Bab Pertama: KESALAHAN-KESALAHAN
DR. RABI’ DARI SUDUT MANHAJ
Baca terlebih dahulu:
Siri (1)
Siri (2)
Siri (3)
Siri (4)
Siri (5)
Baca terlebih dahulu:
Siri (1)
Siri (2)
Siri (3)
Siri (4)
Siri (5)
Kitab
“Adhwa’ Islamiah ‘Ala ‘Aqidah Syed Qutb wa Fikrih” termasuk di dalam
himpunan kitab Naqd wa Taqwim al-Rijal, tajuk Naqd al-Rijal
merupasan satu tajuk yang amat merbahaya, medan yang amat luas, bagi sesiapa
yang ingin menempuh kajiannya, perlulah berkeahlian untuk memasukinya,
mempersiapkan kelengkapannya, mengasah pemikirannya dan memantapkan diri dan
nafsu, dimana dia dari semua itu! Memadailah firman Allah Ta’ala:
Mafhumnya: “Maka bertaqwalah
kamu kepada Allah sedaya supaya kamu” (al-Taghabun: 16)
Para ulama hadis merupakan mereka yang terbaik dalam
meletakkan garis-garis ketetapan dan mengasaskan ilmu ini, kerana itu
digabungkan ilmu yang Jami’ iaitulah ilmu “al-Jarh wa al-Ta’dil”, bahkan
al-Hakim[1] telah menjadika al-Jarh
wa al-Ta’dil ini sebagai dua cabang ilmu yang berasingan.[2]
Berkaitan dengan ilmu ini, manusia memiliki pendirian yang
berbeza, mereka terbahagi kepada tiga golongan:
Pertama: Sekumpulan
yang menutup serapat-rapatnya pintu Kritikan Terhadap Tokoh dan menganggap
kritik tersebut termasuk di dalam Ghibah. Mereka membantah para ulama al-Jarh
wa al-Ta’dil disebabkan ilmu ini. Hal ini seperti yang dinyatakan oleh Ibn
al-Mubarak: “Apakah kamu melakukan ghibah terhadap orang ramai?!” [3]
Yusuf bin al-Husain al-Razi al-Sufi pula pernah masuk bertemu dengan ‘Abdul
Rahman bin Abi Hatim – dikatakan beliau salah seorang dari al-Abdal –
sedang membaca kitab al-Jarh wa al-Ta’dil kepada anak-anak muridnya, lalu kata
Yusuf bin al-Husain: “Wahai Abu Muhammad, apa yang engkau baca kepada orang
ramai ini?” Jawab Abu Muhammad: “Kitab yang aku tulis berkaitan al-Jarh
wa al-Ta’dil.” Beliau bertanya: “Apakah al-Jarh wa al-Ta’dil itu?” Jawab
beliau: “Membongkar keadaan-keadaan ahli ilmu, siapa dari kalangan mereka
yang thiqah dan siapa pula yang tidak thiqah.” Lalu Yusuf bin al-Husain berkata: “Aku
berasa malu kepadamu wahai Abu Muhammad, berapa ramai dari kalangan mereka
(ahli ilmu yang engkau sebut-sebutkan tentang mereka), tunggangan mereka telahpun
mendarat ke dalam syurga sejak 100 dan 200 tahun yang lalu, sedang kamu masih
menyebut dan melakukan ghibah terhadap mereka di atas muka bumi.” Mendengar perkataan Yusuf bin al-Husain ini
menyebabkan Abdul Rahman menangis lalu berkata: “Wahai Abu Ya’kub, sekiranya
aku mendengar perkataan mu ini sebelum aku menulis kitab ini, sudah tentu aku
tidak akan menulisnya.” [4]
Demikilah juga perkataan yang diungkapkan oleh ramai lagi individu selain
beliau. Bahkan sebahagian orang telah mengingkari salah seorang Imam dalam ilmu
ini iaitulah Yahya bin Ma’in, mereka merangkapkan beberapa rangkap syair
untuknya dengan berkata:
“Dan bagi Ibn Ma’in itu ada perkataannya terhadap para tokoh,
Dia
akan ditanya tentang perkara tersebut, dan ketika itu Tuhan al-Malik menjadi
saksi.
Jika
apa yang dikatakannya benar, maka perkataan itu berada pada hukum Ghibah.
Jika
apa yang dikatakannya itu dusta, maka balasannya amat-amatlah berat.”[5]
Demikian inilah pandangan
sebahagian mereka berkenaan kritikan terhadap para tokoh, dan mereka
menganggapnya sebagai suatu yang haram dan berdosa.
Kedua: Berlawanan
dengan kumpulan pertama, kumpulan ini telah membuka salah satu pintunya, mereka
berbicara tentang orang ramai melebihi keperluan, mereka melakukan tajrih
(mengkritik) pada para periwayat terhadap perkara-perkara yang tidak termasuk
dalam persoalan periwayatan. Kurang yang bebas dari persoalan ini
sehinggakan pembesar-pembesar ulama dalam ilmu ini, seperti yang berlaku kepada
Ibn Ma’in, semoga Allah merahmatinya dan mengampunkannya. Dimana ketika beliau
menyebut tentang “Marwan bin al-Hakm”, beliau berkata:
“Dia seorang yang bermulut
busuk, dan seorang lelaki yang jahat.”
