (أنبل) darinya.” Berkata pula al-Azdiy:
“Ada perkataan ulama terhadapnya, beliau bukanlah seorang yang direstui di sisi
para ulama.” Berkata pula Muhammad bin ‘Abdillah bin ‘Ammar al-Mausiliy:
“(Beliau) seorang yang lemah.” Al-Nasaie pula berkata: “Tidak mengapa dengan
beliau.” Berkata pula al-Daraqutniy: “Tiada apa-apa, beliau seorang yang banyak
kesamaran, dan tidak diambil iktibar dengannya.”
Memadailah kami sertakan
kitab-kitab ini yang mengandungi Anzal al-Maratib di dalam al-Jarh. Dalam masa
yang sama tidak terkecuali di dalamnya disebut juga kebaikan-kebaikan (para
periwayat yang dilemahkan) – sekalipun ia bukanlah suatu yang mesti untuk
disebut kebaikan-kebaikan tersebut – ini semua menjadi bukti bagaimana jauhnya
Dr. Rabi’ dari manhaj Ahli Ilmu, menzahirkan juga beliau menjadi seolah-oleh
kebudakan (متطفل tiada nilai/tidak diundang) di medan para ulama.
bersambung...
0 comments:
Post a Comment