Baca terlebih dahulu siri 1 dan 2
Siri 1
Siri 2
Hakikat sebenarnya, Dr Rabi’ memiliki manhaj tersendiri dalam mengkritik orang lain, beliau telah menyusun sebahagian kaedah-kaedah “manhajnya” dalam mengkritik beberapa tokoh, dan beliau mempraktikkannya dalam sebahagian buku tulisan beliau terutama di dalam bukunya al-Adhwa (yang bermaksud beberapa cahaya), dan sebenarnya bukunya itu bukanlah cahaya (al-Adhwa). Beliau menyandarkannya pula kepada Islam, sebaliknya ia bukanlah dari Islam! Sebagaimana sebahagian orang yang telah menyeleweng lalu berdusta terhadap Allah dan mereka menisbahkan penyelewengan mereka kepadaNya, kerana itu Allah Azza wa Jalla berfirman:
Siri 1
Siri 2
Hakikat sebenarnya, Dr Rabi’ memiliki manhaj tersendiri dalam mengkritik orang lain, beliau telah menyusun sebahagian kaedah-kaedah “manhajnya” dalam mengkritik beberapa tokoh, dan beliau mempraktikkannya dalam sebahagian buku tulisan beliau terutama di dalam bukunya al-Adhwa (yang bermaksud beberapa cahaya), dan sebenarnya bukunya itu bukanlah cahaya (al-Adhwa). Beliau menyandarkannya pula kepada Islam, sebaliknya ia bukanlah dari Islam! Sebagaimana sebahagian orang yang telah menyeleweng lalu berdusta terhadap Allah dan mereka menisbahkan penyelewengan mereka kepadaNya, kerana itu Allah Azza wa Jalla berfirman:
Mafhumnya: “dan mereka
pula berkata: "(Bahawa) ia adalah (datangnya) dari sisi Allah",
padahal ia bukanlah dari sisi Allah; dan mereka pula tergamak berkata dusta
terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).”
(Ali Imran: 78)
Maka demikianlah juga, tidak
mungkin dakwaan-dakwaan yang terkandung di dalam fasal-fasal buku al-Adhwa
untuk dikatakan dari Islam, sebaliknya ia dibina di atas dasar sangkaan,
tertegak di atas perasangka, Allah Taala berfirman:
Mafhumnya: “Wahai
orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak
menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan
itu adalah dosa.” (al-Hujurat: 12)
Jika sangkaan itu sebahagian
adalah dusta, maka bagaimana pula dengan prasangka? Maka penisbahan I’tikad
Keazalian Ruh kepada Syed Qutb adalah satu prasangka yang bahaya, Demi Allah
saya tidak tahu bagaimana ia boleh datang dari Dr. Rabi' dan dari penanya.
Sesungguhnya yang lebih berhati-hati untuk beliau dan lebih bermanfaat kepada
para pelajar beliau adalah dengan beliau berdiam-diri, agar beliau tidak
memberi rangsangan kepada para pelajarnya menyentuh maruah orang
lain, sehingga beliau menjadi contoh
buruk kepada para pelajarnya dan seorang syeikh yang tersesat jalannya, lalu
beliau memikul kesalahannya dan kesalahan anak-anak muridnya.
Hal ini merupakan harapan
kami, hanya (agar beliau) berdiam diri kerana tiada sesuatu yang boleh menjadi saksi (akan
kebenaran) dakwaan besar tersebut. Dan kami juga tidak bercita-cita dari Dr. Rabi' agar beliau berbaik sangka, kerana sesiapa yang biasa dengan bukunya akan
mendapati sangkaan baik beliau dengan orang lain hanya bagaikan sehelai bulu
putih yang berada pada kulit lembu hitam.
Kitab al-Adhwa’ mengandungi
sejumlah dakwaan-dakwaan yang besar, sekalipun dakwaan-dakwaan tersebut
berkaitan Syad Qutb – dalam masa yang sama Syed Qutb berlepas diri dari
kebanyakan dakwaan tersebut – cumanya manhaj yang ditempoh oleh Dr. Rabi' merupakan
beberapa contoh dan misal yang dibina di atas sangkaan-sangkaan dan khayalan-khayalan.
Manhaj ini jika ditempoh oleh orang
ramai dalam melakukan kritikan, ia akan mengaitkan majoriti umat Islam dan
tidak akan ada yang terselamat dari kejahatannya melainkan sedikit, bahkan inilah sebenarnya
yang berlaku. Sehingga sebahagian mereka ada yang sanggup terbang dari UAE
bermusafir ke Amman ibu Negara Jordan untuk bertanya kepada sebahagian ulama
yang mulia tentang keharusan memohon rahmat untuk para pembuat bid’ah seperti
al-Nawawi, Ibn al-Jauzi, Ibn Hazm, Hasan al-Banna dan Syed Qutb! Anda sendiri
saksikan bagaimana perkara ini bukan hanya berkaitan dengan seseorang manusia,
yang baginya balasan baik bagi perlakuan baiknya dan balasan buruk bagi perlakuan buruknya, akan tetapi ia telah
berubah kepada manhaj mengkritik/mencela yang memperbaharui dan menghidupkan
manhaj Khawarij yang telah menguasai umat Islam, dengan dakwaan mereka juga
menghendaki hukum Allah – dengan menyangka – tiada hukuman manusia. mereka (golongan Khawarij dahulu) juga tidak menyebut sandaran dalam hukuman mereka ke atas apa
yang berlaku antara ‘Ali dan Mu’awiyah RA bukan hukum Allah, sebaliknya mereka
melontarkan tohmahan kosong, seterusnya mereka berpaling untuk mengasah sebanyak mungkin pedang
(untuk dihunuskan kepada mangsa-mangsa celaan mereka)! Ketikamana sampai ke
pengetahuan ‘Ali, beliau berkata: “Antaraku dan dan mereka semua ada Kitab
Allah Taala, Allah berfirman di dalam kitabNya:
Mafhumnya: “Maka
lantiklah "orang tengah" (untuk mendamaikan mereka, iaitu), seorang
dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan.” (al-Nisak: 35)
Maka umat Muhammad adalah
lebih agung dari hak dan kehormatan seorang lelaki mahupun seorang perempuan[1], bukan hanya dengan
dakwaan-dakwaan yang tidak memiliki bukti yang dapat menetapkan hukum-hakam.
