Soalan:
Adakah dagu wanita
termasuk aurat (anggota) yang dilarang memperlihatkannya.. saya ada melihat
wanita yang memakai tudung dan menutup dagunya..minta penjelasan wallahua'lam
Jawapan:
Dagu wanita tidak
termasuk di dalam aurat. Barangkali yang dimaksudkan oleh saudara penyoal iaitulah bahagian
bawah dagu wanita. Jika benar demikian, maka jawapannya, bahagian bawah dagu wanita adalah
TERMASUK AURAT yang wajib ditutup. Ini kerana bahagian tersebut tidak termasuk
dari batas-batas wajah yang boleh dibuka. al-Syirazi berkata:
والوجه ما بين منابت شعر الرأس
إلى الذقن ومنتهى اللحيين طولاً، ومن الأذن إلى الأذن عرضاً
Maksudnya: “Dan wajah itu apa yang ada
diantara tempat tumbuh rambut kepala hingga ke dagu dan hujung kedua-dua
rahang, secara panjang. Lebarnya pula dari telinga hingga ke telingan satu
lagi.”
Kata al-Nawawi di dalam al-Majmu’ ketika
memberi komentar kepada perkataan al-Syirazi ini:
هذا الذي ذكره المصنف في حد الوجه هو
الصواب الذي عليه الأصحاب ونص عليه الشافعي رحمه الله في الأم
Maksudnya: “Yang disebut oleh penulis
(al-Syirazi) tentang batas wajah, ianya benar seperti pandangan al-Ashab, dan
telah dinyatakan perkara ini oleh al-Syafie RH di dalam kitabnya al-Umm.”
Berdasarkan kenyataan ini, sekali lagi
dinyatakan bahawa bahagian bawah dagu TIDAK TERMASUK WAJAH, oleh kerana itu ia
WAJIB DITUTUP.
Wallahu a’lam.
0 comments:
Post a Comment