Wednesday, December 31, 2008

Akhlak Seorang Pendakwah Sunnah: Cara Menegur Imam Masjid Yang Membaca hadith-hadith Lemah dan Palsu


السؤال: ما حكم الصلاة وراء إمامٍ يقول في خطبة الجمعة أحاديث ضعيفة, وإذا أخبرناه أن الحديث ضعيف، قال: أنا أعرف أحسن منكم، وصلاته سريعة جداً، وإذا نصحناه قال: هذا على قدر الفلوس التي يعطوني إياها، علماً بأن المسجد ليس تابعاً للأوقاف؟



نصيحة حول التعامل مع بعض أئمة المساجد
الشيخ الدكتور سفر بن عبدالرحمن الحوالي
من محاضرة: الأسئــلة

السؤال: ما حكم الصلاة وراء إمامٍ يقول في خطبة الجمعة أحاديث ضعيفة, وإذا أخبرناه أن الحديث ضعيف، قال: أنا أعرف أحسن منكم، وصلاته سريعة جداً، وإذا نصحناه قال: هذا على قدر الفلوس التي يعطوني إياها، علماً بأن المسجد ليس تابعاً للأوقاف؟

الجواب: لا بد من مراعاة المصلحة، فإن كان في وجوده مصلحة كأن لا يوجد مثل هذا الإمام فليبق، ولا تترك الجمعة والجماعة، وينبه ويرشد إلى الأحاديث الضعيفة، والمسئولية على الأمة في جملتها، وعليها الاهتمام بالمساجد والصلاة.

وأيضاً فيما يتعلق بالحديث، إذا قلت له: الحديث ضعيف، فقال: بل هو صحيح، فإن ذلك لأنه قد لا يراك شيئاً، لكن لو أتيت وقلت له: يا شيخ! كأني سمعت أن هذا الحديث ضعيف، فما رأيك أن نتصل أنا وإياك بالشيخ فلان وننظر صحة الحديث، فإنه سوف يستجيب لك غالباً، لكن عندما تقول له: هذا ضعيف، فسوف يقول لك: ليس هذا من اختصاصك، أو أنا أعرف منك، وذلك لأن الأسلوب له دوره، فيجب أن تكون الأمور تابعة للمصلحة والحكمة. والله المستعان!

Sunday, December 28, 2008

Hukum Seorang Isteri Melakukan Masturbasi atau Onani


Soalan:
drpd: Is3

Salam. Blh ustaz terangkan ttg hukum masturbasi? Is3 yg tak dilayan suami mlakaukan onani, apakah bdosa? Trima Kasih.



Jawapan:

Masturbasi atau Onani adalah perbuatan yang DIHARAMKAN di dalam Syarak, dalilnya adalah firman Allah S.W.T.:

والذين هم لفروجهم حافظون إلا على أزواجهم أو ما ملكت أيمانهم فإنهم غير ملومين فمن ابتغى وراء ذلك فأولئك هم العادون

Maksudnya: “(Orang-orang beriman yang berjaya itu, antara sifat mereka) Dan mereka yang menjaga kemaluan mereka melainkan kepada isteri –isteri dan hamba sahaya mereka, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Barangsiapa yang mencari selain daripada itu, maka mereka itu orang-orang yang melampaui batas.” (al-Mukmiun: 5 dan al-Maarij: 29)

Di dalam ayat ini Allah S.W.T. telah mengharamkan hubungan jenis (المتعة الجنسية - berseronok dengan kemaluan) antara lelaki dan wanita melainkan jika hubungan jenis itu dilakukan antara suami dengan isterinya dan antara seorang lelaki dengan hamba sahayanya. Seterusnya Allah S.W.T. menyambung firmanNya dengan menyatakan: “Sesiapa yang mencari selain daripada itu.” yakni melakukan hubungan jenis (berseronok dengan kemaluan) selain daripada sesama suami isteri atau antara lelaki dengan hamba sahayanya, maka dia termasuk orang-orang yang melampaui batas. Dari ayat ini, kita dapat memahami termasuk hubungan jenis atau cara berseronok dengan kemaluan dengan cara onani atau masturbasi itu termasuk perkara selain berseronok sesama suami isteri atau antara lelaki dan hamba sahayanya. Dan onani ini termasuk perbuatan mencari jalan berseronok dengan kemaluan melalui cara yang melampaui batas.

Oleh kerana itu Nabi S.A.W. telah menunjukkan cara melemahkan nafsu syahwat bagi orang yang tidak mampu berkahwin dengan berpuasa, Baginda bersabda:

يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج، ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء

Maksudnya: “Wahai sekelian orang muda, sesiapa di kalangan kamu yang ada kemampuan, maka hendaklah dia berkahwin, sesiapa yang tidak ada kemampuan, maka hendaklah dia berpuasa, kerana sesungguhnya puasa itu berperanan sebagai perisai untuknya (daripada syahwat).”

Maka isteri yang tidak dilayan suami, saya mencadangkan dua cara untuk dia menyelesaikan masaalahnya:

1. Berbincang dengan suaminya dengan cara yang baik
2. Banyakkan berpuasa untuk mengekang nafsu syahwatnya.

Bagi suami pula yang mengabaikan tanggungjawabnya, atau yang tidak memberikan hak isterinya yang ada padanya kita menasihatkan:

“Takutlah anda kepada Allah S.W.T. terhadap hak isteri anda yang ada pada anda, termasuk hak isteri ke atas suami itu ialah melunaskan tuntutan nafsunya dengan cara yang dihalalkan oleh Allah S.W.T.”

Adapun kepada isteri tadi yang diabaikan haknya oleh suaminya, jika keadaannya tertekan dan dia bimbang jika keadaan itu berterusan akan mencampakkannya melakukan perkara maksiat yang lebih besar. Yakni dalam ertikata dihadapannya terdapat banyak jalan mudah untuk melakukan maksiat, maka berdasarkan kaedah الضرورة تبيح المحظورات “Kemudharatan itu membolehkan perkara yang dilarang”, maka Imam Ahmad telah mengharuskan onani atau masturbasi bagi mengambil mudharat yang lebih ringan.

Namun dalam masa yang sama, kami tetap menasihati para isteri yang dimaksudkan untuk dia mengamalkan langkah-langkahpencegahan daripada onani dan yang lainnya seperti bawah ini:

1. Perbanyakkan berpuasa.
2. Menjauhi dari perkara-perkara yang dapat merangsangkan nafsu seperti menonton filem, membaca majalah dan perkara-perkara lainnya yang semua kita dapat mengetahui rangsangannya terhadap nafsu.
3. Bersahabat dengan orang-orang yang baik atau soleh.
4. Banyakkan membaca al-Quran atau mendengar bacaannya sambil memerhatikan maksudnya.
5. Banyakkan berzikir kepada Allah S.W.T.
6. Menjauhi dari bersendirian dalam tempoh masa yang panjang, yang dapat member kelebihan kepada Syaitan untuk menghasut melakukan maksiat.
7. Menyibukkan diri dengan perkara-perkaralain seperti bermesra atau melakukan sebarang aktiviti dengan anak-anak.
8. Dan perkara-perkara lain yang anda rasakan dapat menjauhkan diri dari melakukan maksiat kepada Allah S.W.T.

Di akhir ini, kami ingin menegaskan, sekiranya seseorang isteri atau sesiapa sahaja yang terlanjur melakukan onani atau maksiat lainnya: “Sesungguhnya kita memiliki Allah S.W.T., tuhan yang mahu dan suka mengampunkan dosa kita semuanya, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat Nasuha dan pohonlah kepadanya agar ditunjukkan jalan penyelesaian ke atas setiap permasaalahan kita.”

Wallahu a’lam. bs.

Menghimpunkan 2 niat atau lebih dalam 1 amalan

Soalan:
Drp: eyna

Bolehkah puasa 6 hari di bulan syawal dan diniatkan bersamanye puasa qadha'.maksudnye,setelah berpuase 6 hari di bulan syawal, secare automatik,kite telah menqadakkan 6 hari puasa?



Jawapan:

TIDAK BOLEH menghimpunkan niat puasa sunat 6 Syawal dengan puasa Qadha. Pendetailannya adalah seperti berikut:

Sepertimana kebiasaannya, para ulama berbeza pendapat dalam masaalah ini,ia dikenali sebagai al-Tasyrik atau Tasyrik al-Niah yakni menghimpunkan 2 niat atau lebih dalam 1 amalan.

Wallahu a’lam. setakat penelitian saya, pandangan yang terbaik dalam masaalah ini, ialah pandangan yang dilontarkan oleh al-Syeikh Ihsan bin Muhammad bin ‘Ayisy al-‘Uthaibiy. Pandangan beliau bagi saya, adalah hasil dari menghimpunkan pandangan-pandangan ulama yang berbeza pendapat. Secara ringkasnya masaalah ini adalah seperti berikut:

1. Hendaklah kita dapat membezakan antara amalan-amalan yang berdiri sendiri dan memiliki kelebihannya yang tersendiri dengan amalan mutlak (umum) yang tidak berdiri sendiri dan tidak memiliki kelebihan yang tersendiri. Sebagai Contoh:

i. Perbezaan antara solat Tahiyyatul Masjid dengan solat sunat Dhuha. Dimana jika kita perhatikan, kita akan dapati solat sunat Dhuha adalah solat sunat yang berdiri sendiri dan memiliki kelebihan yang tersendiri.

ii. Sebaliknya solat Tahiyyatul Masjid adalah solat sunat yang tidak berdiri sendiri dan tidak memiliki kelebihan yang tersendiri. Dimana solat sunat Tahiyyatul Masjid itu disyaritkan kepada sesiapa yang memasuki masjid, agar dia tidak terus duduk melainkan setelah dia menunaikan sembahyang terlebih dahulu. Maka jika seseorang masuk kemudian dia mendapati para jamaah telah mendirikan solat fardhu, lalu dia terus mengikuti jamaah, maka dia secara tidak langsung telah TIDAK melanggar arahan Nabi agar tidak terus duduk apabila memasuki masjid. Demikian halnya jika dia memasuki masjid selepas dikumandangkan azan Zohor contohnya, lalu dia masuk dan menunaikan solat sunat qabliah Zohor, maka dia telah mendapat pahala solat sunat qabliah dan pahala mematuhi saranan Nabi agar tidak memasuki masjid dan terus duduk melainkan didahulukan dengan mendirikan solat. Oleh dalam situasi ini, orang itu tidak ada lagi padanya sunat Tahiyyatul Masjid. Berbeza jika dia lakukan sebaliknya, andaikan dia menunaikan solat sunat Tahiyyatul Masjid selepas dikumandangkan azan, setelah selesai, muazzin terus mengumandangkan iqamah, maka dia tidak dikira telah menunaikan solat sunat qabliah dengan mendirikan solat sunat Tahiyyatul Masjid tadi, kerana sunat sunat Qabliah Zohor adalah solat sunat yang berdiri sendiri dan memiliki kelebihannya yang tersendiri.

Perbezaan diantara solat sunat Tahiyyatul Masjid dengan solat sunat Dhuha ini hendaklah diperhatikan sebaik mungkin. Memahami perbezaan ini memudahkan kita merungkaikan persoalan ini.

2. Utk lebih mudah difahami persoalan ini, saya datangkan lagi contoh amalan lain yang menyerupai kedudukan solat sunat Tahiyyatul Masjid ini.

- Puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.
Dimana puasa pada hari Isnin dan Khamis ini tidak ada pahala khusus atas puasa tersebut, berbeza dengan puasa pada hari ‘Arafah dan ‘Asyura sebagai contoh. Akan tetapi sunatnya puasa pada hari Isnin dan Khamis adalah kerana pada dua hari tersebut semua amalan akan diangkat kepada Allah S.W.T. maka dengan itu Nabi S.A.W. suka amalannya diangkat kepada Allah dalam keadaan baginda sedang berpuasa.

Oleh itu, jika seseorang hendak berpuasa Qadha, Nazar, Kaffarah, atau puasa sunat 6 Syawal, digalakkan dia memilih hari Isnin dan Khamis agar dia beroleh pahala puasa yang dilakukannya dan beroleh juga kelebihan amalan diangkat kepada Allah, dalam keadaan dia berpuasa.
-
3. Berdasarkan penjelasan di atas, maka tidak tepat untuk menghimpunkan 2 niat atau lebih terhadap amalan yang setiap satu memiliki kelebihan yang tersendiri dan berdiri sendiri.

Maka TIDAK BOLEH menghimpunkan niat Qadha Ramadhan dengan Nazar, demikian juga TIDAK BOLEH menghimpunkan niat Qadha Ramadhan dengan niat sunat 6 Syawal. Nabi S.A.W. bersabda:

من صام ستة أيام بعد الفطر كان تمام السنة ، من جاء بالحسنة فله عشر أمثالها

Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal, dia telah berpuasa setahun penuh, (kerana) sesiapa yang melakukan sesuatu kebaikan, dia memperoleh 10 kali ganda pahala amalan kebaikan yang dilakukannya.” (H.R. Ibn Majah).

Puasa 6 hari Syawal itu memperoleh pahala 6 hari x 10 (gandaan pahala) = 60, dicampur dengan puasa Ramadhan 30 hari x 10 (gandaan pahala) = 300. Maka 300 + 60, hasil tambahnya adalah 360, samalah kelebihannya seperti kita telah berpuasa setahun (Qamariah).

