Showing posts with label Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Show all posts
Showing posts with label Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Show all posts

Friday, May 18, 2012

al-Qaradhawi: Hukum Perayaan Hari Ibu

Hukum Perayaan Hari Ibu oleh al-Qaradhawi
Terjemahan: Mohamad Abdul Kadir bin Sahak
-------------------------------------------------
Soalan Pertama: “Apa pandangan tuan tentang (sambutan) hari lahir untuk kanak-kanak?

Soalan Kedua: “Demikian juga (sambutan) hari ibu yang disambut oleh orang ramai, dan mereka mengikut orang lain, sedangkan Nabi SAW bersabda: “Pasti nanti kamu semua (umat Islam) akan mengikut langkah-langkah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal.”   

Jawapan al-Qaradhawi: “Tentang dua soalan awal yang ditanya, penyebabnya adalah taklid buta, saya hendak menasihati pak-pak turut kepada orang lain, sesungguhnya Allah telah menjadikan kita sebagai pemimpin, apakah patut kita menjadi hamba kepada Barat sedangkan Allah telah menjadikan kita bebas dan merdeka? Barat mengadakan perayaan hari lahir untuk kanak-kanak dan orang dewasa, kita pula mengikuti orang-orang barat, kita buat apa yang mereka buat, sehingga seseorang yang sudah besar juga mengadakan hari lahirnya sendiri. Apabila telah berlalu setahun yang sepatutnya anda semua memuhasabah diri sendiri dalam setahun yang telah berlalu itu. Kamu sepatutnya duduk dan menangisi diri kamu, tidak perlu kamu menyalakan lilin dan merayakan diri kamu, juga bagi kanak-kanak, menjadikan kebiasaan seperti ini sebagai acara  tahunan adalah tidak harus. Saya katakan, barangkali mungkin kita boleh mengadakan sambutan untuk anak-anak kita ketika peristiwa-peristiwa tertentu seperti ketika bayi dilahirkan, kita mengadakan sambutan padanya, kita sembelih akikah, apabila anak itu sampai umur tujuh tahun, kita sambutnya dan kita katakan kepadanya kamu  telah sampai Umur Solat, kita katakan kepadanya juga: Sekarang ini wahai anak yang bertuah (gagah), kami adakan untukmu sambutan untuk kamu mula menunaikan solat, dan kamu sekarang dituntut untuk mendirikan solat. Kita sambut dengan memakan kek dan jus-jus yang berbagai, itulah dia perayaan solat. Ketikamana anak itu mencapai umur sepuluh tahun, kita adakan pula perayaan/sambutan lain “Haflah al-Darb”, kita katakan kepadanya, kita telah adakan sambutan untuk kamu tiga tahun yang lalu hingga kamu menunaikan solat sekarang, ketika ini pula kamu telah semakin dewasa, jika kamu tidak menunaikan solat kamu berhak dipukul. Apabila dia mencecah umur lima belas tahun, kita adakan pula untuk dia sambutan dia telah sampai umur baligh. Perayaan-perayaan/sambutan-sambutan bersempena perkara-perkara ini bukanlah bermakna setiap tahun kita adakan sambutan untuknya. Kemudian kita boleh juga adakan untuk anak itu sambutan/perayaan sempena peristiwa lain, setiap kali dia berjaya, kita adakan sambutan, setiap kali dia mengenengahkan kerja baik, kita sambut lagi, demikianlah juga untuk anak perempuan, sebagai tambahan lagi, boleh juga kita menyambut perayaan untuk anak perempuan itu apabila dia mula memakai tudung, kesemua perayaan seperti ini kita tidak menyambutnya pada setiap tahun.
Berkenaan ibu orang-orang barat, mereka mengadakan hari ibu, kerana orang-orang barat selepas anak lelaki dan perempuan mereka sampai umur baligh, mereka keluar dari rumah membawa jalan sendiri, mereka tidak ambil tahu tentang keluarga, tidak ambil tahu tentang bapa, ibu, kita bukan seperti itu, bagi kita seseorang anak terikat dengan keluarganya, setiap hari bagi para ibu adalah hari perayaan baginya, bukan hanya sehari dalam setahun. Sebaliknya bagi orang-orang barat mereka tidak melihat anak-anak mereka, demikian juga anak-anak tidak melihat ibu-bapanya, kerana itu mereka mengadakan hari bapa dan hari ibu, sedangkan kita tidak memerlukan perkara itu, sebaliknya kita terikut-ikut dengan mereka secara buta.Sekiranya kita mahu merayakan mereka berdua, maka rayalah bersama mereka ketika hari raya al-Fitri dan raya al-Adha. Namun sekiranya seseorang berjauhan dari ibunya, dia hanya menziarahi ibunya pada dua hari raya tersebut, perbuatan ini juga tiada makna/tidak wajar.– tamat terjemahan - 

Teks Asal:

السؤال الأول: ما قولكم يا فضيلة الشيخ حول عيد الميلاد بالنسبة للأطفال؟

والسؤال الثاني: كذلك عيد الأم الذي يطبقه كثير من الناس ويقتدون بغيرهم والنبي صلى الله عليه وسلم يقول "لتتبعن سنن من قبلكم شبراً بشبر".



القرضاوي:
أما السؤالان الأولان للأخ السائل جزاه الله خيراً فمنشئهما هو التقليد الأعمى، أننا نريد أن نصبح أذناباً لغيرنا وقد خلقنا الله رؤوساً، وأن نكون عبيداً للغرب وقد خلقنا الله أحراراً، الغرب يعمل أعياد الميلاد للأطفال وللكبار، فنحن نقلد الغربيين ونفعل مثل هذا حتى الإنسان الكبير يعمل لنفسه عيد ميلاد، فقد مرت عليك سنة والمفروض أن تحاسب نفسك على هذه السنة، وتقعد تبكي على نفسك لا أن تشعل الشموع وتحتفل بنفسك، أيضاً بالنسبة للأولاد اتخاذ هذه العادة لهم سنوياً لا يجوز، أنا أقول أنه يمكن أن نحتفل بالأولاد في مناسبات معينة مثل عندما يولد المولود نحتفل به، ونعمل له عقيقة، وعندما يبلغ سبع سنوات نحتفل به ونقول له هذه سن الصلاة، ونقول له: والآن يا بطل نعمل لك حفلة للصلاة فأنت مطلوب منك الصلاة من الآن، ونأكل الكعكة ونشرب العصائر، فهذه حفلة الصلاة، وعندما يبلغ 10سنين نعمل حفلة أخرى "حفلة الضرب" نقول له: نحن عملنا لك حفلة من 3 سنين سابقة حتى تصلي الآن كبرت وإذا لم تصل تستحق الضرب، وبعدما يبلغ 15 سنة نعمل له حفلة أنه بلغ سن التكليف، هذه حفلات بمناسبات وليس كلما ازداد سنة نعمل له حفلة، ثم نعمل له حفلة بمناسبات أخرى كلما ينجح نعمل له حفلة، فعندما يقدم عمل جيد نحتفل به، وكذلك بالنسبة للفتاة، بالإضافة إلى ما سبق يمكن أن نحتفل بها عندما ترتدي الحجاب، فهذه الحفلات لمناسبات ولا نحتفل بهم كل سنة.
بالنسبة للأم الغربيين عملوا عيد الأم لأن الغربيين بعد أن يبلغ الولد والبنت يذهب كل واحد في حال سبيله ولا يعرف الأسرة ولا يعرف الأب ولا يعرف الأم، نحن لسنا هكذا، عندنا الابن مرتبط بأسرته والابنة مرتبطة بأسرتها، وكل أيام أمهاتنا أعياد وليس يوماً في السنة، إنما هم لأنه لا يرى أحد عندهم أولاده ولا الأولاد يرون آبائهم، فعملوا يوم للأب ويوم للأم، نحن ما حاجتنا لهذا، نحن نقلدهم تقليداً أعمى، وإن كان ولابد أن نحتفل بها فلنحتفل بها في عيد الفطر وعيد الأضحى، فلو واحد غائب عن أمه يروح يزورها يوم عيد الفطر ويوم عيد الأضحى فهذا لا معنى له.

