Soalan:
mcm mana bagi orang yg telah lupa
nazar bagi dirinya??
Jawapan:
Sesiapa yang
bernazar kemudian terlupa atau ragu apa yang dinazarkannya solat atau puasa
atau seumpamanya maka hendaklah dia berusaha menginatkanya semula. Terdapat
sebahahian ulama dari mazhab al-Syafie yang berpandangan orang yang seperti ini
perlu tunaikan kesemua nazar yang diragukannya itu. Seperti dia lupa apakah dia
bernazar untuk menunaikan solat sunat atau berpuasa sunat. Maka dia perlu
menunaikan kedua-duanya solat sunat dan puasa sunat. Antara yang menyatakan sebegini
ialah al-Imam al-Ramli.
Manakala majority
ulama pula berpandangan orang yang lupa ataupun ragu nazarnya hendaklah
membayar kaffarah sumpah. Ini kerana orang yang lupa nazarnya sama seperti
orang yang bernazar tetapi tidak menyebut apa yang hendak dilakukannya. Ini
kerana orang yang lupa nazarnya dia dalam keadaan tiada kemampuan menentukan
jenis nazarnya, maka dia disamakan dengan orang yang tidak mampu menunaikan
nazar. Dalam hal ini Nabi SAW bersabda:
كفارة النذر إذا لم يسم كفارة يمين
Maksudnya: “Kaffarah
Nazar jika tidak dinyatakan (jenis nazarnya) adalah kaffarah sumpah.” (HR
al-Tirmizi. Sahih kata al-Syaukani di dalam Nail al-Awthar tanpa lafaz “Jika
tidak dinyatakan” demikian juga al-Albani di dalam Dhoief al-Tirmizi)
Baginda juga bersabda:
من نذر نذراً لم يسمه فكفارته كفارة يمين، ومن نذر
نذراً في معصية فكفارته كفارة يمين، ومن نذر نذراً لا يطيقه فكفارته كفارة يمين،
ومن نذر نذراً أطاقه فليف به
Maksudnya: “Sesiapa
yang bernazar suatu nazar yang tidak dinyatakan (jenisnya), maka kaffarahnya
ialah kaffarah sumpah. Sesiapa yang bernazar melakukan maksiat, maka
kaffarahnya adalah kafarrah sumpah. Sesiapa yang bernazar dengan suatu nazar
yang tidak mampu dilaksanakannya maka kaffarahnya ialah kaffarah sumpah,
sesiapa yang bernazar dengan nazar yang mampu dilaksanakannya, maka hendaklah
dia melaksanakan nazar tersebut.” (HR Abu Daud. Kata beliau: “Hadis ini
diriwayatkan oleh Waki’ dan selain beliau daripada Abdillah bin Sa’ied bin Abi
al-Hind. Mereka mewaqafkan ke atas Ibn ‘Abbas.”)
Wallahu a’lam
Untuk tahu tentang Kafarah Sumpah Klik Di sini
4 comments:
Assalamualaikum Ustaz... saya ada pertanyaan berkenaan bernazar... sy ada seorg kwn yg sgt buntu berkenaan bernazar nie... ceritanya begini...
kisahnya dulu beliau nie kerap bergaduh dgn ibunya setelah kematian ayah tirinya beberapa tahun yg lalu... sebab bergaduh ialah ibunya berkawan dgn lelaki. oleh kerana beliau terlalu mrh tetapi tidak boleh memberontak pd ibunya maka beliau telah bernazar dgn niat 'selagi ibunya berkawan dgn lelaki lain dgn niat utk berkahwin atau pun tidak maka beliau tidak akan kahwin buat selama lamanya'... sampai sekarang beliau tidak temui jodoh yg kekal.. adakah kerana nazarnya itu? bagaimana utk bantu beliau?.. boleh ustaz bantu rakan sy x?
Salam ustaz.... Sy nak tanya,, Sy de bernazar Tp x pasti dengan nazar Sy??maksud Sy,, Sy lupa Sy nazar pe?? Blh tak Sy menggantiKan nazar Sy dgn benda yg lain.. contoh seperti memberi baju atau belanja makan
Salam ustaz.... Sy nak tanya,, Sy de bernazar Tp x pasti dengan nazar Sy??maksud Sy,, Sy lupa Sy nazar pe?? Blh tak Sy menggantiKan nazar Sy dgn benda yg lain.. contoh seperti memberi baju atau belanja makan
Salam ustaz...sebelum ni sy pernah bernazar,jika sy mengandung...tapi sy lupa apa yg sy Nazar...sy betul² tak ingat ustaz😭..krn sekarang sy betul² mengandung
Post a Comment