Wallahu a’lam. bs

Wednesday, December 24, 2008

Ismu Allah al-A’zam

عن ‏أَنَسٍ أَنَّهُ كَانَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏جَالِسًا وَرَجُلٌ يُصَلِّي ثُمَّ دَعَا اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِأَنَّ لَكَ الْحَمْدُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ ‏ ‏الْمَنَّانُ ‏ ‏بَدِيعُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ (إنِّيْ أسْألُكَ الْجَنَّةَ وَأعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ) فَقَالَ النَّبِيُّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لأصحابه: أَتَدْرُوْنَ بِمَا دَعَا؟ قَالُوْا: اللهُ وَرَسُوْلُهُ أعْلَمْ. قَالَ: وَالَّذِيْ نَفْسِيْ بِيَدِهِ‏ ‏لَقَدْ دَعَا اللَّهَ بِاسْمِهِ الْعَظِيمِ الَّذِي إِذَا دُعِيَ بِهِ أَجَابَ وَإِذَا سُئِلَ بِهِ أَعْطَى


Maksudnya: Daripada Anas bin Malik R.A. bahawasanya suatu ketika dia bersama Rasulullah S.A.W. sedang duduk (di dalam masjid), tiba-tiba datang seorang lelaki menunaikan solat, kemudian dia berdoa (selepas tasyahhud akhir dan sebelum salam), (maksudnya): “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu, bahawasanya bagi Engkau segala pujian, tidak ada ilah melainkan Engkau yang bersifat dengan al-Mannan, pencipta langit dan bumi, wahai tuhan yang memilik keagungan dan kemuliaan, wahai tuhan yang maha hidup dan berdiri sendiri. (Di dalam riwayat yang lain disambung dengan: “Sesungguhnya aku memohon kepadaMu syurga dan meminta perlindungan daripada neraka)” Lalu Nabi S.A.W. bertanya kepada sahabat baginda yang lain: “Apakah kamu semua tahu dengan apa orang itu berdoa?” Jawab mereka: “Allah dan Rasul sahaja yang lebih mengetahui.” Sabda Baginda: “Sesungguhnya dia telah berdoa kepada Allah dengan namaNya yang agung, yang apabila seseorang berdoa dengannya, Allah akan memperkenankannya dan apabila seseorang meminta dengannya, Allah akan memberi kepadanya.” (H.R. Abu Daud, al-Nasa-ie dan Ibn Majah. Hadith ini dihukumkan Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud, Bil. Hadith: 1326, m.s. 279)

Larangan Memohon Disegerakan Balasan di Dunia

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏عَادَ ‏ ‏رَجُلًا مِنْ الْمُسْلِمِينَ قَدْ ‏ ‏خَفَتَ ‏ ‏فَصَارَ مِثْلَ الْفَرْخِ فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ‏ هَلْ كُنْتَ تَدْعُو بِشَيْءٍ أَوْ تَسْأَلُهُ إِيَّاهُ قَالَ نَعَمْ كُنْتُ أَقُولُ اللَّهُمَّ مَا كُنْتَ مُعَاقِبِي بِهِ فِي الْآخِرَةِ فَعَجِّلْهُ لِي فِي الدُّنْيَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏سُبْحَانَ اللَّهِ لَا تُطِيقُهُ ‏ ‏ أَوْ لَا تَسْتَطِيعُهُ ‏ ‏أَفَلَا قُلْتَ اللَّهُمَّ آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ قَالَ فَدَعَا اللَّهَ لَهُ فَشَفَاهُ



Maksudnya: Anas bin Malik R.A. berkata: “Rasulullah S.A.W. suatu ketika pergi menziarahi seorang lelaki di kalangan muslimin yang ditimpa penyakit yang teruk, sehingga dia menjadi seperti seekor anak burung yang baru menetas (lemah dan tidak berdaya). Lalu Rasulullah S.A.W. bertanya kepadanya: “Adakah kamu telah berdoa atau meminta sesuatu daripada Allah?” Jawab orang itu: “Ya, aku pernah memohon: “Ya Allah, apa-apa dosaku yang akan dibalas diakhirat, segerakanlah balasannya ke atasku di dunia.” Rasulullah terkejut sambil berkata: “Maha suci Allah, kamu tidak akan ada upaya atau kamu tidak akan mampu (menanggungnya), mengapa kamu tidak memohon dengan berkata: “Ya Allah, kurniakanlah kebaikan kepada kami di didunia dan kebaikan di akhirat, dan jauhkanlah kami daripada azab api neraka. Kata Anas: “Lalu Baginda berdoa kepada Allah, maka Allah menyembuhkan orang tersebut.” (H.R. Muslim)

Tuesday, December 23, 2008

Qalbu al-Quran (Jantung al-Quran)

Soalan:
Drpd: eyna

salam ustaz,apakah kolbu alquran (hati al quran)?



Jawapan:

Terdapat hadith yang diriwayatkan yang mendakwa Nabi S.A.W. pernah bersabda:

قلب القرآن يس لا يقرؤها رجل يريد الله والدار الآخرة إلا غفر الله له، اقرؤوها على موتاكم

Maksudnya: “Qalbu al-Quran itu adalah surah Yasin, tidak membaca surah Yasin oleh seorang yang menghendakkan keredhaan Allah dan hari akhirat melainkan Allah akan member keampunan kepadanya, maka bacalah kamu semua akan surah Yasin kepada orang-orang yang hamper mati di kalangan kamu.”

Berdasarkan hadith ini, maka Qalbu al-Quran itu adalah surah Yasin. Akan tetapi hadith ini tidak sahih, ianya adalah satu hadith yang lemah, iaitu lemah untuk dinisbahkan kepada perkataan Nabi S.A.W.

Sama juga dengan hadith yang berbunyi:

إن لكل شيئا قلبا وإن قلب القرآن (يس) من قرأها فكأنما قرأ القرآن عشر مرات

Maksudnya: “Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hatinya, dan hati al-Quran itu adalah Yasin, sesiapa yang membacanya, seolah-olah dia membaca al-Quran 10 kali.”

Al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani menghukumkan hadith ini sebagai hadith Maudhu’ ataupun palsu di dalam kitabnya Silsilah al-Ahadith al-Dhoiefah wa al-Maudhu’ah. (Jld 1, m.s. 312)

Terdapat banyak hadith yang menceritakan kelebihan surah Yasin, akan tetapi para ulama hadith berkata kebanyakannya tidak sahih.

Wallahu a’lam. bs

Hukum Orang Bukan Muslim Memasuki Masjid dan Kisah Pengislaman Sahabat yang mulia Thumamah

Soalan:

SALAM ustaz. boleh atau tidak selain dari orang beragama islam masuk ke dalam bangunan masjid atau sekitar masjid untuk membaiki kerosakan atau menghadiri majlis. apa hukumnya.


Jawapan:

HARUS orang yang bukan muslim masuk ke dalam masjid untuk tujuan yang dibenarkan syara’ atau untuk melakukan perkara-perkara harus yang lain seperti mendengar tazkirah atau untuk meminum air dan seumpamanya. Ini kerana Nabi S.A.W. pernah membiarkan beberapa perwakilan orang yang bukan muslim memasuki masjid baginda dan melihat umat Islam menunaikan solat, mendengar bacaan al-Quran dan khutbah Baginda S.A.W. demikian juga untuk menyeru mereka kepada Allah dengan lebih dekat. Baginda juga penah mengikat seorang kafir di dalam masjid iaitulah Thamamah bin Athal al-Hanafi (ثمامة بن أثال الحنفي), seorang tawanan perang, lalu Allah memberi hidayah kepada beliau dengan beliau memeluk Islam. (Sila lihat Majmu’ Fatawa wa Maqalaat Mutanawwi’ah oleh al-Syeikh al-‘Allamah Abdul Aziz bin Abdillah bin Baz R.H. jld 8, m.s. 356)

Inilah pandangan yang lebih kuat dan lebih hampir kepada kebenaran pada pandangan saya disebabkan keberadaan dalil bersamanya.

Dalil yang dinyatakan oleh al-Syeikh Abdul Aziz Abdillah bin Baz R.H. di dalam fatwanya di atas adalah sebuah hadith yang diriwayatkan antaranya oleh al-Imam al-Bukhari di dalam kitab sahihnya:


بَعَثَ النَّبِيُّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏خَيْلًا قِبَلَ ‏ ‏نَجْدٍ ‏ ‏فَجَاءَتْ بِرَجُلٍ مِنْ ‏ ‏بَنِي حَنِيفَةَ ‏ ‏يُقَالُ لَهُ ‏ ‏ثُمَامَةُ بْنُ أُثَالٍ ‏ ‏فَرَبَطُوهُ بِسَارِيَةٍ مِنْ سَوَارِي الْمَسْجِدِ فَخَرَجَ إِلَيْهِ النَّبِيُّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏فَقَالَ ‏ ‏مَا عِنْدَكَ يَا ‏ ‏ثُمَامَةُ ‏ ‏فَقَالَ عِنْدِي خَيْرٌ يَا ‏ ‏مُحَمَّدُ ‏ ‏إِنْ تَقْتُلْنِي تَقْتُلْ ذَا دَمٍ وَإِنْ تُنْعِمْ تُنْعِمْ عَلَى شَاكِرٍ وَإِنْ كُنْتَ تُرِيدُ الْمَالَ فَسَلْ مِنْهُ مَا شِئْتَ فَتُرِكَ حَتَّى كَانَ الْغَدُ ثُمَّ قَالَ لَهُ مَا عِنْدَكَ يَا ‏ ‏ثُمَامَةُ ‏ ‏قَالَ مَا قُلْتُ لَكَ إِنْ تُنْعِمْ تُنْعِمْ عَلَى شَاكِرٍ فَتَرَكَهُ حَتَّى كَانَ بَعْدَ الْغَدِ فَقَالَ مَا عِنْدَكَ يَا ‏ ‏ثُمَامَةُ ‏ ‏فَقَالَ عِنْدِي مَا قُلْتُ لَكَ فَقَالَ أَطْلِقُوا ‏ ‏ثُمَامَةَ ‏ ‏فَانْطَلَقَ إِلَى ‏ ‏نَجْلٍ ‏ ‏قَرِيبٍ مِنْ الْمَسْجِدِ فَاغْتَسَلَ ثُمَّ دَخَلَ الْمَسْجِدَ فَقَالَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ ‏ ‏مُحَمَّدًا ‏ ‏رَسُولُ اللَّهِ يَا ‏ ‏مُحَمَّدُ ‏ ‏وَاللَّهِ مَا كَانَ عَلَى الْأَرْضِ وَجْهٌ أَبْغَضَ إِلَيَّ مِنْ وَجْهِكَ فَقَدْ أَصْبَحَ وَجْهُكَ أَحَبَّ الْوُجُوهِ إِلَيَّ وَاللَّهِ مَا كَانَ مِنْ دِينٍ أَبْغَضَ إِلَيَّ مِنْ دِينِكَ فَأَصْبَحَ دِينُكَ أَحَبَّ الدِّينِ إِلَيَّ وَاللَّهِ مَا كَانَ مِنْ بَلَدٍ أَبْغَضُ إِلَيَّ مِنْ بَلَدِكَ فَأَصْبَحَ بَلَدُكَ أَحَبَّ الْبِلَادِ إِلَيَّ وَإِنَّ خَيْلَكَ أَخَذَتْنِي وَأَنَا أُرِيدُ الْعُمْرَةَ فَمَاذَا تَرَى فَبَشَّرَهُ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏وَأَمَرَهُ أَنْ يَعْتَمِرَ فَلَمَّا قَدِمَ ‏ ‏مَكَّةَ ‏ ‏قَالَ لَهُ قَائِلٌ ‏ ‏صَبَوْتَ ‏ ‏قَالَ لَا وَلَكِنْ أَسْلَمْتُ مَعَ ‏ ‏مُحَمَّدٍ ‏ ‏رَسُولِ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏وَلَا وَاللَّهِ لَا يَأْتِيكُمْ مِنْ ‏ ‏الْيَمَامَةِ ‏ ‏حَبَّةُ حِنْطَةٍ حَتَّى يَأْذَنَ فِيهَا النَّبِيُّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Maksudnya: “Nabi S.A.W. telah mengutuskan sekumpulan tentera ke Najd, lalu mereka kembali) membawa seorang lelaki dari bani al-Hanifah namanya Thumamah bin Uthaal pemimpin penduduk Yamamah), lalu mereka mengikat dia di salah satu tiang masjid, lalu Nabi pergi kepadanya dan bertanya: “Apa sangkaan kamu wahai Thumamah (tindakan yang akan aku kenakan kepada kamu)?” Jawab Thumamah: “Sangkaan aku adalah baik, jika kamu membunuhku, kamu membunuh seorang yang ada kemuliaan, jika kamu memberi nikmat kepadaku (melepaskanku), engkau memberi nikmat kepada orang yang reti berterima kasih, jika engkau mahukan harta, mintalah apa yang kamu mahu. Kemudian baginda meninggalkan dia sehinggalah keesokan hari, kemudian baginda bertanya lagi kepada Thumamah: “Apa sangkaan kamu wahai Thumamah (tindakan yang akan aku kenakan kepada kamu)?” Jawab Thumamah: “Sangkaan aku seperti kelmarin, jika kamu memberi nikmat kepadaku (melepaskanku), engkau memberi nikmat kepada orang yang reti berterima kasih.” Lalu baginda meninggalkannya, sehinggalah keesokan harinya baginda bertanya lagi kepada Thumamah: “Apa sangkaan kamu wahai Thumamah (tindakan yang akan aku kenakan kepada kamu)?” Jawab Thumamah: “Sangkaan aku seperti kelmarin, jika kamu memberi nikmat kepadaku (melepaskanku), engkau memberi nikmat kepada orang yang reti berterima kasih.” Lalu Nabi S.A.W. berkata: “Lepaskan Thumamah!” (Thumamahpun dibebaskan), lalu dia pergi ke sebatang pohon tamar berhampiran masjid, lalu dia mandi, kemudian dia memasuki masjid lalu berkata: “Aku bersaksikan tidak ada ilah melainkan Allah dan aku bersaksikan bahawasanya Muhammad itu adalah Rasulullah. Wahai Muhammad sebelum ini tidak ada satu wajah di atas muka bumi ini yang lebih aku benci berbanding wajah engkau, akan tetapi hari ini wajah engkau telah menjadi wajah yang paling aku cintai. Demi Allah sebelum ini tidak ada agama yang lebih aku benci berbanding agama mu, akan tetapi sekarang agama mu telah menjadi agama yang paling aku cintai, demi Allah tidak ada juga sebelum ini satu negeri yang lebih aku benci berbanding negerimu, akan tetapi hari ini negerimu telah menjadi negeri yang paling aku cintai. Sesungghnya ketika pasukan tenteramu menangkapku, aku hendak menunaikan umrah, apakah pandangamu?” Lalu Rasulullah S.A.W. memberikan khabar gembira kepadanya dan baginda menyuruh dia menunaikan hajatnya untuk melaksanakan umrah. Apabila Thumamah sampai ke Makkah, seseorang berkata kepadanya: “Apakah engkau telah bertukar agama?” Jawab Thumamah: “Tidak, akan tetapi aku telah memeluk Islam bersama Muhammad Rasulullah S.A.W. Demi Allah tidak akan sampai kepada kamu semua walau sebiji gandum melainkan dengan keizinan Nabi S.A.W. (ketika itu penduduk Mekah masih belum menerima Islam)”

Dalam masa yang sama tidak dinafikan wujudnya perbezaan pendapat ulama dalam masaalah ini. Secara ringkas perbezaan mereka adalah seperti berikut:

1. Harus orang-orang yang bukan muslim memasuki masjid termasuk masjid al-Haram. Ini adalah pandangan para ulama dari mazhab Hanafi. Antara hujah mereka ialah, Nabi S.A.W. pernah membiarkan perwakilan daripada bani Thaqif (ثقيف) memasuki masjid baginda, sedangkan mereka itu orang-orang yang bukan Islam. Ulama dari golongan yang pertama ini memahami firman Allah S.W.T.:


يا أيها الذين آمنوا إنما المشركون نجس فلا يقربوا المسجد الحرام بعد عامهم هذا

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis, maka janganlah mereka menghampiri masjid al-Haram sesudah tahun ini...” (al-Taubah: 28)

Ayat ini difahami oleh ulama golongan pertama ini sebagai larangan daripada masuknya orang-orang musyrik dan menguasai masjid al-Haram, bertakabbur dan bertawaf di dalamnya dalam keadaan berbogel sepertimana kebiasaan mereka ketika jahiliyyah.