Friday, December 30, 2011

Perubatan Nabi SAW: Antara Pengalaman Manusia dan Wahyu Ilahi

Saturday, September 24, 2011

Ringkasan Fatwa al-Qaradhawi Tentang Kumpulan Ahbash

Penterjemah: Mohamad Abdul Kadir bin Sahak (Bin Sahak)


Semenjak beberapa tahun yang lalu aku (Dr. Yusuf al-Qaradhawi) ada mendengar tentang satu jamaah yang zahir di Lubnan, ia menimbulkan masaalah kepada umat Islam di Lubnan dengan pandapat-pendapat yang pelik dan menyeleweng dan pandangan-pandangan yang merbahaya dalam persoalan aqidah, fiqh dan akhlak. Sehingga mereka menggugurkan kewajipan zakat bagi individu yang memiliki sampinan wang yang banyak dari matawang kertas yang digunakan pada hari ini, mereka juga mengharuskan wang tersebut berurusan dengan riba, mereka mendakwa matawang kertas bukanlah matawang yang syar'ie yakni bukan Emas dan Perak. Mereka mengharuskan orang yang memakan bawang atau meletakkannya di dalam poket tidak menunaikan solat Jumaat, dan mereka mengharuskan percampuran antara lelaki dan perempuan tanpa batas.

Dan yang lebih dahsyat bahayanya apabila mereka mengkafirkan setiap orang yang berbeza dengan mereka dari kalangan umat Islam hari ini atau yang dahulu. Mereka mengkafirkan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah, anak muridnya al-Imam Ibn al-Qayyim, dan sesiapa yang mengikut dua orang tokoh ini seperti Mujaddid Tauhid di al-Jazirah al-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab, sepertimana mereka mengkafirkan ramai dari ulama semasa seperti al-'Allamah al-Syeikh 'Abdul 'Aziz bin Baz, Pemikir Islam Syed Qutb, dan selainnya. Aku (al-Qaradhawi) telah menyebut di dalam buku-ku (al-Sofwah al-Islamiyyah Baina al-Juhud wa al-Tatorruf) bahawa terjatuh ke dalam lubang menghukum kafir adalah tanda-tanda yang paling serius terhadap pemikiran ekstrim dan melampau dalam beragama.

Golongan Ahbash yang pelampau dan penyeleweng ini mendakwa mereka adalah dari mazhab al-Imam Abi al-Hasan al-'Asy'ariy di dalam aqidah, dan mazhab al-Imam al-Syefie di dalam Fiqh, dan mengikut tarikat al-Rifa'iyyah di dalam berakhlak. Akan tetapi hakikatnya mereka mereka amat jauh dari manhaj para imam ini kesemuanya samaada dalam pemikiran, adab dan akhlak.

Kumpulan ini yang mulanya timbul di Lubnan, dinamakan sebagai al-Ahbash, kerana tuan milik dakwah mereka dan pemegang bendera mereka adalah seorang lelaki dari Habashah berasal dari Harara, dia mendakwa dakwahnya ini adalah dakwah yang baharu, yang hasrat utamanya ialah memecah belakkan kesatuan umat Islam, mengucar-kacirkan mereka dan menyalakan api fitnah antara barisan umat Islam dan menghalang setiap usaha untuk membantu perkembangan agama ini.

Aku ingin memohon maaf dari saudara-saudara kita ahli Habashah yang lain dan kepada penghulu ahli Habashah Sayyidina Bilal r.a. Mereka (golongan Ahbash) telah merosakkan nama Habashah dan al-Ahbash yang sebenarnya. Mereka (golongan Ahbash) bukanlah dari ahli Habashah yang baik sedikitpun, mereka ahli Habashah berlepas diri dari kesalahan-kesalahan golongan Ahbash - yang telah membawa nama mereka secara salah - seperti berlepas dirinya serigala (dalam kisah saudara-saudara Nabi Yusuf) dari darah anak Nabi Ya'kub. Mereka (golongan Ahbash) sejauh-jauh manusia dari adab dan akhlak Bilal r.a.

Sesungguhnya, pada awalnya aku tawaqquf dari menyebut tentang mereka, dan aku tidak membenarkan setiap perkara yang aku dengar tentang mereka, aku juga menahan lidah dan pena-ku dari menyebut tentang mereka, aku tidak menyentuh mereka walau dalam satu kalimat. Sehinggalah jelas kepadaku kebenaran dan (seperti) jelasnya subuh bagi orang yang memiliki dua mata, dan tuduhan-tuduhan terhadap mereka diketahui dimerata tempat, maka tidak wajar aku senyap. lalu aku sentuh tentang mereka dalam beberapa kitabku yang kemudian dengan cara yang lembut dan aku kritik mereka dengan kritikan yang ringan. Aku juga menjawab dalam beberapa seminar kepada orang yang bertanya tentang sebahagian pendapat-pendapat mereka yang ganjil seperti pendapat mereka dalam keharusan merokok secara mutlak, keharusan bercampur antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan dan selainnya, sebagai menjelaskan kesalahan mereka dalam ijtihad-ijtihad mereka seperti ini, tanpa aku melontarkan tuduhan kafir dan fasiq kepada mereka, kerana cara itu bukanlah jalanku.

