Sunday, December 28, 2008

Hukum Seorang Isteri Melakukan Masturbasi atau Onani


Soalan:
drpd: Is3

Salam. Blh ustaz terangkan ttg hukum masturbasi? Is3 yg tak dilayan suami mlakaukan onani, apakah bdosa? Trima Kasih.



Jawapan:

Masturbasi atau Onani adalah perbuatan yang DIHARAMKAN di dalam Syarak, dalilnya adalah firman Allah S.W.T.:

والذين هم لفروجهم حافظون إلا على أزواجهم أو ما ملكت أيمانهم فإنهم غير ملومين فمن ابتغى وراء ذلك فأولئك هم العادون

Maksudnya: “(Orang-orang beriman yang berjaya itu, antara sifat mereka) Dan mereka yang menjaga kemaluan mereka melainkan kepada isteri –isteri dan hamba sahaya mereka, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Barangsiapa yang mencari selain daripada itu, maka mereka itu orang-orang yang melampaui batas.” (al-Mukmiun: 5 dan al-Maarij: 29)

Di dalam ayat ini Allah S.W.T. telah mengharamkan hubungan jenis (المتعة الجنسية - berseronok dengan kemaluan) antara lelaki dan wanita melainkan jika hubungan jenis itu dilakukan antara suami dengan isterinya dan antara seorang lelaki dengan hamba sahayanya. Seterusnya Allah S.W.T. menyambung firmanNya dengan menyatakan: “Sesiapa yang mencari selain daripada itu.” yakni melakukan hubungan jenis (berseronok dengan kemaluan) selain daripada sesama suami isteri atau antara lelaki dengan hamba sahayanya, maka dia termasuk orang-orang yang melampaui batas. Dari ayat ini, kita dapat memahami termasuk hubungan jenis atau cara berseronok dengan kemaluan dengan cara onani atau masturbasi itu termasuk perkara selain berseronok sesama suami isteri atau antara lelaki dan hamba sahayanya. Dan onani ini termasuk perbuatan mencari jalan berseronok dengan kemaluan melalui cara yang melampaui batas.

Oleh kerana itu Nabi S.A.W. telah menunjukkan cara melemahkan nafsu syahwat bagi orang yang tidak mampu berkahwin dengan berpuasa, Baginda bersabda:

يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج، ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء

Maksudnya: “Wahai sekelian orang muda, sesiapa di kalangan kamu yang ada kemampuan, maka hendaklah dia berkahwin, sesiapa yang tidak ada kemampuan, maka hendaklah dia berpuasa, kerana sesungguhnya puasa itu berperanan sebagai perisai untuknya (daripada syahwat).”

Maka isteri yang tidak dilayan suami, saya mencadangkan dua cara untuk dia menyelesaikan masaalahnya:

1. Berbincang dengan suaminya dengan cara yang baik
2. Banyakkan berpuasa untuk mengekang nafsu syahwatnya.

Bagi suami pula yang mengabaikan tanggungjawabnya, atau yang tidak memberikan hak isterinya yang ada padanya kita menasihatkan:

“Takutlah anda kepada Allah S.W.T. terhadap hak isteri anda yang ada pada anda, termasuk hak isteri ke atas suami itu ialah melunaskan tuntutan nafsunya dengan cara yang dihalalkan oleh Allah S.W.T.”

Adapun kepada isteri tadi yang diabaikan haknya oleh suaminya, jika keadaannya tertekan dan dia bimbang jika keadaan itu berterusan akan mencampakkannya melakukan perkara maksiat yang lebih besar. Yakni dalam ertikata dihadapannya terdapat banyak jalan mudah untuk melakukan maksiat, maka berdasarkan kaedah الضرورة تبيح المحظورات “Kemudharatan itu membolehkan perkara yang dilarang”, maka Imam Ahmad telah mengharuskan onani atau masturbasi bagi mengambil mudharat yang lebih ringan.

Namun dalam masa yang sama, kami tetap menasihati para isteri yang dimaksudkan untuk dia mengamalkan langkah-langkahpencegahan daripada onani dan yang lainnya seperti bawah ini:

1. Perbanyakkan berpuasa.
2. Menjauhi dari perkara-perkara yang dapat merangsangkan nafsu seperti menonton filem, membaca majalah dan perkara-perkara lainnya yang semua kita dapat mengetahui rangsangannya terhadap nafsu.
3. Bersahabat dengan orang-orang yang baik atau soleh.
4. Banyakkan membaca al-Quran atau mendengar bacaannya sambil memerhatikan maksudnya.
5. Banyakkan berzikir kepada Allah S.W.T.
6. Menjauhi dari bersendirian dalam tempoh masa yang panjang, yang dapat member kelebihan kepada Syaitan untuk menghasut melakukan maksiat.
7. Menyibukkan diri dengan perkara-perkaralain seperti bermesra atau melakukan sebarang aktiviti dengan anak-anak.
8. Dan perkara-perkara lain yang anda rasakan dapat menjauhkan diri dari melakukan maksiat kepada Allah S.W.T.

Di akhir ini, kami ingin menegaskan, sekiranya seseorang isteri atau sesiapa sahaja yang terlanjur melakukan onani atau maksiat lainnya: “Sesungguhnya kita memiliki Allah S.W.T., tuhan yang mahu dan suka mengampunkan dosa kita semuanya, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat Nasuha dan pohonlah kepadanya agar ditunjukkan jalan penyelesaian ke atas setiap permasaalahan kita.”

Wallahu a’lam. bs.

9 comments:

fadezek said...

assalamualaikum wbt,
ust,bgaimana dgn onani dgn tujuan perubatan?
dalam investigation for fertility cases,ada satu kaedah iaitu pengumpulan air mani,dan antara syarat pengumpulan itu mestilah dilakukan scr onani,bukan bersama pasangan.
adakah kaedah dibolehkan?

Yukio Haruaki said...

Tafsiran tentang (المتعة الجنسية - berseronok dengan kemaluan) tidaklah muktamad kerana ia masih boleh terdedah dengan pelbagai tafsiran. Boleh jadi ia pengharaman untuk faraj wanita sahaja dan tidak merujuk kepada kemaluan yang lain. Disebabkan pelbagai andaian dan tafsiran sebegini, maka gugurlah penghujahan disebabkan tiada dalil yang mensabitkan mana-mana andaian. Hukum yang haram tidak boleh disabitkan melainkan dibawakan dalilnya. Sekarang ini tafsiran yang merujuk keumuman pengharaman terdapat tentangan daripada kekhususan pengharaman yang masing-masing sama kuat. Oleh itu, pengharaman tidak dapat diterima. Maka, benarlah penghujahan Ibn Hazm dalam al-Muhalla:

وَقَدْ فَصَّلَ لَكُمْ مَا حَرَّمَ عَلَيْكُمْ

"ٍSesungguhnya telah Dia jelaskan apa yang Dia haramkan kepada kalian".

Lalu, dia berkata :

وَلَيْسَ هَذَا مِمَّا فَصَّلَ لَنَا تَحْرِيمَهُ فَهُوَ حَلَالٌ

"Bukanlah ini (melancap) termasuk apa yang Dia jelaskan pengharamannya kepada kita, maka ia adalah halal".

Ini kerana menisbatkan keumuman pengharaman tidak disokong oleh mana-mana dalil dan ia terdedah dengan pelbagai andaian yang saling menolak antara satu sama lain dengan kekuatan yang sama. Maka, ia adalah halal.

Manakala, berkenaan dengan pengecualian, boleh jadi, badal (pengganti) bagi kata tunjuk "ذلك" adalah "الحفظ". Maka, ia akan menjadi seperti ini :

فمن ابتغى وراء ذلك الحفظ فأولئك هم العادون

"Sesiapa yang mencari selain daripada pemeliharaan itu, maka mereka itulah orang yang melampaui batas".

Maksudnya adalah sesiapa yang tidak menjaga kemaluannya dengan melakukan yang haram, maka dia termasuk orang yang melampai batas. Oleh itu, badal bagi kata tunjuk itu terdedah kepada pelbagai andaian yang sekali lagi boleh melumpuhkan kesabitannya.

Saya telah perincikan hal ini dalam penulisan saya seperti berikut : http://yukioharuaki.strikingly.com/blog/hukum-melancap

Kesimpulannya adalah hujah pengharaman perbuatan mastrubasi tidak kukuh dan perbuatan itu tidaklah diharamkan.

Lurza said...

Bolehkah isteri (yg letih dan tidak mahu disetubuhi suami bila diajak) melakukan onani kepada suami menggunakan alat masturbasi bg melepaskan hajat suami itu?

Unknown said...

Haram. Hukum nya

Unknown said...

Menurut Di dalam hadis siapa yang tak kemampuan kahwin ataupun yang belom kahwin mengatakan bukan melancap. Tapi puasa. Pls sile dalami ilmu agama lagi ya dek

Lady Gaga said...

saya pon nak tau ni. boleh jelaskan tak

Unknown said...

Assalamualaikum ustaq..mf jikalau bertanya..jika suami bersetubuh... si suami tidak memuaskan nafsu isteri nya apa hukumnya...dan isteri beronani memuaskan nafsu sendirian adakah haram

Unknown said...

Sy pun nk Tau jawapan ni

Cici said...

Ada ke seorg wanita boleh ghairah melihat buah dada wanita lain dan boleh orgasm dgn hanya melihat buah dada.....