Monday, July 21, 2008

Puasa Rejab



Oleh: Dr. Yususf al-Qaradhawi (Fiqh al-Siyam, bab Siyam al-Tatawwu')
Penterjemah: Bin Sahak

Berpuasa dalam bulan-bulan haram diterima dan disunatkan, dalam segala keadaan. Akan tetapi tidak terdapat dari Nabi saw yang baginda berpuasa sebulan penuh melainkan Ramadhan. Baginda paling banyak berpuasa adalah dalam bulan Syaaban akan tetapi baginda tidak berpuasa keseluruhan (hari dlm Syaban).

Inilah Sunnah Nabawi dalam perkara ini (berpuasa sunat), Baginda berpuasa dan berbuka dalam setiap bulan, sepertimana yang terdapat (di dalam hadith): "Adalah baginda berpuasa sehingga kami sangkakan baginda tidak berbuka, dan baginda berbuka sehingga kami sangkakan baginda tidak berpuasa." (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud). Maka apa yang dilakukan oleh sebahagian manusia yang berpuasa Rejab keseluruhannya, sepertimana yang kami pernah lihat di desa-desa sebelum ini, saya pernah melihat sebahagian manusia berpuasa Rejab, Syaban, Ramadhan dan puasa 6 bulan Syawal dan mereka menamakannya sebagai al-Ayyam al-Baidh selepas itu baru mereka berbuka, dan mereka berhari raya pada hari ke8 Syawal, dan hasilnya jadilah puasa mereka dalam 3 bulan ini dan puasa 6 syawal berturut-turut, mereka tidak berbuka melainkan pada hari raya. Maka perbuatan ini tidak terdapat dari Nabi saw, tidak juga dari sahabat baginda dan tidak juga dari Salaf al-Soleh. Yang utama (dalam puasa sunat ini) ialah berpuasa sehari dan berbuka sehari, tidak dilakukan secara berturut-turut.

Maka setiap kebaikan itu pada mengikut Salaf dan setiap keburukan itu pada rekaan-rekaan orang kemudian. Maka siapa yang menghendaki al-Ittiba' (mengikut Nabi saw) dan menghendaki pahala yang sempurna, maka ikutlah Nabi saw, dan baginda tidak berpuasa Rejab keseluruhannya, tidak juga Syaban keseluruhannya, Inilah (bentuk puasa sunat) yang lebih utama."

1 comments:

tholib said...

kalau dah hang tu malas nak buat ibadat kenapa la pulak nak ajak orang lain jadi pemalas macam hang.