Akan tetapi, kritikan yang lembut dan ringan ini, seperti membunuh bagi mereka, menghentam dan menggilakan mereka, mereka datang kesemuanya dan mereka kerahkan pasukan-pasukan berkuda dan berjalan kaki (kiasan mereka kerahkan semua kekuatan mereka) yang berada dalam kelalaian, mereka hendak mengganggu program al-Syari'ah wa al-Hayah di siaran al-Jazirah di Qatar. Mereka juga menghalakan anak-anak panah mereka dari setiap arah. Apabila mereka tidak berjaya, mereka menghantar surat kepada Pengarah al-Jazirah, meminta diadakan perdebatan dengan aku (al-Qaradhawi). Kalaulah aku menerima cara ini, sudah tentu aku akan izinkan sebahagian anak murid kepada anak muridku untuk berdebat dengan mereka. Akan tetapi mereka (golongan Ahbash) terlaku kecil dan terlaku rendah untuk berdebat dengan mereka, mereka tidak memiliki nilai ilmu untuk mengizinkan mereka memasuki nilai perdebatan, walaupun untuk berdebat dengan murid yang paling rendah.

Sebahagian saudara-saudaraku dari kalangan ahli ilmu telah membaca surat yang mereka (Ahbash) hantarkan kepada al-Jazirah untuk memohon diadakan perdebatan tersebut, lalu mereka ceritakan setiap perkara (isi kandungan surat tersebut) termasuk penghinaan mereka, termasuk tuduhan mereka (Ahbash) yang mengatakan bahawasanya aku (al-Qaradhawi) telah terkeluar dari agama yang hanif ini, aku berlindung dengan Allah (dari tuduhan tersebut). Lalu saudara-saudaraku mengharapkan aku menjawab tuduhan-tuduhan tersebut yang mereka himpunkan di dalam surat tersebut yang berupa perkara-perkara utama kepada tuduhan dan kecaman mereka. Disebabkan harapan daripada saudara-saudara ku, aku menerima untuk menulis jawapan ini untuk mengendurkan kesamaran, menyatakan kebenaran dan melenyapkan kebatilan walaupun orang-orang yang berdosa tidak menyukainya.

Yang mengejutkan, mereka ini (Ahbash) menyibukkan diri mereka untuk mengganggu rancangan-rancangan ku di television dengan kecaman-kecaman dan pembohongan-pembohongan, sepertimana yang berlaku dalam program al-Syari'ah wa al-Hayah di siaran al-Jazirah dan program Syu'bu al-Imam di siaran satelit Qatar. Aku menghadapi adab buruk mereka dengan kelembutan, tidak mahu menjawab dan berpaling dari mereka seperti yang di firmankan oleh Allah swt: "(dan (orang-orang beriman itu) apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat, mereka berpalig daripadanya dan mereka berkata: "Bagi kami amalan-amalan kami dan bagimu amalan-amalanmu, kesejahteraan ke atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang yang jahil." (al-Qasas: 55)

Akan tetapi perbuatan mereka itu melampau dan berterusan, mereka bertambah agresif dan mereka menyangkakann kelembutan itu berupakan kelemahan, dan demi Allah ianya bukanlah kelemahan, akan tetapi aku tidak mahu menyempitkan/mensia-siakan waktu dan tumpuanku untuk menyemarakkan api perselisihan diantara umat Islam. Sedang mereka (Ahbash) paling fakir dari mahukan kesatuan dan keharmonian. Akan tetapi disebabkan mereka melampaui batas dan berterusan dan menyerang dengan cara yang batil, ia membuatkan aku menjawab tuduhan-tuduhan mereka , sedang perkara ini seperti aku nyatakan ianya tidak aku sukai, akan tetapi sepertimana firman Allah: "Telah difardhukan ke atas kamu semua peperangan sedangkan ianya tidak disukai olehmu, barangkali kamu tidak mengukai sesuatu sedangkan ianya baik untukmu dan barangkali kamu sukakan sesuatu sedangkan ianya tidak baik untukmu, dan Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (al-Baqarah: 216)

Termasuk perkara yang pelik, mereka golongan Ahbash ini mentohmah aku ini Wahhabi dan taasub dengan para imam Wahhabi, seringkali aku apabila bercakap mengambil daripada Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim dan madrasah mereka berdua, mereka (Ahbash) menuduh Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim ini menyalahi ijma' dalam persoalan ini dan itu, dalam masa yang sama ikhwah al-Wahabiyyun atau al-Salafiyyun mengedarkan beberapa edaran yang menyerangku di Jeddah, Riyadh dan lain-lain bandar di Saudi. Aku bukanlah hamba kepada seseorang melainkan kepada Allah semata-mata, aku tidak mengambil melainkan daripada al-Kitab dan al-Sunnah, dan aku sayangkan semua ulama yang mendalam ilmunya, akan tetapi aku tidak mensucikan mereka dan tidak mendakwa mereka memiliki ismah atau bersifat maksum.

Golongan Ahbash ini bersikap angkuh, mereka meminta aku berdebat dengan mereka, dan mereka mendesak dengan permintaan ini. Akan tetapi aku balingkan permintaan mereka ini ke dinding, dan bukanlah setiap permintaan itu ada nilainya - walau tanpa dengan kebenaran - aku menjawab: Aku tidak akan memperkenankan untuk berdebat secara lisan yang mereka inginkan itu kerana beberapa sebab:

1. Mereka hendak popular di siaran-siaran television atas namaku dan aku sama sekali tidak akan memberi peluang kepada mereka. bahkan aku katakan kepada mereka: "matilah kamu dengan kemarahanmu itu."

2. Mereka akan berkata kepada orang-orang yang sangsikan mereka: "Lihatlah kami telah berdebat dengan al-Qaradhawi."

3. Kebanyakan perkara yang mereka hendak berdebat dengan ku itu adalah perkara yang berkaitan persoalan-persoalan di dalam buku-buku ku. Perkara ini tidak perlu kepada perdebatan, bahkan memadai dijawab penulisan buku dengan buku yang seumpamanya jika mereka mampu.

4. Perdebatan sepatutnya terjadi diantara yang setanding, sedangkan mereka (golongan Ahbash) bukanlah setanding dengan-ku, tidak dari sudut usia, tidak juga dari sudut hasil ilmu. Barangkali aku akan menerima berdebat dengan mereka kalau aku melihat adanya faedah. Aku juga boleh memanggil mereka berdebat jika aku mahu dengan murid ku yang paling kecil, dan murid ku itu mampu - dengan bantuan daripada ALlah - untuk mematahkan hujah mereka dengan sekali pukulan sahaja.

