Soalan:
Apakah hukum meminta orang lain berdoa
untuk kita disebabkan orang tersebut dikenali sebagai seorang yang soleh, atau
dia akan bertolak untuk menunaikan haji. Benarkah bahawa Rasulullah SAW pernah
memuji seorang lelaki yang bernama Uwais al-Qarni, dan memberi dorongan kepada
para sahabat untuk meminta beliau mendoakan mereka. Atau bagaimanakah huraian
yang sebenarnya dalam permasalahan ini? Terima kasih Ustaz.
Jawapan:
Pada asasnya, meminta seseorang yang
saleh, atau seseorang yang akan menunaikan haji untuk berdoa kepada kita dengan
harapan doa tersebut dimakbulkan adalah suatu yang HARUS. Namun sekiranya
permohonan doa tersebut dibimbangi dapat menimbulkan perkara yang terlarang
seperti menjadikan kita hanya bergantung harap kepada doa dari orang lain
sahaja, atau akan menimbulkan rasa kehebatan diri dari pihak orang yang diminta
doa tersebut, maka perkara seperti ini termasuk dalam perkara yang DILARANG.
Jika tiada kebimbangan ini maka ia kembali kepada hukum asalnya yang harus.
Namun perlu diberi perhatian bahawa bukanlah termasuk di dalam kebiasaan para
sahabat RA saling berpesan bertukar-tukar doa sesama mereka. Sebahagian orang
ada yang beralasan dengan sebuah hadis yang menceritakan Nabi SAW pernah berpesan
kepada ‘Omar al-Khattab RA untuk mendoakan baginda ketika beliau hendak pergi
menunaikan haji dengan kata baginda:
لَا تَنْسَنَا يَا أَخِيْ مِنْ
صَالِحِ دَعَائِكَ
Mafhumnya: “Jangan kamu lupakan kami (wahai ‘Omar) di dalam
doa-doa kamu.” (HR Abu Daud bilangan 1498 dan Al-Tirmizi bilangan 3557.
Namun hadis ini Lemah (Dhoief) tidak
Sahih dari Nabi SAW)
Tidak dinafikan terdapat riwayat yang menceritakan terdapat
beberapa sahabat yang meminta dari Nabi Muhammad SAW untuk mendoakan mereka
seperti yang dilakukan oleh ‘Ukkasyah bin Muhsan dan seorang lelaki yang masuk
ke dalam masjid ketika baginda sedang berkhutbah dan meminta baginda berdoa
supaya diturunkan hujan, lalu baginda memenuhi kedua-dua permintaan mereka.
Kedua-dua hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Keadaan ini sama
sekali tidak boleh dikiaskan kepada orang lain. Hal ini kerana tiada sesiapapun
di kalangan kita yang dapat mencapai kedudukan yang setaraf dengan Nabi
Muhammad SAW.
Berkaitan pesanan Nabi SAW kepada para sahabat untuk meminta dari
seorang lelaki bernama Uwais al-Qarni agar mendoakan mereka, hal ini
dikhususkan kepada Uwais. Hal ini demikian kerana jika diperhatikan dari sudut
keutamaan, sudah tentu Abu Bakr, ‘Umar, ‘Uthaman, ‘Ali dan para sahabat yang
lainnya adalah lebih utama berbanding Uwais al-Qarni, Uwais bukanlah seorang
sahabat Nabi SAW. Sekalipun demikian baginda SAW tidak pernah menyuruh para
sahabat lain meminta Abu Bakr, atau ‘Umar, atau ‘Uthman mahupun ‘Ali mendoakan
untuk mereka. (Lihat Liqa’ al-Bab al-Maftuh oleh al-Syeikh Muhammad bin
Soleh al-‘Uthaimin)
4 comments:
bagaimana pula memohon org yg telah meninggal/mati mendoakan kesejahteraan hidup kita di dunia
Itu kompom syirik. 1. Org dah mati tak boleh dengar. 2. Dia dah habis tempoh kemampuan beramal dan berdoa.
Sekarang menjadi trend meminta doakan seseorang yang sakit dan diviralkan menerusi WhatsApp...apa hukumnya.
Contohnya:
Saya.......... minta jika anda buka mesej ni baca, kemudian hantarlah ke semua kenalan anda..saya minta Ihsan doakan saya supaya Allah beri syifa (kesembuhan ) Saya menghidap kanser tahap 4 dan skrg dia merebak ke hati. saya minta dgn nama Allah, jgn tutup mesej ni sebelum anda hantar ke semua kenalan sbb suatu hari anda akn memerlukan doa dan amanah tu mampu menggoncangkan gunung²,,forward setelah terima.’
Post a Comment