Thursday, August 28, 2008

Maksud Tasyabbuh Dengan Orang Kufar

Soalan :

Minta dihuraikan Hadis Nabi S.A.W.: "SESIAPA YANG MELAKUKAN PERBUATAN YANG MENYERUPAI SESUATU KAUM ITU, MAKA DIA TURUT TERMASUK BERSAMA GOLONGAN TERSEBUT" (ABU DAUD & AHMAD)

Jawapan :

Hadith tersebut antaranya telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad r.a. dengan sanad yang Jayyid dari Ibn 'Umar dari Nabi s.a.w. bahawasanya baginda telah bersabda dalam satu hadith yang panjang, dan di akhir hadith tersebut Nabi s.a.w. menyebut:
من تشبه بقوم فهو منهم
Maksudnya: "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dari kalangan mereka."

As-Syeikh Abdul 'Aziz Abdullah bin Baz menyebut lebih kurang :

"Maka menjadi kemestian ke atas orang-orang yang beriman menjauhi dari menyerupai musuh-musuh Allah dalam semua urusan hingga dapat dibezakan mereka dengan musuh mereka....... Akan tetapi jika terdapat perkara yang berkonsinya antara orang muslim dan orang kafir, maka perkara ini tidak termasuk di dalam menyerupai mereka, bahkan tidak dilarang untuk kita menggunakannya seperti menaiki kapal terbang, menaiki kereta, keretapi, walaupun mulanya perkara ini dimulai oleh musuh-musuh Allah, namun Allah telah memudahkan perkara ini untuk kita menfaatkannya...... Maka perkara-perkara yang dapat dimanfaatkan oleh orang muslim harus mereka mengambilnya walaupun ianya dari musuh-musuh mereka. Dan ini tidak dinamakan sebagai tasyabbuhan (penyerupaan) kerana ianya daripada musuh dan dapat dimanfaat secara am oleh orang-orang muslimin. Demikian juga perkara yang berkongsi orang-orang muslim dengan orang-orang kafir dan perkara tersebut telah menjadi adat kepada mereka semua, maka perkara sebegini juga tidak termasuk di dalam menyerupai orang kafir. Adapun yang dikatakan menyerupai itu terjadi dalam perkara yang dikhususkan kepada mereka seperti dari pakaian-pakaian mereka yang khusus ".

As-Syeikh Ibn Baz menyambung lagi dengan katanya :

"Ya ! (dibenarkan) Jika sesuatu perkara itu bermanfaat untuk kita dan ianya tidak dikhaskan kepada orang-orang musyrik. Adapun apa-apa yang dikhaskan kepada orang-orang musyrik dan tidak ada kemanfaatan bagi kita perkara tersebut, maka kita tidak mengambilnya/menggunakannya."

wallahu a'lam
binsahak

Makan di Kafeteria Bukan Islam

Soalan:

Saya pelajar yang tinggal di Amerika, apakah dihalalkan bagi saya makan di kafeteria orang china atau Hindu di Amerika? Memandangkan mereka bukan Ahli Kitab, akan tetapi daging-daging ini diambil dari negara Amerika yang Kristian. Dan bagaimana pula kalau jiran saya yang cina atau hindu memberi saya makanan?

Jawapan:

Oleh: Dr. al-Syarif Hamzah bin Husain al-Fa’r (Uni. Ummu al-Qura)

Jika kafeteria menyediakan daging yang disembelih oleh Ahli Kitab di tempat yang kamu tinggal di sana, dan sangkaan banyak kamu menyatakan daging itu disembelih oleh Ahli Kitab, maka bacalah bismillah dan makanlah. Jika disediakan daging yang disembelih oleh orang yang beragama Hindu atau Cina yang menyembah berhala, maka kamu tidak boleh memakannya. Ini kerana yang halal itu ialah daging yang disembelih oleh seorang muslim atau yang disembelih oleh Ahli Kitab yang tidak disebut nama selain Allah. Sembelihan-sembelihan penyembah berhala dan orang kafir lainnya tidak boleh dimakan berdasarkan hukum syara’.

Jika disediakan ikan dan seumpamanya, maka tidak mengapa engkau memakannya kerana jenis ini tidak memerlukan disembelih. Inilah juga hukum pemberiah dari jiran kamu samaada cina atau hindu


Wa billaahi al-taufiq.
binsahak

Peringatan Omar Kepada Sungai Nil



Ibn Kathir di dalam Tarikhnya menyebut kisah tentang sungai Nil di Mesir yang berhenti mengalir apabila umat Islam mengambil alih Mesir. Beliau menyebut:

Ketika pembukaan kota Mesir, penghuninya datang bertemu ‘Amr ibn al-’As (عمرو بن العاص - gabenor) di dalam bulan Ba-unah (بَؤُوْنَة) yakni bulan yang ke 10 bagi orang-orang Qibti Mesir. Mereka mengadu:



“Wahai pemimpin kami, sungai Nil kami, tidak akan mengalir dalam tahun ini, melainkan dengannya.”

Tanya ‘Amr ibn al-‘As: “Apakah perkara itu?”.

Mereka menjawab: “Apabila hampir malam 12 haribulan dalam bulan ini, kami mengambil seorang wanita dara dari kedua orang tuanya, kemudian kami jadikan kedua-duanya redha. Lalu kami hiasi wanita tersebut dengan sebaik-baik perhiasan, kemudian kami campakkannya ke dalam sungai Nil ini.”

Jawab ‘Amr ibn al-‘As: “Perkara ini tidak dibenarkan di dalam Islam, sesungguhnya Islam memusnahkan perkara sebelum ini (dari perkara-perkara yang seumpamanya).”

Lalu berlalu 3 bulan dan sungai Nil tidak mengalirkan airnya, ‘Amr ibn al-‘As mengirim surat kepada ‘Omar ibn al-Khattab di Madinah, lalu ‘Omar membalas suratnya dan menyatakan, apa yang dilakukannya ada benar, dan sesungguhnya aku telah mengutuskan bersama surat ini, sekeping tulisan, campakkannya dia ke dalam sungai Nil. Apabila surat ‘Omar sampai kepada ‘Amr ibn al-‘As di Mesir, beliau mengambil sekeping tulisan tersebut yang dikirimkan ‘Omar dari Madinah, di atasnya tertulis:



مِنْ عَبْدِاللهِ عُمَر أَمِيْرُ الْمُؤْمِنِيْن، إلىَ نَيْلِ أَهْل مِصْرَ، أمَّا بَعْد: فَإنْ كُنْتَ إنَّمَا تَجْرِيْ مِنْ قِبَلِكَ، وَمِنْ أمْرِكَ فَلَا تَجْرِ، فَلَا حَاجَةَ لَنَا فِيْكَ، وَإنْ كُنْتَ إنَّمَا تَجْرِيْ بِأمْرِ اللهِ الوَاحِدِ القَهَّارِ وَهُوَ الَّذِيْ يُجْرِيْكَ، فَنَسْأَلُ اللهَ أنْ يُجْرِيَكَ



Maksudnya: “Daripada hamba Allah ‘Umar Amir al-Mukminin, kepada Sungai Nil penduduk Mesir, Amma ba’d: “Jika sekiranya engkau sebelum ini mengalir dengan sendirimu dan kemahuanmu, maka janganlah engkau mengalir lagi, dan kami tidak ada keperluan terhadap kamu. Jika sekiranya kamu sebelum ini mengalir dengan arahan daripada Allah yang maha esa dan maha gagah, dan Dia yang mengalirkan mu, maka kami memohon kepada Allah untuk mengalirkanmu (semula).”


Lalu ‘Amr mencampakkan tulisan tersebut ke dalam sungai Nil, pada keesokan paginya Allah mengalirkan semula air sungai Nil.


Moral of the story:
Kemurnian aqidah menjauhkan kita daripada tunduk kepada desakan makhluk lain, dan terus bergantung harap kepada Allah yang satu dan maha perkasa.

wassalam.
binsahak

Tuesday, August 26, 2008

Maksud Syaitan Dirantai dan Dibelenggu Dalam Bulan Ramadhan


Realiti yang berlaku, kita menyaksikan sebahagian umat Islam yang berpuasa masih ada yang melakukan maksiat di dalam bulan Ramadhan, bukan sekadar itu, bahkan berlaku juga rasukan jin dan syaitan di dalam bulan Ramadhan, termasuk yang dirasuk itu di kalangan umat Islam yang berpuasa. Jika begitu keadaannya, apakah maksud hadith Nabi saw yang menyatakan syaitan itu dirantai dan dibelenggu dalam bulan Ramadhan ? Nabi saw bersabda:

Maksudnya : “Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi saw telah bersabda : “Apabila datangnya Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai/dibelenggu para syaitan.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Para ulama berbeza pendapat tentang maksud dibelenggu para syaitan. Ibn Hajar al-‘Asqalani menukilkan dari al-Halimiy yang menyatakan maksud dibelenggu itu mengandungi makna para syaitan tidak dapat sampai melakukan fitnah kepada umat Islam sepertimana diluar bulan Ramadhan disebabkan umat Islam menyibukkan diri dengan berpuasa yang berperanan melemahkan syahwat, demikian juga mereka sibuk dengan membaca al-Quran dan berzikir.

al-Syeikh ‘Atiyyah Soqr menyebut beberapa ulama yang mensyarahkan hadith ini menyatakan yang dimaksudkan dibelenggu ini ialah tidak dapat menguasai orang-orang yang benar-benar berpuasa dengan puasa yang sebenarnya, dengan meraikan setiap adab-adab termasuk memelihara lidah, pandangan dan semua anggota dari melakukan maksiat sebagai memenuhi sabda Nabi saw :

Maksudnya : “Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan bohong dan perbuatan yang keji, maka Allah tidak ada hajat kepada makanan dan minuman yang ditinggalkannya.” (HR al-Bukhari)

Sebahagian ulama yang lain pula berpendapat maksud para syaitan yang dibelenggu itu ialah sebahagian syaitan yang degil/melampau, adapun selain daripadanya tidak dibelenggu. Inilah yang dinyatakan di dalam hadith :

Maksudnya : “Dibelenggu padanya (Ramadhan) syaitan-syaitan yang degil/melampau.”

Ada pula yang berpendapat ianya membawa tanda para malaikat masuk ke dalam bulan Ramadhan sebagai membesarkan dan memuliakannya bagi menghalang para syaitan menggoda orang-orang mukmin. Ia boleh juga membawa isyarat kepada banyaknya pengampunan dan balasan pahala yang diberikan di dalam bulan Ramadhan menyebabkan syaitan menjadi seolah-oleh dibelenggu. Ini dikuatkan dengan hadith yang diriwayatkan oleh Yunus daripada Ibn Syihab di sisi Muslim :

Maksudnya : “Maka dibuka pintu-pintu rahmat.”

Maka dibelenggu syaitan itu adalah perumpamaan melemahkan syaitan dalam menyesatkan umat Islam dan menghiasi syahwat mereka.

Al-Imam al-Qurthubiy pula berkata : “Maka jika dikatakan bagaimana kita boleh melihat beberapa kejahatan dan maksiat berlaku dalam bulan Ramadhan secara banyak, jika dibelenggu para syaitan sepatutnya perkara itu tidak berlaku. Maka jawapannya ialah : “Sesungguhnya semua itu kurang berlaku pada orang-orang yang berpuasa dengan puasa yang memelihara syarat-syaratnya dan meraikan adab-adabnya, atau (yang dimaksudkan) dibelenggu sebahagian syaitan, iaitulah syaitan yang degil/melampau, (sebaliknya) bukan semua syaitan seperti yang terdapat di dalam sebahagian riwayat (hadith), atau maksudnya mengurangkan kejahatan dalam bulan Ramadhan, dan ternyata berlakunya kejahatan dalam bulan Ramadhan itu lebih kurang berbanding bulan yang lain, demikian juga tidak semestinya dibelenggu kesemua syaitan tidak berlakunya kejahatan dan maksiat, kerana ada juga sebab lain selain syaitan (yang membawa kepada kejahatan) seperti jiwa yang sememangnya jahat, dan kebiasaan yang jelek dan syaitan manusia.”

Al-Syeikh Muhamad bin Soleh al-Uthaimin ketika ditanya tentang persoalan ini menjawab :

“Di dalam sebahagian riwayat hadith (maksudnya) : “Dibelenggu padanya (Ramadhan) syaitan-syaitan yang degil/derhaka.” Atau (dengan lafaz) Tughallu di sisi al-Nasaie atau yang seumpamanya yang termasuk dalam perkara ghaib yang mana hendaklah kita menerima dan membenarkannya, dan kita tidak membicarakannya lebih daripada yang itu, sesungguhnya inilah yang lebih selamat bagi agama seseorang dan lebih baik untuknya…. kemudian secara zahir dibelenggunya syaitan itu (adalah membawa maksud dibelenggu) daripada memesong/menyesatkan manusia disebabkan banyaknya kebaikan dan (mereka banyak) kembali (bertaubat) kepada Allah dalam bulan Ramadhan.”
(Sila lihat fatwa di dalam islam-qa dan islamonline.net)

Wallahu a’lam.
binsahak

Bezakan antara sunnah menziarahi kubur dengan bid'ah baca al-Quran di kubur

Agama Islam amat berbeza sekali dengan agama-agama lain ciptaan manusia, Islam ada displinnya yang tersendiri. Apabila kita berbicara tentang Islam, bermakna kita berbicara tentang kalam Allah dan kalam Rasulullah saw. Ini kerana kalam Allah dan kalam Rasul ini adalah sumber utama kepada agama Islam itu sendiri.

Mengambil ringan menukilkan sesuatu dari kalam Allah adalah satu kesalahan yang besar. Demikian juga mengambil ringan dalam menukilkan sesuatu dari kalam al-Rasul (al-Hadith) adalah suatu kesalahan yang besar juga, bimbang perbuatan mengambil ringan ini, menjerumuskan kita meriwayatkan sesuatu hadith yang bukan dari Nabi saw, baginda bersabda:

“Sesiapa yang berbohong ke atas-ku secara sengaja, maka ambillah satu tempat di dalam neraka.” (HR Imam Muslim).