5. Aku telah cuba dengan cara perdebatan, akan tetapi aku tidak mendapatinya bermanfaat, aku telah cuba dengan golongan sekularis, dan kami memenangi ke atas mereka alhamdulillah, akan tetapi mereka (golongan sekularis) tidak berganjak juga dengan pendirian mereka.

6. Aku akan berdebat dengan mereka (golongan Ahbash) dengan cara lain, iaitu dengan pena bukan dengan lisan, kerana itu aku menulis lembaran-lembaran ini, aku akan bongkarkan kejahilan murakkab mereka dan aku akan jelaskan pembohongan mereka. Aku hanya mengatakan seperti perkataan Nabi Syuaib: "Aku tidak bermaksud melainkan untuk pembaikan selama aku masih mampu, dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan pertolongan Allah, hanya kepada Allah aku bertawakkal dan hanya kepadanya aku kembali." (Fatawa al-Muasarah. Cet ke-3 (2003), Dar al-Qalam, Jld 3, ms: 685-686)

Wednesday, December 10, 2008

Fatwa Dr. Yusuf al-Qaradhawi Tentang Khidir A.S.


نص السؤال: من هو الخضر ؟ وهل هو نبي أو ولي ؟ وهل هو حي إلى اليوم - كما يقول كثير من الناس وإن بعض الصالحين قد رآه أو اجتمع به . وإذا كان حيًا فأين يقيم، ولماذا لا يظهر ويفيد الناس بعلمه وخاصة في هذا الزمان ؟ أرجو البيان الشافي.

Soalan:

Siapakah Al-Khidir? Apakah dia seorang Nabi atau wali? Apakah ia hidup hingga ke hari ini - sepertimana yang dikatakan oleh ramai orang? (kononnya) Sebahagian orang-orang yang soleh pernah melihat dan berjumpa dengannya. Jika ia (al-Khidir) masih hidup, dimana ia tinggal? Mengapa dia tidak menzahirkan diri agar orang ramai dapat mengambil faedah dari ilmunya? terutamanya di zaman sekarang? Saya mengharapkan penjelasan yang memuaskan (dari tuan).




نص الإجابة:

بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وبعد:

الخضر هو العبد الصالح الذي ذكره الله تعالى في سورة الكهف حيث رافقه سيدنا موسى عليه السلام وتعلم منه.

Al-Khidir adalah seorang hamba soleh, yang disebutkan oleh Allah Ta'ala dalam Surat Al-Kahfi, dimana Nabi Musa menjadi teman kepadanya dan Nabi Musa as. belajar daripadanya.


اشترط عليه أن يصبر، فأجابه إلى ذلك، فقال له: وكيف تصبر على ما لم تحط به خبرًا، وظل معه، وهو عبد آتاه الله رحمة من عنده وعلمه من لدنه علمًا، ومشى معه في الطريق ورآه قد خرق السفينة فقال: أخرقتها لتغرق أهلها ؟ ... إلى آخر ما ذكره الله عنه في سورة الكهف.

Al-Khidir mensyaratkan kepada Nabi Musa agar bersabar. Maka Nabi Musa bersetuju dengan syarat tersebut. Lalu Al-Khidir berkata: "Bagaimana kamu dapat bersabar atas sesuatu yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu?" Al-Khidir tetap bersama Musa. (al-Khidir) Ia adalah seorang hamba yang diberi rahmat oleh Allah dan ilmu dari sisi-Nya. Musa terus berjalan bersamanya dan melihat Al-Khidir telah menebuk sebuah kapal. Lalu Nabi Musa berkata,"Apakah engkau menebuknya supaya penumpangnya tenggelam?"... sehinggalah kisah seterusnya yang telah disebut di dalam Surah al-Kahfi.

وكان موسى يتعجب من فعله، حتى فسّر له أسباب هذه الأمور وقال له في آخر الكلام: (وما فعلته عن أمري، ذلك تأويل ما لم تسطع عليه صبرًا) (الكهف: 82) يعني ما فعلت ذلك عن أمري، وإنما عن أمر الله تعالى.

Nabi Musa berasa hairan dengan perbuatan (al-Khidir), hingga Al-Khidir menerangkan kepadanya sebab-musabab dari perbuatan yang dilakukannya itu. Lalu al-Khidiri berkata kepada Nabi Musa di akhir perbualannya: "Bukanlah aku melakukan itu menurut kemahuanku sendiri. perkara itu adalah penjelasan dari perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat bersabar atasnya." Maksudnya, semua perbuatan itu hanyalah karena kemahuan Allah Ta'ala.

بعض الناس يقولون عن الخضر: إنه عاش بعد موسى إلى زمن عيسى ثم زمن محمد عليهم صلوات الله وسلامه أجمعين وأنه عائش الآن وسيعيش إلى يوم القيامة . وتنسج حوله القصص والروايات والأساطير بأنه قابل فلانًا، وألبس فلانًا خرقة، وأعطى فلانًا عهدًا ... إلى آخر ما يقصون وينسجون من أقاويل ما أنزل الله بها من سلطان.

Sebagian orang berkata tentang Al-Khidir: Kononnya dia hidup selepas Nabi Musa hingga ke zaman Nabi Isa, kemudian hingga ke zaman Nabi Muhammad saw, dan kononnya dia masih hidup sekarang ini sehinggalah ke hari kiamat. Lalu ditulis sekitar tentangnya kisah-kisah, riwayat-riwayat dan dongeng-dongeng kononnya Al-Khidir berjumpa dengan si Fulan, memakaikan sifulan khirqah (pakaian) dan mengikat janji dengan si Fulan... dan lain-lain lagi yang dicerita dan yang disalin daripada dongeng-dongeng yang Allah tidak menurunkannya kepada sesiapapun.

ليس هناك دليل قط على أن الخضر حي أو موجود - كما يزعم الزاعمون - بل على العكس، هناك أدلة من القرآن والسنة والمعقول وإجماع المحققين من الأمة على أن الخضر ليس حيًا.

Tidak ada sama sekali walau satu dalil/bukti yang mengatakan bahawa Al-Khidir masih hidup - sebagaimana anggapan sebahagian orang - akan tetapi bukti yang ada adalah sebaliknya (iaitu al-Khidir telah wafat), Disana banyaknya dalil-dalil dari Al-Qur'an, Sunnah, akal dan ijma para peneliti dikalangan ulama umat Islam bahawa
Al-Khidir tidak lagi hidup.

