Baca terlebih dahulu siri (1) klik sini
Dakwaan ini telah dijadikan salah satu tajuk pada fasal ke-12 oleh Dr. di dalam bukunya al-Adhwa. Maka apakah bukti beliau terhadap dakwaannya yang besar dan tuduhan yang merbahaya ini? dalil beliau ialah teks yang dijadikan pendahuluan dalam fasal tersebut, iaitulah dengan katanya:
Dakwaan ini telah dijadikan salah satu tajuk pada fasal ke-12 oleh Dr. di dalam bukunya al-Adhwa. Maka apakah bukti beliau terhadap dakwaannya yang besar dan tuduhan yang merbahaya ini? dalil beliau ialah teks yang dijadikan pendahuluan dalam fasal tersebut, iaitulah dengan katanya:
"Berkata Syed Qutb: "Sesungguhnya
Allah telah berfirman kepada para Malaikat:
Mafhumnya: "Sesungguhnya Aku akan
menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur
hitam yang dibentuk. Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan
telah meniupkan ke dalamnya ruhKu, maka tunduklah kamu kepadanya dengan
bersujud." (al-Hijr: 28-29)
Sesungguhnya ini
merupakan firman Allah, maka firman ALlah ta'ala adalah suatu kehendak, yang
mewujudkan makluk yang dimaksudkan, dan kita tidak berhak untuk bertanya
bagaimana bergabungnya tiupan Allah yang azali dan kekal dengan tanah liat
kering yang diciptakan dengan bersifat fana. Maka perbahasan seumpama ini
adalah suatu yang mensia-siakan akal, dan mengeluarkannya dari ruang-lingkup
yang dapat dicapai sebab-sebab gambaran, pengetahuan dan hukum, maka setiap
sesuatu yang menyemarakkan perbahasan sekitar persoalan ini, hanyalah kerana
jahil dengan tabiat akal manusia, pengkhususan dan had sempadannya, dan
memasukkan ke dalam akal suatu yang bukan medannya bagi mengukur perbuatan
pencipta kepada pengetahuan-pengetahuan manusia, ia merupakan suatu kebodohan
dalam mencurahkan keupayaan akal, dan merupakan kesalahan dalam manhaj dari
asasnya, iaitulah pertanyaan bagaimana bergabungnya Tuhan Yang Maha Kekal
dengan makhluk yang fana, bagaimana pula bergabungnya Tuhan Yang Azali dengan
makhluk yang baharu, kemudian perlu dibantah, atau dithabitkan, atau diadakan
illah! Dalam masa yang sama, akal manusia bukanlah diseru secara asalnya untuk
menjelaskan persoalan ini, kerana Allah berfirman: “Sesungguhnya ini telah berlaku,
dan tidak difirmankan: bagaimana ia berlaku”[?], maka perkara ini suatu yang
thabit, akal manusia tidak mampu untuk menafikannya, demikian juga akal manusia
tidak dapat menthabitkannya secara terperinci, selain dari menerima apa yang
dinyatakan oleh Nas, kerana akal tidak memiliki wasail hukum, kerana akal
adalah baharu, dan yang baharu tidak memiliki wasail hukum terhadap Tuhan yang
Azali ZatNya, tidak juga bergabung Tuhan Yang Azali dengan makhluk yang baharu.
Penerimaan akal pada permulaan perkara yang jelas ini, iaitulah yang baharu
tidak memiliki wasail hukum terhadap Yang Azali dalam apa sahaja bentuk, adalah
memadai bagi menghalang akal mengeluarkan keupayaan secara sia-sia dalam
perkara yang bukan tugasnya.”
Inilah teks yang disertakan oleh Dr. Rabi' sebagai
bukti terhadap dakwaannya yang telah dijadikan salah satu tajuk fasalnya.
Beliau juga membuat penegasan selepas perkatan Syed Qutb dengan menyatakan:
“Teks ini menyatakan kalam Allah adalah
kehendakNya, dan ia merupakan satu Ta'til kepada sifat kalam, maha tinggi Allah
dari perkara tersebut," [akan didatangkan
penerangan terperinci dalam perkara ini, akan jelas nanti bahawa Syed Qutb
kadang-kala mentakwilkan sifat, dan kadang-kala menempuh mazhab salaf dalam
persoalan sifat, beliau sendiri telah mengakui kesilapannya yang lalu, dan
berjanji akan menyemaknya kemudian, akan tetapi ajal menghalangnya. Saya tidak
tahu apakah Dr. Rabi' membaca atau tidak pengakuan dari Syed Qutb ini?!], ia
merupakan i'tikad Syed Qutb bahawa ruh adalah azali bukan makhluk, iaitulah ruh
merupakan satu juzuk daripada Allah, Maha Tinggi ALlah dari perkataan ini
dengan ketinggian yang agung."
