Soalan:
Salam ustaz. Ayat 91 dr surah al-kahfi. Dalam mashaf lama selepas kaza lika tak ader tanda berhenti. Tapi dalam mushaf cetakan Telaga Biru ada tanda berhenti. Tanda tu takde takpa kan? Atau ada kesalahan? Mana satu betul dan mana satu yang salah?
Jawapan:
Kedua-dua mashaf al-Quran tersebut betul dan
tak ada sesiapapun yang salah. Penjelasannya seperti berikut:
Pertama: Tanda-tanda
waqaf seperti قلي- صلي – ق – ص - dan
seumpamanya adalah perkara yang bersifat Ijtihadi. Hukumnya, Harus diikuti atau djadikan panduan.
Kedua: Tanda صلي di dalam ayat yang ditanya bermaksud baca denga sambung adalah lebih awla (utama). Wujud tanda ini dalam sebahagian mashaf kerana terdapat ulama bacaan al-Quran yang melihat huruf Kaf pada كذلك itu boleh berperanan sebagai ‘Prediket’ kepada ‘Subjek’ yang tidak diadakan atau dihazaf, yang diandaikan asalnya الامر كذلك yang bermaksudnya: "perkara tersebut adalah sedemikian." Atau huruf Kaf pada كذلك itu juga boleh berperanan memberi maksud ‘seperti’. Maka jadilah maksudnya: "seperti apa yg lalu, kami sifatkannya." Justeru jadilah huruf و selepas كذلك itu adalah permulaan (ألاستئناف). Oleh itu, sebahagian ulama bacaan al-quran berpandangan boleh berhenti di situ.
Wallahu a'lam.
0 comments:
Post a Comment