وأكتفي بأن أنقل فقرات من كتاب " المنار المنيف في الحديث الصحيح والضعيف " للمحقق ابن القيم ، يذكر في هذا الكتاب رحمه الله ضوابط للحديث الموضوع الذي لا يقبل في الدين، ومن هذه الضوابط " الأحاديث التي يذكر فيها الخضر وحياته، وكلها كذب، ولا يصح في حياته حديث واحد . فحديث أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - كان في المسجد، فسمع كلامًا من ورائه، فذهبوا ينظرون فإذا هو الخضر. وحديث: يلتقي الخضر ولياس كل عام وحديث: يجتمع بعرفة جبريل وميكائيل والخضر.

Memadailah dengan saya menukilkan beberapa perenggan dari kitab Al-Manaar al-Muniif fi al-Hadith al-Sahih wa al-Dha'ief karangan Ibn al-Qayyim. Ibn al-Qayyim R.H. menyebutkan dalam kitab itu ciri-ciri hadis maudhu (palsu), yang tidak diterima dalam agama. Diantara ciri-cirinya ialah "hadis-hadis yang menceritakan tentang Al-Khidir dan kehidupannya." Semuanya itu adalah pembohongan. Tidak ada satupun hadis sahih yang menceritakan tentang hayat al-Khidir. Adapun hadith yang menceritakab kononnya Rasulullah S.A.W. suatu ketika sedang berada di masjid, lalu baginda mendengar pembicaraan dari arah belakang baginda. Kemudian
baginda melihat, ternyata ia adalah Al-Khidir." Demikian juga hadith: "Al-Khidir dan Ilyas berjumpa setiap tahun." Dan hadis, "Jibril, Mikail dan Al-Khidir akan sentiasa bertemu di Arafah."

وسئل إبراهيم الحربي عن تعمير الخضر وأنه باق، فقال: ما ألقى هذا بين الناس إلا شيطان.

Ibrahim Al-Harbi pernah ditanya tentang dipanjangkan umur Al-Khidir dan kononnya dia masih hidup. Maka beliau menjawab "Tidaklah ada yang menyebut perkara ini kepada orang ramai, kecuali syaitan."

وسئل الإمام البخاري عن الخضر والياس هل هما أحياء ؟ فقال: كيف يكون هذا ؟ وقد قال النبي - صلى الله عليه وسلم -: " لا يبقى على رأس مائة سنة ممن هو اليوم على ظهر الأرض أحد " (رواه الشيخان) . وسئل عن ذلك كثير غيرهما من الأئمة فقالوا - مستدلين بالقرآن -: (وما جعلنا لبشر من قبلك الخلد، أفإن مت فهم الخالدون) ؟ (الأنبياء: 34).

Imam Bukhari juga oernah ditanya tentang Al-Khidir dan Ilyas, apakah mereka berdua masih hidup? Maka beliau menjawab: "Bagaimana perkara ini terjadi?" Sedangkan Nabi saw. telah bersabda: "Tidaklah akan hidup sampai seratus tahun lagi bagi orang-orang yang berada di muka bumi ini." (H.r. Bukhari-Muslim). Telah ditanya juga ramai di kalangan para ulama dan semua mereka menjawab, dengan berdalilkan ayat al-Quran: "Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia pun sebelum kamu (Muhammad), maka jika kamu mati apakah mereka akan kekal?" (Al-Anbiyaa': 34).

وسئل عنه شيخ السلام ابن تيمية ـ رحمه الله ـ ، فقال:"لو كان الخضر حيًا لوجب عليه أن يأتي النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ ويجاهد بين يديه ويتعلم منه، وقد كان النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ يوم بدر: "اللهم إن تهلك هذه العصابة لا تعبد في الأرض" وكانوا ثلاثمائة وثلاثة عشر رجلا معروفين بأسمائهم وأسماء آبائهم وقبائلهم،فأين كان الخضر حينئذ؟

Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah ditanya tentang perkara ini, maka beliau menjawab: "Sekiranya Al-Khidir masih hidup, tentulah ia wajib berjumpa dengan Nabi saw, dan berjihad bersama baginda, serta belajar daripada baginda." Nabi S.A.W. telah bersabda ketika perang Badar, "Ya Allah, jika pasukan ini binasa, pasti Engkau tidak akan disembah di muka bumi ini." Pada waktu itu mereka (yang menyertai peperangan al-Badar) berjumlah 313 orang lelaki yang diketahui nama-nama mereka, nama bapa-bapa mereka dan suku-suku mereka, maka di manakah Al-Khidir pada ketika itu?


فالقرآن ،والسنة، وكلام المحققين من علماء الأمة ينفي حياة الخضر كما يقولون.

Al-Qur'an dan Sunnah serta perkataan para peneliti dari kalangan ulama umat ISlam, menafikan dakwaan Al-Khidir masih hidup sebagaimana yang dianggap oleh sebahagian orang.

القرآن يقول: (وما جعلنا لبشر من قبلك الخلد أفئن مت فهم الخالدون)

Allah berfirman di dalam al-Quran: "Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia pun sebelum kamu (Muhammad), maka jika kamu mati apakah mereka akan kekal?" (Al-Anbiyaa': 34).

فالخضر إن كان بشرًا فلن يكون خالدًا، حيث ينفي ذلك القرآن الكريم والسنة المطهرة؛فإنه لو كان موجودًا لجاء إلى النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ ، فقد قال عليه الصلاة والسلام:"والله لو كان موسى حيًا ما وسعه إلا أن يتبعني" (رواه أحمد عن جابر بن عبد الله)

Maka al-Khidir itu, jika dia seorang manusia, maka ia tidak akan hidup kekal, karena kekalnya ia itu dinafikan oleh Al-Qur'anul Karim dan Sunnah yang suci. Seandainya ia masih hidup (hingga ke zaman Nabi S.A.W), sudah tentu ia datang kepada Nabi S.A.W., dimana Nabi S.A.W. telah bersabda tentang Nabi Musa: "Demi Allah, andaikata Musa masih hidup, tentu ia akan mengikuti aku." (H.R. Ahmad, dari Jabir bin Abdullah)

فإن كان الخضر نبيًا، فليس هو بأفضل من موسى، وإن كان وليًا فليس أفضل من أبي بكر.

Maka jika Al-Khidir itu seorang Nabi, maka ia tidaklah lebih utama daripada Musa as, dan jika dia seorang wali, tidaklah ia lebih utama daripada Abu Bakar r.a.

وما الحكمة في أن يبقى طيلة هذه المدة - كما يزعم الزاعمون - في الفلوات والقفار والجبال ؟ ما الفائدة من هذا ؟ ليس هناك فائدة شرعية ولا عقلية من وراء هذا . إنما يميل الناس دائمًا إلى الغرائب والعجائب والقصص والأساطير، ويصورونها تصويرًا من عند أنفسهم ومن صنع خيالهم، ثم يضفون عليها ثوبًا دينيًا، ويروج هذا بين بعض السذج، ويزعمون هذا من دينهم، ولكن ليس هذا من الدين في شيء ... والحكايات التي تحكي عن الخضر إنما هي مخترعات ما أنزل الله بها من سلطان.