Al-Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith ini berkata: “Ketahuilah, hadith ini mengandungi beberapa faedah dan kaedah: (salah satunya) Diharamkan periwayatan hadith yang palsu bagi sesiapa yang mengetahui keadaan sesuatu hadith itu palsu atau sangkaan banyaknya mengatakan hadith itu palsu. sesiapa yang meriwayatkan satu hadith yang palsu dalam keadaan dia tahu atau sangkaan beratnya menyatakan hadith itu palsu, sedangkan dia tidak menjelaskan kepalsuannya ketika meriwayatkannya, maka dia termasuk dalam ancaman ini (ancaman di dalam hadith di atas), termasuk di dalam orang-orang yang berbohong atas Rasulullah saw… kerana itu para ulama berkata: Semestinya bagi sesiapa yang hendak meriwayatkan satu hadith atau menyebutnya hendaklah melihat (memastikan) ianya adalah hadith yang sahih atau hasan.” (Syarh Sahih Muslim. Al-Maktabah al-‘Asriah, Beirut. Jld 1, m.s. 64-66).

Amat mendukacitakan apabila ada beberapa individu yang memegang jawatan agama dalam Negara ini masih mengambil ringan ketika meriwayatkan sesuatu hadith. Sebagai contohnya tulisan oleh Saudara Mohd. Shauki Abd. Majid, Pengurus Penyelidikan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim). bertajuk “Amalan Ziarah Kubur Bukan Bidaah” yang disiarkan di dalam akhbar ini pada Jumaat, 19/10/07 yang lalu.

Di dalam tulisan tersebut Mohd. Shauki cuba mempertahankan amalan membaca al-Quran di tanah perkuburan dengan mendatangkan hadith yang lemah dan palsu. hadith tersebut ialah:

“Barang siapa berziarah ke kuburan kedua-dua orang tua atau salah satu di antara mereka pada setiap hari Jumaat dan membacakannya surah Yasin, maka dia akan diampuni dosanya dan dihitung sebagai kebaikan.”
Ini adalah hadith pertama yang dijadikan sandaran oleh Mohd. Shauki di dalam tulisan beliau, tanpa beliau nyatakan darjatnya. Sebenarnya hadith ini adalah satu hadith yang tidak sahih. al-Syaukani di dalam al-Fawaid al-Majmu’ah mengatakan hadith ini Palsu (m.s. 271. Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah). Al-Haithami di dalam Majma’ al-Zawaid mengatakan hadith ini Lemah (jld 3, m.s. 87, Dar al-Fikr, Beirut). Al-Albani mengatakan hadith ini Palsu di dalam al-Silsilah al-Dhoiefah,( jld 1, m.s. 126, Maktabah al-Maarif al-Riyadh). Demikian juga Ibn al-Jauzi di dalam al-Maudhuaat dan al-Zahabi di dalam Mizan al-I’tidal,

Semua ulama hadith yang saya sebutkan ini menyatakan hadith ini adalah hadith yang tidak sahih, mereka mendatangkan dengan beberapa lafaz yang ada sedikit perbezaannya, yang penting hadith itu adalah hadith yang tidak sahih bahkan Palsu.


Apabila ulama hadith menyatakan hadith itu palsu, ia bermaksud hadith itu bukanlah hadith yang diucapkan oleh Nabi saw. Sebaliknya ia adalah ucapan individu lain, kemudian dinisbahkan kepada Nabi saw secara palsu dan dusta.

Hadith palsu ini, jika dibiarkan berterusan disampaikan kepada orang ramai ianya akan merosakkan agama dan akan menyebabkan orang ramai salah faham terhadap agama.Selain hadith ini, saudara Mohd. Shauki juga berdalilkan dari sebuah hadith lain yang agak pelik bunyinya, kononnya diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. iaitulah: “Barang siapa yang berziarah di kuburan, kemudian ia membaca al-Fatihah, Qul Huwa llahu Ahad dan Alhakumut takasur, lalu ia berdoa “Ya Allah, kuhadiahkan pahala pembacaan firman-Mu pada kaum Mukminin penghuni kubur ini, maka mereka akan menjadi penolong baginya (pemberi syafaat) pada hari kiamat.”

Saya cuba mencari hadith ini di dalam perician cd carian hadith-hadith Nabi saw, namun malang saya tidak ketemuinya. Apabila saya cuba mencarinya dari Internet saya dapati hadith ini ada di dalam lamanweb sufi majelisrasulullah.org, situs artikel-artikel hot Indonesia dan sebuah laman percuma geocities yang sama terjemahannya tanpa perbezaan dan ketiga-tiga lamanweb itu tidak menyatakan sumber ambilan hadith tersebut.

Persoalannya apakah benar ada kelebihan membaca surah-surah tertentu di tanah perkuburan? Jika dilihat kepada hadith-hadith yang sahih dari Nabi saw, kita akan dapati keadaan yang sebaliknya. Sebagai contoh hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, Nabi saw bersabda:

“Jangan kamu semua menjadikan rumah-rumah kamu seperti tanah perkuburan, maka sesungguhnya Syaitan lari bertempiaran daripada rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah.” (HR Muslim dan al-Tirmizi daripada hadith Abu Hurairah)

Berdasarkan hadith ini, ia menunjukkan tanah perkuburan bukanlah tempat membaca al-Quran. ini kerana Nabi saw telah menyamakan rumah yang tidak dibaca al-Quran di dalamnya dengan tanah perkuburan. Ini sekaligus memberi isyarat tanah perkuburan itu bukan tempat untuk membaca al-Quran. Hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim ini jelas bertentangan maksudnya dengan hadith yang tidak diketahui darjatnya dari Mohd. Shauki di atas. Di samping itu, Abu Daud di dalam kitab Masailnya (m.s. 158) berkata: ‘Aku mendengar (Imam) Ahmad telah ditanya tentang bacaan al-Quran di sisi kubur, lalu dia menjawab: Tidak dibaca (al-Quran) di sisi kubur.”

Al-Syeikh Muhammad Redha, yang menulis tafsir al-Manar berkata: “Ketahuilah bahawasanya apa yang masyhur tersebar di kalangan orang Badwi dan bukan badwi dari membaca al-Fatihah kepada mayat tidak terdapat petunjuk dari satu hadith yang sahih mahupun yang dhoief, ianya termasuk di dalam bid’ah yang bertentangan dengan nas-nas yang qat’yyah, akan tetapi ianya berlaku disebabkan senyapnya orang-orang yang memakai pakaian ulama dan persetujuan mereka terhadap perbuatan tersebut, disamping ianya berterusan di lakukan oleh orang awam dalam bentuk (seolah-olah) ianya termasuk perkara sunat yang digalakkan atau termasuk dalam perkara fardhu yang dituntut.” (8/268)

Al-Syeikh Hamid al-‘Attar pula di dalam lamanweb yang memuatkan fatwa-fatwa terkini tokoh-tokoh ulama semasa dunia Arab, islam-online.net http://www.islamonline.net/livefatwa/arabic/Browse.asp?hGuestID=0m2vUm)

berkata: “Adapun bacaan al-Quran sekitar tanah perkuburan juga adalah masaalah khilafiah, sebahagian mengatakannya bid’ah dan sebahagian yang lain mengharuskannya.

Dan pendapat yang mengatakannya bid’ah adalah lebih rajih (kuat) dari sudut dalil disebabkan ketiadaan petunjuk yang mengkhususkan tempat itu (tanah perkuburan untuk dibacakan al-Quran). Dan tiadalah bacaan al-Quran di kubur itu satu faedah tertentu, tidak ada juga kelebihan yang khusus, bahkan sama seperti orang yang membacanya di rumah, dan bacaan (al-Quran) yang dilakukan di rumah itu adalah lebih afdhal sebagai keluar dari khilaf. Ketahuilah bahawasa bukan diambil kira pada membaca surah tertentu seperti al-Fatihah (kepada mayat), dan tindakan mengkhususkannya (suarh al-Fatihah) kepada mayat adalah suatu tindakan membuat syariat yang tidak diizinkan oleh Allah, yakni ia termasuk di dalam bid’ah, akan tetapi yang diambil kira ialah nilai/niat orang yang membacanya dan keikhlasan bacaannya, maka berdasarkan itu, anda boleh membaca mana-mana surah yang anda suka tanpa berkeyakinan adanya keutamaan pada satu surah tertentu.”

Semua fatwa dari beberapa ulama yang saya nukilkan di atas menunjukkan membacakan al-Quran di kubur dan mengkhususkan bacaan tertentu ketika menziarahi kubur itu tidak ada dari petunjuk Nabi saw. Disamping hadith dari Imam Muslim di atas sudah cukup untuk menguatkan pandnagan ulama-ulama tersebut kerana tanah perkuburan bukanlah tempat untuk dibacakan al-Quran di dalamnya.

Berkenaan ziarah kubur pada hari raya, Dr. Wahbah al-Zuhaili berkata: “Ziarah kubur pada hari raya adalah suatu yang bertentangan dengan sunnah, adalah Nabi saw melarang ziarah kubur pada hari raya, kerana hari raya adalah hari untuk bergembira bukan hari untuk bersedih dan berduka-cita.” (sila lihat fatwa al-Zuhaili di dalam lamanweb rasminya http://www.zuhayli.net/index.htm)

Fatwa Dr. Wahbah al-Zuhaili ini bertepatan puls dengan hadith Nabi saw yang melarang dari menjadikan kubur baginda sebagai tempat perayaan sepertimana hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Abu Hurairah r.a.

Menziarah kubur bukanlah suatu yang terlarang di dalam agama, bahkan ia suatu yang amat digalakkan. Demikian juga menyedekahkan pahala bacaan al-Quran kepada mayat bukan suatu yang ditegah di dalam agama berdasarkan pendapat kebanyakan para ulama, selama ia dilakukan dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang bayaran.. Yang ditegah ialah menetapkan suatu bacaan surah yang khusus untuk ditujukan kepada mayat dan menetapkan hari yang tertentu untuk menziarahinya, semuanya dilakukan di tanah perkuburan.

Perbuatan menetapkan surah yang khusus dan hari yang tertentu untuk mayat itu perlu kepada tunjuk ajar dari Nabi saw. Demikian juga perbuatan meletakkan ada kelebihan membaca al-Quran di tanah perkuburan, semuanya memerlukan petunjuk dari Nabi saw. Jika baginda tidak memberitahukannya kepada kita bagaimana kita berani menentukannya ?


Wallahu a’lam.
binsahak

Masuk Islam Secara Mudah

Di tempat kita, sebahagian orang melayu lebih suka memberat-berat dan menakut-nakutkan orang yang ingin memeluk islam. Jauh sekali untuk membimbing mereka dan memberi tunjuk ajar yang sepatutnya. Yang mereka tahu, apabila ada yang hendak memeluk Islam, perkara pertama yang perlu ditanya ialah sudah ‘potong’ ke belum ? Pertama awal pula yang perlu diberitahu, bila you masuk Islam, you mesti kena solat lima waktu sehari semalam, pagi-pagi lagi you mesti kena bangun tidur dan you mesti kena berpuasa, tidak boleh makan dan minum selama sebulan Ramadhan. Hah macamana ? You sanggup masuk Islam atau tidak ? Lebih baik you fikir dulu sebelum buat keputusan.

Orang kita nampaknya bukan hendak memudahkan urusan pengislaman seseorang, tetapi mereka sebenarnya sering mudah terpengaruh dengan buruk sangka mereka sendiri terhadap saudara baru, sehingga mendorong mereka melayan saudara-saudara baru sedemikian rupa.

Saya sendiri pernah mendengar beberapa soalan yang diajukan kepada seorang yang baru memeluk Islam, yang saya bawa untuk mendaftarkan keislamannya di pejabat agama salah sebuah negeri lebih kurang setahun yang lalu. Termasuk soalan yang ditanya tersebut ialah : “kenapa you hendak masuk Islam ? Apabila soalan ini diajukan kepada hamba Allah tersebut, saya lihat jelas di wajahnya rasa tidak selesa.

Pendekatan kita sebegini, bagi saya tidak bersifat mesra saudara baru. Sepatutnya kita menyambut saudara baru dengan ucapan tahniah dan mengalu-alukan pendiriannya memilih agama Islam yang menyelamatkan dia di dunia dan di akhirat. Sebaliknya kita tanya tujuannya, seolah-olah kita ragu dengan niat ikhlasnya.

Dari segi cara yang kita amalkan, seolah-olah memperlihatkan Muslim hari ini, semuanya benar-benar ikhlas memeluk Islam kerana Allah swt, benarkah begitu ? Saya tidak berniat mempersoalkan keikhlasan umat Islam hari ini, kerana soal ikhlas ataupun tidak ini adalah urusan Allah swt. Kita tidak disuruh untuk menyelidik hati setiap orang, cukuplah kita menghukum seseorang yang menzahirkan islamnya sebagai muslim dan demikianlah sebaliknya.

Cuma jika benar orang muslim hari ini semuanya benar-benar ikhlas kerana Allah swt, sehingga jika ada yang hendak memeluk Islam kita terpaksa bertanyakan tujuannya, maka nampaknya umat yang memeluk Islam hari ini lebih baik dari umat yang memeluk Islam di zaman Nabi saw. Ini kerana di zaman baginda saw, ada juga yang memeluk Islam pada zahirnya sahaja sedang hatinya tetap kufur kepada Allah swt seperti yang terjadi kepada golongan munafik di Madinah.

Apakah kita berani memperkatakan orang yang memeluk Islam hari ini lebih baik keadaannya berbanding di zaman Nabi saw ? perkara ini adalah suatu yang mustahil.

Soalan Yang Tidak Sesuai

Ada orang beranggapan, kita perlu selidik tujuan setiap orang yang nak masuk islam. Supaya tidak ada yang memeluk Islam disebabkan tujuan-tujuan lain selain kerana Allah swt sahaja. Pemahaman sebegini bersalahan dengan sunnah Nabi saw.

Al-Imam al-Bukhari dan selainnya telah meriwayatkan sebuah hadith mengisahkan tentang Usamah bin Zaid yang telah membunuh seorang yang mengucapkan dua kalimah syahadah di dalam peperangan, orang tersebut mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Usamah, ketika Usamah mengangkat pedang untuk membunuhnya. Namun Usamah tetap membunuhnya walaupun mendengar orang tersebut mengucap dua kalimah syahadah. Apabila berita ini sampai kepada Nabi saw, baginda benar-benar mengingkari tindakan Usamah ini, baginda bersabda : “Apakah kamu membunuhnya, walau selepas dia mengucap laa ilaha illallaah ?” Jawab Usamah : “Sesungguhnya dia mengucapkan kalimah itu kerana takutkan pedangku.” Lalu baginda bertanya kepada Usamah : “Apakah kamu telah belah dadanya (sehingga kamu boleh tahu ia mengucapkan kalimah tersebut kerana takutkan pedangmu)? Di dalam sebahagian riwayat yang lain, Nabi saw bertanya kepada Usamah : “Apa yang hendak kamu katakan dengan kalimah ‘laa ilaha illallaah’(yang diucapkan) nya pada hari kiamat nanti?”

