Soalan:
salam..
nak tanya pasal status hadis ni;
Daripada
Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah
ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan."
- (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan "Melihat Ka'abah".
(Riwayat Abu Daud).
Sahih
ke tak hadis ni? time kasih
Jawapan:
Teks hadis yang ditanya adalah seperti berikut:
النظر في ثلاثة أشياء عبادة : النظر في وجه
الأبوين ، وفي المصحف ، وفي البحر
Dalam riwayat lain:
النظر إلى الكعبة عبادة ، والنظر إلى وجه
الوالدين عبادة ، والنظر في كتاب الله عبادة
Penisbahan hadis ini kpd
Abu Daud pemilik kitab Sunan adalah tidak benar. Sebaliknya hadis ini
diriwayatkan oleh Ibn Abi Daud di dalam kitab al-Masahif dan kedua-dua
riwayat ini adalah hadis DHOIEF (Lemah) seperti yang dinyatakan oleh Ibn 'Adiy,
al-Zahabi dan al-Albani di dalam al-Dho'ifah.
Namun sekiranya melihat
Kaabah dan setiap makhluk Allah yang lainnya dengan disertai memikir dan
merasai kebesaran Allah SWT, maka ia merupakan satu ibadah.
Wallahu a'lam.
0 comments:
Post a Comment