Apakah hikmahnya al-Khidir masih hidup - sepertimana anggapan sebahagian orang - di padang luas, gurun dan gunung-gunung? Apakah faedahnya? Tidak ada faedah dari segi syara' dan akal di sebalik kekalnya al-Khidir di gurun, gunung-ganang ini? Sesungguhnya orang ramai selalu menyukai cerita-cerita yang pelik, ganjil dan dongeng-dongeng. Mereka menggambarkannya menurut gambaran mereka sendiri dan khayalan mereka, kemudiannya, mereka sandarkannya kepadanya pakaian keagamaan. Cerita ini disebarkan dikalangan orang awam dan mereka beranggapan cerita ini berasal dari agama, padahal sama sekali bukan dari agama. Hikayat-hikayat yang diceritakan tentang Al-Khidir hanyalah rekaan manusia dan tidak diturunkan oleh Allah.

أما السؤال حول: هل هو نبي أو ولي ؟ فالعلماء قد اختلفوا في ذلك، ولعل الأظهر أنه نبي كما يبدو من الآية الكريمة التي تلوناها من سورة الكهف ... (وما فعلته عن أمري) فهي دليل على أنه فعل ذلك عن أمر الله، ومن وحيه لا من عند نفسه . فالأرجح أنه نبي وليس مجرد ولي.

Adapun mengenai soalan: Apakah ia seorang Nabi atau wali? Para ulama berbeda pendapat mengenai hal itu. Tampaknya yang lebih zahir (tepat), ialah Al-Khidir adalah seorang Nabi, sebagaimana yang jelas pada ayat yang mulia dari Surat Al-Kahfi, "... dan bukanlah aku melakukannya menurut kemauanku sendiri ..." (Al-Kahfi: 82). Maka perkataan ini adalah dalil/bukti bahawa al-Khidir melakukan perkara-perkara tersebt berdasarkan perintah Allah dan wahyu-Nya, bukan dari dirinya sendiri. maka pendapat yang lebih benar, dia (al-Khidir) adalah seorang Nabi bukan seorang wali.

والله أعلم


Monday, July 21, 2008

Puasa Rejab



Oleh: Dr. Yususf al-Qaradhawi (Fiqh al-Siyam, bab Siyam al-Tatawwu')
Penterjemah: Bin Sahak

Berpuasa dalam bulan-bulan haram diterima dan disunatkan, dalam segala keadaan. Akan tetapi tidak terdapat dari Nabi saw yang baginda berpuasa sebulan penuh melainkan Ramadhan. Baginda paling banyak berpuasa adalah dalam bulan Syaaban akan tetapi baginda tidak berpuasa keseluruhan (hari dlm Syaban).

Inilah Sunnah Nabawi dalam perkara ini (berpuasa sunat), Baginda berpuasa dan berbuka dalam setiap bulan, sepertimana yang terdapat (di dalam hadith): "Adalah baginda berpuasa sehingga kami sangkakan baginda tidak berbuka, dan baginda berbuka sehingga kami sangkakan baginda tidak berpuasa." (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud). Maka apa yang dilakukan oleh sebahagian manusia yang berpuasa Rejab keseluruhannya, sepertimana yang kami pernah lihat di desa-desa sebelum ini, saya pernah melihat sebahagian manusia berpuasa Rejab, Syaban, Ramadhan dan puasa 6 bulan Syawal dan mereka menamakannya sebagai al-Ayyam al-Baidh selepas itu baru mereka berbuka, dan mereka berhari raya pada hari ke8 Syawal, dan hasilnya jadilah puasa mereka dalam 3 bulan ini dan puasa 6 syawal berturut-turut, mereka tidak berbuka melainkan pada hari raya. Maka perbuatan ini tidak terdapat dari Nabi saw, tidak juga dari sahabat baginda dan tidak juga dari Salaf al-Soleh. Yang utama (dalam puasa sunat ini) ialah berpuasa sehari dan berbuka sehari, tidak dilakukan secara berturut-turut.

Maka setiap kebaikan itu pada mengikut Salaf dan setiap keburukan itu pada rekaan-rekaan orang kemudian. Maka siapa yang menghendaki al-Ittiba' (mengikut Nabi saw) dan menghendaki pahala yang sempurna, maka ikutlah Nabi saw, dan baginda tidak berpuasa Rejab keseluruhannya, tidak juga Syaban keseluruhannya, Inilah (bentuk puasa sunat) yang lebih utama."

Wednesday, July 16, 2008

Al-Qaradhawi: Pastikan Kesahihan Hadith Tentang Rejab


Oleh: Dr. Yusuf al-Qaradhawi

Soalan:

Banyak kami dengari dari khatib Jumaat – terutama pada awal bulan Rejab – hadith-hadith yang mereka riwayatkan tentang pahala yang besar yang dijanjikan oleh Allah bagi orang yang hanya berpuasa sehari di dalam bulan Rejab. Antara hadith ini ialah: “Rejab bulan Allah, manakala Sya’ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku.” Apakah pandangan tuan dengan hadith-hadith sebegini? Apakah hadith-hadith ini sahih? Apakah pula hokum sesiapa yang meriwayatkan hadith palsu yang dinisbahkan kepada Nabi S.A.W. kepada orang ramai?


Jawapan:

Tidak ada satu hadith yang sahih tentang kelebihan bulan Rejab sesuatupun, melainkan bulan Rejab itu adalah termasuk di dalam bulan yang haram (yang dimuliakan) yang disebut oleh Allah S.W.T. di dalam kitabnya: “Antaranya ada 4 bulan yang haram (dimuliakan).” (al-Taubah:36) iaitulah bulan Rejab, Zul Qaedah, Zul Hijjah dan al-Muharram, dan inilah bulan-bulan yang dimuliakan.

Tidak terdapat satu hadith yang sahih yang mengkhususkan bulan Rejab dengan sesuatu kelebihan, melainkan hadith Hasan yang menyebut Nabi S.A.W. banyak berpuasa dalam bulan Sya’ban, apabila ditanya tentang tindakan Nabi itu, dinyatakan: “Kerana Sya’ban itu bulan yang dilalaikan oleh kebanyakan manusia yang berada diantara Rejab dan Ramadhan.” Dari hadith ini (sebahagian orang) memahami bulan Rejab juga ada kelebihan.

Adapun tentang hadith: “Rejab bulan Allah, Sya’ban bulan-ku dan Ramadhan bulan Umatku.” Ianya adalah satu hadith yang dusta dan sangat lemah, bahkan kebanyakan ulama mengatakan hadith ini palsu… iaitu ianya suatu yang didustai (atas nabma Nabi S.A.W.), hadith ini tidak ada nilai dari sudut ilmu dan agama.