Jika ikutkan cara kita, sudah tentu kita akan kata tindakan Usamah itu adalah benar, kerana orang tersebut melafazkan dua kalimah syahadah setelah Usamah mengangkat pedangnya. Ini menunjukkan orang itu tidak ikhlas mengucap dua kalimah syahadah kerana Allah. Namun perkara yang sebaliknya dilakukan oleh Nabi saw. Ini kerana urusan hati, tidak ada manusia yang dapat membacanya, cukuplah kita mengiktiraf keislaman seseorang dengan kesediaannya mengucapkan dua kalimah syahaadah. Setelah itu kita berusaha bagaimana menjelaskan secara hikmah kepadanya tentang kefardhuan-kefarduan yang lain di dalam Islam.

Masuk Islam Dengan Dua Kalimah Syahadah

Sebenarnya mempersoalkan tujuan seseorang yang hendak memeluk Islam bukan sahaja perbuatan yang sia-sia, bahkan ia adalah tindakan cuba mencampuri urusan hati seseorang. Semua orang boleh memberi jawapan yang berbagai dengan soalan kita, persoalannya, apakah kita boleh pastikan jawapan lisannya itu sama dengan isi hatinya ? kerana itu untuk apa ditanya tujuannya memeluk Islam ?

Praktik agama orang Melayu sebegini sama sekali jauh tersasar dari petunjuk Nabi saw. Mengapa perlu ditanya tujuan dia memeluk Islam? Lebih malang apabila ada yang beranggapan kalau tak tanya, kita dikira berdosa kerana membiarkan orang yang tidak ikhlas memeluk agama Islam, biarlah mereka berpura-pura, yang penting kita dah tanya.

Perbuatan ini sama sekali jauh dari petujuk Nabi saw. Ini kerana Nabi saw menerima Islamnya seseorang yang memperakui dua kalimah syahadah dan baginda tidak menunggu sehingga masuk waktu solat, untuk orang itu bersolat, tidak juga menunggu tibanya waktu mengeluarkan zakat untuk orang itu menunaikan zakat, kemudian barulah menghukumkan orang itu sebagai muslim kerana telah terbukti dia bersedia menunaikan kefarduan-kefarduan tersebut.

Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam bukunya Zohirah al-Ghuluw fi al-Takfir di bawah tajuk dengan apa insan masuk ke dalam Islam menyebut :

“Hakikat atau kaedah yang pertama : Bahawa insan masuk ke dalam agama Islam dengan dua kalimah syahadah, Syahadah tidak ada ilah melainkan Allah, dan Muhammad itu adalah Rasulullah. Maka siapa yang memperakui dua kalimah syahadah dengan lisannya, maka sesungguhnya dia telah masuk Islam, dan terlaksana atasnya hukum-hakam orang-orang muslim, walaupun hatinya masih kafir. Ini kerana kita disuruh untuk berhukum berdasarkan zahirnya dan kita serahkan kepada Allah perkara-perkara yang tersembunyi.” Beliau menyambung :

“Bahawa Nabi saw menerima islam sesiapa yang memperakui dua kalimah syahadah, dan baginda tidak menunggu sehingga masukya waktu solat, atau zakat atau bulan Ramadhan … sebagai contoh, sehingga orang itu melaksanakan kefardhuan-kefardhuan tersebut, kemudian barulah dia dihukum sebagai Islam, sebaliknya memadai dia beriman dengan kefarduan-kefarduan tersebut, dan tidak zahir daripadanya keingkarannya (terhadap kefarduan-kefarduan tersebut).” (Zohirah al-Ghuluw fi al-Takfir, m.s. 31-32)

Di zaman Nabi saw, terdapat berbagai orang yang datang menyatakan keinginan mereka memeluk Islam, sebahagiannya dengan tujuan yang berbagai, namun baginda saw tidak pernah bertanya apakah mereka ingin memeluk Islam kerana Allah atau kerana tujuan-tujuan yang lain ? Jauh sekali dari baginda meletakkan syarat untuk menerima keislaman mereka.

Ibn Rajab al-Hambali di dalam Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam berkata : “Tidak pernah Nabi saw meletakkan syarat terhadap orang yang datang kepadanya untuk mereka beriltizam dengan solat dan zakat.”

Bahkan pernah berlaku seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud di dalam Sunannya, seorang utusan dari kaum Thaqif datang kepada Nabi saw ketika hendak berbai’ah (janji taat setia) kepada baginda, utusan tersebut meletakkan syarat keislaman mereka untuk tidak dikenakan membayar zakat dan tidak diwajibkan jihad ke atas meeka, lalu Nabi saw menerima syarat mereka tersebut dan baginda bersabda : “Mereka akan menunaikan zakat dan akan berjihad apabila mereka memeluk Islam.” (Sahih : al-Albani di dalam Sahih Abu Daud)

Sesiapa yang memerhatikan sunnah Nabi saw, ia akan melihat betapa baginda menerima sesiapa sahaja yang datang kepada baginda menyatakan hasrat memeluk Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah sahaja. Dengan dua kalimah ini, terpelihara darah dan harta mereka.

Al-Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. sabdaan Nabi saw yang bermaksud : “Aku di suruh untuk memerangi manusia, sehinggalah mereka mengucapkan “Laa ilaha illallaah”, apabila mereka mengucapkannya, maka sesungguhnya telah terselamat darah dan harta mereka, melainkan dengan haknya, dan perhitungan mereka terserah kepada Allah.”

Di dalam riwayat al-Imam Muslim Nabi saw bersabda : “Sehinggalah mereka bersaksikan bahawa tidak ada ilah melainkan Allah dan mereka beriman denganku dan dengan apa yang aku bawa.”

Di dalam sahih al-Bukhari dari Anas secara marfu’ disebut : “Sehinggalah mereka menyaksikan tidak ada ilah melainkan Allah dan Muhammad itu hambaNya dan RasulNya.”

Hadith-hadith ini menjadi bukti yang jelas, dengan mengucap kalimah tauhid seseorang itu dikira telah memeluk Islam kerana darah dan harta mereka dikira telah terpelihara. Terpeliharanya darah dan harta mereka menunjukkan mereka dikira sebagai Islam, kerana jaminan terpelihara darah dan harta hanya ada bagi orang Islam atau yang bukan Islam yang berada dibawah perjanjian dan perlindungan.

Hadith ini sahih dari beberapa sahabat dengan lafaz-lafaz yang saling berdekatan maksudnya, al-Hafiz al-Suyuthi berkata di dalam al-Jami’ al-Soghir : “Ianya adalah hadith yang mutawatir.” Al-Munawi pula yang mensyarahkan al-Jami’ al-Soghir menyebut : “ (ia mutawatir) Kerana ia diriwayatkan oleh 15 orang sahabat.” (lihat al-Qaradhawi, Zohirah al-Ghuluw fi al-Takfir, m.s. 33)

Melihat kepada hadith-hadith ini dan kekuatannya, menunjukkan kepada kita urusan memeluk Islam itu adalah sesuatu yang mudah, ianya lebih menepati ruh Islam yang mudah. Kerana itu sebahagian ulama salaf menyebut Al-Islam al-Kalimah sebagai menggambarkan betapa mudahnya proses memeluk Islam. Hanya dengan mengucapkan dua kalimah Syahadah dengan lisan, seseorang itu telah dikira sebagai seorang Muslim.

wallahu a'lam.
binsahak

Hukum Melaksanakan Umrah dalam Bulan-Bulan Haji

Harus hukumnya melaksanakan umrah dalam bulan-bulan haji tanpa ada khilaf di kalangan ulama. Tidak ada beza samaada seseorang itu berniat untuk menunaikan haji dalam tahun itu ataupun tidak. Ini kerana Nabi saw telah melaksanakan Umrah sebanyak 4 kali, semuanya baginda lakukan di dalam bulan Zul Kaedah, dan ia termasuk di dalam bulan haji iaitulah Syawal, Zul Kaedah dan Zul Hijjah. Baginda saw tidak menunaikan haji melainkan bersama umrah baginda yang akhir ketika Hajjatul Wada'.

al-Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. bahawasanay Nabi saw telah melakukan umrah sebanyak 4 kali dan semuanya di dalam bulan Zul Kaedah melainkan umrah yang baginda lakukan bersama haji baginda: Umrah ketika al-Hudaibiyyah atau zaman al-Hudaibiyyah di dalam bulan Zul Kaedah, Umrah tahun berikutnya dalam bulan Zul Kaedah, Umrah Ji'ranah (ÌöÚúÑÇäÉ) ketika baginda membahagikan ghanimah peperangan Hunain dalam bulan Zul Kaedah dan Umrah ketika Haji.

al-Imam al-Nawawi berkata: Kesimpulan daripada riwayat Anas dan Ibn 'Umar, kedua-dua mereka meriwayatkan 4 kali umrah Nabi saw, satunya dalam bulan Zul Kaedah pada tahun Hudaibiyyah 6 Hijrah, dimana mereka dihalang dari memasuki Mekah, lalu mereka bertahallul di situ, dan dikira sebagai umrah. Keduanya dalam bulan ZUl Kaedah iaitu tahun ke 7 iaitu Umrah Qadha. Ketiga dalam bulan Zul Kaedah tahun ke 8, iaitu tahun pembukaan mekah dan yang keempat umrah bersama dengan Haji baginda, dan baginda berIhram dalam bulan Zul Kaedah dan melaksanakanya dalam bulan Zul Hijjah.

Kata al-Nawawi lagi: Berkata para ulama, sesunggunya umrah-umrah baginda saw dalam bulan Zul Kaedah kerana kelebihannya dan bagi berbeza dengan golongan jahiliyyah dalam bulan tersebut, dimana mereka beranggapan perkara tersebut seburuk-buruk kejahatan... maka perbuatan baginda saw tersebut yang dilakukan beberapa kali dalam bulan ini bagi menjadikannya sejelas-jelas penjelasan keharusan melaksanakan umrah di dalam bulan Zul Kaedah, dan sejelas-jelas dalam membatalkan kepercayaan Jahiliyyah di dalamnya.

walahu a'lam.
binsahak

Jadilah Pendakwah Kepada Allah

Dakwah kepada Allah merupakan suatu kerja yang amat besar di dalam Islam. Allah swt menyatakan perkara ini di dalam firmannya:

Maksudnya: "Dan siapakah yang lebih baik perkataannya berbanding orang yang menyeru kepada Allah dan beramal soleh dan berkata, sesungguhnya kami terdiri dari kalangan orang-orang yang menyerah diri." (Fussilat : 33)

Ayat ini dalam bentuk Istifham Taqririy (ÇÓÊ�åÇã ÊÞÑíÑí) iaitu dalam bentuk pertanyaan yang membawa maksud pengakuan yang tidak ada keraguan padanya. Maka perkataan: "Dan siapakah yang lebih baik perkataannya..." membawa maksud: "Tidak ada yang lebih baik perkataannya..." Ayat ini memperakui bahawa tidak ada perkataan yang lebih baik berbanding orang yang menyeru kepada mentauhidkan ALlah dan mentaatinya, tidak ada perkataan, cara, dan keadaan yang lebih baik berbanding orang yang menyeru kepada Allah dengan mangajarkan kepad orang rami ilmu yang bermanfaat, memberi galakan kepada mereka supaya berakhlak mulia. Sebahagian ulama berkata tentang ayat ini adalah pengkhabaran gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh yang memiliki sifat-sifat yang disebut di dalam ayat.

1. Berdakwah kepada Allah

2. Beramal soleh dengan menunaikan kefardhuan dan menjauhi perkara yang haram

3. Berbangga dengan Islam dan berkata "Sesungguhnya kami dari kalangan orang-orang Islam."

Ayat ini merangkumi setiap orang yang menyeru kepada Allah dengan cara yang disyariatkan, termasuk kerja-kerja menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Selain ini, dakwah juga merupakan kerja Nabi saw yang disuruh oleh Allah swt di dalam firmanNya:

Maksudnya: "Serulah (wahai Muhammad) kepada jalam tuhanmu dengan hikmah dan contoh yang baik dan berdebatlah dengan mereka cara yang paling baik." (al-Nahl : 125)

Firman Allah swt lagi:

Maksudnya: "Kamulah sebaik-baik umat yang dikeluarkan di kalangan manusia, kamu menyeru kepada kebaikan dan mencegak kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah." (Ali Imran : 110). Di dalam surah Ali Imran Allah swt menjanjikan kejayaan di dunia dan di akhirat kepada mereka yang berdakwah kepada Allah swt:

Maksudnya: "Dan hendaklah ada di kalangan kamu sekumpulan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan merekalah orang-orang yang berjaya." (Ali Imran : 104)

binsahak

Friday, August 22, 2008

Pelihara diri dari melakukan maksiat di bulan puasa

Puasa adalah suatu ibadat yang disyariatkan untuk membersihkan diri, menghidupkan jiwa, menguatkan iman dan merupakan persediaan untuk menjadi seorang yang bertaqwa kepada Allah swt, sepertimana firman Allah di dalam al-Quran :

Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana yang diwajibkan kepada orang-orang sebelum kamu, semoga kamu bertaqwa." (al-Baqarah : 183)

Kerana itu seseorang yang berpuasa sewajarnya memelihara dirinya dari melakukan sesuatu yang dapat mencacatkan atau merosakkan puasanya. Penglihatan, pendengaran dan semua anggota perlu dipelihara dari melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah swt. Lidah tidak berkata perkara-perkara yang sia-sia dan lucah, tidak bertengkar dan tidak melakukan sesuatu yang tidak senonoh. Seseorang yang berpuasa dituntut supaya banyak bersabar, apabila seseorang melakukan kejahatan kepadanya, dia tidak membalas kejahatan itu dengan kejahatan juga, sebaliknya dia menolak kejahatan itu dengan cara yang lebih baik (ÇáÊí åí Ã�Óä).

