Soalan:
Kenapa dalam tayihhat akhir kita berselawat ke atas
Nabi Ibrahim AS, bukan nabi-nabi yang lain?
Jawapan:
Allah SWT telah
mengkhususkan kepada Nabi Ibrahim AS beberapa kelebihan dan kedudukan yang
mulia. Di dalam al-Quran, Baginda adalah Imam, Ummah, al-Hanif dan al-Qanit
kepada Allah SWT. Kesemua para nabi selepas baginda dinisbahkan kepada baginda,
demikian juga kesemua pengikut syariat selepas baginda beriman kepada baginda
termasuk umat Islam, Krisian dan Yahudi.
Selain itu, Nabi
Ibrahim AS merupakan Nabi yang paling utama selepas Nabi Muhammad SAW. Kerana itu
Allah SWT memilih baginda sebagai Khalil (kekasih)Nya di dalam firmanNya:
وَاتَّخَذَ اللَّهُ إِبْرَاهِيمَ
خَلِيلًا
Maksudnya: “Dan
Allah telah memilih Ibrahim sebagai Khalil.” (al-Nisa”: 125)
Kesemua para Nabi
yang datang selepas Nabi Ibrahim adalah dari nasab baginda melalui Nabi Ishak
dan Ya’qub. Melainkan Nabi Muhammad SAW, dimana baginda melalui Nabi Ismail bin
Ibrahim. Melalui Nabi Ibrahim dan anak baginda Nabi Ismail tersebarnya bangsa
Arab.
Di dalam al-Quran
Allah SWT berfirman:
ثُمَّ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ أَنْ
اتَّبِعْ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا
Maksudnya: “Kemudian
Kami wahyukan kepadamu, ikutilah agama Ibrahim yang Hanif.” (al-Nahl: 123)
Demikianlah yang
diarahkan kepada Nabi Muhammad SAW, maka kita adalah pengikut kepada Nabi
Muhammad SAW. Kita juga merupakan umat yang lebih berhak terhadap nabi Ibrahim
berbanding umat yang lain seperti firman Allah SWT:
إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ
بِإِبْرَاهِيمَ لَلَّذِينَ اتَّبَعُوهُ وَهَذَا النَّبِيُّ وَالَّذِينَ آمَنُوا
Maksudnya: “Sesungguhnya manusia yang lebih
utama terhadap Nabi Ibrahim ialah mereka yang mengikutnya dan mengikut Nabi ini
(Muhammad) dan mereka yang beriman (kepada Nabi Muhammad).” (Ali Imran: 68)
Allah SWT juga
berfirman sebagai bantahan kepada Yahudi dan Kristian:
مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ
يَهُودِيّاً وَلا نَصْرَانِيّاً وَلَكِنْ كَانَ حَنِيفاً مُسْلِماً وَمَا كَانَ
مِنَ الْمُشْرِكِينَ
Maksudnya: “dan
bukanlah Ibrahim itu seorang Yahudi dan bukan juga seorang Kristian. Akan tetapi
baginda adalah seorang hanif lagi muslim, dan bukanlah baginda seorang dari
kalangan musyrikin.” (Ali Imran: 67)
Wallahu a’lam.
1 comments:
sebab nabi Ibrahim itu Hanif, maksudnya Dengar dan Taat kepada Allah, sebagaimana jika kitalah, Dengar dan Taati AlQuran dan sunnah Rasulullah saw, sebab Islam yang nabi Muhammad Saw tunjukkan pada umat islam itu telah sempurna, patut menjadi Ikutan yang baik kepada Kita
Nabi Ibrahim nak sembelih Ismail a.s sebagai korban, daripada Hidayah Allah mengujinya
Korban itu, paling utama, apa yang Kita sayang dan Kasih, subhanallah
InshaAllah ya
Post a Comment