2. Harus orang-orang yang bukan muslim memasuki masjid dengan keizinan orang-orang muslim melainkan masjid al-Haram dan semua masjid yang berada di tanah al-Haram. Ini adalah pandangan para ulama dalam mazhab al-Syafie (Sila lihat Raudhah al-Tolibin 1/296). Ia juga merupakan salah satu riwayat daripada Imam Ahmad, dan sebahagian ulama mazhab Hambali menyatakan inilah pandangan mazhab Hambali.

Said ibn Musayyin berkata:

قد كان أبو سفيان يدخل مسجد المدينة وهو على شركه، وقدم عمير بن وهب فدخل المسجد والنبي صلى الله عليه وسلم فيه ليفتك به فرزقه الله الإسلام

Maksudnya: “Abu Sufyan pernah memasuki masjid al-Madinah ketika ia masih seorang musyrik, demikian juga ‘Umair bin Wahb pernah memasuki masjid untuk membunuh Nabi S.A.W. yang berada di dalamnya, kemudian Allah menghidayahkan dia dengan Islam. (Sila lihat al-Mughniy oleh Ibn Qudamah)

3. Tidak boleh (haram) orang-orang yang bukan Islam memasuki masjid. Ini merupakan salah satu pandangan Imam Ahmad di dalam salah satu riwayat daripadanya. Antara hujah golongan ini ialah, mereka berpendapat jika orang yang berhadath, berjunub dan wanita yang haid dilarang dari menetap di dalam masjid, maka orang-orang musyrik yang sememangnya berhadath itu lebih utama untuk dilarang.

4. Orang yang bukan islam tidak boleh memasuki masjid melainkan jika ada keperluan. Ini adalah pandangan ulama-ulama mazhab Malik.


wallahu a'lam. bs

Friday, December 12, 2008

Bersentuhan antara suami isteri batal wudhu atau tidak?

Soalan:
Drpd: Nazro

Salam Ustaz, Saya ingin mengetahui tentang wuduk. Adakah batal wuduk itu bila bersentuhan antara suami & isteri. Ada yang berpendapat batal wuduk itu dan ada yang tidak batal.



Jawapan:
Oleh: Mohamad Abdul Kadir bin Sahak

Dalam masaalah ini para ulama berbeza pendapat kepada 3 golongan:

1. Berpandangan menyentuh atau bersentuhan antara lelaki dan wanita (termausk suami dan isteri) membatalkan wudhu dalam apa keadaan sekalipun, samaada sentuhan itu beserta syahwat ataupun tidak. Inilah pandangan mazhab al-Imam al-Syafie R.H.

Dalilnya mazhab pertama antaranya:

i- Ayat al-Quran:

أَوْ لاَمَسْتُمُ النِّسَاء

Maksudnya: “Atau kamu menyentuh wanita.” – maka kamu perlu mengambil wudhu.

2. Berpandangan menyentuh wanita tidak membatalkan wudhu samaada sentuh dengan syahwat ataupun tidak. Ini adalah pandangan dalam mazhab Hanafi R.H.

Dalil mazhab kedua antaranya:

i. Hukum asal orang yang berwudhu adalah kekal wudhunya selama-mana tidak ada dalil yang menunjukkan sesuatu perkara yang dilakukannya itu membatalkan wudhunya. Maka dalam bab menyentuh wanita ini tidak ada dalil yang menunjukkan ia membatalkan wudhu. Adapun tentang ayat di atas, mazhab Hanafi memahami ianya membawa maksud bersetubuh bukan bersentuhan dalam ertikata kulit dengan kulit semata-mata. Selain itu terdapat hadith yang menunjukkan bersentuhan semata-mata tidak membatalkan wudhu, dan hadith-hadith ini menguatkan lagi pandangan mazhab Hanafi yang mengatakan maksud sentuhan di dalam ayat di atas adalah dimaksudkan kepada jima’ atau bersetubuh. Hadith-hadith tersebut ialah:
ii. Daripada ‘Aisyah R.’anha:

كُنْتُ أَنَامُ بَيْنَ يَدَيْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرِجْلَايَ فِي قِبْلَتِهِ فَإِذَا سَجَدَ غَمَزَنِي فَقَبَضْتُ رِجْلَيَّ فَإِذَا قَامَ بَسَطْتُهُمَا

Maksudnya: “Aku pernah tidur dihadapan Rasulullah S.A.W. dalam keadaan dua kaki-ku di hadapan kiblat baginda (dan baginda sedang menunaikan solat), lalu apabila baginda hendak sujud, baginda memegang kaki-ku, lalu akupun menarik kaki-ku (untuk membolehkan baginda sujud), apabila baginda bangun, aku lunjurkan semula dua kaki-ku tadi.” (HR al-Bukhari)

iii. Daripada ‘Aisyah juga:

فَقَدْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةً مِنْ الْفِرَاشِ فَالْتَمَسْتُهُ فَوَقَعَتْ يَدِي عَلَى بَطْنِ قَدَمَيْهِ وَهُوَ فِي الْمَسْجِدِ وَهُمَا مَنْصُوبَتَانِ وَهُوَ يَقُولُ : اللَّهُمَّ أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ ، وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ

Maksudnya: “Aku kehilangan Rasulullah S.A.W. pada suatu malam di tempat tidur-ku, aku meraba-raba mencari baginda, lalu dua tanganku tersentuh belakang kakinya, dan baginda di dalam masjid (sedang sujud menunaikan solat), kedua-dua kaki baginda itu ditegakkan, dan baginda membaca: “Ya Allah, aku memohon perlindungan dengan keredhaan-Mu dari kemurkaan-Mu, dan dengan kemaafan-Mu dari kemuerkaan-Mu.” (HR Muslim)

Zahir dari kedua-dua hadith ini jelas menunjukkan Nabi S.A.W. pernah menyentuh ‘Aisyah R.A. ketika baginda menunaikan solat. Demikian juga ‘Aisyah R.A. juga pernah menyentuh Nabi S.A.W. ketika baginda menunaikan solat. Jika sentuhan antara lelaki dan wanita itu membatalkan wudhu sudah tentu Nabi S.A.W. akan membatalkan solatnya disebabkan wudhu baginda terbatal kerana baginda telah disentuh oleh ‘Aisyah.

Para ulama dari mazhab al-Syafie mengemukan jawapan terhadap hadith ini. Namun jawapan mereka dianggap lemah oleh ulama mazhab lainnya, iaitulah mereka berpendapat barangkali sentuhan yang berlaku antara Nabi S.A.W. dan ‘Aisyah itu berlaku dengan berlapik. Alasan ini dianggap lemah oleh ulama mazhab lainnya, sehingga al-Syaukani berkata: “Takwilan ini merupakan takalluf dan bersalahan dengan zahir (dalil).”

3. Berpendapat bersentuhan antara lelaki dan perempuan dengan syahwat membatalkan wudhu jika tanpa syahwat tidak membatalkan wudhu. Ini adalah mazhab Malik dan Hambali.

Pandangan ini merupakan hasil daripada menggabungkan antara nas-nas yang ada dalam masaalah ini, iaitu ayat al-Quran yang bermaksud: “Atau apabila kamu menyentuh wanita (kamu perlu berwudhu)” kerana zahir ayat ini menunjukkan seolah-olah batal wudhu dengan hanya bersentuhan antara lalaki dan wanita, dengan hadith-hadith yang menunjukkan berlakunya persentuhan antara Nabi dan ‘Aisyah, dan baginda tidak memperbaharui wudhu.

Sebahagian ulama, terutama yang berpendapat tidak batal wudhu dengan bersentuhan antara lelaki dan wanita berpendapat, cara menggabungkan nas-nas seperti yang dilakukan oleh ulama mazhab Malik dan Hambali ini benar jika ayat al-Quran di atas memaksudkan dengan bersentuhan itu adalah semata-mata bersentuhan antara kulit. Akan tetapi terdapat penafsiran yang sahih yang menunjukkan ayat tersebut memaksudkan jima’ atau bersetubuh bukan semata-mata bersentuhan. Ini sepert yang ditafsirkan oleh Ibn Abbas R.A. dan penafsiran ini dipilih oleh Ibn Jarir, dan penafsiran Ibn ‘Abbas ini didahulukan berbanding penafsiran lain, kerana Nabi S.A.W. pernah berdoa kepada Ibn ‘Abbas dengan doa baginda yang berbunyi:

اللهم فقّهه في الدين وعلمّه التأويل

Maskudnya: Ya Allah fakihkanlah ia (Ibn ‘Abbas) dalam hal-ehwal agama dan ajarkanlah dia tafsir (al-Quran).” (HR Ahmad, al-Albani telah mensahihkan hadith ini di dalam Tahkik al-Tohawiah)

Selain itu banyak ayat al-Quran lain yang menggunakan kalimat menyentuh (المس) dengan maksud jima’ atau bersetubuh, antaranya firman Allah S.W.T.:

لاَّ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِن طَلَّقْتُمُ النِّسَاء مَا لَمْ تَمَسُّوهُنُّ أَوْ تَفْرِضُواْ لَهُنَّ فَرِيضَةً

Maksudnya: “Tidak mengapa jika kamu mentalak isteri kamu sebelum kamu menyentuh (yakni membawa maksud bersetubuh) mereka atau sebelum kamu menentukan mahar mereka.” (al-Baqarah : 236)

Di dalam ayat yang lain Allah berfirman:

وَإِن طَلَّقْتُمُوهُنَّ مِن قَبْلِ أَن تَمَسُّوهُنَّ وَقَدْ فَرَضْتُمْ لَهُنَّ فَرِيضَةً فَنِصْفُ مَا فَرَضْتُمْ

Maksudnya: “Jika kamu mentalak isteri-isteri kamu sebelum kamu menyentuh (yakni membawa maksud bersetubuh), pada hal kamu telah menentukan mahar mereka, maka bayarlah setengah daripada mahar yang telah kamu tentukan itu.” (al-Baqarah: 237)

Di dalam ayat yang lain lagi Allah berfirman dengan menggunakan kalimah menyentuh dengan maksud bersetubuh:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نَكَحْتُمُ الْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ طَلَّقْتُمُوهُنَّ مِن قَبْلِ أَن تَمَسُّوهُنَّ فَمَا لَكُمْ عَلَيْهِنَّ مِنْ عِدَّةٍ تَعْتَدُّونَهَا فَمَتِّعُوهُنَّ وَسَرِّحُوهُنَّ سَرَاحًا جَمِيلًا

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu menikahi wanita-wanita yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuh (yakni sebelum kamu menyetubuhi) mereka, maka tidak wajib ke atas mereka iddah bagi mu yang kamu minta menyempurnakan nya, maka berilah mereka mut’ah dan lepaskan lah mereka itu dengan cara yang sebaik-baiknya.” (al-Ahzab: 49)

Berdasarkan ini semua, maka pandangan yang lebih kuat dan lebih hampir kepada maksud yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul dalam persoalan ini adalah pandangan mazhab Hanafi yang mengatakan tidak batal wudhu dengan bersentuhan antara lelaki dan wanita. Inilah juga pandangan yang dipilih oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah, dan ulama semasa seperti al-Syeikh Abdullah ‘Aziz Abdillah bin Baz, al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin, para ulama dari Lujnah Fatwa Arab Saudi dan ramai para ulama yang lain lagi.

Wallahu a’lam. bs.



Wednesday, December 10, 2008

Fatwa Dr. Yusuf al-Qaradhawi Tentang Khidir A.S.


نص السؤال: من هو الخضر ؟ وهل هو نبي أو ولي ؟ وهل هو حي إلى اليوم - كما يقول كثير من الناس وإن بعض الصالحين قد رآه أو اجتمع به . وإذا كان حيًا فأين يقيم، ولماذا لا يظهر ويفيد الناس بعلمه وخاصة في هذا الزمان ؟ أرجو البيان الشافي.

Soalan:

Siapakah Al-Khidir? Apakah dia seorang Nabi atau wali? Apakah ia hidup hingga ke hari ini - sepertimana yang dikatakan oleh ramai orang? (kononnya) Sebahagian orang-orang yang soleh pernah melihat dan berjumpa dengannya. Jika ia (al-Khidir) masih hidup, dimana ia tinggal? Mengapa dia tidak menzahirkan diri agar orang ramai dapat mengambil faedah dari ilmunya? terutamanya di zaman sekarang? Saya mengharapkan penjelasan yang memuaskan (dari tuan).




نص الإجابة:

بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وبعد:

الخضر هو العبد الصالح الذي ذكره الله تعالى في سورة الكهف حيث رافقه سيدنا موسى عليه السلام وتعلم منه.

Al-Khidir adalah seorang hamba soleh, yang disebutkan oleh Allah Ta'ala dalam Surat Al-Kahfi, dimana Nabi Musa menjadi teman kepadanya dan Nabi Musa as. belajar daripadanya.


اشترط عليه أن يصبر، فأجابه إلى ذلك، فقال له: وكيف تصبر على ما لم تحط به خبرًا، وظل معه، وهو عبد آتاه الله رحمة من عنده وعلمه من لدنه علمًا، ومشى معه في الطريق ورآه قد خرق السفينة فقال: أخرقتها لتغرق أهلها ؟ ... إلى آخر ما ذكره الله عنه في سورة الكهف.

Al-Khidir mensyaratkan kepada Nabi Musa agar bersabar. Maka Nabi Musa bersetuju dengan syarat tersebut. Lalu Al-Khidir berkata: "Bagaimana kamu dapat bersabar atas sesuatu yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu?" Al-Khidir tetap bersama Musa. (al-Khidir) Ia adalah seorang hamba yang diberi rahmat oleh Allah dan ilmu dari sisi-Nya. Musa terus berjalan bersamanya dan melihat Al-Khidir telah menebuk sebuah kapal. Lalu Nabi Musa berkata,"Apakah engkau menebuknya supaya penumpangnya tenggelam?"... sehinggalah kisah seterusnya yang telah disebut di dalam Surah al-Kahfi.

وكان موسى يتعجب من فعله، حتى فسّر له أسباب هذه الأمور وقال له في آخر الكلام: (وما فعلته عن أمري، ذلك تأويل ما لم تسطع عليه صبرًا) (الكهف: 82) يعني ما فعلت ذلك عن أمري، وإنما عن أمر الله تعالى.