Puasa yang sebenarnya ialah yang dapat menghalang kita dari melakukan maksiat dan dosa kepada Allah swt dan seterusnya menyelamatkan kita dari azab Allah di akhirat kelak. Puasa yang sebeginilah yang digambarkan oleh Salaf al-Solah dengan perkataan mereka :

Maksudnya : “Sesungguhnya puasa yang diterima itu ialah puasa bersamanya semua anggota dari melakukan maksiat, dalam keadaan perutnya dan kemaluannya berpuasa dari syahwat.” Inilah juga yang ditekankan oleh hadith Nabi saw :

Maksudnya : “Puasa itu adalah perisai, maka jika seseorang daripada kamu berpuasa, maka janganlah dia berkata keji atau kotor dan jangan pula dia melakukan sesuatu seperti perbuatan orang yang bodoh perihal hukum agama, jika seseorang mengajaknya bertengkar atau mencelanya, maka hendaklah dia katanya ; “Sesungguhnya aku seorang yang sedang berpuasa, sesungguhnya aku seorang yang sedang berpuasa.” (HR al-Bukhari)

Sabda Nabi saw lagi :

Maksudnya : “Sesiapa yang tidak dapat perkataan dusta dan condong kepada keburukan dan suka mengerjakannya, maka tidak ada bagi Allah suatu hajat dari puasanya.” (HR al-Bukhari)

Sabda baginda juga : (Maksudnya) : “Berapa ramai yang berpuasa, tidak ia perolehi dari puasanya melainkan lapar sahaja.” (HR al-Nasaie, Ibn Majah) Imam Ahmad, al-Hakim dan al-Baihaqi pula meriwayatkan : (Maksudnya) : “Berapa ramai yang berpuasa, tidak ia perolehi dari puasanya melainkan lapar dan dahaga.”

Bimbang akan puasa yang tidak diterima oleh Allah, semua sahabat Baginda saw bersungguh-sungguh berusaha menjadikan puasa mereka berperanan sebagai pembersih jiwa dan anggota badan, dan menjauhkan mereka dari dosa dan ma’siat . ‘Umar bin al-Khattab r.a. berkata :

Maksudnya : “Bukanlah puasa itu (semata-mata) daripada minum dan makan sahaja, akan tetapi (puasa dari) berbohong, perkara yang batil dan lagha.”

Apakah maksiat membatalkan puasa ?

Para ulama berbeza pendapat, apakah maksiat membatalkan puasa ataupun tidak. Sebahagian Salaf berpendapat maksiat membatalkan puasa, maka sesiapa yang melakukan maksiat seperti berdusta, mengumpuat, menfitnah, atau mendengar perkara yang diharamkan oleh Allah, atau melihat perkara yang diharamkan oleh Allah seperti melihat aurat wanita dengan syahwat, atau tangannya melakukan sesuatu yang haram atau menyakiti manusia dan haiwan tanpa hak, atau mengambil sesuatu yang bukan haknya atau kakinya berjalan menuju ke tempat maksiat atau melakukan perkara-perkara haram yang lain, semua ini membatalkan puasanya. Maka lidah juga boleh membatalkan puasa, demikian juga telinga, tangan dan kaki. Semuanya sama sepertimana perut dan kemaluan yang boleh membatalkan puasa. Inilah pendapat sebahagian ulama yang mengatakan semua maksiat itu membatalkan puasa.

Maka sesiapa yang melakukan maksiat ketika berpuasa, hendaklah dia menggantikan puasanya. Inilah yang zahir, yang diriwayatkan daripada sebahagian sahabat dan tabiien, inilah juga mazhab al-Imam al-Auzaie, dan disokong oleh Ibn Hazm dari mazhab al-Zohiriyah.

Berbeza dengan jumhur (kebanyakan) ulama, mereka berpendapat maksiat tidak membatalkan puasa, sebaliknya mengaibkan puasa berdasarkan besar atau kecilnya maksiat yang dilakukan. Ini kerana maksiat tidak terlepas dari seseorangpun melainkan sesiapa yang dipelihara oleh Allah swt, terutamanya maksiat lisan. Kerana itu Imam Ahmad berkata :

Maksudnya : “Kalaulah al-Ghibah (mengumpat) itu membatalkan puasa, tidak ada bagi kita (sesuatu dari) puasa."

Jumhur ulama mengatakan maksiat tidak membatalkan puasa seperti makan dan minum sebaliknya ia mengurangkan pahala puasa. Perkara ini sewajarnya tidak diambil ringan oleh orang yang berpuasa. Mustahil seseorang yang berpuasa, menahan lapar dan dahaganya, menjauhi kehendak syahwatnya, dalam keadaan dia merelakan dia keluar dari bulan Ramadhan sedang dia tidak memperolehi apa-apa kebaikan dari puasanya.

Sesungguhnya puasa Ramadhan itu berperanan membersihkan kita dari dosa-dosa kita yang telah lalu. Sewajarnya kita keluar dari bulan Ramadhan dalam keadaan diampunkan dosa kita, dibersihkan dari segala dosa terutamanya dosa-dosa kecil. Sabda Nabi saw :

Maksudnya : “Solat lima waktu, jumaat ke Jumaaat, Ramadhan ke Ramadhan berperanan sebagai penghapus dosa antaranya, selama-mana seseorang itu menjauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim)

Inilah antara kelebihan puasa, maka sesiapa yang mengotori puasanya dengan melakukan maksiat, bermakna dia telah mengurangkan peluang untuk dihapuskan dosa-dosanya. Dia tidak berhak memperoleh keampunan yang dijanjikan. Bahkan ada kemungkinan dia termasuk di dalam doa Jibril yang diaminkan oleh Nabi saw :

Maksudnya : “Sesiapayang mendapati Ramadhan, tetapi tidak diampunkan dosanya, maka puasanya itu menjauhkannya dari Allah.” (HR Ibn Hibban di dalam Sahihnya)

Wallahu a’lam.
binsahak

I'tikaf di 10 Akhir Ramadhan

Pensyariatan i'tikaf thabit di dalam al-Quran, al-Sunnah dan ijma' para ulama. Allah swt berfirman :

Maksudnya: "Dan telah kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail : "Bersihkanlah rumah-Ku untuk orang-orang yang tawaf, yang beri'tikaf, yang rukuk dan yang sujud." (al-Baqarah : 125)

Firman Allah swt lagi :

Maksudnya : "Dan janganlah kamu mencampuri mereka itu (isteri-isteri kamu), sedang kamu beri'tikaf di dalam masjid." (al-Baqarah : 186)

Di dalam hadith pula, 'Aisyah r.'anha berkata :

Maksudnya ; "Adalah Nabi saw sentiasa beri'tikaf pada 10 hari akhir bulan Ramadhan sehingga baginda diwafatkan oleh Allah swt, kemudian isteri-isteri baginda beri'tikaf selepas kewatan baginda." (HR al-Bukhari dan Muslim)

Terjadinya ijma' para ulama atas pensyariatan i'tikaf ini dinukilkan oleh ramai ulama seperti al-Nawawi di dalam al-Majmu', Ibn Qudamah di dalam al-Mughni dan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah di dalam Syarh al-'Umdah.

Syeikh Abdul 'Aziz Abdullah bin Baz berkata di dalam Majmu' al-Fatawa : Maksudnya) : "Tiada keraguan, I'tikaf di masjid adalah satu amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah swt, (dilakukan) dalam bulan Ramadhan adalah lebih afdhal (lebih utama) dari bulan-bulan yang lain, ianya disyariatkan di dalam bulan Ramadhan dan selain Ramadhan."

Hukum I'tikaf

Asal hukum i'tikaf adalah sunat. Ibn al-Munzir berkata di dalam kitabnya al-Ijma' (ms 53) : "dan telah bersepakat (semua ulama) bahawa i'tikaf itu adalah sunat, tidak diwajibkan ke atas orang ramai secara fardhu, melainkan seseorang telah mewajibkan ke atas dirinya dengan bernazar, maka ia menjadi wajib ke atasnya."

Ini berdasarkan sabda Nabi saw :

Maksudnya : "Sesiapa telah bernazar untuk taat kepada Allah maka hendaklah dia lakukannya, dan sesiapa yang bernazar untuk bermaksiat kepada Allah maka janganlah dia lakukannya." (HR al-Bukhari). 'Umar r.a. juga pernah berkata kepada Nabi saw :

Maksudnya : "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku pernah bernazar ketika jahiliyyah untuk beri'tikaf satu malam di dalam masjid al-Haram." Jawab Nabi saw : "Tunaikanlah nazar-mu."

I'tikaf di 3 masjid

Kebanyakan ulama berpendapat tidak disyaratkan beri'tikaf di salah satu dari 3 buah masjid, iaitu masjid al-Haram, Masjid al-Nabawi dan masjid al-Aqsa. Mereka berdalilkan dengan firman Allah swt :

Maksudnya : "Dan janganlah kamu mencampuri mereka itu (isteri-isteri kamu), sedang kamu beri'tikaf di dalam masjid-masjid." (al-Baqarah : 186)

Ayat di atas menyebut masjid secara umum, termasuk semua masjid. Ini menunjukkan dibenarkan beri'tikaf disemua masjid yang didirikan solat jamaah. al-Imam al-Bukhari telah mengisyaratkan perkara ini dengan keumuman ayat al-Quran di atas dengan katanya :

"Bab al-i'tikaf pada sepuluh akhir (Ramadhan), dan i'tikaf itu di masjid-masjid semuanya berdasarkan firman Allah , (Maksudnya :) "Dan janganlah kamu mencampuri mereka itu (isteri-isteri kamu), sedang kamu beri'tikaf di dalam masjid-masjid."

Di samping itu telah menjadi amalan umat Islam beri'tikaf di masjid-masjid di tempat mereka seperti yang telah disebut oleh al-Tohawi di dalam Musykil al-Athar (4/205)

al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-'Uthaimin pernah ditanya tentang persoalan ini dan beliau menjawab :

"I'tikaf di selain masjid yang tiga iaitu masjid al-Haram, al-Nabawi dan al-Aqsa adalah disyariatkan pada waktunya, dan tidak dikhususkan kepada masjid yang tiga itu sahaja, bahkan boleh dilakukan di masjid yang tiga itu dan masjid yang lain juga, inilah pendapat para imam umat Islam, pemuka mazhab yang diikuti seperti Imam Ahmad, Malik, al-Syafie, Abu Hanifah dan selian mereka r.h. berdasarkan firman Allah : "dan janganlah kamu semua mencampuri mereka itu (ister-isteri kamu), sedang kamu beri'tikaf di dalam masjid-masjid. Demikianlah larangan-larangan ALlah, maka jangan kamu semua menghampirinya, demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatnya kepada manusia, mudah-mudahan mereka bertaqwa." (al-Baqarah : 186)

Lafaz masjid-masjid (di dalam ayat) adalah umum kepada semua masjid diseluruh bumi, ayat ini terdapat di akhir ayat puasa yang merangkumi hukumnya kepada semua umat Islam diseluruh dunia, ia ditujukan kepada semua yang ditujukan (kewajipan) puasa.

Ayat ini pula di akhiri dengan sasarannya (iaitulah utk umat Islam seluruhnya) dengan firman Allah : (maksudnya) : "demikian itulah larangan-larangan Allah, maka jangan kamu semua menghampirinya, demikian Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada manusia, supaya kamu semua bertaqwa." (al-Baqarah : 186), mustahil apabila Allah berbicara kepada umat Islam seluruhnya, sebaliknya yang dimaksudkan adalah untuk sekumpulan manusia yang paling sedikit. Adapun hadith Huzaifah bin al-Yaman (bermaksud) : "Tidak ada i'tikaf melainkan di tiga masjid." Sekalipun hadith ini selamat dari kecacatan, ia hanya memaksudkan i'tikaf yang paling sempurna, iaitu iktikaf yang paling sempurna ialah i'tikaf yang dilakukan di tiga masjid ini (al-Haram, al-Nabawi dan al-Aqsa), ini disebabkan kemuliaan dan kelebihan (tiga masjid ini) tidak ada pada masjid-masjid yang lain. " (fatawa al-Siyam. m.s. 493)

al-Syeikh Ibn Baz pula berkata :

"Sah i'tikaf pada selain masjid yang tiga, melainkan hanya disyaratkan masjid itu didirikan jamaah, jika masjid itu tidak didirikan solat jamaah maka tidak sah i'tikaf di dalamnya, kecuali jika seseorang bernazar i'tikaf di salah satu masjid yang tiga, maka wajib dia beri'tikaf di masjid yang dinazarkan sebagai memenuhi nazarnya." (majmu' fatawa Ibn Baz : 15/444)

Apakah wanita juga beri'tikaf

HARUS bagi wanita beri'tikaf di masjid, sunnah i'tikaf ini adalah kepada lelaki dan wanita. Dalil dalam perkara ini adalah perkataan 'Aisyah r.anha yang bermaksud : "Adalah Nabi saw sentiasa beri'tikaf pada 10 hari akhir bulan Ramadhan sehingga baginda diwafatkan oleh Allah swt, kemudian isteri-isteri baginda beri'tikaf selepas kewatan baginda." (HR al-Bukhari dan Muslim)

Dia boleh beri'tikaf keseluruhan 10 hari yang akhir dalam bulan Ramadhan jika dia mampu. Jika tidak dia beri'tikaf sekadar apa yang mudah baginya seperti sehari, dua hari, semalam atau kurang dari yang itu.

al-Syeikh 'Abdul 'Aziz Abdullah bin Baz berkata : "I'tikaf adalah menetap di dalam masjid untuk melakukan ketaatan kepada Allah swt, samaada dalam tempoh yang lama atau seketika, ini kerana tidak terdapat dalil yang menunjukkan had tertentu - sekadar yang kami tahu - tiada (ketentuan sehari), dua hari atau lebih." (Fatawa al-Syeikh Ibn Baz : 15/441)

Keluar dari masjid ketika beri'tikaf

Asalnya orang yang beri'tikaf tidak boleh keluar dari masjid melainkan jika ada keperluan yang tidak dapat dielakkan atau yang tidak dapat dilakukan di dalam masjid seperti berwudhu, mandi dan buang air berdasarkan perkataan 'Aisyah :

Maksudnya : "Bahawasanya Nabi saw apabila baginda beri'tikaf, baginda tidak memasuki rumah baginda melainkan untuk keperluan/hajat keinsanan." (HR Muslim)

Maka apabila seseorang mempunyai hajat untuk memenuhi temujanji dengan doktor contohnya, dan dia tidak boleh menangguhkannya lagi, maka dia boleh keluar dari masjid untuk memenuhi temujanjinya itu.

wallahu a'lam

Memelihara Lisan

Sesungguhnya persoalan memelihara lidah adalah satu persoalan besar yang sering diabaikan oleh kebanyakan orang. Ramai yang boleh memelihara diri dari terjebak ke lembah arak dan zina umpamanya. Namun amat kurang yang berjaya memelihara lidah dengan baik. Ramai yang berasa gerun untuk melakukan dosa dan maksiat yang lain, namun amat kurang orang yang berasa gerun apabila dia tidak memelihara lidahnya.


