Sunday, September 21, 2014

Persoalan Berkaitan Korban (1)

PERSOALAN BERKAITAN KORBAN (1)
Oleh: al-Syeikh Khalid bin ‘Abdul Aziz al-Huwaisyin
Peterjemah: Mohamad Abdul Kadir Sahak

1)    Cara sebutan dalam bahasa ‘Arabnya ialah الأُضْحِية dengan huruf hamzah dibaris Dhommah, boleh juga dibaris kasrah, namun yang lebih masyhur adalah denga Dhommah.

2)    Dinamakan dengan al-Udhhiyyah kerana ia (binatang korban itu) disembelih (bermula) pada waktu Dhuha hari raya dan hari-hari tertentu selepasnya yang disyariatkan penyembelihan.

3)    Ijmak ulama akan pensyariatan korban dan hukumnya adalah sunat dan digalakkan.

4)    Berdasarkan penelitian (al-Tahkik) dan yang lebih benar (Sahih) antara dua pandangan ulama ialah korban bukan suatu kewajipan, sebaliknya adalah sunat yang dituntut (sunat muakkad). Bukti ini berdasarkan hadis Muslim (terdapat sabdaan nabi SAW):
وأراد أن يضحي
Maksudnya: “Dan dia hendak melakukan sembelihan korban” bentuk pembuktiannya ialah jika korban itu wajib baginda tidak akan beri pilihan dengan menyatakan sesiapa yang hendak.

5)     Ijmak ulama korban mesti dengan Bahimah al-An’am iaitulah Unta, Lembu dan Kambing.

6)    Riwayat dari segelintir salaf seperti Bilal dan selain beliau yang menharukan korban dengan burung, ayam dan seumpamanya adalah pandangan yang Syaz (menyendiri)

7)    Ijma ulama mulanya korban pada hari raya al-Adha iaitulah hari ke-10 bulan zulhijjah.

8)    Unta yang hendak dibuat korban wajib sampai umur 5 tahun, Lembu sampai umur 2 tahun, kambing sampai umur setahun dan biri-biri sampai umur setengah tahun (6 bulan).

9)    Binatang yang paling afdhal dibuat korban ialah Unta, setelah itu lembu, setelah itu kambing. Ada juga sebahagian ulama berpandangan sebaliknya, dan pandangan itu menyalahi hasil penelitian.

10) Sunat atau digalakkan binatang korban itu gemuk, berwarna putih dan bertanduk. Abu Daud dan selainnya meriwayatkan secara marfu’ kepada Nabi SAW, yang lebih afdhal ialah kibas bertanduk. Dan hadis ini adalah Hasan Sahih.

1 comments:

Unknown said...

bolehkah berkorban atau akikah dengan kambing liar?