Nabi Musa berasa hairan dengan perbuatan (al-Khidir), hingga Al-Khidir menerangkan kepadanya sebab-musabab dari perbuatan yang dilakukannya itu. Lalu al-Khidiri berkata kepada Nabi Musa di akhir perbualannya: "Bukanlah aku melakukan itu menurut kemahuanku sendiri. perkara itu adalah penjelasan dari perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat bersabar atasnya." Maksudnya, semua perbuatan itu hanyalah karena kemahuan Allah Ta'ala.

بعض الناس يقولون عن الخضر: إنه عاش بعد موسى إلى زمن عيسى ثم زمن محمد عليهم صلوات الله وسلامه أجمعين وأنه عائش الآن وسيعيش إلى يوم القيامة . وتنسج حوله القصص والروايات والأساطير بأنه قابل فلانًا، وألبس فلانًا خرقة، وأعطى فلانًا عهدًا ... إلى آخر ما يقصون وينسجون من أقاويل ما أنزل الله بها من سلطان.

Sebagian orang berkata tentang Al-Khidir: Kononnya dia hidup selepas Nabi Musa hingga ke zaman Nabi Isa, kemudian hingga ke zaman Nabi Muhammad saw, dan kononnya dia masih hidup sekarang ini sehinggalah ke hari kiamat. Lalu ditulis sekitar tentangnya kisah-kisah, riwayat-riwayat dan dongeng-dongeng kononnya Al-Khidir berjumpa dengan si Fulan, memakaikan sifulan khirqah (pakaian) dan mengikat janji dengan si Fulan... dan lain-lain lagi yang dicerita dan yang disalin daripada dongeng-dongeng yang Allah tidak menurunkannya kepada sesiapapun.

ليس هناك دليل قط على أن الخضر حي أو موجود - كما يزعم الزاعمون - بل على العكس، هناك أدلة من القرآن والسنة والمعقول وإجماع المحققين من الأمة على أن الخضر ليس حيًا.

Tidak ada sama sekali walau satu dalil/bukti yang mengatakan bahawa Al-Khidir masih hidup - sebagaimana anggapan sebahagian orang - akan tetapi bukti yang ada adalah sebaliknya (iaitu al-Khidir telah wafat), Disana banyaknya dalil-dalil dari Al-Qur'an, Sunnah, akal dan ijma para peneliti dikalangan ulama umat Islam bahawa
Al-Khidir tidak lagi hidup.

وأكتفي بأن أنقل فقرات من كتاب " المنار المنيف في الحديث الصحيح والضعيف " للمحقق ابن القيم ، يذكر في هذا الكتاب رحمه الله ضوابط للحديث الموضوع الذي لا يقبل في الدين، ومن هذه الضوابط " الأحاديث التي يذكر فيها الخضر وحياته، وكلها كذب، ولا يصح في حياته حديث واحد . فحديث أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - كان في المسجد، فسمع كلامًا من ورائه، فذهبوا ينظرون فإذا هو الخضر. وحديث: يلتقي الخضر ولياس كل عام وحديث: يجتمع بعرفة جبريل وميكائيل والخضر.

Memadailah dengan saya menukilkan beberapa perenggan dari kitab Al-Manaar al-Muniif fi al-Hadith al-Sahih wa al-Dha'ief karangan Ibn al-Qayyim. Ibn al-Qayyim R.H. menyebutkan dalam kitab itu ciri-ciri hadis maudhu (palsu), yang tidak diterima dalam agama. Diantara ciri-cirinya ialah "hadis-hadis yang menceritakan tentang Al-Khidir dan kehidupannya." Semuanya itu adalah pembohongan. Tidak ada satupun hadis sahih yang menceritakan tentang hayat al-Khidir. Adapun hadith yang menceritakab kononnya Rasulullah S.A.W. suatu ketika sedang berada di masjid, lalu baginda mendengar pembicaraan dari arah belakang baginda. Kemudian
baginda melihat, ternyata ia adalah Al-Khidir." Demikian juga hadith: "Al-Khidir dan Ilyas berjumpa setiap tahun." Dan hadis, "Jibril, Mikail dan Al-Khidir akan sentiasa bertemu di Arafah."

وسئل إبراهيم الحربي عن تعمير الخضر وأنه باق، فقال: ما ألقى هذا بين الناس إلا شيطان.

Ibrahim Al-Harbi pernah ditanya tentang dipanjangkan umur Al-Khidir dan kononnya dia masih hidup. Maka beliau menjawab "Tidaklah ada yang menyebut perkara ini kepada orang ramai, kecuali syaitan."

وسئل الإمام البخاري عن الخضر والياس هل هما أحياء ؟ فقال: كيف يكون هذا ؟ وقد قال النبي - صلى الله عليه وسلم -: " لا يبقى على رأس مائة سنة ممن هو اليوم على ظهر الأرض أحد " (رواه الشيخان) . وسئل عن ذلك كثير غيرهما من الأئمة فقالوا - مستدلين بالقرآن -: (وما جعلنا لبشر من قبلك الخلد، أفإن مت فهم الخالدون) ؟ (الأنبياء: 34).

Imam Bukhari juga oernah ditanya tentang Al-Khidir dan Ilyas, apakah mereka berdua masih hidup? Maka beliau menjawab: "Bagaimana perkara ini terjadi?" Sedangkan Nabi saw. telah bersabda: "Tidaklah akan hidup sampai seratus tahun lagi bagi orang-orang yang berada di muka bumi ini." (H.r. Bukhari-Muslim). Telah ditanya juga ramai di kalangan para ulama dan semua mereka menjawab, dengan berdalilkan ayat al-Quran: "Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia pun sebelum kamu (Muhammad), maka jika kamu mati apakah mereka akan kekal?" (Al-Anbiyaa': 34).

وسئل عنه شيخ السلام ابن تيمية ـ رحمه الله ـ ، فقال:"لو كان الخضر حيًا لوجب عليه أن يأتي النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ ويجاهد بين يديه ويتعلم منه، وقد كان النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ يوم بدر: "اللهم إن تهلك هذه العصابة لا تعبد في الأرض" وكانوا ثلاثمائة وثلاثة عشر رجلا معروفين بأسمائهم وأسماء آبائهم وقبائلهم،فأين كان الخضر حينئذ؟

Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah ditanya tentang perkara ini, maka beliau menjawab: "Sekiranya Al-Khidir masih hidup, tentulah ia wajib berjumpa dengan Nabi saw, dan berjihad bersama baginda, serta belajar daripada baginda." Nabi S.A.W. telah bersabda ketika perang Badar, "Ya Allah, jika pasukan ini binasa, pasti Engkau tidak akan disembah di muka bumi ini." Pada waktu itu mereka (yang menyertai peperangan al-Badar) berjumlah 313 orang lelaki yang diketahui nama-nama mereka, nama bapa-bapa mereka dan suku-suku mereka, maka di manakah Al-Khidir pada ketika itu?


فالقرآن ،والسنة، وكلام المحققين من علماء الأمة ينفي حياة الخضر كما يقولون.

Al-Qur'an dan Sunnah serta perkataan para peneliti dari kalangan ulama umat ISlam, menafikan dakwaan Al-Khidir masih hidup sebagaimana yang dianggap oleh sebahagian orang.

القرآن يقول: (وما جعلنا لبشر من قبلك الخلد أفئن مت فهم الخالدون)

Allah berfirman di dalam al-Quran: "Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia pun sebelum kamu (Muhammad), maka jika kamu mati apakah mereka akan kekal?" (Al-Anbiyaa': 34).

فالخضر إن كان بشرًا فلن يكون خالدًا، حيث ينفي ذلك القرآن الكريم والسنة المطهرة؛فإنه لو كان موجودًا لجاء إلى النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ ، فقد قال عليه الصلاة والسلام:"والله لو كان موسى حيًا ما وسعه إلا أن يتبعني" (رواه أحمد عن جابر بن عبد الله)

Maka al-Khidir itu, jika dia seorang manusia, maka ia tidak akan hidup kekal, karena kekalnya ia itu dinafikan oleh Al-Qur'anul Karim dan Sunnah yang suci. Seandainya ia masih hidup (hingga ke zaman Nabi S.A.W), sudah tentu ia datang kepada Nabi S.A.W., dimana Nabi S.A.W. telah bersabda tentang Nabi Musa: "Demi Allah, andaikata Musa masih hidup, tentu ia akan mengikuti aku." (H.R. Ahmad, dari Jabir bin Abdullah)

فإن كان الخضر نبيًا، فليس هو بأفضل من موسى، وإن كان وليًا فليس أفضل من أبي بكر.

Maka jika Al-Khidir itu seorang Nabi, maka ia tidaklah lebih utama daripada Musa as, dan jika dia seorang wali, tidaklah ia lebih utama daripada Abu Bakar r.a.

وما الحكمة في أن يبقى طيلة هذه المدة - كما يزعم الزاعمون - في الفلوات والقفار والجبال ؟ ما الفائدة من هذا ؟ ليس هناك فائدة شرعية ولا عقلية من وراء هذا . إنما يميل الناس دائمًا إلى الغرائب والعجائب والقصص والأساطير، ويصورونها تصويرًا من عند أنفسهم ومن صنع خيالهم، ثم يضفون عليها ثوبًا دينيًا، ويروج هذا بين بعض السذج، ويزعمون هذا من دينهم، ولكن ليس هذا من الدين في شيء ... والحكايات التي تحكي عن الخضر إنما هي مخترعات ما أنزل الله بها من سلطان.

Apakah hikmahnya al-Khidir masih hidup - sepertimana anggapan sebahagian orang - di padang luas, gurun dan gunung-gunung? Apakah faedahnya? Tidak ada faedah dari segi syara' dan akal di sebalik kekalnya al-Khidir di gurun, gunung-ganang ini? Sesungguhnya orang ramai selalu menyukai cerita-cerita yang pelik, ganjil dan dongeng-dongeng. Mereka menggambarkannya menurut gambaran mereka sendiri dan khayalan mereka, kemudiannya, mereka sandarkannya kepadanya pakaian keagamaan. Cerita ini disebarkan dikalangan orang awam dan mereka beranggapan cerita ini berasal dari agama, padahal sama sekali bukan dari agama. Hikayat-hikayat yang diceritakan tentang Al-Khidir hanyalah rekaan manusia dan tidak diturunkan oleh Allah.

أما السؤال حول: هل هو نبي أو ولي ؟ فالعلماء قد اختلفوا في ذلك، ولعل الأظهر أنه نبي كما يبدو من الآية الكريمة التي تلوناها من سورة الكهف ... (وما فعلته عن أمري) فهي دليل على أنه فعل ذلك عن أمر الله، ومن وحيه لا من عند نفسه . فالأرجح أنه نبي وليس مجرد ولي.

Adapun mengenai soalan: Apakah ia seorang Nabi atau wali? Para ulama berbeda pendapat mengenai hal itu. Tampaknya yang lebih zahir (tepat), ialah Al-Khidir adalah seorang Nabi, sebagaimana yang jelas pada ayat yang mulia dari Surat Al-Kahfi, "... dan bukanlah aku melakukannya menurut kemauanku sendiri ..." (Al-Kahfi: 82). Maka perkataan ini adalah dalil/bukti bahawa al-Khidir melakukan perkara-perkara tersebt berdasarkan perintah Allah dan wahyu-Nya, bukan dari dirinya sendiri. maka pendapat yang lebih benar, dia (al-Khidir) adalah seorang Nabi bukan seorang wali.

والله أعلم


Friday, December 5, 2008

Hukum Mengkasi Haiwan


Ramai yang bertanyakan kepada saya tentang hukum mengkasi haiwan (خِصَاء) samaada untuk tujuan menggemukkannya atau untuk tujuan yang lain. Di bawah ini penjelasan tentang hukum tersebut.





Wujud perbezaan pendapat di kalangan ulama mazhab tentang pendetailan hukum Mengkasi haiwan ini. Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah (19/112) menyebut:

- Para ulama dari mazhab al-Hanafi berpendapat tidak mengapa mengkasi haiwan, kerana ada padanya manfaat kepada binatang dan juga manusia.

- Ulama mazhab Malik pula berpendapat Harus mengkasi haiwan yang dimakan dagingnya tanpa ada hukum makruh, untuk daging yang lebih baik.

- Ulama mazhab Syafie pula membezakan antara haiwan yang dimakan dagingnya dan yang tidak dimakan dagingnya. Mereka berpendapat: Harus mengkasi haiwan yang dimakan dagingnya ketika ia kecil, dan diharamkan selain daripada itu (yang tidak dimakan daging). Mereka juga mensyaratkan proses mengkasi itu tidak mendatangkan kecelakaan (kepada (haiwan).

- Ulama Hanbali pula menharuskan mengkasi kambing untuk mengelokkan dagingnya. Dikatakan: Makruh mengkasi kuda dan haiwan lain.

Pandangan Ulama Semasa (Rumusan):

Secara ringkas mengkasi haiwan untuk maslahah adalah harus hukumnya, kerana ia thabit dari pengakuan Nabi S.A.W. seperti hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibn Majah:


أن النبي صلى الله عليه وسلم ضحى بكبشين عظيمين موجوءين


Maksudnya: “Bahawa Nabi S.A.W. pernah mengorbankan dua ekor kibas yang besar dan yang dikasikan.” (Hadith ini disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih Ibn Majah)


Namun dalam proses mengkasi ini hendaklah dengan menggunakan cara yang tidak mendatangkan mudharat kepada binatang tersebut berdasarkan keumuman dalil-dalil syara’ yang melarang mendatangkan mudharat kepada manusia dan haiwan.

Demikian juga, bagi penternak-penternak haiwan yang kebiasaan mereka meletakkan tanda kepada haiwan mereka, hendaklah menghindari dari melakukan tanda dengan melukakannya di bahagian muka. Ini berdasarkan hadith daripada Jabir R.A. yang berkata:


أنَّ النَّبيَّ صلى الله عليه وسلم مَرَّ عَلَيْهِ حِمَارٌ قَدْ وُسِمَ في وَجْهِهِ فقَالَ : " لَعَنَ الله الذي وَسَمَهُ


Maksudnya: “Bahawa Nabi S.A.W. pernah melihat kaldai yang lalu berhampiran baginda, yang mana kaldai itu telah dibuat tanda di mukanya. Lalu baginda (S.A.W.) bersabda: “Allah melaknat orang yang menandakannya (kaldai itu).” (Hadith riwayat Muslim)

Al-Syeikh Dr. Soleh bin Fauzan al-Fauzan berkata:


يجب الإحسان بالحيوانات، وعدم إلحاق الضرر بها من غير مصلحة شرعية، ويجب الرفق بها.