Sedarkah kita, lidah yang tidak dipelihara dengan baik boleh menjadi sebab kita dimurkai oleh Allah swt, dan dengan lidah itu juga kita boleh memperoleh redha daripadaNya. Oleh yang demikian, memelihara lidah mesti dijadikan antara perkara utama yang perlu diberi perhatian. Entah betapa banyak perkelahian, pertelingkahan dan suasana yang porak peranda di dalam masyarakat berpunca daripada lidah yang tidak dipelihara. Kerana itu di dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam kitabnya al-Muwatto’ Nabi saw bersabda:




إن الرجل ليتكلم بالكلمة من رضوان الله تعالى، ما يظن أن تبلغ ما بلغت يكتب الله عز وجل له من رضوانه إلى يوم يلقاه، وإن الرجل ليتكلم بالكلمة من سخط الله تعالى ما يظن أن تبلغ ما بلغت، يكتب الله تعالى عليه بها سخطه إلى يوم يلقاه


Maksudnya: “Adakalanya seseorang kamu berucap dengan sesuatu kalimat yang diredhai Allah, padahal dia tidak menyangka ianya akan sampai ke tahap sedemikian lalu dengannya Alah mencatatkan keredhaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah. Adakalanya seseorang kamu pula berucap dengan sesuatu kalimat yang dimurkai Allah, padahal dia tidak menyangka ianya akan sampai ke tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan kemurkaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah.”[1]


Demikian betapa pentingnya memelihara lidah. Namun begitu ramai di kalangan kita yang mengabaikannya. Ramai di kalangan kita yang tidak jemu mengingatkan anak-anaknya dengan keburukan mencuri dan seumpamanya, perasankah kita, bahawasanya kita masih di peringkat tidak bersungguh mengingatkan anak-anak kita untuk memelihara lidah. Barangkali hakikat ini boleh dijadikan petanda aras yang kita masih belum cukup bagus memelihara lidah kita sendiri, kerana bagaimana mungkin seekor itik boleh mengajar anaknya berjalan betul? Kita memohon kepada Allah swt untuk menjadikan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang menjaga lidah mereka.


Berjanji Tetapi Tidak Melaksanakannya


Salah satu musibah yang sering menimpa lidah kebanyakan orang apabila dia mengatakan sesuatu sedang dia tidak melaksanakannya. Perkara ini sering berlaku terutamanya di dalam kempen-kempen pilihanraya. Tambahan pula pada tempoh ini, iaitu selepas berlansungnya hari penamaan calon pada 24 febuari yang lalu, semua parti dan calon yang bertanding akan berkempen untuk memperoleh sokongan ramai. Terkadang di dalam kempen pilihanraya, ramai yang sengaja menabur janji itu dan ini sedangkan dia tidak melaksanakannya. Apatah lagi sememangnya dia tahu yang dia tidak dapat melaksanakannya tetapi ditaburkan juga janji untuk mengaburi mata orang ramai. Di dalam al-Quran Allah swt berfirman:



Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. Amat besar kebencian di sisi Allah, kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya ” (al-Saff : 2-3) Al-Imam Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat ini berkata: “(Ayat ini berupa) pengingkaran terhadap sesiapa yang melakukan sesuatu janji atau mengucapkan sesuatu tetapi tidak menunaikannya.”[2]


Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan Muslim pula Nabi saw bersabda:




آيَة الْمُنَافِق ثَلَاث إِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا اُؤْتُمِنَ خَانَ


Maksudnya: “Tanda orang munafik itu ada tiga, apabila dia berjanji dia tidak melaksanakannya, apabila dia berkata dia berbohong, apabila dia diberi amanah dia khianat.”


Bahaya al-Ghibah Dan al-Namimah


Al-Ghibah (الغيبة) ialah: menyebut tentang seseorang apa yang tidak disukainya. Manakala al-Naminah (النميمة) pula ialah: memindahkan percakapan sebahagian orang tentang sebahagian orang yang lain dalam bentuk memberi keburukan. Hukum kedua-dua jenayah lidah ini adalah haram dengan kesepakatan semua para ulama disebabkan banyak dan jelasnya dalil-dalil dari al-Quran dan al-Hadith yang mengharamkannya, antaranya: Allah swt berfirman:



وَلا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيْمٌ


Maksudnya: “Dan jangan sebahagian kamu mengata sebahagian yang lain, sukakah salah seorang daripada kamu, memakan daging saudaranya yang sudah mati?, maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya, dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha penerima taubat lagi maha penyayang.” (al-Hujuraat: 12) Demikian buruknya perbuatan mengata dan mengumpat sehingga Allah swt mengumpamakannya dengan memakan daging saudara kita sendiri yang telah mati. Di dalam firmanNya yang lain, Allah swt menempelak pengumpat dan pencela dengan kecelakaan:



وَيْلٌ لِكُلّ هُمَزَةٍ لُمَزَةٍ


Maksudnya: “Dan kecelakaanlah bagi setiap pengumpat dan pencela.” (al-Humazah:1) Dari Abu Hurairah ra. Nabi saw bersabda:



"أتَدْرُونَ ما الغِيْبَةُ؟" قالوا: اللَّهُ ورسولُه أعلمُ، قال: "ذِكْرُكَ أخاكَ بِمَا يَكْرَهُ" قيل: أفرأيتَ إنْ كانَ في أخي ما أقولُ؟ قال: "إنْ كانَ فِيهِ ما تَقُولُ فَقَدِ اغْتَبْتَهُ، وَإنْ لَمْ يَكُنْ فِيهِ ما تَقُولُ فَقَدْ بَهَتَّهُ"


Maksudnya: “Apakah kamu semua ketahui apa itu al-Ghibah?”: Para sahabat menjawab: “Allah dan RasulNya lebih mengetahui.” Baginda bersabda: “Kamu menyebut tentang saudara kamu apa yang dia tidak sukai.” Lalu ditanya kepada Nabi saw: “Bagaimana kalau apa yang disebut itu ada padanya?” Jawab baginda: “Kalau apa yang kamu sebut itu ada padanya, maka itulah kamu telah melakukan ghibah kepadanya, jika apa yang kamu sebut itu tidak ada padanya, maka kamu telah mendustainya.”[3]


Menjelang pilihanraya ke-12 ini, umat Islam perlu lebih memerhatikan lidah mereka, supaya mereka tidak terjebak dalam melakukan perbuatan-perbuatan yang diharamkan di dalam agama seperti membuat janji kosong, mengata dan mengaibkan orang, mengadu domba, dan seumpamanya. Mudah-mudahan kita memperoleh rahmat dari Ilahi, insyaallah.



--------------------------------------------------------------------------------

[1] HR Malik di dalam al-Muwatta’ dan al-Tirmizi, katanya pula hadith ini Hadith Hasan

[2] Tafsir al-Quran al-‘Azim

[3] Hadith riwayat Al-Tirmizi berkata hadith ini Hasan Sahih

Kelebihan Hari 'Asyura

Tidak ada sebarang amalan yang memiliki kelebihan untuk dilakukan pada hari 'Asyura MELAINKAN PUASA seperti yang thabit di dalam beberapa hadith Nabi saw, antaranya satu hadith dari Abi Qatadah r.a. yang menceritakan seorang lelaki bertanya kepada Nabi saw tentang (kelebihan) puasa 'Asyura. Nabi saw menjawab:

Maksudnya: "Aku mengharapkan Allah mengampunkan dosa setahun sebelumnya." (HR Muslim)

Para ulama umat Islam telah bersepakat menyatakan puasa 'Asyura ini termasuk di dalam sunah yang thabit dari Nabi saw. Disunatkan bagi setiap muslim melaksanakannya, Ia adalah hari yang kesepuluh Muharram.

Adapun cara mununaikannya, al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah menyatakan: "Susunan (kelebihan) puasanya ada tiga, yang paling sempurna ialah puasa (dimulakan) sehari sebelumnya dan sehari selepasnya, berikutnya (boleh juga) puasa pada hari kesempilan (Tasu'aa) dan kesepuluh ('Asyura), terdapat banyak hadith dalam perkara ini, berikutnya pula (boleh juga) puasa pada sepuluh Muharram sahaja." (Zaad al-Ma'ad. 2/76)

Adakah Kelebihan-kelebihan yang lain ?

Tidak ada kelebihan lain pada hari 'Asyura melainkan puasa sahaja. Jika ada kelebihan-kelebihan lain ia datang dari sumber yang tidak sahih dari Nabi saw. Sebagai contoh satu riwayat yang dikatakan hadith:

Maksudnya: "Sesiapa yang meluaskan keluarganya pada hari 'Asyura, Allah akan meluaskan untuknya sepanjang tahun."

Hadith ini adalah diriwayatkan dalam beberapa bentuk, namun satupun daripadanya tidak sahih seperti yang telah dijelaskan oleh al-Hafidz Ibn Rajab al-Hanbali di dalam Latoif al-Ma'arif (113).

al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani berkata: "Demikian itulah kesemua jalan-jalan hadith ini, berlegar dengan periwayat-periwayat yang Mungkar dan Majhul, barangkali juga mereka dari kalangan orang-orang yang memusuhi Hussain r.a. yang memalsukan hadith kelebihan memberi makan, memakai celak dan selainnya pada hari 'Asyura sebagai bertentangan dengan Syi'ah yang menjadikan hari ini hari kesedihan terhadap Hussain r.a. yang telah dibunuh pada hari tersebut." (Tamam al-Minnah : 411-412)

Perkara yang sama juga terhadap kelebihan menghidupkan malam 'Asyura atau solat sunat 4 rakaat padanya, ziarah kubur pada hari 'Asyura dan sebagainya yang bersumberkan hadith tidak sahih.

Sebahagian orang ada juga yang mendakwa pada hari 'Asyura inilah berlakunya taubat Nabi Adam, berlabuhnya perahu Nabi Nuh atas bukit al-Juudi, kembalinya Nabi Yusuf kepada Nabi Yaakub, selamatnya Nabi Ibrahin daripada api dan sebagainya, semua ini diriwayatkan daripada hadith-hadith yang palsu. (Sila lihat al-Fatawa al-Kubra. 2/248-249)-(melalui perantaraan laman islamonline.net)

wallahua'lam.

Risalah Tentang Bulan Muharram

Saringan dari tulisan: Risalah fi Ahadith Syahr Allah al-Muharram, al-Syeikh Abdullah bin Soleh al-Fauzan.
Oleh: bin Sahak

Dari Abu Hurairah r.a. Nabi saw bersabda:

Maksudnya: "Seutama-utama puasa selepas Ramadhan adalah puasa dalam bulan Allah al-Muharram, dan seutama-utama solat selepas solat yang wajib ialah solat malam."


Nabi saw menyebut bulan Muharram sebagai bulan Allah bagi menandakan kemuliaan dan kelebihannya. Ini kerana Allah dan Rasul tidak menyandarkan sesuatu kepada Allah melainkan sebagai tanda kelebihan dan kemuliannya berbanding yang lain sebagaimana dinamakan Baitullah yang merujuk kepada Kaabah.

Hadith ini secara jelas menunjukkan kelebihan bulan al-Muharam termasuk kelebihan puasa di dalamnya menduduki tempat yang kedua selepas kelebihan puasa dalam bulan Ramadhan. Kelebihan ini difahami dari sudut kelebihan bulan Muharram untuk dilakukan puasa sunat di dalamnya berbanding bulan-bulan yang lain selepas Ramadhan. Adapun kelebihan berpuasa dari sudut hari-hari, terdapat beberapa hari yang lebih utama berpuasa di dalamnya berbanding hari-hari dalam bulan Muharram seperti puasa pada hari 'Arafah dan puasa enam hari dalam Syawal.

Bulan Allah al-Muharram juga merupakan salah satu bulan haram yang disebut oleh Allah swt di dalam ayatNya:

Maksudnya: "Sesungunya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, diantaranya empat bulan haram, iaitulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu…" (al-Taubah: 36) Daripada Abi Bakrah daripada Nabi saw:

Maksudnya: "Satu tahun itu ada dua belas bulan, antaranya empat bulan haram, tiga (dari yang empat itu) berturut-turutan, Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab Mudhar antara Jamadil akhir dan Sya'ban." (al-Bukhari dan Muslim)

Mudhar adalah nama satu kabilah Arab, disandarkan bulan Rejab kepadanya sebagai penerangan untuk menghilangkan kesamaran, ini kerana ada perbezaan antara Bani Mudhar dan Bani Rabi'ah dalam menuntukan kedudukan bulan Rejab, Bani Mudhar meletakkan bulan Rejab antara Jamadil Akhir dan Sya'ban, manakala Bani Rabi'ah menjadikan kedudukan itu untuk bulan Ramadhan. Kerana itu Nabi saw menyandarkan bulan Rejab kepada Mudhar. Dikatakan juga kerana Bani Mudhar membesarkan bulan Rajab ini lebih dari bulan-bulan yang lain berbanding kabilah-kabilah lainnya. Dikatakan juga disebabkan orang-orang Arab menamakan Rejab dan Sya'ban sebagai dua bulan Rejab (ÇáÑÌÈíä), ada juga pendapat yang mengatakan Nabi saw menyandarkan Rejab kepada Mudhar disebabkan Jamadilakhir dan Rejab dinamakan sebagai dua bulan Jamadain dan dinamakan Sya'ban sebagai Rejab. (Sila lihat Syarh Sahih Muslim oleh al-Nawawi) Allah swt berfirman:

Maksudnya: " maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu " (al-Taubah: 36) Ini kerana perbuatan menganiayai diri (melakukan dosa) yang dilakukan di dalam empat bulan yang dimuliakan ini lebih berat dan lebih besar dosanya berbanding bulan-bulan yang lain. Qatadah berkata:

"Sesungguhnya penganiayaan diri di dalam bulan-bulan haram lebih besar kesalahannya dan dosanya berbanding bulan-bulan yang lain, dalam keadaan penganiayaan diri (melakukan dosa) itu dalam semua keadaan adalah satu kesalahan yang besar, akan tetapi Allah membesarkannya sesuatu dari urusannya apa yang dikehendakinya." (Tafisr Ibn Kathir)

Apakah Disunnahkan Puasa Muharram Keseluruhannya?