Maka perkara sebegini
mengembalikan semula manhaj Khawarij yang membunuh pada zaman ini, sama sahaja
(وسيانِ), sama ada menyembelih dengan pisau atau dengan bahasa,
kedua-duanya keluar dari manhaj dan membawa kepada natijah yang satu, sekalipun
berbeza sebab tetapi yang terbunuh itu satu.!
Sesungguhnya ia merupakan
satu manhaj seperti yang dikatakan oleh Ibn al-Jauzi di dalam Said al-Khatir: “(perkara
sebegini) dibina di atas sangkaan jahat terhadap orang lain, dan bakhil
terhadap orang yang berbeza, sekalipun untuk mendoakan rahmat untuk mereka.”
Sama seperti perlakuan
orang-orang yang bertanya kepada Fadhilah al-Syeikh al-Albani RH tentang
persoalan jika harus memohon rahmat kepada orang-orang yang mereka namakan
sebagai pembuat bid’ah, lalu dengan kebijaksanaan al-Syeikh al-Albani menjawab:
“Sesungguhnya rahmat harus/boleh (dipohon untuk) semua orang Islam, tidak
boleh untuk semua orang kafir.”
Dan nyata jawapan ini tidak dapat
melembutkan golongan ini, lalu mereka membantah bahawa al-Salaf tidak pernah
memohon rahmat untuk ahli bid’ah! Dan ini juga merupakan salah satu dakwaan
dari manhaj yang salah ini.
Sesungguhnya al-Syeikh (al-Albani)
telah memberi peringatan terhadap kesalahan mereka secara
berperingkat-peringkat, sedikit-sedikit. Kalaulah beliau mahu mencela mereka
sama seperti cara mereka sudah tentu beliau mampu melakukannya, kerana telah
jelas manhaj bermuamalah (berinteraksi) dengan umat Islam dengan cara ini adalah satu bid’ah,
lalu Fadhilah al-Syeikh (al-Albani) berkata: “Kamu semua dengan mazhab
sebegini, Aku berhak untuk menamakan kamu semua pembuat bid’ah, akan tetapi aku
tidak akan menyalahi mazhabku.” [2]
Beliau (al-Albani)
memaksudkan bukanlah setiap orang yang melakukan bid’ah, dinamakan sebagai
pembuat bid’ah dan berlaku kepadanya hukum-hakam ke atas pembuat bid’ah yang
sebenarnya!
Saya tidak tahu apakah golongan yang bertanya kepada
al-Syeikh al-Albani ini dari “al-Madrasah al-Rabi’iyyah” atau terdiri dari
orang-orang yang terpengaruh dengan manhajnya yang tersendiri ini. Ini kerana
beliau (Dr. Rabi’) di dalam keseluruhan kitabnya al-Adhwa’, berhadapan dengan
Syed Qutub secara keras dan kasar, beliau bersikap bakhil untuk mendoa dan
memohon rahmat untuk Syed Qutb walaupun sekali! Sekalipun demikian keadaannya,
Syed Qutb telah pergi bertemu Tuhan Yang Maha Penyayang, beliau tidak
memerlukan doa dari Dr. Rabi’ dan dari orang-orang yang semazhab dengan beliau,
bahkan telah begitu ramai dari kalangan orang-orang mulia yang memuji dan
memohon rahmat untuk Syed Qutb. Lihatlah Syeikh Ibn Baz yang berkata: “Berkata
al-Syed[3]
Qutb Rahimahullah[4]” dan banyak contoh
yang lain lagi.
bersambung ke siri (4)
[1]
Tarikh al-Islam: ‘Ahd al-Khulafa’ al-Rasyidin oleh al-Imam al-Zahabi. Hal: 591
[2]
Secara ringkas dengan sedikit susunan semula dari rakaman suara, bil: 109, siri
rakaman al-Hidayah al-Quraniah, Fas, al-Maghrib.
[3]
Beliau menyebut dengan al-Ma’rifah
[4]
Beliau menyebutnya di dalam munaqasah beliau berkaitan pergerakan matahari dan
bumi. Dan al-Syeikh (Bin Baz) ada pandangan seperti yang diketahui, iaitu
berbeza dengan Syed Qutb dan lainnya. Dalam masa yang sama beliau tidak
menisbahkan sesuatu kepada Syed Qutb seperti yang ada dalam al-Adhwa’, saya
berlindung kepada Allah, dari beliau (Bin Baz) memuji Syed Qutb, sedang beliau
tidak mengetahui (tentang Syed Qutb), seleps itu Bin Baz juga mensifatkan Syed
Qutb sebagai seorang yang memiliki keluasan ilmu dan pemerhatian. Saya
berlindung kepada Allah juga dari Bin Baz telah memerhatikan
keyakinan-keyakinan yang batil yang dianuti oleh Syed Qutb, lalu beliau
menyembunyikannya kerana mengkhianati Islam dan umat Islam. Dimanakah Dr. Rabi’
dari semua perkara ini?!
0 comments:
Post a Comment