أما مسألة خصي الحيوان لأجل تسمينه، أو وسمه لأجل أن يعرف إما بقطع أذنه أو كيه أو ما أشبه ذلك؛ فلا بأس بذلك؛ لأن هذا لمصلحة، لكن يجب أن يستعمل مع الحيوان في إجراء هذه العملية الأسهل، وألا يستعمل في طريقة الخصي أو طريقة الوسم الطريقة المؤلمة التي تؤذي الحيوان بدون فائدة.

على أنه يحرم أن يحصل الوسم في الوجه، فيتجنب وجه الحيوان؛ فلا يؤذيه بكي ولا بقطع ولا بضرب ولا بغير ذلك؛ لأنه منهي عن ضرب الوجه والوسم بالوجه، أما الوسم في الأذن؛ فلا بأس بذلك، سواء كان بقطع طرف منها أو خرقها أو كيها بنار؛ لأنه لمصلحة، لكن عليه أن يستعمل الطريقة المريحة في هذا.


Maksudnya: “Wajib berlaku ihsan kepada haiwan dan tidak mendatangkan mudharat kepadanya tanpa ada maslahah yang dibenarkan agama dan wajib mengasihaninya. Adapun masaalah mengkasi haiwan untuk tujuan menggemukkannya atau membuat tanda padanya untuk tujuan dapat dikenali samaada dengan memotong (sedikit hujung) telinganya atau menggunakan api atau seumpamanya adalah tidak mengapa, kerana ia merupakan maslahah. Akan tetapi mesti menggunakan proses-proses yang lebih mudah, dan tidak menggunakan cara kasi dan membuat tanda yang menyakitkan yang memdatangkan mudharat kepada haiwan tanpa faedah. Dalam masa yang sama diharamkan membuat tanda di bahagian muka haiwan. Maka hendaklah menjauhi dari membuat tanda di bahagian muka haiwan, menyakiti,memotong sesuatu, memukul dan seumpamanya, kerana terdapat larangan dari memukul muka dan membuat tanda di bahagian muka. Adapun membuat tanda di telinga, tidak mengapa, samaada dengan memotong sedikit bahagian hujungnya atau menggunakan api, kerana perbuatan ini ada maslahah, akan tetapi hendaklah menggunakan cara yang lebih ringan.” (al-Muntaqa min Fatawa Fadhilah al-Syeikh Soleh bin Fauzan bin Abdillah al-Fauzan, jld 3, m.s. 337, bil. Fatwa: 502)

Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin berkata:


وأما الخصاء فهو جائز إذا كان فيه مصلحة، ولكن يجب أن تتخذ الإجراءات اللازمة لمنع تألم البهيمة


Maksudnya: “Adapun mengkasi haiwan, hukumnya adalah harus jika ada maslahah, akan tetapi mestilah menggunakan proses-proses yang dapat mengelakkan daripada menyakiti haiwan tersebut.” (Liqa al-Bab al-Maftuh 15/37)

Dikesempatan yang lain al-Syeikh al-Uthaimin berkata tentang mengkasi haiwan seperti kucing:


إذا كانت القطط كثيرة مؤذية ، وكانت العمليَّة لا تؤذيها : فلا حرج ؛ لأن هذا أولى من قتلها بعد خلقها .. وأما إذا كانت قططاً معتادة ولا تؤذي : فلعلَّ في بقائها تتنامى خيراً


Maksudnya: “Jika kucing itu banyak (jumlahnya) dan menyusahkan, dan proses mengkasinya tidak memudharatkannya, tidak mengapa, kerana mengkasi dalam keadaan ini lebih baik dari membunuhnya selepas ia Allah menciptakannya.. adapun jika jumlah kucing itu tidak banyak (jumlah yang biasa) dan tidak menyusahkan, mudah-mudahan membiarkan dia berkembang (membiak) itu adalah lebih baik.” (Fatawa Islamiyah 4/448)

Wallahu a’lam. bs


Thursday, December 4, 2008

Sanad 'Ali dan Nazil

Pendahuluan : Peranan dan Kepentingan Sanad



Al-Isnad atau al-Sanad (Ibn Jama'ah (ابن جماعة) berkata : "al-Muhaddithun menggunakan al-Sanad dan al-Isnad dengan maksud yang satu…" Manzumah al-Sobban, m.s. 64.) adalah keistimewaan umat Nabi saw. Tidak ada di kalangan umat sebelum ini yang memiliki ilmu kajian sanad sepertimana umat Nabi Muhammad saw. Muhammad Bin Hatim al-Muzaffar (محمد بن حاتم بن المظفر) berkata:






إن الله أكرم هذه الأمة وشرفها وفضلها بالإسناد, وليس لأحد من الأمم كلها قديمها وحديثها إسناد, إنما هوا صَحُفٌ في أيديهم, وقد خلطوا بكتبهم أخبارهم, وليس عندهم تمييز بين ما نزل من التوراة والإنجيل و بين ما ألحقوه بكتبهم من الأخبار التي أخذوها عن غير الثقات.


Maksudnya : "Sesungguhnya Allah telah memuliakan umat ini dengan al-Isnad. Dan tidak ada satupun dari kalangan umat-umat kesemuanya, yang baru atau yang lama (yang memiliki kajian) Isnad, sekalipun di tangan mereka adanya suhuf, mereka (umat dahulu) telah mencampur adukkan kitab-kitab mereka dengan cerita-cerita dari mereka sendiri, tidak ada pada mereka (cara) pembeza antara apa yang diturunkan daripada al-Taurah atau al-Injil, antara apa yang dimasukkan ke dalam kitab-kitab mereka dari cerita-cerita yang diambil dari yang tidak thiqaat (الثقات) (Fath al-Mughith Syarh Alfiyyah al-Hadith, al-Imam Syams al-Din Muhammad Bin 'Abd al-Rahman Bin Muhammad al-Sakhawi, jld 3, m.s. 5, cet. Dar al-'Ilmiyyah)." Abu Hatim ar-Razi pula berkata:


لم يكن في أمة من الأمم منذ خلق الله آدم أمة يحفظون آثار الرسول إلا في هذه الأمة


Maksudnya "Tidak terdapat pada satu umat dari umat-umat (terdahulu) semenjak Allah menciptakan Adam, satu umat yang memelihara athar rasul mereka, melainkan umat (Muhammad saw) ini." (Ibid, m.s. 151) al-Suyuthi (السيوطي) di dalam Tadrib al-Rawi (تدريب الراوي) menaqalkan daripada Ibn Hazm (اين حزم) katanya:


نقل الثقة عن الثقة يبلغ به النبي صلى الله عليه وسلم مع الاتصال, خص الله به المسلمين دون سائر الملل, وأما مع سائر الارسال والاعضال, فيوجد في كثير من اليهود, ولكن لا يقربون فيه من موسى قُربَنا من محمد صلى الله عليه وسلم بل يقفون بحيث يكون بينهم و بين موسى أكثر من ثلاثين عصرا, وإنما يبلغون إلى شمعون ونحوه


Maksudnya : "Seorang thiqah (الثقة), menaqalkan dari seorang thiqah, sehingga sampai kepada Nabi saw dalam keadaan bersambung (sanadnya), (suatu) yang telah Allah khususkan kepada kaum muslimin, tidak kepada agama-agama (الملل) lain. Adapun (sanad) dalam keadaan al-Irsal (الارسال) dan al-I'dhol (الاعضال), terdapat banyak di sisi Yahudi, akan tetapi (sanad tersebut) tidak menghampiri kepada Musa sepertimana hampirnya kita dengan Muhammad saw, bahkan (sanad) mereka terhenti diantara mereka dengan Musa hingga mencapai lebih dari tiga puluh zaman, adapun mereka hanya sampai kepada Syam'aun (شمعون) dan seumpamanya (sahaja)." Katanya lagi:


وأما أقوال الصحابة والتابعين, فلا يمكن اليهود أن يبلغوا إلى صاحب نبي أصلا. ولا إلى تابع له , ولا يمكن النصارى أن يصلوا إلى أعلى من شمعون وبولص.


Maksudnya : "Adapun perkataan-perkataan (seumpama) sahabat dan al-Tabi'ien, (di sisi Yahudi dan Nasora) tidak mungkin Yahudi dapat sampaikan walau kepada seorang sahabat Nabi (mereka) secara asal, tidak juga (dapat disampaikan) kepada seorang Tabi' bagi sahabat, (demikian juga) tidak mungkin bagi Nasora untuk mereka sambungkan (sanad mereka) sehingga menjangkaui Syam'aun dan Bolos (بولص).(Tadrib al-Rawi, jld 2, m.s. 159 – 160.)"

Semua ini menunjukkan bahawa sanad merupakan suatu yang dikhususkan oleh Allah swt kepada umat Nabi saw. Kerana itu kebanyakan kitab-kitab Ulum al-Hadith apabila membicarakan tentang sanad 'Ali dan Nazil, kebanyakan ulama yang mengarangnya akan memulakan dengan menerangkan kelebihan, keutamaan dan kemuliaan umat Muslimin dengan sanad yang terpelihara hingga kepada Nabi saw. Ibn al-Solah (ابن الصلاح) (Beliau ialah Taqi al-Din ‘Uthman Bin 'Abd al-Rahman (تقي الدين عثمان بن عبد الرحمن), lebih masyhur dengan Ibn al-Solah) berkata : "Asas al-Isnad adalah suatu keutamaan yang utama dari keutamaan-keutamaan umat ini, dan satu sunnah yang agung (سنة بالغة) dari sunnah-sunnah yang dituntut. (Beliau ialah Taqi al-Din ‘Uthman Bin 'Abd al-Rahman (تقي الدين عثمان بن عبد الرحمن), lebih masyhur dengan Ibn al-Solah) " ‘Abdullah Ibn al-Mubarak (عبد الله بن المبارك) berkata:


الإسناد من الدين لو لا الإسناد لقال من شاء بما شاء


Maksudnya : “Al-Isnad itu adalah daripada agama, kalaulah tanpa al-Isnad, pastilah setiap orang berkata mengikut kehendaknya. (Al-Hafidz Jalal al-Dien ‘Abd al-Rahman al-Suyuthi (الحافظ جلال الدين عبد الرحمن السيوطي), Syarh Manzumah ‘Ilmu al-Athar (شرح منظومة علم الأثر), cet. Dar al-Thaqafah al-Islamiyah, Beirut. m.s. 196.) ”

Sanad menjadi sesuatu yang perlu dan penting kerana melaluinya hadith-hadith Nabi saw terpelihara daripada diubah dan didustakan, ditambah atau dikurang. Ini kerana pada pertengahan kurun kedua, iaitu setelah berlakunya pembunuhan 'Uthman Ibn 'Affan (عثمان ابن عفان) r.a. timbulnya jenayah memalsukan hadith-hadith Nabi saw. Jenayah ini berlaku disebabkan setiap puak berusaha mempertahankan puak mereka. Melihat kepada fenomena ini, para ulama hadith mempraktikkan kajian sanad, Ibn Sirin (ابن سيرين) berkata:


لم يكونوا يسألون عن الإسناد فلما وقعت الفتنة قالوا سموا لنا رجالكم فيُنظَر إلى أهل السنة فيؤخذ حديثهم وينظر إلى أهل البِدَعِ فلا يؤخذ حديثهم


Maksudnya : "Tidaklah mereka (para sahabat) bertanya tentang sanad, apabila berlakunya fitnah, mereka berkata : sebutkan kepada kami rijal kamu, jika dilihat rijalnya daripada ahl al-Sunnah, maka diambil hadith mereka, jika dilihat rijal mereka daripada ahl al-Bid'ah, maka tidak diambil hadith mereka." (Muqaddimah Sahih Muslim)

Inilah titik tolak bermulanya kajian sanad. Setelah berpecahnya umat Islam kepada beberapa golongan seperti Khawarij dan Syi'ah, dan setiap golongan asyik mempertahankan golongannya. Untuk menyempurnakan hasrat mempertahankan golongan masing-masing setiap golongan mereka hadith-hadith Nabi saw secara dusta. Maka bangun para ulama Ahl al-Sunnah, mengkaji setiap hadith yang sampai kepada mereka melalui sanad. Melaluinya, sesuatu hadith diteliti oleh para ulama, melaluinya dapat dikenal pasti sesuatu hadith itu Sahih atau Dhoief, Maudhu’ atau tidak ada asal baginya (لا أصل له). Para ulama yang mendengar hadith akan merujuk kepada sanad hadith tersebut. Lalu mereka meneliti setiap perawinya, hal keadaannya, sifat-sifatnya, akhlaknya, sifat siddiqnya, kekuatan hafalannya dan iltizamnya dengan agama. Demikian juga melalui sanad, para ulama mengkaji hubungan seorang perawi (الراوي) dengan perawi sebelumnya, apakah ada kemungkinan dia meriwayatkan sesuatu dari orang sebelumnya ataupun tidak. Melihat kepada kepentingan sanad, al-Imam al-Syafie r.h berkata:


مثل الذي يطلب الحديث بلا إسناد كمثل حاطب ليل


Maksudnya : "Perumapamaan orang yang menuntut hadith tanpa isnad, seperti Hatib Lail." (Fath al-Mughith, juzu' 3, m.s. 6)

Al-Hakim ketika memperkenalkan Abdullah bin Tohir di dalam tarikhnya dengan sanad yang sampai kepada Ishak Bin Ibrahim al-Hanzoli berkata:


كان عبد الله بن طاهر إذا سألني عن حديث فذكرته بلا إسناد, سألني عن إسناده , ويقول : رواية الحديث بلا إسناد من عمل الزَمنَى, فإن إسناد الحديث كرامة من الله عز وجل لأمة محمد"


Maksudnya: " 'Abdullah bin Tohir bertanya kepadaku tentang satu hadith, lalu aku menyebutkannya tanpa isnad, lalu dia bertanya tentang sanadnya dan berkata : Riwayat hadith tanpa isnad adalah amalan orang-orang yang merana atau menderita sakit yang lama. Sesungguhnya isnad hadith adalah kemuliaan daripada Allah untuk umat Muhammad (saw)." (Ibid.) Sufyan Bin 'Uyainah (سفيان بن عيينة) pula berkata:


حدّث الزهري يوما بحديث, فقلت : هاته بلا إسناد, فقال الزهري : أتَرقَى السَطْحَ بلا سُلّم


Maksudnya : "Suatu hari al-Zuhri menyampaikan hadith, maka aku berkata : Engkau memberikannya (menyampaikannya) tanpa sanad? Jawab Zuhri : Apakah kamu menaiki bumbung tanpa menggunakan tangga.?" (Ibid,)

Seperti yang telah dinyatakan, sanad merupakan suatu yang penting untuk menentukan kesahihan sesuatu hadith atau sebaliknya. Apabila kesahihan sesuatu hadith dapat dikenal pasti dari kajian dan penelitian terhadapnya, maka banyak atau kurangnya perawi yang meriwayatkan sesuatu hadith, sedikit sebanyak memberi kesan kepada kajian terhadap sesuatu sanad hadith. disamping banyak atau kurangnya periwayat dalam sesuatu sanad sedikit sebanyak mempengaruhi kajian terhadap sanad tersebut, maka para ulama salaf berusaha merantau untuk mendapatkan sanad yang ‘Ali, kerana dengan sanad yang ‘Ali mengurangkan kemungkinan berlakunya kecacatan.