Kerana itu para Imam tidak menerima
perkataanya yang seumpama ini – sekalipun dia memiliki kedudukan yang tinggi –
kerana beliau melampaui batas-batas rukhsah dalam memberi hukumannya. Ini
kerana:
فالأصل أن الكلام في الناس حرام،
بل من الكبائر، ولئن فتح بابه لمصلحة من المصالح الشرعية، فلا يجوز تخطي قدر
الرخصة والضرورة
Maksudnya: “Hukum asal
bahawa berbicara tentang orang ramai itu adalah haram, bahkan ia termasuk di
dalam dosa-dosa besar. Sekalipun ia dibenarkan adalah bertujuan menjaga salah
satu maslahah agama, maka tidak boleh melangkah lebih dari kadar keringanan dan
keperluan ini.”
Oleh itu mereka yang adil
dan insaf, para ulama al-Jarh wa al-Ta’dil berada di jalan pertengahan, mereka
membuka pintunya (al-Jarh wa al-Ta’dil) dengan berhati-hati bagi memelihara
agama Allah, juga untuk memastikan tidak berlakunya perdagangan terhadap hadis
Rasulullah SAW. Justeru ketika Abu Bakr bin Khalad membantah Yahya bin Sa’id
ketika beliau membicarakan tentang tokoh, kata Abu Bakr bin Khallad kepadanya:
“Tidakkah kamu takut, mereka
yang kamu tinggalkan hadisnya akan membantah kamu di hadapan Allah di akhirat
kelak?” Jawab Abu Bakr bin Khalad: “Jika mereka yang membantah
aku, lebih aku suka berbanding jika yang membantah aku itu adalah Rasulullah
SAW dengan baginda bertanya kepadaku: “Mengapa kamu menyampaikan satu hadis
dariku, dimana kamu tahu hadis itu adalah dusta (tidak sahih dariku)?”
Benarlah
perkataan beliau ini, kerana Rasulullah SAW telah bersabda:
من حدث عني
حديثا، وهو يرى أنه كذب فهو أحد الكاذبين
Mafhumnya: “ Sesiapa
yang meriwayatkan dariku satu hadis yang diketahuinya hadis itu adalah dusta
(bukan dariku), maka dia adalah salah seorang dari para pendusta.” (HR Ibn
Abi Syaibah di dalam al-Musannaf, Muslim di dalam al-Muqaddimah, Ahmad, Ibn
Majah. Hadis Sahih)
Tidak tercapai tujuan ini
(memelihara hadis Nabi dari diperdagangkan) melainkan perlu disemak setiap
periwayat. Oleh yang demikian, sesuatu perkara yang tidak dapat tercapai
perkara wajib melainkan dengannya, maka perkara itu juga menjadi wajib. Justeru
tidak dikategorikan mengkritik para periwayat dan seumpamanya hanya sebagai
harus, bahkan ia telah menjadi sesuatu yang wajib bagi yang berkeahlian, ia
tidak termasuk di dalam Ghibah, sekalipun kita menerima penamaan ini, akan
tetapi hukumnya bukan Ghibah, sebaliknya Ghibah dengan hukum Qurbah. kerana itu
Syu’bah berkata:
“Marilah kamu semua, kita melakukan Ghibah kerana Allah.”[6] beliau memaksudkan di sini terhadap perkataannya berkaitan al-Jarh wa
al-Ta’dil.
Cumanya para ulama ini,
sekalipun tujuan mereka untuk memelihara agama agar tidak tersebar pendustaan
dan sesuatu yang tidak benar di dalamnya, mereka membuka pintu ini dalam penuh
berhati-hati, mereka membicarakan persoalan ini sekadar keperluannya sahaja,
mereka sedar bahawa medan yang mereka tempoh tersebut penuh dengan
kemerbahayaan. Pintu yang mereka buka ini diancam dengan api neraka, bahkan
mereka sendiri telah jelaskan bahawa:
أن أعراض
المسلمين حفرة من حفر النار، وقف على شفيرها طائفتان من المسلمين: المحدثون و
الحكام
Maksudnya:
“Bahawa (sesiapa yang menjatuhkan) maruah orang Islam, ia merupakan satu lubang
dari lubang-lubang neraka. Telah berada dipinggir neraka dua kumpulan dari umat
Islam iaitulah para ulama hadis dan para pemerintah” [7]
Kerana itu para ulama sentiasa mengawasi hukum boleh menjatuhkan maruah orang Islam yang merupakan penyebab boleh terjatuh
ke dalam neraka ini dengan dua benteng, mereka tidak mengabaikan kedua-dua
benteng ini, bagi sesiapa yang menempuh dan melangkah masuk ke medan ini. Dua
benteng tersebut ialah:
bersambung ke siri (7)
[1]
iaitulah al-Hafiz al-Kabir Imam al-Muhaddith
Abu ‘Abdillah Muhammad bin ‘Abdillah bin Muhammad bin Hamdawaih bin Nu’aim yang
lebih dikenali sebagai Ibn al-Bayyi’, memiliki banyak tulisan, lahir pada tahun
321H, meninggal 405H. Mempelajari hadis dari usia kecil dengan pemerhatian dari
bapa dan bapa saudaranya
[2]
Ma’rifah Ulum al-Hadis, hal: 52
[3]
Syarh ‘Ilal al-Tirmizi oleh Ibb Rajab
[4]
Al-Kifayah fi ‘Ilm al-Riwayah, hal: 38
[5]
Al-Kifayah fi ‘Ilm al-Riwayat, hal: 38. Syaraf Ashab al-Hadis, hal: 124.
[6]
Al-Kifayah, hal: 45, dan Muqaddimah al-Kamil 1/69.
[7]
Perkataan ini merupakan perkataan Ibn Daqiq al-‘Ied. Al-Iqtirah, hal:
61.
0 comments:
Post a Comment