Demikianlah juga hadith-hadith lain yang diriwayatkan tentang kelebihan bulan Rejab kononnya sesiapa sembahyang sedemikian, maka baginya sedemikian pahala, sesiapa yang beristighfar sedemikian, baginya sedemikian pahala… semua ini berlebih-lebihan, dan semuanya adalah dusta.

Antara tanda kedustaan hadith-hadith seumpama ini, apabila ianya mengandungi unsur berlebih-lebihan dan gembar-gembur… para ulama berkata:



إنَّ الوَعْدَ بِالثَّوَابِ العَظِيْمِ عَلى أمْرٍ تَافَه، أوْ الوَعِيْدَ بِالعَذَابِ الشَّدِيْدِ عَلى ذَنْبٍ صَغِيْرٍ، يَدُلُّ عَلى أنَّ الحَدِيْثَ مَكْذُوْبٌ


Maksudnya: “Sesungguhnya janji dengan pahala yang sangat besar atas perkara yang kecil, ataupun ancaman dengan azab yang keras atas dosa yang kecil, menunjukkan hadith tersebut adalah palsu.”

Sebagai contoh lain apa yang didakwa dari perkataan Nabi S.A.W.: (maksudnya) “Satu suapan kepada orang yang lapar lebih baik dari membina 1000 buah masjid.”

Hadith ini mengandungi kepalsuan dalam teksnya sendiri, kerana ia termasuk dalam perkara yang tidak dapat diterima oleh akal, satu suapan utk orang yang lapar, pahalanya lebih besar dari pahala yang diperolehi dari membina 1000 buah masjid.

Maka hadith yang ada dalam bab kelebihan bulan Rejab adalah termasuk di dalam jenis seperti ini. Ke atas ulama wajib memberi perhatian dari hadith-hadith seumapama ini yang palsu dan dusta dan memberi peringatan kepada orang ramai dari hadith-hadith seumapama ini. Nabi S.A.W. telah bersabda:

(Maskudnya): “Sesiapa yang meriwayatkan satu hadith yang dia lihat hadith tersebut adalah palsu, maka dia termasuk salah seorang dari kalangan pendusta.” (Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim di Muwaddiman Sahihnya).

Akan tetapi kadang-kadang seseorang tidak mengetahui hadith yang diriwayatkannya itu adalah hadith yang palsu. Oleh kerana itu ia dia mesti mengetahui, dan mengenal pasti dari sumber-sumbernya… terdapat banyak kitab-kitab hadith yang dibuat rujukan, ada kitab-kitab yang khas yang memberitahukan tentang hadith-hadith lemah dan palsu seperti al-Maqasid al-Hasanah” oleh al-Sakhawi, kitab Tamyiz al-Toyyib min al-Khabith lima haduru ala alsinah al-Nas minal hadith oleh Ibn al-Diba’, kitab Kasful khafa’ wa al-Ilbas fima isytahara min al-Ahadith ‘ala alsinati al-Nas oleh al-‘Ajluni… dan banyak lagi kitab-kitab lain yang sepatutnya diketahui oleh para khatib dan memahaminya, agar mereka tidak mengambil satu hadith melainkan hadith itu dipercayai kesahihannya. Sesungguhnya termasuk dalam kemerbahayaan yang berlaku di dalam masyarakat kita ialah hadith-hadith yang palsu dan yang direka yang bercampuraduk di dalam khutbah, buku-buku dan percakapan manusia, hakikatnya ianya adalah hadith yang palsu dan yang direka.

Oleh kerana itu kita perlu membersih dan menyucikan masyarakat kita daripada hadith-hadith seperti ini. Sesungguhnya Allah mentaufikkan para ulama yang menjelaskan kepada orang ramai perkara-perkara yang asas dari yang direka, yang tertolak dari yang diterima. Dan kita hendaklah mengambil manfaat dari usaha mereka dan mengikut ilmu yang telah mereka terangkan.

Wallahu a’lam.

Tuesday, July 15, 2008

Al-Qaradhawi: Mengkhususkan puasa pada 27 Rejab adalah perkara yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi S.A.W.



Soalan:
Adakah terdapat pahala yang khusus berpuasa pada 27 Rejab, apa pula hokum berpuasa pada hari ini? Benarkah 27 Rejab ini adalah hari Nabi S.A.W. diisra’kan?

Jawapan oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi

Termasuk di dalam puasa yang diharamkan, iaitu puasa yang direka-reka oleh orang ramai dengan hawa nafsu mereka, yang tidak disyaaritkan oleh Allah dan RasulNya, tidak juga diamalkan oleh para khulafa’ al-Rasyidin, tidak ada juga ulama yang menyeru melakukannya iaitulah puasa pada 27 Rejab dengan menganggap hari tersebut adalah hari berlakunya peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Ada pula orang yang berpuasa pada hari tersebut kerana beranggapan hari tersebut adalah hari-hari kebesaran Islam, yang mana pada hari tersebut Allah telah member naikmat kepada NabiNya dengan satu nikmat yang besar, maka wajib kita mengingati dan bersyukur dengannya. Kerana nikmat Allah ke atas NabiNya yang mulia berupakan nikmat ke atas umatnya, maka mensyukurinya adalah wajib ke atas umat. Maka antara cara mensyukuri nikmat yang besar ini ialah dengan berpuasa.

Semua ini perkara bukanlah berupa dalil atas pensyariatan puasa padanya. Sesungguhn ya Allah S.W.T. telah menyuruh umat Islam mengingati nikmat-nikmat yang banyak ke atas mereka, seperti firmanNya bersempena dengan peperangan Ahzab:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ جَاءتْكُمْ جُنُودٌ فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ رِيحًا وَجُنُودًا لَّمْ تَرَوْهَا وَكَانَ اللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرًا

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman ingatlah nikmat Allah ke atas kamu semua, ketika datang kepadamu tentera-tentera, lalu kami kirimkan kepada mereka angin taufan dan tentera yang kamu tidak dapat melihatnya.” (al-Ahzab: 9)

Dalam keadaan ini, mereka tidak memperingati nikmat tersebut dengan berpuasa pada hari-hari berlakunya peperangan Ahzab tersebut.

