Monday, July 21, 2008

Pro dan Kontra Isu Mubahalah

Oleh: Bin Sahak

Hukum-hakam Islam didatangkan ke dalam kehidupan manusia bertujuan mendatangkan kebaikan samaada di dunia mahupun akhirat, demikian juga ia bertujuan untuk menolak kemudaratan. Oleh yang demikian, Islam sepatutnya mendepani setiap persoalan dengan memberikan jalan keluar yang terbaik bagi menjamin tujuan kedatangannya. Dalam ertikata lain, amat-amat tidak wajar jika Islam hanya mengambil sikap tunggu dan lihat apa nak jadi kesudahannya dalam sesuatu permasaalahan yang timbul.

Untuk itu Islam perlu mendatangkan pandangannya atau mengutarakan jalan keluar kepada setiap persoalan yang membelenggu individu mahupun masyarakat. Tugas berat ini terpikul di bahu setiap yang bergelar agamawan. Maka agamawan tidak boleh bersikap pasif, kepasifan mereka itu memberi gambaran yang huduh terhadap agama. Agama akan dilihat tidak mampu berdepan dengan persoalan semasa, sehingga kewujudan agama yang asalnya bertujuan mendatangkan kebaikan dan menolak keburukan tidak dirasai peranannya oleh orang ramai. Tidak cukup sekadar mendatangkan jalan keluar semata, sebaliknya jalan keluar atau penyelesaian itu perlulah bersifat realistik dan mampu dilaksanakan. Inilah antara cabaran yang perlu di pikul oleh agamawan hari ini. Mereka tidak boleh lagi asyik memikirkan bagaimana nak meramaikan orang mendengar ceramah mereka yang disulami dengan cerita karut marut dari sumber-sumber palsu dan israiliyyat.

Isu Liwat Membingungkan Masyarakat

Bermula pada penghujung Jun yang lalu, apabila isu dakwaan liwat terhadap Datuk Seri Anuar Ibrahim (DSAI) menjadi isu terhangat Negara, dimana satu laporan dari bekas pembantunya telah dibuat yang mengaitkan DSAI dengan kes liwat buat kali keduanya setelah lebih kurang 10 tahun pertuduhan pertama dikaitkan ke atas beliau.

Masyarakat melihat isu dakwaan liwat ini menjadi bertambah serabut apabila ia dikaitkan dengan konspirasi untuk membunuh karier politik DSAI. Lalu pihak polis dan mahkamah turut sama dikaitkan dan dipertikaikan ketulusannya.

Lalu berlakulah peristiwa bongkar membongkar sesama yang bermusuhan. Masyarakat berada dalam keadaan bingung, mana satukah yang hendak diletakkan kepercayaan. Pihak yang menuduh atau yang dituduh. Masyarakat diheret tumpuan mereka kepada membicarakan hal peribadi dan maruah dua tiga orang politik yang asyik tuduh menuduh.

Perhatian mereka dipesongkan. Mereka melupai persoalan-persoalan lain yang lebih utama.

Mubahalah

Mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dalam tulisannya bertajuk “Mubahalah Agar Umat Tidak Berbalah” buat pertama kalinya mencadangkan agar DSAI dan bekas pembantunya Saiful Bukhari melakukan sumpah mubahalah bagi membersihkan nama masing-masing. Cadangan ini dikeluarkan setelah melihat masing-masing pihak saling berkeras. Jika dilihat kepada tajuk tulisan beliau sahaja, ia telah menjelaskan tujuan asal cadangan tersebut iaitulah SUPAYA UMAT TIDAK BERBALAH.

Namun malang apabila cadangan ini dilontarkan dua tiga orang agama ada yang mencemuh kononnya tunjuk pandai dan seumpamanya. Kita nak katakan, Ya Ustaz!!! Kami tidak mahukan cemuhan, orang ramai tidak mahukan cemuhan itu. Yang kita dambakan ialah pandangan untuk menyelesaikan masaalah supaya isu peribadi orang politik tak payah orang ramai diheretkan bersamanya untuk berbalah.

Kita sedih melihat telatah beberapa orang agama. Mereka bukan hendak melontarkan jalan keluar tetapi kerja mereka hanya berminat untuk mencemuh bila ada tokoh agama lain yang melontarkan pandangan. Kerja mereka tunggu dan lihat… apa nak jadi dengan kemelut ini. Lontarkan pandangan…? jauh sekali. Kalau ada yang beri pandangan kita cemuh, orang tu nak tunjuk pandai dan seumpamanya.

Isu Tuduhan Liwat Anuar dan Qazaf

Orang yang mencemuh pandangan Mufti Perlis mencadangkan supaya tuduhan liwat tersebut di bawa ke mahkamah syariah dan dibicarakan di bawah peruntukan qazaf.

Qazaf di dalam Islam adalah tuduhan palsu berkaitan zina mahupun liwat. Ia merupakan kesalahan dalam hokum hudud dimana seorang penuduh yang terbukti bersalah boleh dikenakan 80 kali sebatan. Inilah asal hukuman qazaf di dalam syariah.

Mahkamah Syariah di Malaysia, mengikut Seksyen 41 ‘Qazaf’ secara spesifik menyentuh persoalan tuduhan palsu zina dimana sesiapa yang didapati membuat tuduhan palsu akan dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 3 tahun atau denda tidak melebihi 5000 ringgit atau kedua-duanya sekali jika gagal mendatangkan 4 orang saksi atau ikrar tertuduh.

Persoalannya:

1. Apakah hukuman yang ada di Mahkamah Syariah di Negara kita ini benar-benar mengikut Syara’?

2. Mahkamah Syariah juga memerlukan laporan dan sisatan dari pihak polis untuk mengadili kes ini? Bukankah pihak polis juga dituduh terbabit di dalam konspirasi ini oleh DSAI?

Kewajaran Mubahalah

Dalam situasi sebegini, salau satu langkah untuk membersihkan nama kedua-dua belah pihak adalah dengan bermubahalah seperti yang dicadangkan oleh Mufti Perlis. Kerana kedua-dua pihak nampaknya berkeras kepala. Tapi sayang sekali, nampaknya cadangan itu dikesampingkan.

Jika kita melihat kepada rentetan kes hingga ke hari ini, bukan hanya mahkamah dan pihak polis dipertkaikan ketulusannya, bahkan pihak HKL juga nampaknya telah diheret sama, barangkali akan dimasukkan juga berpakat dalam konspirasi nak menjatuhkan DSAI. Tidap cukup dengan tidak mahu diambil sample DNA, DSAI juga mendakwa beliau telah ditelanjangkan di HKL yang mana dakwaan ini dinafikan oleh pengarah HKL sendiri. Selepas ini kita tidak tahu siapa lagi yang akan diheretkan masuk sama dalam isu yang dikatakan konspirasi ini.



Wallahu a'lam.

0 comments: