Tuesday, January 7, 2014

Tak Mampu Tunai Nazar

Soalan:

assalamualaikum....
saya ade bernazar ... jika saya dpt pmr 8a dan dpt masuk k mrsm saya aku khatamkan al-quran dalam masa 2 bulan....

saya tidak mampu lakukan nya dlm masa 2 bulan
bagaimakah jln penyelesaiannya ustaz?
saya betul runsing ... minta pendapat ustaz

Jawapan:

Wa’alaikumussalam warahmatullah wabarakatuh.

Pertama: kami menasihati kepada adik yang bertanya untuk berusaha juga mengkhatamkan al-Quran dalam tempoh masa yang dinyatakan di dalam nazar. Sudah tentu ketika adik bernazar, adik percaya adik mampu melakukannya. Selain itu mengkhatamkan al-Quran dalam masa 2 bulan bukan suatu yang mustahil untuk dilakukan, ramai orang yang telah melakukannya. Bersungguhlah berusaha menunaikan nazar, sesungguhnya menunaikan nazar itu merupakan satu ibadah yang wajib. Kerana itu Allah SWT memuji orang-orang beriman yang menunaikan nazar di dalam firmanNya:

يُوفُونَ بِالنَّذْرِ وَيَخَافُونَ يَوْماً كَانَ شَرُّهُ مُسْتَطِيراً

Maksudnya: “Mereka (orang-orang yang beriman) menunaikan nazar dan takut akan suatu hari yang azabnya merata di mana-mana.” (al-Insan: 7)

Namun jika sememangnya adik tidak mampu menunaikan nazar tersebut disebabkan masalah-masalah yang adik sendiri hadapi, maka jalan penyelesaiannya ialah adik perlu melaksanakan Kaffarah Sumpah. Hal ini berdasarkan perkataan Ibn ‘Abbas RA:

ومن نذر نذراً لا يطيقه فكفارته كفارة يمين

Maksudnya: “Sesiapa yang bernazar dengan satu nazar, namun dia tidak mampu melakukannya, maka kaffarahnya adalah kaffarah sumpah.” (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah. Al-Hafidz Ibn Hajar berkata di dalam Bulugh al-Maram: Isnadnya Sahih. Al-Albani menilai hadis ini Mauquf kepada Ibn ‘Abbas di dalam Irwa’ al-Ghalil)

Kaffarah sumpah adalah sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“…Maka kaffarat (melanggar) sumpah itu, ialah memberi Makan sepuluh orang miskin, Yaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang budak. barang siapa tidak sanggup melakukan yang demikian, Maka kaffaratnya puasa selama tiga hari. yang demikian itu adalah kaffarat sumpah-sumpahmu bila kamu bersumpah (dan kamu langgar)…” (al-Maidah: 89)

Kedua: ada baiknya jangan dibiasakan diri dengan bernazar. Hal ini kerana asal hukum nazar adalah makruh, ia berdasarkan hadis:

لا تنذروا فإن النذر لا يرد من قدر الله شيئاً، وإنما يستخرج به من البخيل

Maksudnya: “Jangan kamu semua bernazar kerana sesungguhnya nazar tidak dapat sama-sekali menolak takdir Allah. Melainkan ia hanya keluar dari seorang yang bakhil.” (al-Bukhari dan Muslim)

Namun jika seseorang telah bernazar maka wajib ke atasnya menunaikan nazar tersebut, dan menunaikan nazar termasuk satu ibadah kepada Allah SWT.

Wallahu a’lam.

19 comments:

Unknown said...

mcm mana bagi orang yg telah lupa nazar bagi dirinya??

bin sahak said...

Jawapan saya di sini:
http://bin-sahak.blogspot.com/2014/08/bagaimana-kalau-lupa-nazar.html

Hubbun Nabi said...

Salam ustaz, bagaimana jika bernazar supaya anak baik dr demam panas, setelah baik, nak puasa selama sebulan. Tapi tak mampu laksanakan sebab tengah mengndung anak kedua. Nak ganti puasa pun masih belum mampu. Benar2 tak mampu melaksanakannya :'(

bin sahak said...

Bagaimana niat waktu nazar dahulu? klu niat nak puasa sebulan maka wajib melaksanakannya. Ia termasuk di dalam janji kita kepada Allah SWT. Tggu sehingga melahirkan anak. Kemudian berpuasa... mustahil tidak mampu berpuasa, kerana kita telah berpuasa sebulan ramadhan. Wallahu a'lam.