Ibn al-Qayyim berkata di dalam Zaad al-Ma’ad tentang malam Isra’ yang dinukilkan daripada syeikhnya Ibn Taimiyyah:


"Tidak diketahui dari seorangpun dari kalangan umat Islam yang menjadikan malam Isra’ ada kelebihan berbanding malam yang lain, tiada juga seorangpun dari sahabat atau tabi’ie yang mengkhususkan malam Isra’ dan mereka juga tidak memperingatinya. Kerana itu tidak diketahui pada malam apakah berlakunya peristiwa Isra’ sekalipun Isra’ itu merupakan kelebihan Nabi S.A.W. yang paling besar.” Katanya lagi: “Tidak ada satu dalil yang diketahui yang menunjukkan bulan bilakah berlakunya Isra’, demikian juga tidak diketahui dalam 10 hari yang manakah berlakunya Isra’, tidak diketahui juga bilakah harinya, sebaliknya yang diriwayatkan tentangnya berbagai-bagai , tidak ada yang dapat dipsatikan, maka tidak disyariatkan kepada umat Islam mengkhususkan malam 27 dengan melakukan qiyam atau lain amalan.” (Zaad al-Ma’ad 1/57)

Sekalipun telah masyhur di kalangan manusia malam 27 Rejab merupakan malam Isra’ dan Mi’raj, namun tidak ada satu dalilpun yang sahih yang menunjukkan Isra dan Mi’raj berlaku pada malam tersebut.
Wallahu a’lam.


--------------------

من الصيام المحرم: ما ابتدعه الناس بأهوائهم، ولم يشرعه الله ورسوله ولا عمل به الراشدون المهديون من خلفائه، ولا دعا إليه أحد من أئمة الهدى. ومن ذلك صيام اليوم السابع والعشرين من رجب، باعتباره اليوم الذي كان صبيحة ليلة الإسراء والمعراج بالنبي صلى الله عليه وسلم.

فمن الناس من يصوم هذا اليوم باعتباره من أيام الإسلام، التي أنعم الله فيها على نبيه بنعم كبرى، يجب أن تذكر فتشكر!.

ونعم الله على نبيه الكريم نعم على أفراد أمته، فشكرها واجب عليهم، ومن مظاهر هذا الشكر أن تصام تلك الأيام التي تحمل ذكريات عظيمة!.

وكل هذا لا دليل فيه على شرعية الصيام، فقد أمر الله المسلمين بذكر نعم كثيرة عليهم، مثل قوله لهم بمناسبة غزوة الأحزاب: (يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ جَاءتْكُمْ جُنُودٌ فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ رِيحًا وَجُنُودًا لَّمْ تَرَوْهَا وَكَانَ اللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرًا ا) الأحزاب : 9، الآيات.

ومع هذا لم يذكروا النعمة بصيام هذه الأيام، كلما هبت ذكراها في شوال .. وغيرها وغيرها.

قال ابن القيم في (زاد المعاد) في شأن ليلة الإسراء نقلاً عن شيخه ابن تيمية:-

(لا يُعرف عن أحد من المسلمين أنه جعل لليلة الإسراء فضيلة على غيرها، ولا كان الصحابة والتابعون لهم بإحسان يقصدون تخصيص ليلة الإسراء بأمر من الأمور ولا يذكرونها، ولهذا لا يُعرف أي ليلة كانت وإن كان الإسراء من أعظم فضائله صلى الله عليه وسلم ).

قال: (لم يقم دليل معلوم على شهرها، ولا على عشرها- أي في العشرة أيام التي وقعت فيها -، ولا على عينها، بل النقول في ذلك متقطعة مختلفة، ليس فيها ما يقطع به، ولا شرع للمسلمين تخصيص تلك الليلة بقيام ولا غيره) (زاد المعاد 1/ 57 ، 58 ط. الرسالة).

على أن ليلة السابع والعشرين من رجب وإن اشتهر بين الناس أنها ليلة الإسراء والمعراج لم يصح دليل على أنها هي.
والله أعلم.

Friday, March 14, 2008

Fatwa al-Qaradhawi: Puasa Pada Hari Maulid

Oleh: Bin Sahak

Soalan:

Apakah hukum kebiasaan manusia yang berpuasa pada hari 12 Rabi’ulawwal kerana beranggapan hari tersebut ialah hari kelahiran Nabi saw?

Jawapan:

Termasuk puasa yang diharamkan, ialah apa yang dicipta oleh manusia berdasarkan hawa nafsu mereka yang tidak pernah disyariatkan oleh Allah dan dan rasulNya, dan tidak juga diamalkan oleh para khulafa’ Nabi saw, tidak ada juga seorangpun dari para imam yang menyeru untuk menunggalkan puasa pada hari ke-12 dalam bulan Rabi’ulawwal dengan dakwaan ianya adalah hari kelahiran Nabi saw yang sepatutnya kita terjemahkan cinta kita kepada baginda dengan berpuasa.

Kita mencintai Rasulullah saw, dan kita berkeyakinan bahawasanya mencintai Nabi saw adalah satu juzuk daripada iman, dimana seseorang tidak akan dapat merasai kemanisan iman yang sebenar selamamana dia tidak menjadikan Allah dan Rasul lebih dicintainya daripada yang lain. Bahkan mesti seseorang mencintai baginda berbanding bapa dan anaknya dan manusia keseluruhannya.

Akan tetapi yang terbesar penzahiran kita kepada baginda (sepatutnya) ialah dengan mengikut sunnah baginda dan kita membesarkan syariat yang baginda bawa, kita mematuhi baginda dalam setiap arahan dan tegahan baginda, dan kita tidak mengadakan syariat baru di dalam agama kita yang merupakan perkara yang tidak diizinkan oleh Allah ta’ala.

Puasa pada hari kelahiran Nabi saw tidak disyariatkan kepada kita, tidak ada dari satu hadith yang sahih mahupun dhoief, tidak ada seorangpun dari generasi salaf yang mendakwa perkara tersebut, mereka juga tidak pernah melakukannya. Semoga Allah merahmati orang yang mengungkapkan kalimah:

وكل خير في اتباع من سلف وكل شر في ابتداع من خلف
Maksudnya: “Setiap kebaikan itu ada pada mengikut salaf dan setiap keburukan itu ada pada rekaan orang kemudian.”

Disamping itu penetapan hari 12 Rabi’ulawwal sebagai hari kelahiran Nabi saw tidak berdasarkan bukti yang sebenarnya walaupun ia tersebar dikalangan umat Islam. Disana adanya pendapat yang mengatakan kelahiran Nabi saw pada hari ke-9 (Rabi’ulawwal), ada pula yang berpendapa pada tarikh yang lain.

Kalaulah perkara ini (hari kelahiran Nabi saw) suatu yang sangat penting yang mempengaruhi hukum syarak, pastilah umat Islam (dahulu) akan memastikannya, dan mereka akan menyebarkannya sepertimana mereka memastikan perkara lain yang terdiri daripada amalan-amalan dan hukum-hakam. (sumber:islamonline.net)