Dari sudut zahir hadith menunjukkan kelebihan puasa Muharram adalah keseluruhannya. Namun sebahagian ulama memahaminya kelebihan keseluruhan bulan Muharram ini sebagai galakan memperbanyakkan puasa dalam bulan Muharram bukan bermaksud berpuasa penuh di dalamnya. Ini berdasarkan perkataan 'Aisyah r'anha:

Maksudnya: "Tidak aku melihat Rasulullah saw menyempurnakan puasa sebulan (penuh) sama-sekali melainkan dalam bulan Ramadhan, dan tidak aku melihat baginda lebih banyak berpuasa dalam satu bulan (tidak berpuasa penuh sebulan) berbanding Sya'ban." (HR Muslim)

Sejarah Puasa 'Asyura

Daripada 'Aisyah r.'anha:

Maksudnya: "Ketika Jahiliyyah, orang-orang Quraisy berpuasa pada hari 'Asyura, demikian juga Rasulullah saw berpuasa pada hari tersebut, apabila baginda berhijrah ke Madinah baginda berpuasa pada hari 'Asyura dan baginda menyuruh (orang ramai) berpuasa pada hari 'Asyura. Apabila difardhukan Ramadhan, baginda meninggalkan (kewajipan) puasa 'Asyura, siapa yang hendak berpuasa dia berpuasa dan siapa yang tidak mahu dia meninggalkannya." (HR al-Bukhari dan Muslim)

Hadith ini menunjukkan orang-orang Jahiliyyah telah sedia membesarkan hari 'Asyura dengan mereka melaksanakan puasa pada hari tersebut. Demikian juga Nabi saw berpuasa pada hari tersebut dan baginda berterusan berpuasa sehinggalah berlakunya hijrah. Selepas berlakunya hijrah baginda saw ke Madinah, di peringkat awalnya baginda telah mewajibkan puasa pada hari 'Asyura. Inilah pendapat yang sahih dari dua pendapat ulama berdasarkan arahan Nabi. (Sila lihat Risalah fi Ahadith Syahr Allah al-Muharram, oleh al-Syeikh Abdullah bin Soleh al-Fauzan)

'Aisyah r.'anha berkata: ‏

Maksudnya: "Adalah umat Islam dahulunya berpuasa 'Asyura sebelum difardhukan Ramadhan, hari tersebut adalah hari orang-orang Jahiliyyah menyelimuti Ka'bah (dengan kain selimut), apabila Allah menfardhukan Ramadhan, Rasulullah saw bersabda: "Siapa yang hendak berpuasa 'Asyura, maka berpuasalah, siapa yang tidak hendak, tinggalkanlah." (HR al-Bukhari dan Muslim)

Salamah bin al-Aqwa' r.a. pula meriwayatkan:

Maksudnya: "Bahawasanya Nabi saw telah mengutus seorang lelaki, untuk menyeru manusia pada hari 'Asyura, sesiapa yang telah makan pada hari tersebut hendaklah dia berpuasa dan siapa yang belum makan pada hari tersebut maka janganlah dia makan (teruskan berpuasa)." (HR al-Bukhari)

Apabila difardhukan puasa Ramadhan pada pertengahan tahun kedua hijrah, maka dimansukhkan hukum wajib puasa pada hari 'Asyura dan kekal hukumnya sebagai sunat. Puasa 'Asyura ini tidak diwajibkan melainkan pada peringkat awal hijrah ialah pada tahun pertama sehingga pertengahan pertama tahun kedua hijrah. Setelah daripada itu, pada tahun kesepuluh hijrah Nabi saw berazam untuk berpuasa 'Asyura beserta dengan hari sebelumnya iaitu hari kesembilan Muharram (ÇáÊÇÓæÚÇ�) agar berbeza dengan Ahl al-Kitab yang juga berpuasa pada hari 'Asyura sahaja.

Kata Ibn ‘Abbas r.a. : “Ketika Nabi s.a.w. sampai ke madinah, baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura. Lalu Baginda bersabda :

Maksudnya : “Hari apakah ini (di sisi kamu) ?” Orang-orang Yahudi menjawab : “Hari ini adalah hari yang baik. ALLAH telah memenangkan padanya Musa dan Bani Isra-il daripada musuh mereka (Fir’aun dan kaumnya). Lalu Musa berpuasa pada hari ini (’Asyura).” Sabda Nabi s.a.w. : “Aku lebih berhak ke atas Musa berbanding kamu semua (orang-orang Yahudi).” Lalu baginda berpuasa pada hari tersebut (’Asyura) dan mengarahkan (para Sahabat) berpuasa padanya.” (Hadith riwayat al- al-Bukhari dan Muslim)

Dari Ibn ‘Abbas r.a. katanya:

Maksudnya : “Ketika Nabi s.a.w. berpuasa pada hari ‘Asyura, dan baginda menyuruh para sahabat berpuasa padanya.”Para Sahabat berkata : “Wahai Rasulullah, sesungguhnya hari itu hari yang dibesarkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasara.” Lalu Sabda Nabi s.a.w. : “Maka pada tahun hadapan insyaALLAH kita akan berpuasa (bermula) pada hari kesembilan.” Lalu Ibn ‘Abbas menceritakan : “Tidak sempat datang tahun hadapan, Nabi s.a.w. diwafatkan (oleh ALLAH s.w.t.).” (Hadith riwayat Muslim dan Abu Daud)

Galakan Berpuasa Pada Hari 'Asyura

Abu Qatadah berkata, Nabi saw telah ditanya tentang puasa pada hari 'Asyura, baginda bersabda:

Maksudnya: "Ia (puasa 'Asyura) menghapuskan dosa setahun yang lalu." Dalam riwayat yang lain:

Maksudnya: "Dan puasa hari 'Asyura, aku mengharapkan agar Allah menghapuskan dosa setahun sebelumnya." (HR Muslim) Hadith ini menunjukkan kelebihan puasa pada hari 'Asyura, iaitulah hari yang kesepuluh dalam bulan al-Muharram. Jabir bin Samurah r.a. berkata:

Maksudnya: "Adalah Rasulullah saw mengarahkan puasa hari 'Asyura dan memberi galakan puasa pada hari tersebut dan bersungguh melakukannya." (HR Muslim) Puasa adalah seutama-utama amalan di sisi Allah, puasa sunat sama seperti amalan-amalan sunat lain yang berperanan menampung kebarangkalian adanya kekurangan ketika melakukan perkara-perkara yang fardhu. Nabi saw bersabda (Hadith Qudsi) dalam permasaalahan solat:

Maksudnya: "Firman Allah tabaraka wa ta'ala: "Lihatlah, apakah bagi hambaku itu ada (pahala) dari amalan sunat? maka sempurnakanlah dengannya apa yang berkurangan dari amalan fardhunya, kemudian lakukan seperti itu terhadap semua amalannya." (HR Tirmizi dari Abu Hurairah secara Marfu', katanya Hadith Hasan)

Maksud Amalan Menghapuskan Dosa

Para ulama berbeza pendapat tentang maksud kelebihan sesuatu amalan soleh yang dapat menghapuskan dosa. Al-Syeikh Abdullah bin Soleh al-Fauzan berkata:

"Ketahuilah bahawasanya setiap nas yang menunjukkan sebahagian amalan soleh dapat menghapuskan dosa seperti wudhu, puasa Ramadhan, puasa hari 'Arafah, puasa 'Asyura dan selainnya, yang dimaksudkan ialah adalah dosa-dosa kecil. Ini kerana ibadat yang besar seperti solat lima waktu, solat Jumaat dan puasa Ramadhan tidak dapat menghapuskan dosa-dosa besar – sepertimana yang thabith di dalam sunnah - maka bagaimana yang lebih kecil daripada itu ? kerana itu jumhur ulama (kebanyakan) berpendapat dosa-dosa besar sepeti riba, zina, sihir dan selainnya tidak dapat dihapuskan dosanya dengan amalan-amalan soleh, sebaliknya tidak boleh tidak mesti dengan taubat atau melaksanakan hudud bagi yang berkaitan dengan hukum hudud."

Maka dengan sebab itu, kita amat digalakkan memperbanyakkan taubat pada hari-hari yang memiliki kelebihannya seperti hari 'Asyura. Ini kerana taubat pada hari-hari yang ada kelebihan memiliki kedudukan yang besar. Disamping itu taubah juga merupakan perkara yang wajib ke atas setiap dosa dan melewat-lewatkannya adalah satu kesalahan dan dosa.

Wallahu a'lam.

Monday, August 18, 2008

Apakah Orang Yang Murtad Perlu Qadha Puasa dan Solatnya Selepas Bertaubat ?

Soalan:

Jika seseorang muslim murtad dari agamanya dalam tempoh beberapa tahun, kemudian dia kembali kepada Islam. Apakah dia perlu qadha puasa, sembahyang yang ditinggalkannya?

Jawapan:

Oleh: al-Syeikh Abdul Aziz Abdillah bin Baz
Penterjemah: bin sahak

Jika seorang muslim murtad daripada Islam - na'uzubillahi min zalik - kemudian dia bertaubat, maka dia tidak perlu qadha sembahyang dan puasa yang ditinggalkannya berdasarkan firman ALlah S.W.T.

قُل لِلَّذِينَ كَفَرُواْ إِن يَنتَهُواْ يُغَفَرْ لَهُم مَّا قَدْ سَلَفَ

Maksudnya: "Katakanlah kepada orang-orang yang kafir itu, jika kamu semua berhenti (daripada kekafiran), akan diampunkan untuk kamu apa yang telah lalu."

Sabda Nabi S.A.W.

الإسلام يهدم ما كان قبله والتوبة تهدم ما كان قبلها

Maksudnya: "Islam itu menghapuskan (kesalahan-kesalahan) sebelumnya (sebelum memeluk Islam), dan taubat itu menghapuskan (dosa-dosa) yang lalu."

Inilah pandangan ulama yang benar terhadap ayat dan hadith di atas. Selain itu juga para sahabat Nabi S.A.W. tidak menyuruh mereka yang kembali kepada Islam setelah murtad di zaman Abu Bakr R.A. untuk mengqadha solat dan puasa sedangkan mereka (yakni para sahabat) adalah orang yang paling mengetahui tentang agama selepas Nabi S.A.W.

Demikian juga memestikan mereka (orang-orang yang memeluk Islam selepas murtad) qadha sembahyang dan puasa yang mereka tinggalkan, melarikan mereka daripada kembali kepada Islam. Samalah halnya dengan zakat, kerana semua perkara ini hanya sah dilakukan oleh orang Islam, dan ianya tidak dituntut melakukannya selain daripada orang Islam


wallahu a'lam.

Hukum Puasa Pada 12 Rabi’ al-Awwal

Oleh: al-Syeikh ‘Atiyyah Saqr, (Bekas) Ketua Lembaga Fatwa al-Azhar.

Soalan:

Apakah hari yang kita (disunatkan) puasa bersempena dengan mauled Nabi saw, jika hari itu bersamaan dengan hari Jumaat, apakah kita boleh berpuasa?

Jawapan:

Puasa sunat digalakkan dan tidak dikhususkan pada masa atau di tempat tertentu, selamamana tidak dilakukan pada hari yang diharamkan berpuasa seperti pada 2 hari raya, hari-hari Tasri’, hari Syak (berdasarkan perbezaan pendapat ulama tentangnya), dan yang dimakruhkan berpuasa seperti menunggalkan puasa pada hari jumaat dan sabtu.

Manakala hari yang digalakkan puasa ialah seperti hari-hari dalam bulan al-Muharram, dan dalam bulan-bulan yang haram, hari ‘Arafah, ‘Asyura, hari Isnin dan Khamis, tiga hari putih dalam setiap bulan iaitu 13, 14 dan 15 haribulan, 6 hari dalam bulan Syawal, kebanyakan hari dalam bulan Syaban seperti yang dilakukan oleh Nabi saw.

Akan tetapi tidak ada pada hari-hari yang disunatkan puasa ini, hari (yang dianggap) kelahiran Nabi saw yang telah menjadi kebiasaan manusia menyambutnya pada 12 Rabiulawwal, padanya tidak disunatkan puasa, ini disebabkan dua perkara:

1. Hari 12 Rabiulawwal itu tidak disepakati yang ianya adalah hari kelahiran Nabi saw. Kerana ada juga yang berpendapat baginda dilahirkan pada hari ke-9 bulan Rabiulawwal, ada juga yang berpendapat selainnya.

2. (Jika ia pada hari jumaat) Ia jatuh pada hari yang dimakruhkan menunggalkannya dengan berpuasa iaitulah hari Jumaat. Sahih di dalam al-Bukhari dan Muslim, adanya larangan melakukannya berdasarkan sabda Nabi saw: “Jangan seseorang kamu berpuasa pada hari Jumaat melainkan dia berpuasa sehari sebelum atau selepasnya juga.”

Kesimpulan: Hari 12 Rabiulawwal tidak ada padanya satu ibadah khusus bersempena dengan kelahiran Nabi saw, puasa pada hari ini tidak sebarang kelebihan yang lain berbanding puasa pada hari yang lain. Asas ibadah adalah mengikut Nabi saw, mencintai Nabi saw adalah dengan mengikut apa yang baginda datangkan seperti hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim: “Sesiapa yang membenci sunnah ku, maka dia bukan daripada ku.” Juga hadith yang diriwayatkan oleh Abu Ya’la dengan sanad yang Hasan: “Sesiapa yang mencintaiku, maka hendaklah dia bersunnah dengan sunnahku.”


Wallahu a’lam.