Definasi sanad 'Ali dan Nazil

Dari sudut bahasa (اللغة) kalimat al-‘Ali (العالي) adalah Isim Fa’il (اسم فاعل) dari (العُلُوّ) iaitu yang tinggi atau yang naik tinggi. Ia berlawanan dengan kalimat al-Nuzul (النزول). Manakala kalimat al-Nazil (النازل) pula adalah Isim Fa’il dari kalimat al-Nuzul, iaitu yang jatuh atau yang turun.

Dari sudut istilah (الاصطلاح) : al-Isnad al-‘Ali (الإسناد العالي) ialah isnad yang kurang bilangan rijal atau perawinya jika berbanding dengan sanad lain yang terdapat dalam sesuatu hadith dengan jumlah yang lebih banyak (Dr. Mahmud al-Tohhan (الدكتور محمود الطحّان), Taisir Mustolah al-Hadith (تيسير مصطلاح الحديث). Cet. Dar al-Fikr, m.s. 139). Manakala Al-Isnad al-Naazil (الإسناد النازل) pula ialah isnad yang banyak bilangan perawinya jika dibandingkan dengan sanad yang lain yang terdapat dalam sesuatu hadith (yang sama) dengan jumlah yang lebih sedikit. (Ibid)

Al-Ustaz Dr. Syaraf Mahmud al-Qudhah (الأستاذ الدكتور شرف محمود القضاة) berkata : “al-Hadith al-‘Ali ialah hadith yang kurang halqaat (حَلْقاتُ) sanadnya secara nisbah dalam keadaan ianya bersambung. Manakala al-Hadith al-Nazil ialah hadith yang banyak halqaat sanadnya secara nisbah dalam keadaan ianya bersambung. Maka yang dikiaskan adalah bilangan halqaat sanadnya tanpa melihat kepada bilangan perawi dalam setiap halqah (حلقة). Kadang-kadang terdapat hadith yang diriwayatkan dari beberapa orang sahabat dari Nabi saw, maka ini dikira satu halqah dalam keadaan berbilang perawinya. Maka (kita) perlu membezakan antara berbilangnya perawi dengan berbilangnya al-Halqaat (الحَلْقات). Kadang-kadang terjadi juga seorang perawi (الراوي) meriwayatkan (sesuatu hadith) dari seorang yang sama di dalam Tabaqahnya (الطبقة), maka mereka berdua di sini dikira sebagai dua halqah (حلقتان). Maka sepatutnya kita dapat bezakan antara al-Tobaqah (الطبقة) dan al-Halqah (الحلقة).” (Al-Ustaz Dr. Syaraf Mahmud al-Qudhah, Kuliah Syari’ah Uni. Jordan, al-Manhaj al-Hadith fi ‘Ulum al-Hadith, (المنهاج الحديث في علوم الحديث)m.s. 76-77.)

Definasi di atas memberikan pengertian yang jelas kepada kita maksud sanad 'Ali dan Nazil. Beza antara keduanya adalah merujuk kepada bilangan perawi dalam beberapa sanad yang menyampaikan satu hadith yang sama. Sanad yang lebih sedikit jumlah perawinya maka ia dinamakan sebagai sanad 'Ali dan yang sebaliknya dinamakan sebagai sanad Nazil. Ia tidak semata-mata dilihat kepada banyak atau kurangnya perawi di dalam sesuatu sanad. Sebaliknya sanad tersebut dibandingkan dengan sanad lain yang menyebut hadith yang sama. Jika salah satu sanad mengandungi empat orang perawi hingga sampai kepada Nabi saw, sedang sanad yang lain mengandungi lima perawi, maka sanad yang mengandungi empat perawi dikira sebagai lebih ‘Ali (أعلى) daripada yang mengandungi lima perawi.

Al-Syeikh Kamil Muhammad Muhammad 'Uwaidhoh (الشيخ كامل محمد محمد عويضة) yang mentashih dan mensyarahkan kitab Manzumah al-Sobban berkata:


إن الحديث الواحد إذا كان له سندان أحدهما أقل عددا في رجاله من الآخر, يقال للسند الذي هو أقل عددا السند العالي, ويقال للسند الآخر الذي هو أكثر عددا السند النازل


Maksudnya : "Sesungguhnya sesuatu hadith, jika ia memiliki dua sanad (سندان), salah satunya lebih sedikit bilangan perawinya (رجال) berbanding yang satu lagi, maka dikatakan sanad yang lebih sedikit bilangan (perawinya sebagai) al-Sanad al-'Ali (السند العالي), dan dikatakan sanad yang satu lagi, iaitu yang lebih banyak bilangan (perawinya sebagai) al-Sanad al-Nazil (السند النازل)." (Abi al-'Arfan Muhammad Bin 'Ali al-Sobban (أبي العرفان محمد بن علي الصبان), Manzumah al-Sobban fi 'Ilmi Mustalah al-Hadith (منظومة الصبان في العلم مصطلح الحديث), m.s. 159)


Kepentingan Sanad 'Ali Berbanding Sanad Nazil

Terdapat sedikit perbezaan pendapat, manakah yang lebih utama samaada sanad yang 'Ali ataupun sanad yang Nazil. Berkata sebahagian orang Zuhhad (الزهاد), sanad yang 'Ali itu adalah termasuk dalam perhiasan dunia (من زينة الدنيا). Mereka juga berpendapat apabila wajib ke atas ulama hadith bersungguh-sungguh mengkaji setiap sanad dari sudut Jarh (جرح) dan ta'dil (تعديل), maka sanad Nazil yang lebih perawinya lebih banyak kesungguhan dan kajiannya. Maka dari sudut ini, apabila lebih kesungguhan dan kajian, lebihlah pahala dan ganjaran. (Fath al-Mughit, jld 3, m.s. 10)

Namun berdasarkan pengertian sanad 'Ali dan Nazil yang telah dinyatakan di atas, ia menunjukkan bahawa sanad ‘Ali lebih kuat berbanding sanad ‘Nazil. Ini kerana apabila banyaknya perawi di dalam sesuatu jaluran sanad ia memungkinkan berlakunya lebih kesilapan jika dibandingkan dengan jaluran sanad yang lebih kurang bilangan perawinya (sanad 'Ali). Dalam perbincangan sanad 'Ali dan Najil ini, perkara yang diutamakan ialah kesahihan sesuatu hadith, bukan yang lainnya. Ini samalah halnya jika seseorang yang hendak pergi menunaikan solat jamaah di masjid. Apakah patut dia melalui jalan yang jauh kerana mengharapkan pahala banyaknya langkah ke masjid hingga dia tertinggal solat berjamaah yang menjadi tujuan asalnya ? demikian juga pada hadith, tujuan utama ialah untuk sampai kepada kesahihan dan menjauhi apa-apa yang boleh menimbulkan keraguan pada sesuatu hadith. Maka apabila banyaknya perawi di dalam sesuatu sanad, ia memungkinkan banyaknya kesilapan (الخطأ) dan kerosakan (الخلل), sebaliknya apabila kurangnya perawi dalam sesuatu sanad ia lebih mengurangkan kesilapan dan kerosakan. Maka ini menjadikan sanad 'Ali lebih selamat dan utama. (Ibid)

Apabila pada sanad 'Ali lebih terpelihara ketulinannya maka ia adalah lebih utama dari sanad Nazil. Al-Ustaz Dr. Syaraf Mahmud al-Qudhah berkata:


والسند العالي أقوى من السند النازل, والسبب في ذلك أنه كلما زادت عدد المرات التي ينتقل فيها الحديث من حلقة إلى أخرى زاد احتمال الخطاء, وكلما قلت قل احتمال الخطاء.


Maksudnya : “Dan sanad ‘Ali adalah lebih kuat dari sanad yang Nazil. Sebabnya kerana, setiap (hadith) yang bertambah jumlah bilangan perpindahannya (dari seorang perawi kepada perawi yang lain) pada sesuatu hadith, dari setiap halqah kepada halqah yang lain, menyebabkan bertambahnya kemungkinan (احتمال) berlakunya kesilapan. Maka jika kurang perpindahannya, maka kuranglah kemungkinan berlakunya kesilapan.” (Al-Ustaz Dr. Syaraf Mahmud al-Qudhah, Kuliah Syari’ah Uni. Jordan, al-Manhaj al-Hadith fi ‘Ulum al-Hadith, (المنهج الحديث في علوم الحديث), m.s. 77)

Ibn al-Solah (ابن الصلاح) pula berkata:


العلوّ يَبعِد الإسناد من الخلل, لأن كل رجل من رجاله يحتمل أن يقع الخلل من جهته سهوا أو عمدا, ففي قلّتهم قلّة جهات الخلل وفي كثرتهم كثرة جهات الخلل, وهذا جلي واضح


Maksudnya : “al-‘Uluw (sanad yang ‘Ali) menjauhkan sanad dari kerosakan (الخلل). Ini kerana setiap seorang dari perawi-perawinya berkemungkinan melakukan kesilapan samaada terlupa atau sengaja. Maka jika sedikit jumlah mereka (perawi), sedikitlah (kemungkinan) berlaku kerosakan, jika banyak jumlah mereka (perawi), banyaklah (kemungkinan) berlaku kerosakan. Ini adalah suatu yang jelas dan terang ” (Muqaddimah Ibn al-Solah (مقدمة ابن الصلاح), Ma’rifah al-Isnad al-‘Ali wa al-Nazil, Versi internet : http://islamtoday.al-eman.com/islamlib/viewchp.asp?BID=145&CID=33)

Disebabkan keutamaan sanad 'Ali berbanding sanad Nazil ini, al-Imam al-Bukhari di dalam kitab sahihnya tidak meriwayatkan hadith dari Imam Malik melalui al-Imam al-Syafie kerana melaluinya perlu sampai kepada Imam Malik melalui dua perantara (واسطتين). Maka al-Bukhari meriwayatkan dari Malik melalui al-Qa'nabi (القعنبي) dan yang seumpamanya dan beliau tidak mengambil sanad yang Nazil dalam keadaan adanya sanad yang 'Ali. (Fath al-Mughith, m.s. 10.) Demikian juga al-Bukhari I'timad dalam kebanyakan hadith al-Zuhri (الزهري) berbanding Syu'aib (شعيب) dimana sanadnya lebih kurang dari jalan Mu'ammar (معمر). (Ibid)


Kesungguhan Para Ulama Mendapatkan Sanad 'Ali

Melihat kepada kepentingan memiliki sanad 'Ali yang sahih, dimana sanad yang 'Ali mengurangkan kebarangkalian berlakukan kesilapan dan kerosakan, maka kita akan melihat para ulama benar-benar berusaha untuk mendapatkannya. Kesungguhan mereka mendapatkan sanad yang 'Ali berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a., katanya:


"كنا نهينا أن نسأل رسول الله صلى الله عليه وسلم عن شيء, فكان يعجبناأن يأتيه الرجل من أهل البادية, فيسأله ونحن نسمع فأتاه رجل منهم فقال: يا محمد, أتانا رسولك فزعم أنك تزعم أن الله أرسلك. قال: صدق. قال: فمن خلق السماء؟ قال: الله. قال: فمن خلق الأرض؟ قال: الله. قال: فمن نصب هذا الجبال؟ قال: الله. قال: فمن جعل فيها هذه المنافع؟ قال: الله. قال: فبالذي خلق السماء والأرض و نصب الجبال و جعل فيها هذه المنافع, ألله أرسلك؟ قال: نعم. قال: فزعم رسولك أن علينا خمس صلوات في يومنا و ليلتنا. قال: صدق. قال: فبالذي أرسلك, الله أمرك بهذا؟ قال: نعم . قال وزعم رسولك أن علينا صدقة في أموالنا. قال: صدق. قال: فبالذي أرسلك, الله أمرك بهذا؟ قال: نعم. قال: وزعم رسولك أن علينا صوم شهر في سنتنا. قال: صدق. قال: فبالذي أرسلك, الله أمرك بهذا؟ قال: نعم. قال: وزعم رسولك أن عليناحج البيت من استطع إليه سبيلا. قال: صدق. قال: فبالذي أرسلك, الله أمرك بهذا؟ قال: نعم . قال: والذي بعثك بالحق, لا أزيدن عليهن ولا أنقص منهن. فلما مضى قال: لئن صدق ليدخلن الجنة."