Unknown said...

salam ustaz saya ada bernazar jikalau saya dapat zakat dari pakcik saya saya akan hadiah kan kawan saya hanfon... sbb masa tu saya merasakan kawan saya tu org susah dan kerosakkan hanfon. tp kemudian baru saya tau yg kawan saya tu sama macam saya.. org sederhana.... apa pendapat ustaz.... perlukah saya bayar nazar saya...

Unknown said...

Assalamualaikum tuan blh x mcj sya secara peribadi di no 0189091817. Ada hal yg saya ingin tahu tp saya memerlukan tuan utk mbalasnya. Mohon sgt2 dpt mbantu

Unknown said...

Assalamualaikum tuan blh x mcj sya secara peribadi di no 0189091817. Ada hal yg saya ingin tahu tp saya memerlukan tuan utk mbalasnya. Mohon sgt2 dpt mbantu

Unknown said...

Haha lambat sangat saya dah tunaikan dah nazar tu

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Klo nazar dpt no 1 lam periksa taknak maen handphone dah kene tunaikan jugak ke....tapi hahha nak brlajar kene cri maklumat kat google jgak...mcm ne nih huhuhu

Unknown said...

salam ustaz,saya pernah berniat untuk gunting dan botakkan rambut jika dapat pergi ke tanah suci,namun disebabkan selalu sakit kepala dan demam, saya terpaksa pendekkan.adakah niat itu termasuk dalam nazar?

shimarafie said...

Assalamualaikum ustaz,saya pernah bernazar sekiranya saya mempunyai kerja tetap saya akan berlanja seorang junior saya kfc dan memberi makanan kepada dua orang jurulatih memandu kerana mengajar saya hingga saya lulus ujian memandu. Namun..sehingga kini sudah masumk kali kedua saya kerja tapi masih lagi belum disahlan kerja tetap. Saya juga bakal berhenti kerja hujung tahun ni kerana akan mengikuti suami pilihan keluarga. Saya rasa berdosa dan nyesal dengan kekhilafan saya melakukan nazar. Saya takut akan azab Allah SWT..pada pendapat ustaz patutkah saya batalkan nazar ini atau teruskannya?

lumiere said...

Assalamualaikum ustaz, sya telah bernazar untuk berpuasa selama 5 hari dalam bulan Mein sekiranya mendapat tawaran biasiswa. Saya tidak berjaya mendapatkan biasiswa tersebut namun rayuan boleh dibuat. Namun begitu, keputusan rayuan tersebut adalah pada hujung Mei. Adakan perlu untuk saya menunaikan nazar saya sedangkan keputusan rayuan itu masih tidak pasti?

Qari said...

Salam ustaz,kalau puasa tu 3 hari kan? Puasa tu secara berterusan atau ikut suka hati kita;asalkn puasa tiga hari...macam mana ye ustaz?

Qari said...

Salam ustaz,kalau puasa tu 3 hari kan? Puasa tu secara berterusan atau ikut suka hati kita;asalkn puasa tiga hari...macam mana ye ustaz?

Qari said...

Salam ustaz,kalau puasa tu 3 hari kan? Puasa tu secara berterusan atau ikut suka hati kita;asalkn puasa tiga hari...macam mana ye ustaz?

Damar wkwkwkw said...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu ustad , sebelum kenaikan kelas saya bernazar akan berpuasa jika saya naik dan dapat rengking dan ternyata nazar saya benar terjadi dan saya naik kelas dan dapat rangking , saya bernazar akan berpuasa di hari jumat dan saya pun menuaikannya tetapi pada saat itu saya lagi demam , apakah boleh saya memberhentikan puasa saya dan mengganti hari lain

Unknown said...

Salam ustaz saya pernah berkata saya nazar tp saya taktau tu betoi betoi saya niat atau ktika saya mrh...saya katakan nk bwk kucing dri rmh mak saya plg ke rmh mama saya.dan skrg sukar prkara tu utk dilakukan dan saya rsakan rmh mak trbaik tmpt utk dia

fazzrul said...

Salam ustaz kawan saya dia bernazar selagi ayah dia tak sehat dia tak akan makan.macam mana ye ustaz?boleh ke batalkan nazar tu?