Solat Bagi Orang Yang Tidak Berwudhu dan Bertayammum Disebabkan Keuzuran


Penulis kitab Zaad al-Mustaqni’ berkata: “Atau ketiadaan air dan tanah, hendaklah dia solat dan tidak perlu mengulangi solat tersebut.”

Syarah dari al-Syeikh Dr. Muhammad Mukhtar al-Syanqiti:
Penterjemah: bin sahak


Sebahagian ulama berkata: (Dalam keadaan di atas) hendaklah dia solat dan mengulangi solatnya, sebahagian yang lain berkata: dia tidak perlu solat dan tidak perlu ulangi solatnya, sebahagian yang lain pula berkata: Dia solat dan tidak perlu ulangi solatnya, sebahagian yang lain berkata: Dia qadhakan solatnya dan tidak perlu solat (ketika itu).


Persoalan ini dinamakan sebagai “Masalah Faqid al-Tohurain مسألة فاقد الطهورين- orang yang kehilangan dua cara bersuci”.


Sebagai contoh: seorang yang dikurung di dalam satu bilik dan kedua-dua tangan dan kakinya diikat, dia tidak mampu untuk berwudhu dan bertayammum. Persoalan ini dinamakan masaalah orang yang hilang dua cara bersuci, samaada secara hakikat seperti seseorang berada ditempat yang tidak ada air dan tanah, contohnya di dalam kapal terbang dan tidak ada di dalamnya apa-apa yang boleh dibuat tayammum iaitu tidak ada sesuatu dari jenis permukaan bumi, sedangkan waktu solat semangkin sempit, dimana jika dia menunggu hingga kapal terbang mendarat, waktu solat akan habis.

Maka pendapat yang pertama: Dia tidak perlu solat, sebaliknya dia perlu menunggu sehingga memperolehi air atau memungkinkan dia menggunakan air dan dia ulangi solat yang tidak dikerjakannya itu. Ini kerana solat mestilah dilakukan dalam keadaan berwudhu atau bertayammum, inilah dalil mereka, mereka berkata: Dia tidak perlu solat, sebaliknya perlu ulangi waktu yang dia tinggalkan itu sahaja. Walaupun keadaan itu berterusan sehingga beberapa hari atau beberapa minggu atau beberapa bulan, kerana Allah mengarahkan solat dalam samaada keadaan berwudhu atau mandi atau bertayammum, sebaliknya dia tidak boleh berwudhu, tidak mandi dan tidak tayammum, maka orang sebegini tidak sah untuk dia solat dan tidak boleh diminta menunaikan solat di dalam waktunya kerana dia (ketika itu) bukan orang yang dituntut (mukallaf) menunaikan solat, lalau dilewatkan hukum (kewajian solat) ke atasnya sehingga dia mampu menggunakan (air atau tayammum) atau sehingga ada (air atau tanah utk bersuci). Inilah pendapat yang pertama, iaitu dia tidak perlu solat dan hanya perlu ulang.

Pendapat yang kedua: Dia hendaklah solat (ketika itu) dan tidak perlu mengulangi solatnya. Ulama yang berpendapat sebegini melihat kepada keumuman syariat dan keringanannya, contohnya firman Allah swt:


(maksudnya): “Maka bertakwalah kepada Allah dengan kadar kemampuan kamu.” (al-Taghabun:16), “Allah tidak membebankan seseorang melainkan sekadar kemampuannya.” (al-Baqarah:286), dan firman Allah: “Allah tidak menghendaki untuk menjadikan ke atas kamu kesusahan.” (al-Maidah:6), para ulama ini berkata: Orang yang tidak boleh berwudhu dan bertayammum, tetapi waktu solat sudah masuk, ini bermakna sasaran suruhan telah diarahkan kepadanya dengan kesepakatan, dia dituntut menunaikan solat, bukan wudhu, mandi dan bukan juga tayammum, sebaliknya kemampuan dia menunaikan solat. Golongan ulama ini membahagi-bahagikan perkara yang disuruh. (Maka orang yang berada dalam permasaalahan di atas) dia tidak mendapati bahan untuk bersuci, akan tetapi dia berkemampuan menunaikan solat, maka kita suruh dia menunaikan solat, kerana dia sebahagian dari perkara yang diarahkan (oleh Allah). Disamping ada kemampuannya menunaikan solat dan gugur daripadanya kewajipan berwudhu, mandi atau tayammum disebabkan tidak mampu berwudhu, mandi atau bertayammum. Ini pendapat yang kedua.

Pendapat yang pertama: orang sebegini tidak perlu solat, dia hanya perlu ulangi solat/qadha, dan pendapat yang kedua sebaliknya, dia solat dan tidak perlu ulangi solat. Pendapat yang ketiga pula: Dia tidak perlu solat dan tidak perlu ulanginya. Ini bermakna solat telah gugur daripadanya. Ini kerana solat berdasarkan dalil-dalil syara’ tidak dibenarkan melainkan dalam keadaan suci, [(al-Hadith): "Allah tidak akan menerima solat seseorang daripada kamu, apabila dia berhadath sehinggalah dia berwudhu.”], orang yang tidak boleh bersuci bukanlah seorang yang berwudhu, tidak juga dihukum berwudhu, maka dia tidak dituntut menunaikan solat, kemudian gugur juga kewajipan mengulangi solat itu, ini kerana ulangi solat, syaratnya dia termasuk mukallaf menunaikan solat (perkara yang asal), apabila datang waktu solat (perkara yang asal) dan ketika itu dia bukan mukallaf menunaikan solat, maka gugur juga kewajipan mengulanginya.

Pendapat yang ketiga: dia tidak perlu solat dan tidak perlu ulanginya.

Pendapat yang keempat: Dia perlu solat dan perlu ulangi solat tersebut. Pendapat ini bertentangan dengan pendapat yang ketiga.

Pendapat yang keempat yang mengatakan wajib solat kerana dia mampu menunaikan solat, hanyasanya gugur darinya bersuci kerana ketidakmampuan melakukannya, tetapi kekal kewajipan menunaikan solat dan dia dituntut melakukannya, dan dia dituntut untuk mengulangi solat itu kerana apabila dia mendapati air maka gugurlah keringanan ke atasnya dan wajib pula dia mengulanginya.

Dan pandangan yang lebih kuat ialah dia perlu solat ketika itu (ketika ketiadaan air dan tanah) dan tidak perlu langinya, berdasarkan hadith yang thabit di dalam al-Bukhari ketikamana Rasulullah saw keluar ke salah satu peperangan yang disertai baginda - dikatakan peperangan itu adalah peperangan al-Maraisi’ (ÇáãÑíÓíÚ) - lalu baginda berhenti di Zaat al-Jaish (Ã?ÇÊ ÇáÌíÔ) - selepas al-Baidha’ yang berada selepas Miqat Dzi al-Hulaifah ( Ã?í ÇáÃ?áíÃ?É ) dari arah Makkah - ‘Aisyah telah kehilangan rantainya, lalu baginda meminta sebahagian sahabat mencarinya, dalam keadaan mereka ketiadaan air.

Peristiwa ini berlaku sebelum disyariatkan tayammum. kemudian masuk waktu solat, lalu mereka solat dalam keadaan begitu. Kemudian mereka mendatangi Nabi saw selepas habis waktu solat tersebut, dan baginda tidak mengarahkan mereka mengulanginya dan baginda membenarkan perbuatan mereka.

Bentuk pendalilan dari hadith ini, mereka tidak boleh berwudhu dan bertayammum - kerana tayammum belum di syariatkan ketika itu - maka pengakuan Nabi saw terhadap solat mereka tanpa bersuci dan baginda tidak mengarahkan mengulanginya selepas keluar waktu, menunjukkan sesiapa yang tidak boleh berwudhu dan tayammum tidak diwajibkan mengulangi solat sebaliknya dia hanya perlu solat pada waktunya.

Berdasarkan ini, kalaulah seseorang diikat atau digari atau tangannya terputus, dia tidak boleh bertayammum dan wudhu, maka dia tidak perlu berwudhu, dia hendaklah solat dalam keadaannya itu, dan dia tidak perlu mengulangi solatnya itu.

wallahu a'lam.

Berkongsi Melakukan Korban dan 'Aqiqah

Soalan:

Bolehkah berkongsi seekor lembu untuk dibuat korban dan 'akikah sekali ?

Jawapan:

Jumhur ulama berpendapat boleh melakukan 'akikah dengan seekor kambing, unta atau lembu, akan tetapi mereka berbeza pendapat, adakah 'akikah mengambil hukum adhiyah (korban), atau sama dengan hukum korban, sehingga akikah boleh berkongsi pada seekor lembu atau unta?

Ini adalah masaalah khilafiyah, ulama-ulama mazhab al-Sayfie berpendapat boleh kerana melihat akikah adalah sama dengan korban yang boleh berkogsi bahagian sepertimana yang disebut oleh al-Imam al-Nawawi. Manakala ulama-ulama mazhab Hambali dan Maliki berpendapat tidak boleh, jika seseorang hendak melakukan akikah dengan seekor lembu contohnya, ia hanyalah untuk seorang anak sahaja tidak boleh berkongsi bahagian kerana bagi mereka akikah tidak sama hukumnya dengan korban dalam bab bolehnya berkongsi bahagian.

Di dalam laman islam-qa menyebut: "dan yang lebih hampir (kepada kebenaran), bahawasanya ia ('akikah) tidak boleh berkongsi, dan inilah (mazhab yang lebih hampir kepada kebenaran) mazhab al-Malikiyyah dan al-Hanabilah." (lihat al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah 30/279)

Ulama yang berpendapat tidak boleh berkongsi dalam melaksanakan 'akikah, melihat 'akikah adalah satu penebusan terhadap anak yang dilahirkan, maka seekor binatang yang disembelihkan untuk akikah adalah untuk seorang anak sahaja, kerana itu tidak terdapat dalil yang menunjukkan adanya perkongsian dalam melakukan akikah, maka ibadah hendaklah dibina atas dasar al-tauqif (mengikut dalil).

wallahu a'lam.

Air Yasin Untuk Lulus Periksa


Soalan:

Ustaz, Minta tolong ustaz jelaskan perkara ni sat:

Malam tadi saya pi Majlis bacaan yassin dan solat hajat utk anak saya UPSR kat sekolah.

1. Saya jadi confuse sebab mola majlis tu ustaz suruh budak2 tu bawa mai botol ayaq penuh bersusun-susun kat saf depan tu, sampai ada yg sedikit tertumpah basah. Celah2 tu ustaz kata: "Ha, nu ada lima enam tong (dlm 10 liter kot) air zam zam terus dari Mekah....lepas yasin ni, sapa-sapa nak beli boleh la...RM70 setong!!" Semua botol dan tong tong tu ustaz suruh bukak penutup...nak bagi bacaan yasin tu masuk... Saya dok penin sebab dlm kepala saya ada sekurang2nya 3 soalan: 1. Kalau x bukak penutup, bacaan yasin tu x masuk ka?

2. Kalau nak baca yasin pasal pa kena baca kat air dlm botol, jug etc saja...tak leh ka kita pakat ramai ramai pi ke empangan kenyir ka, empangan mengkuang ka mana ka....baca sekali gus...semua org dapat minum.

3. Anak saya hat x bawa botol dan pak dia x bagi bawa air botol boh depan majlis yasin tu...x leh dapat 5A UPSR ka Ustaz?

4. Mai pulak Majlis Solat Hajat. Ustaz suruh semua murid dan waris niat sekian sekian....ikut Imam. Saya confuse la ustaz, Solat Hajat ni boleh ikut Imam ka ustaz....nabi beysa buat ka? So, saya niat solat sendiri ja la x ikut Imam...boleh ke tak tau...

p.s: masa dlm keta nak balik tu anak saya tanya "abah x bawa botol ayaq ka?" Segan nak habag kat dia kata saya x berapa pasti boleh ka tidak buat benda tu, cuma saya kata setakat yg abah tau Nabi tak pernah la buat.....betoi ka Ustaz?

Jawapan:
Oleh: bin Sahak
Bismillah.

Baca Yasin bagi jadi pandai :

1. Asal membaca Yasin adalah harus pada bila-bila masa yang dikehendaki, TANPA ditetapkan atau dikhususkan pada sesuatu masa dan tempat kerana perbuatan mengkhususkannya pada masa dan tempat tertentu tidak pernah diajarkan oleh Nabi saw. Apabila kita menetapkan dan mengkhususkannya pada sesuatu masa, kemudian kita reka-ciptakan pula kelebihan-kelebihannya, maka perbuatan ini adalah menyalahi sunnah. Disamping itu siapalah yang berani memberi jaminan kelebihan-kelebihan tersebut, siapa pula berani melebihkan pahala baca yasin pada malam-malam tertentu sedangkan Allah dan Rasul tidak pernah mengkhabarkannya ?

2. TIDAK ADA sama sekali petunjuk dari Nabi saw mahupun para sahabat, membaca Yasin pada air itu boleh menjadi sebab kepada pandai dan lulus periksa, tidak ada juga ia menjadi sebab kepada memperoleh hidayah dari Alah swt.

Kalau sekiranya benar membaca Yasin itu boleh menjadikan seseorang pandai dan lulus periksa, maka sudah tentu Nabi dan para sahabat akan mendahului kita melakukannya. Ini kerana di kalangan sahabat juga ada yang kuat hafalan dan ingatannya dan ada pula yang lemah dan kurang kuat ingatannya. al-Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya meriwayatkan kisah Abu Syah yang mendengar khutbah Nabi saw, tetapi beliau tidak mampu menghafalnya, lalu beliau meminta Nabi saw menuliskan untuk beliau isi kandungan khutbah tersebut, Nabi sawpun bersabda:

اكتبوا لأبي شاه

maksudnya : "Tulislah kamu semua (isyarat kepada sahabat yang lain) untuk Abu Syah."

Ini menunjukkan Nabi mengarahkan kepada usaha yang boleh membantu ingatan dan hafalan iaitulah dengan menulis. Abu Syah bukanlah seorang yang boleh menulis, walaupun demikian Nabi saw tidak pernah penyuruh beliau membaca Yasin pada air zam-zam (atau air yang lain) untuk menguatkan hafalan dan ingatannya, sebaliknya Nabi saw menyuruh sahabat lain menulis untuknya. Kalau baca Yasin pada air itu boleh bagi seseorang itu pandai, kuat ingatan dan hafalan sudah tentu Nabi saw akan lakukannya atau menyuruh Abu Syah melakukannya.