Maksudnya : "Adalah kami dilarang daripada (banyak) bertanyakan kepada Rasulullah saw tentang sesuatu, maka kami amat bergembira jika datang kepada Baginda seorang lelaki dari ahli pendalaman (Arab Badwi), lalu dia bertanya Baginda, dan kami semua boleh mendengar. (suatu hari) datang seorang lelaki dari mereka (orang pendalaman) lalu berkata : Wahai Muhammad, telah datang kepada kami utusanmu, lalu dia telah mendakwa bahawa engkau mendakwa, Allah telah mengutuskan engkau. Jawab Baginda : Dia benar. Kata orang itu lagi : Siapakah yang menciptakan langit? Jawab Baginda : Allah. Tanyanya lagi : Siapakah yang telah menciptakan bumi? Jawab Baginda : Allah. Tanyanya lagi :Siapakah yang telah menegakkan bukit ini? Baginda saw menjawab : Allah. Tanya orang itu lagi : Siapakah yang telah menjadikan manfaat-manfaat padanya? Baginda menjawab : Allah. Kata orang itu : Demi zat yang telah menciptakan langit dan bumi, dan yang telah menegakkan bukit ini, dan yang telah menjadikan banyak manafaat padanya, Apakah (benar) Allah yang telah mengutuskan engkau (Muhammad)? Jawab Baginda : Ya. Kata orang itu lagi : Dan utusan engkau mendakwa, bahawa atas kami (perlu melaksanakan) sembahyang lima waktu sehari semalam. Jawab Baginda : Dia benar. Kata orang itu : Demi zat yang telah mengutuskan engkau, Allah yang telah menyuruh engkau dengan perkara ini? Jawab Baginda : Ya. Orang itu berkata lagi : Utusanmu mendakwa bahawa atas kami perlu mengeluarkan sedekah dari harta-harta kami? Baginda menjawab : Dia benar. Kata orang itu : Demi zat yang telah mengutuskan engkau, Benarkah Allah yang telah menyuruh engkau dengan perkara ini? Baginda menjawab : Ya. Kata orang itu lagi : Utusanmu mendakwa bahawa atas kami perlu berpuasa sebulan dalam setahun? Baginda menjawab : Dia benar. Orang itu berkata : Demi zat yang telah mengutuskan engkau, Allah yang menyuruh engkau dengan perkara ini? Baginda menjawab : Ya. Orang itu berkata lagi : Utusanmu mendakwa bahawa atas kami perlu menunaikan haji di al-Bait bagi sesiapa yang mampu melaksanakannya?Baginda menjawab : Dia benar. Kata orang itu : Demi zat yang telah mengutuskan engkau, Allah yang telah menyuruh engkau dengan perkara ini? Jawab Baginda : Ya. Kata orang itu : Demi zat yang telah mengutuskan engkau dengan kebenaran. Aku tidak akan menambahnya dan aku tidak akan mengurangkan daripadanya. Apabila orang itu berlalu pergi, Nabi saw bersabda : Jika dia benar (seperti yang dikatakannya) pasti dia akan masuk ke syurga." (Hadith sahih r iwayat Muslim, bab al-Iman)

Dari hadith ini, para ulama menjadikannya sebagai bukti atas galakan untuk mendapatkan sanad yang 'Ali. Ini kerana orang Badwi tersebut, walaupun utusan Nabi saw telah mengkhabarkan kepadanya tentang Islam, namun dia tetap ingin mendapatkan perkhabaran tersebut dari Nabi saw sendiri. Jika perbuatan Badwi tersebut suatu yang tercela dan tidak baik, pastilah Nabi saw akan menegur dan menasihatinya untuk berpada dengan khabar yang disampaikan oleh utusan baginda saw. Abu Abdillah al-Hakim (أبو عبد الله الحاكم) berkata : "Padanya (hadith di atas) dalil seseorang menuntut sanad yang 'Ali dan tidak hanya berpada dengan sanad yang Nazil, walaupun dia mendengarnya dari (seseorang) yang thiqah. Dimana seorang Badwi (itu), ketika telah datang kepadanya utusan Rasulullah saw, lalu mengkhabarkan kepadanya apa-apa yang telah difardhukan oleh Allah ke atas mereka, (akan tetapi ianya) ia merasakan tidak memadai dengannya, sehinggalah dia berangkat sendiri untuk bertemu Rasulullah saw, dan mendengar daripada baginda apa-apa yang telah disampaikan oleh utusan baginda kepadanya." (Manzumah al-Sobban, m.s. 154.)

Seterusnya al-Syeikh Kamil berkata : "Kalaulah mencari sanad yang 'Ali itu suatu yang tidak digalakkan, pastilah al-Mustafa saw telah mengingkari soalan-soalan Badwi tersebut kepada Baginda tentang perkara yang telah dikhabarkan kepadanya oleh utusan Baginda. Dan pastilah juga Baginda akan menyuruhnya berpada dengan apa yang telah dikhabarkan oleh utusan Baginda kepadanya." (ibid)

Demikian juga hadith yang menceritakan tentang 'Abdullah Bin Zaid yang telah melihat di dalam mimpinya lafaz-lafaz azan dan kaifiyatnya, lalu beliau menceritakan kepada Nabi saw. Lalu Nabi saw bersabda kepadanya:


إنها لرؤيا حق إن شاء الله, فقم مع بلال فألق عليه ما رأيتَ فليؤذن به فإنه أندى صوتا منك


Maksudnya : "Sesungguhnya itu adalah mimpi yang benar insyaallah, bangunlah pergi kepada Bilal, dan ajarkan kepadanya apa yang kamu lihat (di dalam mimpi), supaya Bilal azan dengannya." (Hadith riwayat Abu Daud.)

Nabi saw tidak mengajarkan sendiri lafaz dan kaifiat azan tersebut kepada Bilal, bahkan menyuruh Abdullah bin Zain yang mengajarkannya. Ini menunjukkan sunatnya mendapatkan sanad yang 'Ali.

Yahya Bin Ma'in ketika sakit yang menyebabkan kematiannya, apabila ditanya apakah yang kamu angankan? Jawabnya :

بيت خال و إسناد عالي


Maksudnya : "Rumah yang kosong dan isnad 'Ali" (Ibid, m.s. 153)

Seperti yang telah disebutkan di atas, kajian sanad adalah untuk untuk mengenali yang sahih dari yang sebaliknya. Mengenali kesahihan sesuatu hadith adalah tujuan utama. Suatu yang perlu diberi perhatian bahawa, sanad 'Ali ini juga perlu dilihat kepada kesahihan sanadnya. Jika sesuatu hadith datang dari sanad yang 'Ali, namun sanad tersebut tidak sahih, maka sanad itu tidak menaikkan kedudukan hadith tersebut. Jika terdapat hadith dengan sanad yang nazil lebih sahih daripadanya, maka hadith dengan sanad yang nazil ini lebih kuat dari hadith dengan sanad 'Ali yang tidak sahih. Dr. al-Qudhah berkata :


أما لو كان السند النازل أقوى رواةً فهو أقوى من العالي, فقوة الرواة أهم من العلو وحده, ولكن إن كان الرواة في القوة سواء فالعالي أقوى


Maksudnya : "Adapun jika sanad nazil lebih kuat perawi-perawinya, maka ia (sanad nazil) lebih kuat daripada (sanad) 'Ali. Maka kekuatan periwayat-periwayat lebih utama daripada (sifat sanad) yang 'Uluw (العلوّ) semata-mata. Akan tetapi jika dari segi kekuatan periwayat-periwayat sama, maka yang 'Ali adalah lebih kuat." (Al-Minhaj al-Hadith fi 'Ulum al-Hadith, m.s. 77)

Imam Ahmad bin Hambal berkata:

طلب الإسناد العالي سنة عمن سلف,

Maksudnya: "Menuntut sanad yang 'Ali adalah sunnah daripada salaf (generasi awal umat Islam)." (Mahasin al-Istilah (محاسن الإصطلاح), m.s. 213)


Pembahagian Sanad ‘Ali

Sanad ‘Ali ini terbahagi kepada beberapa bahagian. Sepertimana yang telah dijelaskan oleh para ulama seperti Ibn al-Solah, Abu al-Fadhl Bin Tohir (أبو الفضل بن طاهر) dan selainnya. Pembahagian-pembahagian tersebut ialah :

1- Sanad ‘Ali yang hampir dengan Nabi saw (القُرب من رسول الله) dengan sanad yang sahih, bersih, bebas dari ciri-ciri kelemahan (خال من الضعف). Dan ini merupakan rangkaian sanad ‘Ali yang paling tinggi. Sanad 'Ali ini dinamakan sebagai Sanad 'Ali Mutlaq (علو مطلق). Iaitu sanad yang hampir kepada Nabi saw dari sudut bilangan periwayatnya yang sedikit. Ia dinamakan sebagai sanad 'Ali yang mutlak kerana ia dinisbahkan kepada Nabi saw yang ketinggian Baginda adalah mutlaq..

Seperti yang telah dinyatakan di atas, sanad 'Ali ini juga dilihat samaada ianya sahih ataupun tidak, jika tidak sahih, maka ia tidak memberi apa-apa kelebihan, bahkan jika ada hadith dari sanad nazil yang sahih, maka hadith dari sanad yang nazil ini diambil. Al-Syeikh Kamil Muhammad Muhammad 'Uwaidhoh berkata:


إذا كان مع ضعف فلا التِفات إليه, لا سيما إن كان فيه بعض الكذابين المتأخرين, ممن ادعى سماعا من الصحابة


Maksudnya : "…Jika ia (sanad yang 'Ali) bersama kelemahan, maka tidak diambil perhatian kepadanya (ditinggalkan), terutamanya jika padanya (sanadnya) ada sebahagian pendusta mutaakhir, dari orang yang mendakwa mendengar hadith dari sahabat (secara dusta)." (Manzumah al-Sobban, m.s. 156)

Al-Syakhawi di dalam Fath al-Mughith Syarh al-Fiyyah al-Hadith menyebut (maksudnya) : "Dan bahagian ini lebih utama dari bahagian yang lain. Dan ia lebih tinggi dari semua jenis sanad yang 'Ali (وأعلى من سائر العوالي), jika sanadnya sahih, kerana sanad yang hampir dalam keadaan dhoief disebabkan sebahagian periwayatnya, maka tidak diambil I'tibar dengannya. Dan tidak diambil perhatian terhadapnya…" (Fath al-Mughith Syarh al-Fiyyah al-Hadith (فتح المغيت شرح الفية الحديث), m.s. 12.)

Seterusnya al-Sakhawi menyenaraikan beberapa nama periwayat yang tidak sahih, yang ada di dalam beberapa sanad 'Ali beserta dengan pembohongan mereka, antaranya :

i- Periwayat yang mendakwa secara dusta mendengar dari sahabat Nabi saw. Mereka ialah Abu Hudbah Ibrahim Ibn Hudbah (أبو هدبة إبراهيم ابن هدبة), Khiras Ibn 'Abdillah (خِراش ابن عبدالله), Dinar (دينار), Uthman Bin Khattab al-Maghribi (عثمان بن الخطاب المغربي), Kathir Bin Salim (كثير بن سليم), Musa al-Towil (موسى الطويل), Nafi' Abi Hurmuz (نافع أبي هرمز), Nu'aim bin Salim (نعيم بن سالم), Abi Khalid al-Saqa (أبي خالد السقا), dan lain-lain. Al-Zahabi berkata : "Bila aku melihat seorang muhaddith bergembira dengan sanad 'Ali mereka ini (pemalsu-pemalsu di atas), maka ketahuilah sesungguhnya (muhaddith itu) masih dalam keadaan buta." (Perkataan al-Zahabi tersebut ialah : (متى رأيت المحدث يفرح بعوالي هؤلاء, فاعلم أنه عامي بعد). Mahasin al-Istilah (محاسن الإصطلاح), m.s. 214.)

ii- Periwayat yang mendakwa secara dusta bersahabat dengan Nabi saw. Mereka ialah Jabir bin al-Harith (جبير بن الحارث), al-Rabi' bin Mahmud al-Maridini (الربيع بن محمود المارديني), Rotan (رتن), iaitu Ratan al-Hindi (رتن الهندي), satu gelaran yang diberikan oleh para ulama hadith kepada satu golongan yang mendakwa secara dusta bersahabat dengan Nabi saw bagi tujuan memalsukan riwayat daripada Baginda, antara mereka ialah al-Mu'ammar (المعمر) (Sila lihat Ibn Hajar di dalam al-Isobah fi Tamyiz al-Sohabah ketika menyebut tentang al-Mu'ammar, periwayat hadith al-Musalsal bi al-Musafahah.) iaitu salah seorang periwayat hadith al-Musalsal bi al-Musafahah (المسلسل بالمصافحة) (Al-Musalsal bi al-Musafahah ialah hadith palsu (من صافحني أو صافح من صافحني إلى يوم القيامة دخل الجنة) (maksudnya) "Sesiapa yang bersalam denganku, atau bersalam dengan orang yang bersalam denganku hingga hari kiamat akan masuk syurga."). Al-Imam al-Zahabi di dalam kitabnya Mizan al-I'tidal menerangkan maksud Ratan sebagai:


وما أدراك ما رتن , شيخ دجال بلا ريب ظهر بعد ستمائة فادعى الصحبة


Maksudnya: "Ratan al-Hindi, dan apakah yang kamu tahu tentang Ratan ? (dia ialah) SYEIKH DAJJAL tanpa ragu, zahir selepas enam ratus tahun (selepas kewafatan Nabi saw), lalu mendakwa bersahabat (dengan Nabi saw)" . (Mizan al-I'tidal, juz 2, ms. 450)

Demikian antara nama periwayat hadith yang memalsukan hadith. Jika terdapat di dalam sanad sesuatu hadith walaupun sanad itu 'Ali, ia sama sekali tidak menaikkan darjat hadith tersebut. Namun, jika terdapat satu hadith, salah satunya datang melalui sanad yang 'Ali dan satu lagi dari sanad Nazil dan kedua-dua sanad tersebut adalah sanad yang sahih, maka sanad yang 'Ali itu adalah lebih diutamakan. Ini kerana sanadnya lebih hampir kepada Nabi saw. Para ulama benar-benar memberi sepenuh tumpuan mereka untuk mendapatkan sanad 'Ali yang sahih seumpama ini. Al-Syeikh Ahmad Syakir (الشيخ أحمد شاكر) berkata (maksudnya) : "Para ulama benar-benar mengambil berat dengan sanad 'Ali bahagian ini. Sehinggakan sebahagian mereka berlebih-lebihan terhadapnya." (Ibid)

2- Sanad 'Ali yang hampir kepada para imam hadith seperti al-A'mash (الأعمش), Ibn Juraij (ابن جريج), al-Awza'ie (الأوزاعي), Syu'bah (شعبة), al-Thauriy (الثوري), al-Laith (الليث), Malik (مالك), Ibn 'Uyainah (ابن عيينة) dan lain-lain.

