Soalan:
Apakah hukum mengumpat orang yang bukan Islam?
Jawapan:
Pertama: Seseorang muslim tidak sewajarnya membiarkan
lidahnya terbiasa dengan menyakiti orang lain. Nabi SAW bersabda:
لَيْسَ الْمُؤْمِنُ
بِالطَّعَّانِ وَلا اللَّعَّانِ وَلا الْفَاحِشِ وَلا الْبَذِيءِ
Maksudnya: “Bukan seorang mukmin (yang bagus) jika suka
mencela, melaknat, bertabiat buruk, dan bercakap keji.” (HR al-Tirmizi.
Katanya: “Hadis ini Hasan Gharib”)
Kedua: Jika yang dimaksudkan dengan mengumpat di dalam soalan
ini menyebut sesuatu keaiban yang ada pada tubuh badan orang kafir seperti hidung
besar, mata sepet dan seumpamanya. Maka perkara ini adalah HARAM, sekalipun seorang
kafir, umpatan seperti ini termasuk memperlekehkan ciptaan Allah SWT.
Kata al-Syeikh Zakaria al-Ansori dari Mazhab al-Syafie: “Ghibah (menyebut
keaiban) seorang kafir adalah haram, jika dia seorang kafir zimmi (tidak
memerangi islam)… dan harus jika dia seorang kafir harbiy (yang memerangi
islam)…” (Lihat Asna al-Matolib berserta Hasyiahnya 3/116)
Berbeza jika menyebut keaiban yang dizahirkan dari sudut
akhlak seperti seorang penzina, peminum arak dan seumpamanya. Keaiban itu pula
disebut bertujuan memberi peringatan kepada orang lain. Maka perkara ini tidak
mengapa.
Wallahu a’lam.
1 comments:
saya mengenali seorang bukan islam yang x memerangi islam tapi sikapnya sangat sukar untuk dipercayai kerana suka mengkhianati rakan sekerja,bercakap bohong dan suka mengadu domba dan sebagainya..adakah ia saya dan rakan islam yg lain dibolehkan mengumpatnya utk saling memperingati sesama kami?
Post a Comment