Solat Hajat lulus periksa

Para ulama berbeza pendapat tentang kedudukan solat Hajat. Sebahagian mengatakannya ada dan disyariatkan, dan sebahagian yang lain mengatakan solat Hajat itu tidak ada.

Golongan yang mengatakan solat hajat itu ada, menjadikan dalil antaranya dari hadith yang menceritakan kisah seorang sahabat yang buta yang meminta Nabi saw mendoakan disembuhkannya. Lalu Nabi saw meminta beliau mengambil wudhu dan menunaikan solat Dua rakaat. Kata para ulama yang pertama ini dua rakaat tersebut adalah dua rakaat solat Hajat.

Golongan yang kedua pula, yang mengatakan solat Hajat itu tidak ada memahami dua rakaat tersebut adalah dua rakaat mutlak yang diarahkan oleh Nabi saw, agar sahabat tersebut melakukan sesuatu kebaikan (solat) sebelum memohon dicelikkan matanya oleh Allah swt.

Secara ringkasnya kedua-dua golongan ulama ini memiliki hujah masing-masing yang kuat. Dalam isu sebegini kita tidak boleh menyalahkan mana-mana golongan. Maka siapa yang hendak lakukan solat hajat, kita katakan silakan..., dan siapa yang tidak mahu lakukan solat hajat, maka kita katakan silakan kamu buat amalan-amalan lain dan perbanyakkanlah doa.

Cuma tidak ada ulama yang mengharuskan solat hajat dilakukan secara berjamaah, melainkan segelintir tokoh agama kemudian yang mengharuskan solat hajat dilakukan secara berjamaah degan alasan apabila kita ada hajat yang sama, seperti nak lulus periksa, nak memang dalam pilihan raya dan seumpamanya.

Namun pandangan yang melarang dilakukan solat Hajat secara berjamaah adalah LEBIH KUAT. Ini kerana alasan golongan yang mengharuskanya tertolak berdasarkan sirah Nabi saw. Baginda dan para sahabat telah melalui berbagai peperangan, dan kesemua mereka memiliki hajat yang sama iaitulah untuk menang di dalam setiap peperangan, namun tidak pernah walau sekali mereka menunaikan solat Hajat secara berjamaah untuk memohon diberikan kemenangan. Kisah perjanjian Hudaibiyyah sebagai contoh yang lain, betapa Nabi dan para sahabat amat rindu untuk pulang ke tanah air mereka Mekah, kemudian mereka dihalang oleh puak musyrikin, dan berlakulah peristiwa perlantikan Uthman sebagai wakil rundingan dengan penduduk Mekah, dan beliau ditangkap oleh penduduk mekah. Timbul bermacam spekulasi. Walaupun demikian Nabi saw dan para sahabat tidak pernah menunaikan solat hajat berjamaah di Hudaibiah, meminta pertolongan dari Allah memperkenankan hajat mereka yang sama.

Ini semua membuktikan solat hajat, jika kita ambil pendapat ulama yang mengatakan ianya disyariatkan, hendaklah kita lakukannya secara berseorangan.

Kalau orang kata apa salahnya kita lakukannya secara berjamaah, bukankah itu juga baik ??? Kita jawab kepada mereka, soal ibadat ini tidak ada ruang untuk akal mengetahui baik buruknya. Samalah halnya dengan solat sunat lain seperti Tahiyyatul masjid, sunat qabliyah dan ba'diayah, apa salahnya kalah kita tunaikan solat tahiyyatul masjid atau qabliyah dan ba'diyah secara berjamaah. Bukankah ini juga baik pada akal fikiran kita ? tapi kenapa kamu semua tidak lakukannya. Bukankah jawapannya kami tidak lakukan tahiyyatul masjid dan solat sunat yang lain dengan berjemaah kerana nabi saw tidak pernah melakukannya secara berjamaah. Maka hal yang sama sepatutnya kamu lakukan terhadap solat hajat.

Sesunguhnya dalam soal ibadat, apabila tidak ada petunjuk dari Nabi saw, maka ianya menunjukkan perkara itu tidak ada. Ini sepertimana kaedah yang telah ditetapkan oleh para ulama iaitulah :

maksudnya : "Asal di dalam ibadah itu adalah terbatal" sehingga adanya dalil yang menunjukkannya.
wallahu a'lam.

Hukum Buka Puasa Qadha Yang Wajib

Siapa yang berbuka puasa dalam bulan Ramadhan, wajib ke atasnya mengqadhakan puasanya itu dan dia tidak boleh dengan sengaja membatalkan qadha puasa wajibnya melainkan jika ada keuzuran yang dibenarkan syara'. Ini berdasarkan hadith dari Umm Hani' r.'anha yang berkata:


"Wahai Rasulullah, aku telah berbuka sedangkan aku tadinya berpuasa? sabda Nabi kepada beliau: Apakah engkau tadi puasa qadha? Jawabnya: Tidak, Sabda Nabi saw: Maka tidak mengapa (tidak memudharatkan kamu) jika puasa itu adalah puasa sunat." (HR Abu Daud dan telah disahihkan oleh al-Albani).

wallahu a'lam

Bolehkah saya berpuasa 6 Syawal sedangkan saya ada qadha Ramadhan ?

Soalan:

Bagaimana bagi seorang wanita yang perlu qadha puasa Ramadhan, bolehkah dia menunaikan puasa sunat 6 Syawal sebelum membayar qadhanya ?

Jawapan:

Seorang wanita yang belum menunaikan qadha Ramadhannya, dia BOLEH melakukan puasa sunat 6 hari Syawal dan melewatkan puasa Qadhanya. al-Syeikh Muhammad bin Muhammad al-Mukhtar al-Syanqithi berkata:

"Adapun bagi sesiapa yang ada qadha Ramadhan, maka tidak mengapa dia berpuasa (sunat) 6 dalam bulan Syawal dan melewatkan qadha puasa Ramadhannya, ini berdasarkan hadith 'A'isyah r.'anha yang thabit di dalam sahih al-Bukhari yang berkata :

Maksudnya : "Atas-ku ada hutang puasa Ramadhan, aku tidak mampu mengqadhanya melainkan dalam bulan Sya'ban, disebabkan kesibukan melayani Rasulullah saw menghalang-ku."
Telah thabit pula di dalam al-Muwatha (Imam Malik), dimana 'Aisyah berpuasa 6 (Syawal), berpuasa 'Arafah, puasa 'Asyura, kerana itu kebanyakan para ulama berkata: Sesungguhnya harus melewatkan qadha (Ramadhan).

Sebahagian ulama melarang dan mereka berhujah bagaimana boleh dilakukan sunat sedangkan ada (puasa) yang fardhu ?

Hujah ini tertolak, disebabkan melakukan perkara sunat dalam keadaan ada kewajipan yang perlu dilaksanakan ada pendetailannya. Jika ada waktu yang luas untuk menunaikan yang fardhu, maka yang sunat itu boleh dilakukan sebelum melakukan yang fardhu dengan alasan, anda dibenarkan sembahyang sunat qabliyah Zohor sebelum menunaikan solat Zohor sedangkan anda dituntut untuk melaksanakan solat Zohor, maka setiap orang, apabia masuknya waktu Zohor, dan telah tergelincirnya matahari menjadi wajib ke atasnya menunaikan solat fardhu Zohor, dalam keadaan itu, kita melewatkan kefardhuan itu dan melaksanakan yang sunat dahulu (sunat qabliyah Zohor), kemudian baru kita solat Zohor selepas itu, maka (berdasarkan ini) melakukan perkara sunat sebelum melakukan yang fardhu itu adalah dengan keizinan syara', maka ii menunjukkan perkara yang sunat itu kadang-kadang berlaku sebelum dilaksanakan kefarduan itu adalah dengan keizinan syara', maka apabila Nabi saw mengiziankan umm al-Mukminin 'Aisyah untuk melewatkan puasa qadhanya, menunjukkan waktu menunaikannya (qadha) diberi keluasan (hingga Syaban)."

Adapun tentang sabda Nabi saw "Siapa yang berpuasa Ramadhan kemudian menurutinya dengan 6 hari dalam Syawal....." Hadith ini dari sudut kebiasaan, berdasarkan kaedah: Apabila nas menyebut dari sudut kebiasaannya, tidak diambil kira mafhum (mukhalafah)nya (أن النص إذا خرج مخرج الغالب لم يعتبر مفهومُه), maka seseorang tidak boleh berkata: "sesiapa yang ada qadha, maka dia tidak dinamakan telah berpuasa Ramadhan (penuh)."

Kemudian kami katakan: Kalaulah perkara ini seperti yang dikatakan, siapa yang berbuka satu hari dalam bulan Ramadhan tidak termasuk orang yang telah berpuasa ramadhan, kerana jika dia qadha puasanya itu dalam bulan Syawal tidak dinamakan juga dia telah berpuasa Ramadhan hakikatnya, kerana satu hari itu dia puasa qadha bukan puasa tunai.

Kerana itu aku (al-Syanqiti) lebih cenderong dan menganggap kuat seseorang boleh berpuasa 6 hari (Syawal) dan tidak mengapa untuk dia mendahulukan puasa itu dari qadha Ramadhannya. Inilah yang benar, maka jika seseorang perempuan yang mengalami darah nifas, kadang-kadang mengalaminya sebulan penuh dalam Ramadhan dan dia tidak berpuasa dalam bulan tersebut, lalu dia berpuasa 6 (Syawal) kerana hendakkan kelebihannya, kemudian dia melewatkan puasa qadha kepada waktu lain yang mudah baginya untuk qadha puasanya.



wallahu a'lam.
---------------- teks fatwa ----------------
جاء في شرح زاد المستقنع للشيخ محمد بن محمد المختار الشنقيطي:

أما من كان عليه قضاء من رمضان فلا حرج عليه أن يصوم ستاً من شوال ثم يؤخر قضاء رمضان، وذلك لحديث أم المؤمنين عائشة الثابت في الصحيح أنها قالت: ( إن كان يكون عليَّ الصوم من رمضان فلا أقضيهإلا في شعبان، لمكان رسول الله صلى الله عليه وسلم مني ) فقد كانت تصوم الست، وكانت تصوم عرفة، كما ثبت في الموطأ، وكانت تصوم يوم عاشوراء، ولذلك قالوا: إنه يجوز تأخير القضاء.

ومَنَعَ بعض العلماء، واحتجوا بأنه كيف يَتَنَفَّل وعليه الفرض؟ وهذا مردود؛ لأن التَّنَفُّل مع وجود الخطاب بالفرض فيه تفصيل: فإن كان الوقت واسعاً لفعل الفرض والنافلة ساغ إيقاع النفل قبل الفرض بدليل: أنك تصلي راتبة الظهر قبل صلاة الظهر وأنت مخاطب بصلاة الظهر، فإن الإنسان إذا دخل عليه وقت الظهر وزالت الشمس وجب عليه أن يصلي الظهر، ومع ذلك يؤخرها فيصلي الراتبة، ثم يصلي بعدها الظهر، فتنفل قبل فعل الفرض بإذن الشرع، فدل على أن النافلة قد تقع قبل الفرض بإذن الشرع، فلما أذن النبي صلى الله عليه وسلم لأم المؤمنين عائشة أن تؤخر القضاء دل على أن الوقت موسع.

وأما قوله صلى الله عليه وسلم : ( من صام رمضان ثم أتبعه ) فهذا خارج مخرج الغالب، والقاعدة: (أن النص إذا خرج مخرج الغالب لم يعتبر مفهومُه). فليس لقائل أن يقول: إن مَن عليه قضاء فلا يصم رمضان.

ثم نقول: لو كان الأمر كما ذُكِر لم يشمل الحديث مَن أفطر يوماً من رمضان؛ فإنه لو قضى في شوال لم يصدُق عليه أنه صام رمضان حقيقةً؛ وإنما صام قضاءً ولم يصم أداءً.

ولذلك: الذي تميل إليه النفس ويقوى: أنه يصوم الست، ولا حرج أن يقدِّمها على قضائه من رمضان.
وهذا هو الصحيح، فإن المرأة النفساء قد يمر بها رمضان كلُّه وهي مفطرة، وتريد الفضل، فتصوم الست، ثم تؤخر قضاء رمضان إلى أن يتيسر لها.

والله أعلم .

Hukum Puasa 6 Syawal dan Maksud melaksanakannya berturutan dengan Ramadhan

Oleh: Dr. Yusuf al-Qaradhawi
Penterjemah: bin Sahak

Soalan:

Apakah hukum puasa 6 hari dalam bulan Syawal ? Apakah disyaratkan puasa enam itu berturutan?

Jawapan:

Nabi saw memberi galakan menyusuli puasa Ramadhan dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, Abu Ayyub al-Ansori meriwayatkan:

Maksudnya: "Siapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti dengan (puasa) 6 hari dalam bulan Syawal, maka seoleh-olah dia berpuasa setahun penuh." (HR Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah)

Yang dimaksudkan dengan al-Dahr (الدهر) ialah al-Sanah (السنة = setahun) yakni seolah-olah dia berpuasa setahun penuh, maka jika sentiasa menunaikannya sepanjang tahun, dia seolah-olah berpuasa seumur hidupnya.

Penerangan ini tardapat di dalam hadith yang lain:

Maksudnya : "Puasa sebulan (Ramadhan) menyamai dengan 10 bulan, dan puasa 6 hari (dalam bulan Syawal) menyamai 2 bulan, maka jadilah puasa itu penuh setahun."

(Persoalan) Apakah dituntut puasa 6 itu disambung terus dengan Ramadhan, dalam ertikata dimulakannya pada hari kedua hari raya ? seperti yang dinytakan dalam lafaz (menyusuli Ramadhan), atau apakah memadai dilakukannya pada bila-bila dalam bulan Syawal, kerana hari-hari dalam bulan Syawal itu semuanya menyusuli/menuruti Ramadhan.

Permasaalan ini para ulama berbeza pendapat, akan tetapi aku (al-Qaradhawi) lebih cenderung kepada pandangan yang kedua, sama juga puasa 6 itu tidak semestinya dilaksanakan berturut-turut (harinya), jika ia dipisah-pisahkan tidak mengapa, insyaallah. (Sumber:Islamonline.net)