Soalan:
Berapa lama baginda Nabi SAW dikandung
oleh ibunya? Apakah 4 tahun atau sama seperti orang biasa?
Jawapan:
Ahli sejarah dari kalangan ulama umat
Islam telah menyebut berbagai pandangan tentang tempoh kehamilan baginda Nabi
SAW oleh ibu baginda Aminah. Akan tetapi kesemua para ahli sejarah tidak
mendatangkan sebarang bukti kukuh sebagai sandaran. Maka yang jelasnya kehamilan
baginda sama sepertimana manusia lainnya. Baginda berada di dalam perut ibu
baginda sama seperti tempoh manusia lainnya.
Abu
al-Farj Ibn al-Jauzi berkata:
وذكرنا أن عبد المطلب تزوج هالة وزوج ابنه عبد الله بآمنة في
مجلس واحد فولد حمزة وولد رسول الله صلى الله عليه وسلم فأرضعتهما ثويبة مولاة أبي
لهب بلبن ابنها مسروح
Maksudnya: “Kami telah nyatakan bahawa
‘Abd al-Muttalib telah berkahwin dengan Halah. Dan beliau telah mengahwinkan
anaknya Abdullah dengan Aminah dalam majlis yang sama. Lalu dilahirkan Hamzah
(hasil hubungan ‘Abd al-Muttalib dan Halah) dan dilahirkan juga Rasulullah SAW
(hasil perkahwinan ‘Abdullah dengan Aminah). Lalu mereka berdua (Hamzah dan
Rasulullah SAW) disusukan oleh Thuwaibah bekas hamba Abu Lahb bersama dengan
anak lelaki Thuwaibah Masruh.” (lihat al-Muntazim oleh Ibn
al-Jauziy)
Apabila Baginda SAW dilahirkan sama dengan Hamzah, ini bermakna tempoh kehamilan baginda adalah sama dengan tempoh kehamilan Hamzah. Dinyatakan juga baginda Nabi SAW
dilahirkan pada tahun gajah beberapa bulan selepas kematian bapa baginda
‘Abdullah berdasarkan pandangan yang sahih seperti yang disebut oleh Ibn Qayyim
al-Jauziyyah di dalam kitabnya Zad al-Ma’ad. Ada juga yang berpandangan
bapa baginda meninggal dunia setelah 7 bulan baginda dilahirkan.
0 comments:
Post a Comment