Friday, August 1, 2014

Bagaimana Kalau Lupa Nazar?

Soalan:

mcm mana bagi orang yg telah lupa nazar bagi dirinya??

Jawapan:

Sesiapa yang bernazar kemudian terlupa atau ragu apa yang dinazarkannya solat atau puasa atau seumpamanya maka hendaklah dia berusaha menginatkanya semula. Terdapat sebahahian ulama dari mazhab al-Syafie yang berpandangan orang yang seperti ini perlu tunaikan kesemua nazar yang diragukannya itu. Seperti dia lupa apakah dia bernazar untuk menunaikan solat sunat atau berpuasa sunat. Maka dia perlu menunaikan kedua-duanya solat sunat dan puasa sunat. Antara yang menyatakan sebegini ialah al-Imam al-Ramli.

Manakala majority ulama pula berpandangan orang yang lupa ataupun ragu nazarnya hendaklah membayar kaffarah sumpah. Ini kerana orang yang lupa nazarnya sama seperti orang yang bernazar tetapi tidak menyebut apa yang hendak dilakukannya. Ini kerana orang yang lupa nazarnya dia dalam keadaan tiada kemampuan menentukan jenis nazarnya, maka dia disamakan dengan orang yang tidak mampu menunaikan nazar. Dalam hal ini Nabi SAW bersabda:

كفارة النذر إذا لم يسم كفارة يمين

Maksudnya: “Kaffarah Nazar jika tidak dinyatakan (jenis nazarnya) adalah kaffarah sumpah.” (HR al-Tirmizi. Sahih kata al-Syaukani di dalam Nail al-Awthar tanpa lafaz “Jika tidak dinyatakan” demikian juga al-Albani di dalam Dhoief al-Tirmizi)

Baginda juga bersabda:

من نذر نذراً لم يسمه فكفارته كفارة يمين، ومن نذر نذراً في معصية فكفارته كفارة يمين، ومن نذر نذراً لا يطيقه فكفارته كفارة يمين، ومن نذر نذراً أطاقه فليف به

Maksudnya: “Sesiapa yang bernazar suatu nazar yang tidak dinyatakan (jenisnya), maka kaffarahnya ialah kaffarah sumpah. Sesiapa yang bernazar melakukan maksiat, maka kaffarahnya adalah kafarrah sumpah. Sesiapa yang bernazar dengan suatu nazar yang tidak mampu dilaksanakannya maka kaffarahnya ialah kaffarah sumpah, sesiapa yang bernazar dengan nazar yang mampu dilaksanakannya, maka hendaklah dia melaksanakan nazar tersebut.” (HR Abu Daud. Kata beliau: “Hadis ini diriwayatkan oleh Waki’ dan selain beliau daripada Abdillah bin Sa’ied bin Abi al-Hind. Mereka mewaqafkan ke atas Ibn ‘Abbas.”)

Wallahu a’lam

Untuk tahu tentang Kafarah Sumpah Klik Di sini

3 comments:

aizie baby said...

Assalamualaikum Ustaz... saya ada pertanyaan berkenaan bernazar... sy ada seorg kwn yg sgt buntu berkenaan bernazar nie... ceritanya begini...

kisahnya dulu beliau nie kerap bergaduh dgn ibunya setelah kematian ayah tirinya beberapa tahun yg lalu... sebab bergaduh ialah ibunya berkawan dgn lelaki. oleh kerana beliau terlalu mrh tetapi tidak boleh memberontak pd ibunya maka beliau telah bernazar dgn niat 'selagi ibunya berkawan dgn lelaki lain dgn niat utk berkahwin atau pun tidak maka beliau tidak akan kahwin buat selama lamanya'... sampai sekarang beliau tidak temui jodoh yg kekal.. adakah kerana nazarnya itu? bagaimana utk bantu beliau?.. boleh ustaz bantu rakan sy x?

Unknown said...

Salam ustaz.... Sy nak tanya,, Sy de bernazar Tp x pasti dengan nazar Sy??maksud Sy,, Sy lupa Sy nazar pe?? Blh tak Sy menggantiKan nazar Sy dgn benda yg lain.. contoh seperti memberi baju atau belanja makan

jana khai said...

Salam ustaz.... Sy nak tanya,, Sy de bernazar Tp x pasti dengan nazar Sy??maksud Sy,, Sy lupa Sy nazar pe?? Blh tak Sy menggantiKan nazar Sy dgn benda yg lain.. contoh seperti memberi baju atau belanja makan