Setelah itu Dr.
Rabi’ berpaling dengan menyebut nukilan dari Ibn al-Qayyim RH akan perkataan
ulama tentang Keazalian Ruh, dan Dr. Rabi’ mengakhiri fasal tersebut
dengan berkata: “Alangkah peliknya Syed Qutb yang telah menetapkan bahawa
Ruh itu adalah azali!, sedangkan telah berlaku ijmak di kalangan Ahl al-Sunnah
bahawa ruh adalah makhluk bersandarkan kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya.”
(al-Adhwa’: 179)
Ini
merupakan contoh perbuatan Dr. Rabi’ pada kebanyakan bab di dalam bukunya,
bahkan ini merupakan contoh gambaran kecil apa yang terdapat di dalam bukunya
tersebut.
Hakikatnya,
ketika saya membaca teks yang diketengahkan oleh Dr. Rabi' sebagai bukti atas
dakwaan-dakwaannya (terhadap Syed Qutb), Ketika awalnya saya menjadi terkejut,
saya ulangi bacaan beberapa kali untuk mendapatkan bukti kesamaran yang ada
hubungkait dengan dakwaan, saya kembali dalam keadaan tidak memperolehi sesuatu
(صِفْرَ اليدين), saya tertanya-tanya tentang kebarangkalian berlakunya
keciciran ketika nukilan, ketikamana saya merujuk semula perkataan asal dari
kitab al-Zilal, saya tidak ketemui sesuatu keciciran tersebut, ia sama
seperti yang dinukilkan.
(Oleh
itu) dari manakah Dr. Rabi' memahami iktiqad Syed Qutb dengan Keazalian Ruh?!
Persoalan yang benar-benar membingungkan. Di dalam teks, kalimah Azali hanya
terdapat sebanyak empat kali, iaitulah:
- ...
tiupan Allah al-Azali al-Baqiy.. (نفخة الله الأزلي الباقي)
- dan...
bagaimana bergabung al-Azali dengan al-Hadis (و...كيف يتلبس الأزلي بالحادث)
- dan...
bukan atas al-Azali dalam pergabungannya dengan al-Hadis.. (و...لا على الأزلي في تلبسه بالحادث)
- dan...
bahawa al-Hadis tidak memiliki wasail hukum ke atas al-Azali dalam apa jua
bentuk-bentuknya.. (و...
أن الحادث لا يملك وسائل الحكم على الأزلي في أي صورة من صوره)
(Sebenarnya) Syed Qutb di dalam tulisannya
mensifatkan insan sebagai hadis (yang baharu), dan Allah Taala sebagai Azali.
Adapun Ruh, beliau tidak mensifatkannya sebagai Azali. Bahkan jika dikatakan:
Beliau (Syed Qutb) telah mensifatkan Ruh sebagai yang baharu, maka ini lebih
hampir dengan bukti berbanding (dakwaan) Dr. Rabi', tambahan pula seseorang insan – adalah
terdiri dari ruh dan jasad – dan beliau (Syed Qutb) telah mensifatkan Insan
sebagai yang baharu beberapa kali. Amat malang sekali apabila ada orang yang
membuat tuduhan dan tohmahan hanya berdasarkan fatamorgana dan sangkaan,
terutamanya orang-orang yang diberi kemuliaan dengan mengajar anak generasi!
Apakah ini yang dikatakan sebagai kebenaran yang hendak dijelaskan oleh Dr. Rabi',
dan menjadikannya sebagai salah satu sebab penulisan bukunya al-Adhwa’, apakah
ini juga yang ditetapkan oleh Allah kepada anda (wahai Dr. Rabi') untuk dibongkarkan?!
Ikuti siri-siri yang berikutnya, klik di sini
1 comments:
السلام عليكم
apa kabo?ente masuk blog ana nie abuzaidane.blogspot.com atau fb ana abu zaidane al-dimasyqi atau add by oun_may@yahoo.com.ana hashrul,kalo ente ingat lagi oklah.
Post a Comment