Soalan:
Salam ust. Saya jawab msg dari seorg
kawan, dlm msg tersebut saya ada tulis INSYAALLAH. Kawan saya kata tak boleh
tulis mcm tu sebaliknya kena tulis IN SYAA ALLAH (ditulis secara berasingan). Kerana
INSYAALLAH membawa maksud menciptakan Allah, maknanya kita mendakwa kita yang menciptakan ALlah? sedangkan IN - SYAA - ALLAH maksudnya Jika Dikehendaki Allah? Mohon penjelasan dari ust.
Jawapan:
Tiada apa-apa kesalahan menulis إِنْ
شَاءَ اللهُ dalam ejaan rumi dengan INSYAALLAH. Orang yang menulis
INSYAALLAH sudah tentu memaksudkan: “Jika
Diizinkan Allah”. Tak boleh memberat-beratkan umat Islam, atau
membimbangkan mereka dalam perkara-perkara remeh temeh seperti ini, apatah lagi
kalimah itu ditulis dalam ejaan rumi yang tidak boleh dijadikan ukuran betul
ataupun salah dalam bab seumpama ini. Tidak boleh sama-sekali mengatakan sesiapa
yang menulis INSYAALLAH bermakna orang itu telah menyatakan dia yang
menciptakan Allah, dakwaan ini amat-amat longgar.
Ringkasnya, mana-mana kalimah
atau ayat arab yang ditulis dalam ejaan rumi dikembalikan kepada maksud yang
telah sedia difahami umum. Tidak perlu mengandaikan sesuatu yang tidak dimaksudkan atau amat jauh dari tujuan.
Wallahu a’lam.
0 comments:
Post a Comment