Monday, January 6, 2014

Masbuk Solat Jumaat

Soalan:

assalamualaikum. saya ingin bertanya macam mana dengan niat solat jumaat jika sampai lambat ke masjid. perlu sembahyang 4 rakaat. adakah perlu niat zohor terus atau niat solat jumaat 4 rakaat? terima kasih.

Jawapan:

Wa’alaikumussalam warahmatullah wabarakatuh.

Jika anda masuk menunaikan solat Jumaat ketika imam rukuk pada rakaat yang kedua atau sebelumnya maka anda hanya perlu menambah satu rakaat sahaja. Ini bermakna anda telah mendapat solat Jumaat tersebut. Ia berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

من أدرك من صلاة الجمعة ركعة فقد أدرك الصلاة
Mafhumnya: “Sesiapa yang mendapati satu rakaat dari solat Jumaat, maka dia telah mendapat solat tersebut.” (HR al-Nasa’ie. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’ – Lujnah Fatwa Arab Saudi)

Adapun jika anda masuk menunaikan solat Jumaat ketika imam telah selesai rukuk pada rakaat yang kedua. Maka ketika itu anda masuk menunaikan solat dengan niat solat Zohor. Ini kerana pada ketika itu anda tidak mendapati walau satu rakaat Jumaat bersama dengan imam, justeru anda tidak mendapat solat jumaat tersebut. Maka wajib ketika itu anda menunaikan solat Zohor 4 rakaat. Inilah pandangan yang lebih kuat dari dua pandangan ulama. Pandangan ini berdasarkan perkataan Ibn Mas’ud:

إذا أدركت ركعة من الجمعة فأضف إليها أُخرى فإذا فاتك الركوع فصل أربعاً

Maksudnya: “Sesiapa yang mendapati satu rakaat daripada solat Jumaat, maka tambahlah (satu rakaat) yang satu lagi. Jika dia tidak mendapati rukuk (dalam rakaat kedua), maka hendaklah dia menunaikan solat (Zohor) 4 rakaat.” (Riwayat Ibn Abi Syaibah dan al-Baihaqi di dalam al-Sunan. Sanadnya dinilai sebagai Sahih oleh al-Syeikh Sulaiman bin Nasir al-‘Ulwan: http://www.onislam.net/arabic/ask-the-scholar/8240/8394/8251/50707-2004-08-01%2017-37-04.html)

Wallahu a’lam.

5 comments:

Unknown said...

assalam mcmana pulak klu kita trlmbat .solat maghrib..imam dh masuk rakaat ke3..kita baru nk masuk jemaah..mcmana solat kita tu..

Unknown said...

Waalikumsalam..kalau kita sempat rukuk bersama imam masa rakaat ke3,tambah 2 rakaat..kalau imam dah iktidal rakaat ke3,tambah 3rakaat..

Unknown said...

Waalikumsalam..kalau kita sempat rukuk bersama imam masa rakaat ke3,tambah 2 rakaat..kalau imam dah iktidal rakaat ke3,tambah 3rakaat..

S. N. N. S said...

Salam... Situasi saya, saya ikut Imam tapi Imam dah sujud rakaat pertama ketika solat Jumaat...

Sedangkan saya dah niat solat Jumaat sebab tak tau samada Imam rakaat pertama atau kedua...

Bila Imam dan jemaah habis solat, saya perlu bangun dan tambah berapa rakaat yer?? Niatnya macamana pulak?? Adakah saya perlu solat Zohor terus dengan sambung lagi 3 rakaat??

Mohon pencerahan... Syukran...

Spiritbreaker said...

Kalau anda sempat rukuk beserta toma'ninah brsama imam, anda dapat solat jumaat tersebut tak kisah lah rakaat pertama atau tidak. Kalau tidak pasti, tunggu imam bgun utk rakaat ke2 ataupun imam dh duduk tahiyat akhir. Wallahu 'alam