FEQH SEMASA
Tajuk: HUKUM CUCIAN KERING / التنظيف
الجاف / DRY CLEANING
Penterjemah: Mohamad Abdul Kadir bin
Sahak (Bahagian Fatwa Jabatan Mufti Perlis)
(http:bin-sahak.blogspot.com)
Fatwa Dari Web Islamweb.net
Soalan:
Apakah hukum baju yang dibersihkan di
dobi-dobi yang menggunakan alat cucian kering sebagai menggantikan air. Apakah cucian
ini dapat menghilangkan najis dan sahkan solat menggunakan baju tersebut?
Jawapan:
Menghilangkan najis dengan tanpa
menggunakan air adalah perkara yang menimbulkan perbezaan pendapat di kalangan
ulama. Kebanyakan mereka berpandangan mesti menggunakan air untuk menghilangkan
najis melainkan dalam perkara yang diberi keringanan oleh agama seperti
menghilangkan najis yang terdapat pada kasut, labuhan kain wanita (ذيل
المرأة),
dan istinja dengan batu.
Al-Imam al-Nawawi telah menyebut di dalam
al-Majmu’:
أن رفع الحدث وإزالة النجس لا يصح إلا
بالماء المطلق، وقال:هذا مذهبنا، وبه قال جماهير السلف والخلف من الصحابة ومن
بعدهم.
Maksudnya: “Bahawa menghilangkan hadas
dan najis tidak sah melainkan dengan air mutlak. Inilah mazhab kami (al-Syafie),
dan inilah pandangan kebanyakan ulama al-Salaf dan al-Khalaf dari kalangan para
sahabat selepas mereka.”
Abu Hanifah pula berpandangan harus
menghilangkan najis dengan menggunakan apa-apa cecair yang suci yang boleh
menghilangkan najis tersebut.
Bagi Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah,
beliau memiliki pandangan yang hampir dengan pandangan Abu Hanifah ini, bahkan dalam
bab ini beliau lebih luas lagi. Hal ini ketikamana beliau berkata:
في إزالة
النجاسة بغير الماء ثلاثة أقوال: أحدها: المنع كقول الشافعي، وهو أحد القولين في مذهب مالك وأحمد. والثاني: الجواز كقول أبي حنيفة، وهو القول الثاني في مذهب مالك وأحمد. القول الثالث: في مذهب أحمد أن ذلك
يجوز للحاجة.
Maksudnya: “Menghilangkan najis tanpa
menggunakan air ada 3 pandangan: 1) TIDAK BOLEH seperti pandangan al-Syafie. Ia
juga merupakan salah satu dari 2 pandangan dalam mazhab Malik dan Ahmad. 2)
HARUS seperti pandangan Abu Hanifah. Ia juga merupakan pandangan kedua dalam
mazhab Malik dan Ahmad. 3) Dalam Mazhab Ahmad (pandangan ke-3) HARUS ketika ada
keperluan.”
Seterusnya beliau (Ibn Taimiyyah) menyebut:
أن السنة قد
جاءت بالأمر بالماء، في قوله لـ أسماء: حُتِّيهِ ثُمَّ اقْرُصِيهِ بالمَاءِ، ثُمَّ رُشِّيهِ وصَلِّي
فِيهِ".
فأمر بالإزالة بالماء في قضايا معينة، ولم يأمر أمرًا عامًا بأن تزال كل نجاسة بالماء، وقد أذن في إزالتها بغير الماء في مواضع منها: الاستجمار.
فأمر بالإزالة بالماء في قضايا معينة، ولم يأمر أمرًا عامًا بأن تزال كل نجاسة بالماء، وقد أذن في إزالتها بغير الماء في مواضع منها: الاستجمار.
Maksudnya: “Bahawa di dalam sunnah
telah ada arahan menggunakan air (untuk menghilangkan darah haid yang terkena
pakaian), iaitulah dalam sabda baginda kepada Asma’: “Kikihkan ia, kemudian
gosokkan dengan air kemudian jiruskan air dan solatlah dengan menggunakan
pakaian tersebut.” Maka baginda menyuruh menggunakan air dalam urusan tertentu,
dan baginda tidak menyuruh dalam bentuk suruhan umum agar menghilangkan setiap
najis dengan air. (dalam masa yang sama) baginda juga telah memberi izin untuk
menghilangkan najis dengan selain air dalam beberapa keadaan, antaranya boleh
mensucikan najis dengan menggunakan batu.”
Seterusnya beliau berkata lagi:
وإذا كان كذلك
فالراجح في هذه المسألة أن النجاسة متى زالت بأي وجه كان زال حكمها، فإن الحكم إذا
ثبت بعلة زال بزوالها.
Maksudnya: “Jika demikian keadaannya, maka
yang Rajih (yang lebih jelas/kuat) dalam persoalan ini ialah bahawa apabila
hilang najis dengan apa cara sekalipun, maka hilanglah hukum (kenajisan
tersebut). Hal ini kerana sesuatu hukum yang terbina kerana adanya illah
(punca), maka hukum itu hilang dengan hilangnya illah (punca) tersebut.” (al-Fatawa
al-Kubra. Jilid: 1. Kitab al-Toharah)
Wallahu a’lam.
0 comments:
Post a Comment