3- Sanad 'Ali Nisbi (علو نسبي). Iaitu sanad 'Ali yang dinisbahkan kepada riwayat dua kitab sahih al-Bukhari dan Muslim, atau salah satu daripada dua kitab sahih ini, atau salah satu daripada kitab-kitab hadith yang dikenali yang menjadi rujukan (من الكتب المعروفة المعتمدة) seperti kitab Sunan Sittah atau kitab-kitab sunan lain yang muktabar. Ia dinamakan sebagai sanad 'Ali nisbi kerana dinisbahkan kepada para imam hadith yang memiliki sifat-sifat yang tinggi seperti Hafidz, Faqih dan Dhobith. Ia terbahagi kepada empat:

i- al-Muwafaqah (الموافقة). Iaitu sanad hadith yang sampai kepada guru (شيخ) salah seorang penulis kitab yang muktabar. Dimana dari jalan lain, periwayatnya lebih sedikit bilangannya dari jalan penulis tersebut. Dinamakan dengan al-Muwafaqah kerana bersamaan dua periwayat ini pada seorang syeikh tertentu. Contohnya hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Muhammad bin 'Abd Allah al-Ansoriy (محمد بن عبد الله الأنصاري) daripada Humaid (حُميد) daripada Anas secara marfu':


كتاب الله القصاص


Maksudnya : "(Hukum di dalam) kitab Allah, (wajib) Qisas (walau sebatang gigi)." (Al-Nawawi di dalam Syarh Sahih Muslim menyebut maksud perkataan Nabi saw : ((كتاب الله القصاص sebagai (حكم كتاب الله وجوب القصاص في السن))

Al-Syeikh Kamil Muhammad Muhammad 'Uwaidhah berkata : "Jika kami riwayatkan hadith ini bermula dari kami hingga sampai kepada al-Bukhari daripada gurunya Muhammad bin 'Abdullah al-Ansoriy hingga ke akhir sanad, dan (jika dibandingkan) kami riwayatkannya pula dengan sanad yang lain, yang tidak melalui al-Bukhari, bahkan melalui kawannya yang bersamanya mengambil hadith tersebut dari Muhammad bin Abdullah al-Ansoriy hingga ke akhir sanad, maka sanad yang kedua itu adalah yang 'Ali dan sanad yang pertama itu Nazil. Maka terjadilah demikian itu dari sudut al-Muwafaqah. (Manzumah al-Sobban, m.s. 157)

ii- Al-Badal (البدل). Iaitu sanad hadith yang sampai kepada guru salah seorang penulis dari jalan (طريق) yang lain dari jalan penulis tersebut. Bahkan dari jalan lain yang lebih kurang bilangan daripada jalannya. Contohnya adalah hadith yang telah disebut di dalam bab al-Muwafaqah. Dimana hadith tersebut diriwayatkan dari jalan yang lain (bermula dari al-Syeikh Kamil), yang tidak melalui Muhammad bin Abdillah al-Ansoriy. Bahkan melalui kawannya yang bersama mengambil hadith itu daripada Humaid. Maka sanad yang kedua itu lebih sedikit perawinya daripada sanad yang pertama'Ali. Ini bermakna sanad yang kedua itu 'Ali dan yang pertama Nazil.

iii- Al-Musawah (المساواة). Iaitu sama bilangan periwayat di dalam sanad dari seorang periwayat kepada seorang yang memiliki sifat yang mulia. Contohnya hadith:


نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن نكاح المتعة


Maksudnya : "Rasulullah saw telah melarang daripada nikah Mut'ah." (Al-Bukhari dan Muslim)

Hadith ini jika dari riwayat al-Nasa-ie, diantaranya dan Nabi saw terdapat sepuluh orang periwayat. (رجال). Jika hadith ini diriwayatkan oleh sebahagian mu'taakkhirin dengan sanad diantaranya hingga Nabi saw ada dua belas periwayat. Maka sanad yang awal (di sisi al-Nasa-ie) itu adalah sanad yang 'Ali dan sanad yang kedua itu adalah yang Nazil. Ia dianggap sebagai sama kerana samanya kepada salah seorang pengarang (kitab hadith yang utama), iaitulah al-Nasa-ie dalam bilangan periwayat hadith yang disebut. (Manzumah al-Sobban, m.s. 158)

iv- Al-Musafahah (المصافحة). Iaitu sama bilangan sanad daripada seorang perawi kepada seorang yang memiliki sifat yang mulia dalam keadaan bilangan sanad dari seorang pelajar seorang pengarang kitab hadith hingga kepada seorang yang memiliki sifat yang mulia. Contohnya hadith dalam bahagian al-Musawah di atas. Seperti yang telah dinyatakan di atas, al-Nasa-ie meriwayatkan hadith tersebut, antaranya dengan Nabi saw sebanyak sepuluh periwayat. Al-'Iraqi telah meriwayatkan hadith ini dengan sanad yang ada padanya sebanyak sebelas perawi. Di sisinya juga ada sanad yang lebih banyak dari sebelas perawi. Maka sanad yang pertama itu adalah 'Ali dan yang kedua adalah Nazil. Dinamakan sebagai sanad 'Ali al-Musafahah kerana al-'Iraqi tidak menyamakan sanadnya dengan sanad al-Nasa-ie dalam bilangan perawi hadith tersebut. Sebaliknya beliau sama dengan anak murid al-Nasa-ie, sehingga seolah-olah beliau menemui al-Nasa-ie, seperti seorang murid bertemu dengan guru hadithnya, bersalaman (مصافحة) dengan guruya dan mengambil hadith darinya. (Manzumah al-Sobban, m.s. 158.)

4- Sanad 'Ali dengan sebab awalnya kematian syeikh yang meriwayatkan hadith kepadanya berbanding syeikh yang lain, walaupun sama bilangan perawi sanad hadith tersebut.

Al-Nawawi berkata di dalam al-Taqrib (التقريب) : "Apa yang kami riwayatkannya dari tiga orang perawi, iaitu al-Baihaqi (البيهقي) daripada al-Hakim adalah lebih tinggi (أعلى) daripada apa yang aku riwayatkan dari tiga orang perawi, iaitu Abu Bakr bin Khalaf daripada al-Hakim, dalam hadith yang sama disebabkan dahulunya kematian al-Baihaqi berbanding Abu Bakr bin Khalaf." (Ibid, m.s. 159)

5- Sanad 'Ali disebabkan lebih dahulu mendengar hadith, ia membawa maksud, rangkaian sanad orang yang lebih dahulu mendengar hadith adalah lebih utama daripada rangkaian sanad orang yang mendengar hadith yang sama selepasnya dengan jumlah perawi yang sama diantara dua perawi tersebut. Contohnya dua orang perawi telah mendengar hadith yang sama daripada seorang guru. Walaupun begitu, masa mendengar diantara dua orang perawi tersebut tidak sama. Salah seorang perawi tersebut telah mendengar hadith lima puluh tahun lepas dari guru yang sama, manakala seorang perawi lagi mendengan hadith yang sama tiga puluh tahun kemudian dari guru yang sama.

Dalam keadaan ini, sanad perawi pertama lebih tinggi berbanding perawi kedua. Ini adalah kerana dibimbangi fikiran gurunya kacau bilau atau terlupa dengan sebab tua.



Pembahagian Sanad Nazil

Dari sudut pengertian, sanad Nazil adalah lawan kepada sanad 'Ali sepertimana yang telah dijelaskan. Oleh itu, pembahagian sanad Nazil adalah lawan kepada pembahagian sanad 'Ali. Ia juga terbahagi kepada dua iaitulah :

1- Sanad Nazil Mutlaq (نزول مطلق), dan

2- Sanad Nazil Nisbi (نزول نسبي)

Semua pembahagian bagi sanad Nazil ini adalah berlawanan dengan pembahagian sanad 'Ali.

Kedudukan Hadith Penghafal al-Quran Dapat Memberi Syafaat

Di dalam Sunan Ibn Majah diriwayatkan sebuah hadith yang dikatakan dari Abi Tolib R.A.:

مَنْ قَرَأَ القُرْآنَ وَحَفِظَهُ أدْخَلَهُ اللهُ الجَنَّةَ وَشَفَّعَهُ فِيْ عَشَرَةِ مِنْ أهْلِ بَيْتِهِ كُلُّهُمْ قَدْ اسْتَوْجَبُوْا النَّارَ

Maksudnya: "Sesiapa yang membaca al-Quran dan menghafalnya, Allah akan memasukkannya ke dalam syurga, dan dia akan memberi syafaat kepada 10 ahli keluarganya, yang mana semua mereka merupakan ahli neraka."

Darjat hadith:

Terlalu lemah untuk dikatakan hadith Nabi (DHOIEF JiDDAN ضعيف جدا), sila lihat Dhoief Sunan Ibn Majah, oleh al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani. Hadith bil. 38.



al-Imam al-Tirmizi pula meriwayatkan daripada Ali bin Abi Tolib juga:

‏مَنْ قَرَأَ الْقُرْآنَ ‏ ‏وَاسْتَظْهَرَهُ ‏ ‏فَأَحَلَّ حَلَالَهُ وَحَرَّمَ حَرَامَهُ أَدْخَلَهُ اللَّهُ بِهِ الْجَنَّةَ وَشَفَّعَهُ فِي عَشْرَةٍ مِنْ أَهْلِ بَيْتِهِ كُلُّهُمْ قَدْ وَجَبَتْ لَهُ النَّارُ

Maksudnya: "Sesiapa yang membaca al-Quran dan menghafalnya, dia menghalalkan apa yang dihalalkan di dalam al-Quran dan mengharamkan apa yang diharamkan di dalam al-Quran, Allah akan memasukkan ke dalam syurga dan dia akan dapat memberi syafaat 10 orang ahli keluarganya yang semuanya adalah ahli neraka."


Kata Abu 'Isa: Hadith ini Gharib, tidak kami ketahui melainkan dalam bentuk ini, dan sanadnya tidak sahih, (Dlm sanadnya ada) Hafs bin Sulaiman, dia dilemahkan di dalam sanad hadith ini. (Sila lihat Sunan al-Tirmizi)


wallahu a'lam.

Kelebihan Solat Sunat Dhuha


Soalan:
Drpd: Amir Effendy:


Salam Ustaz, apakah ada nas berkenaan fadhilat atau kelebihan solat dhuha? Saya cuma jumpa nas yg nabi saw ada buat solat dhuna dan wasiat dia (nabi saw) pada abu hurairah.




Jawapan:

Ya, sememangnya terdapat hadith-hadith yang thabit, menceritakan kelebihan solat sunat Dhuha. Antaranya seperti yang diriwayatkan daripada Abu Zar R.A. yang berkata, Nabi S.A.W. pernah bersabda:



‏يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى


Maksudnya: “Setiap sendi (tulang) dari seseorang daripada kamu (perlu ke atasnya) sedekah, maka setiap tasbih adalah sedekah, dan setiap tahmid adalah sedekah, dan setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah, dan menyeru berbuat baik itu adalah sedekah, dan melarang dari perkara yang mungkar itu adalah sedekah, dan sedekah ke atas sendi-sendi itu memadai dengan 2 rakaat yang dikerjakan pada waktu Dhuha.” (HR Muslim)

Abu Nu'aim bin Hammar ((نعيم بن همار)) pula berkata:


سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏يَقُولُ يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ ‏ ‏يَا ابْنَ ‏ ‏آدَمَ ‏ ‏لَا تُعْجِزْنِي ‏ ‏ مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ أَكْفِكَ آخِرَهُ


Maksudnya: “Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda, firman Allah A.Z.J.: “Wahai anak Adam, jangan kamu ketinggalan menunaikan 4 rakaat pada awal siang hari, aku akan mencukupkan engkau pada akhir hari itu.” (HR Abu Daud, disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abi Daud)

Anas bin Malik R.A. pula berkata:


مَنْ صَلَّى الْفَجْرَ فِيْ جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ، كَانَتْ لَهُ كَأجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ، تَامَّةٍ، تَامَّةٍ، تَامَّةٍ


Maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh berjamaah (di masjid), kemudian dia duduk dan berzikir kepada Allah sehingga terbitnya matahari, kemudian menunaikan solat (sunat) 2 rakaat, baginya pahala seperti menunaikan haji dan umrah yang sempurna, yang sempurna, yang sempurna.” (HR al-Tirmizi, dihasankan oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan al-Tirmizi)

Wallahu a'lam.

Wednesday, December 3, 2008

Nikah Bagi Pasangan Yang Memeluk Islam

Soalan:

Sepasang suami isteri yang dulunya bukan beragama islam telah memeluk islam. Adakah mereka memerlukan akad nikah yang baru mengikut agama islam atau tidak perlu? Mohon pandangan Ustaz.

Jawapan:

Sepasang suami isteri yang memeluk agama Islam TIDAK PERLU kepada nikah yang baru. Nikah mereka ketika tidak Islam diterima di sisi Syarak. Jika diandaikan si suami memeluk Islam lebih awal berbanding isterinya, kemudian sebelum tamatnya 'Iddah, iaterinya pula memeluk Islam, maka nikah mereka juga TETAP SAH, mereka tidak perlu kepada nikah yang baru. ('Iddah wanita ialah 3 kali suci bagi yang masih berhaid, dan 3 bulan bagi yang telah putus haid, dan melahirkan anak jika dia sedang mengandung). Inilah mazhab al-Syafi'e dan Ahmad, demikian juga
Malik.




Terdapat bukti yang banyak daripada sunnah dalam perkara ini, antaranya:

1- Isteri Sofwan bin Umayyah memeluk Islam pada hari pembukaan Mekah, kemudian Sofwan bin Umayyah memeluk Islam selepas daripada itu dalam tempoh lebih kurang satu bulan. Nabi saw tidak memisahkan diantara mereka berdua, dan baginda juga tidak mengarahkan mereka melakukan akad yang baru. Kekal bagi mereka pernikahan mereka yang awal (ketika sebelum Islam).

Adapun jika salah seorang memeluk Islam selepas tamat tempoh 'Iddah, maka wujud perbezaan pendapat di kalangan ulama. Pendapat yang lebih benar ialah, jika mereka berdua sepakat untuk kembali rujuk, dan si wanita itu tidak berkahwin dengan lelaki yang lain maka harus untuk mereka rujuk tanpa akad yang baru. Inilah pendapat yang dipilih oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dan anak muridnya Ibn Qayyim al-Jauziyyah. Pendapat inilah juga yang dirajihkan oleh al-Syeikh Ibn 'Uthaimin r.himahumullah ajma'ien. Mereka berdalilkan dengan riwayat Abu Daud dari Ibn 'Abbas r.a.

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم رد زينب ابنته على زوجها أبي العاص بنكاحها الأول

Maksudnya: "bahawasanya Nabi saw mengembalikan anaknya Zainab kepada suaminya Abi al-'Ash dengan nikah yang pertama (ketika sebelum muslim)." (Hadith ini diriwayatkan oleh al-Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah. Dan disahihkan oleh al-Albani di dalam sahih Ibn Majah)

Abi al-Ash memeluk Islam dua tahun selepas turunnya beberapa ayat dari surah al-Mumtahinah yang mengharamkan wanita muslimah berkahwin dengan lelaki musyrik (kerana itu Nabi saw memisahkan mereka berdua). Tempoh dua tahun ini menunjukkan telah tamatnya waktu 'Iddah Zainab. Dalam keadaan itu Nabi saw tetap mengembalikan Zainab kepada Abi al-'Ash dengan pernikahan yang pertama, tanpa perlu akad yag baru.

wallahu a'lam.

Tuesday, December 2, 2008

Hukum Memberi Daging Korban Kepada Orang kafir



Soalan:

Apakah boleh memberi daging korban kepada orang kafir?

Jawapan:

Harus memberi daging korban kepada orang kafir sebagai satu sedekah, dengan syarat orang kafir itu bukan dari golongan yang memerangi umat Islam. Jika dia termasuk orang yang memerangi umat Islam, tidak boleh memberi daging kepada mereka berdasarkan firman Allah S.W.T.:







لا يَنْهَاكُمْ اللَّهُ عَنْ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ (8) إِنَّمَا يَنْهَاكُمْ اللَّهُ عَنْ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ فَأُوْلَئِكَ هُمْ الظَّالِمُونَ

Maksudnya: "Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama mu, dan tidak mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah mengasi orang-orang yang berlaku adil. Hanyasanya Allah melarang kamu mengangkat wali (menjadi pemimpin) dari orang-orang yang memerangi kamu kerana agama mu dan mengusir kamu dari negeri mu dan menolong mengusir mu, barang siapa yang mengangkat mereka itu, mereka termasuk orang-orang yang zalim. (al-Mumtahinah: 8-9)

Ruj: Fatwa Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin (2/663)