Monday, April 1, 2013

Hukum Mengumpat Orang Kafir

Soalan:

Apakah hukum mengumpat orang yang bukan Islam?

Jawapan:

Pertama: Seseorang muslim tidak sewajarnya membiarkan lidahnya terbiasa dengan menyakiti orang lain. Nabi SAW bersabda:

لَيْسَ الْمُؤْمِنُ بِالطَّعَّانِ وَلا اللَّعَّانِ وَلا الْفَاحِشِ وَلا الْبَذِيءِ

Maksudnya: “Bukan seorang mukmin (yang bagus) jika suka mencela, melaknat, bertabiat buruk, dan bercakap keji.” (HR al-Tirmizi. Katanya: “Hadis ini Hasan Gharib”)

Kedua: Jika yang dimaksudkan dengan mengumpat di dalam soalan ini menyebut sesuatu keaiban yang ada pada tubuh badan orang kafir seperti hidung besar, mata sepet dan seumpamanya. Maka perkara ini adalah HARAM, sekalipun seorang kafir, umpatan seperti ini termasuk memperlekehkan ciptaan Allah SWT.

Kata al-Syeikh Zakaria al-Ansori dari Mazhab al-Syafie: “Ghibah (menyebut keaiban) seorang kafir adalah haram, jika dia seorang kafir zimmi (tidak memerangi islam)… dan harus jika dia seorang kafir harbiy (yang memerangi islam)…” (Lihat Asna al-Matolib berserta Hasyiahnya 3/116)

Berbeza jika menyebut keaiban yang dizahirkan dari sudut akhlak seperti seorang penzina, peminum arak dan seumpamanya. Keaiban itu pula disebut bertujuan memberi peringatan kepada orang lain. Maka perkara ini tidak mengapa.

Wallahu a’lam.

1 comments:

Fahmi Amin said...

saya mengenali seorang bukan islam yang x memerangi islam tapi sikapnya sangat sukar untuk dipercayai kerana suka mengkhianati rakan sekerja,bercakap bohong dan suka mengadu domba dan sebagainya..adakah ia saya dan rakan islam yg lain dibolehkan mengumpatnya utk saling memperingati sesama kami?