الكشف الجلي عن ظلمات ربيع المدخلي
Al-Kasf
al-Jaliy ‘An Zhulumat Rabi’ al-Madkhali
Penulis: الشيخ أبو بلال عبد القادر منير المزدغي
العزابي
Penterjemah:
Mohamad Abdul Kadir bin Sahak
Pendahuluan
Kitab ini
mengandungi kritikan terhadap apa yang terdapat di dalam kitab Adhwa'
Islamiah 'ala 'Aqidah Syed Qutb wa Fikrih yang ditulis oleh Rabi'
bin Hadiy al-Madkhaliy, semoga Allah memberi hidayah kepadanya dan memberi
keampunan kepada kita dan beliau. Telah dibuka kepadanya syahwat memakan daging-daging
manusia terutamanya daging-daging para pendakwah dan ulama. Di dalam kitab ini
juga Syed Qutb dikenakan sejumlah tuduhan, dinisbahkan juga kepadanya sejumlah
penyelewengan yang amat banyak dan bahaya. Penelitian segera kepada tajuk-tajuk
babnya yang mencapai 17 tajuk melihatkan Syed Qutb telah ditohmah dengan
seteruk-teruk tohmahan dan seteruk-teruk bid'ah. Dr Rabi' al-Madkhali
menganggap Syed Qutb memiliki keganjilan dalam menafsirkan kalimah Tauhid,
mengabaikan Tauhid Ibadah, orang yang bercakap tentang Khalq al-Quran
(Kemakhlukan al-Quran), Wahdatul Wujud, mengkafirkan masyarakat Islam,
mengharuskan membuat peraturan yang menyalahi syariat Allah, berfahaman
sosialis kebendaan, dan lain lagi yang menjadikan Syed Qutb termasuk dalam
bid'ah dan pembuat bid'ah. Maka Islam apa yang berbaki bagi orang yang
mengharuskan manusia membuat peraturan dari dirinya sendiri, sedangkan Allah
SWT berfirman:
Mafhumnya: "Hukum itu hanyalah milik
Allah." (Yusuf: 40)
Firman ALlah SWT lagi:
Mafhumnya: "Dan sesiapa yang tidak
berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, maka merekalah orang-orang yang
kafir." (al-Maidah: 44)
Timbul persoalan
dan kita bisikkan ke telinga Dr. Rabi', iaitulah dimanakah ulama Islam selama
lebih 20 tahun, terutama apabila beliau menyatakan di muqaddimah bukunya,
termasuk di dalam sebab-sebab yang mendorong beliau menulis buku tersebut: "Berdiam
diri dari kemungkaran Syed Qutb, setelah mengetahuinya adalah termasuk
sebesar-besar pendusataan dan khianat terhadap Islam dan umat Islam."
Tidak diragukan lagi, ramai (di
kalangan para ulama) yang memuji Syed Qutb dan menyanjungnya, terutamanya yang
senyap dan tidak menyebut sesuatu (masalah) terhadapnya, apakah mereka semua
termasuk dalam kalangan pendusta-pendusta dan pengkhianat-pengkhianat terhadap
Islam dan umatnya? Sama-sekali tidak, terutamanya di kalangan mereka (yang
memuji Syed Qutb) terdapat seorang tokoh yang diberkati, seorang al-Syeikh yang
mulia 'Abd al-'Aziz bin Baz, Mufti Kerajaan 'Arab Saudi yang telah mendoakan
kerahmatan ke atas Syed Qutb, dan mensifatkannya sebagai seorang yang memiliki
keluasan ilmu dan pemerhatian. Syeikh Bin Baz tidak pula menisbahkan kepada
Syed Qutb seperti apa yang dikatakan oleh Dr. Rabi'.
Amat malang dan
benar-benar mengecewakan, apabila kebanyakan tuduhan-tuduhan yang dikenakan
kepada Syed Qutb adalah tidak benar dan tidak menghampiri kebenaran.
kebanyakannya pula Dr. hanya melontarkan tuduhan kepada Syed Qutb tanpa
sebarang bukti, kemudian beliau berpaling dengan menukilkan perkataan-perkataan
Ahli Ilmu, maka jadilah dakwaan Dr. kebanyakannya lebih luas berbanding bukti,
kadang-kala pula dakwaannya langsung tiada nilai bukti sama-sekali, sekalipun
kami akan membentangkan perkara ini secara terperinci dalam bantahan ini, tidak
mengapa jika kita mengambil satu contoh secara ringkas yang bersesuaian dengan
pendahuluan ini.
Dr. Rabi' berkata: "I'tiqad Syed Qutb
mempercayai ruh adalah azali yang terpisah dari zat Allah."
bersambung ke siri (2) klik sini
0 comments:
Post a Comment