Soalan:
salam...
-----SITUASI PERTAMA------
salam...
-----SITUASI PERTAMA------
suami solat sendirian kerana isteri menguruskan hal lain.....dalam keadaan ini suami marah....dan jika suami berniat cerai semasa melafazkan niat solat.....bolehkah berlakunya lafaz kinayah pada lafaz niat solat tersebut?
-----SITUASI KEDUA---------
si isteri sedih sebab tidak dapat melaksanakan tugasan di tempat belajarnya kemudian berkata pada suami "saya nak minta tolong siapa ni"
dalam keadaan marah suami berkata "suruh khai ajar @ tanyalah khai esok".
Adakah ianya lafaz kinayah jika suami berniat cerai pada ketika itu dengan berkata dalam hati pergi jela pada khai tu? Khai adalah kawan lelaki si isteri
-----SITUASI KETIGA------
suami marah kepada seorang individu pada mulanya.....kemudian dalam keadaan berseorangan suami membayangkan memarahi individu tersebut dan melafazkan "you mean nothing to me" jika tiba-tiba ada niat cerai pada isteri ketika ini adakah ianya menjadi lafaz kinayah?
Jawapan:
Situasi Pertama:
- Pandangan yang lebih kuat ialah TIDAK JATUH
TALAK dengan niat tanpa lafaz dengan lisan. Hal ini kerana Talak terjadi jika
disertai dengan keazaman niat beserta dengan penuturan lisan. Ia tidak berlaku
dengan hanya sekadar niat. Inilah Pandangan Majoriti ulama terdiri dari Abu
Hanifah, al-Syafie, Ahmad, al-Thauriy, Ishak dan Ibn Hazm.
Alasan mereka adalah seperti berikut:
1. Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah memaafkan ummatku
dari apa-apa yang terlintas di hatinya, selagi mana dia tidak menuturkannya
atau melakukannya.” (Dikeluarkan oleh al-Bukhari,
Muslim, al-Nasa’ie dan al-Tirmizi dan katanya: “Hadis Sahih.”)
2. Talak adalah menggugurkan
pemilikan (pemilikan seorang suami ke atas isterinya). Hal ini tidak berlaku
dengan hanya niat sama seperti urusan jual-beli dan hadiah.
3. Pengharaman hubungan antara
suami isteri dikaitkan dengan talak. Niat talak bukanlah talak, maka kekal
hubungan perkahwinan tersebut.
Pandangan ini juga menjadi pilihan berdasarkan perkataan al-Khatib
al-Syarbini ketika memberikan Dhobith (garis ketetapan) bagi permasalahan ini
dengan berkata:
أفهم كلامه أنه لا يقع طلاق بنية من غير تلفظ، وهو كذلك، ولا بتحريك
لسانه بكلمة الطلاق، إذا لم يرفع صوته بقدر ما يسمع نفسه مع اعتدال
سمعه وعدم المانع، لأن هذا ليس بكلام
Maksudnya: “Aku memahami
dari perkataannya bahawa tidak jatuh talak dengan niat tanpa lafaz, dan ia
adalah demikian, dan tidak juga dengan menggerakkan lidahnya dengan kalimah
talak, jika tidak diangkat suara dalam kadar apa yang dapat didengar oleh
dirinya sendiri jika pendengarannya normal dan ketiadaan sesuatu yang
menghalang pendengarannya. Ini kerana semua ini tidak dinamakan sebagai kalam
(berkata-kata). (Mughniy al-Muhtaj 3/369)
Situasi Kedua:
Lafaz kinayah cerai ialah lafaz yang digunakan boleh membawa maksud
talak dan boleh juga membawa maksud bukan talak. Maka lafaz yang seperti ini
bergantung kepada niat suami, jika dia niatkan talak, maka jatuh talak ketika
itu. Jika tidak diniatkan talak, maka ia bukan talak. Ini adalah jawapan
kami secara umum.
Namun jika situasi ini berlaku, maka untuk memastikan talak itu
jatuh ataupun tidak, ia perlulah diadukan kepada hakim mahkamah syari’ah untuk
memutuskan hukuman yang lebih tepat berdasarkan keterangan dan bukti daripada
kedud-dua pihak.
Wallahu a’lam.
Situasi Ketiga:
Kami nasihatkan kepada saudara agar menjauhkan diri dari sibuk
memikirkan perkara-perkara seumpama ini. Ia termasuk dari bisikan syaitan.
Apakah saudara suka dipermainkan syaitan? Tumpukan perhatian bagaimana hendak
membaiki hubungan antara suami dan isteri. Mudah-mudahan kita semua
diselamatkan dari bisikan keraguan syaitan dan dijauhkan dari dipermainkannya.
Wallahu a’lam.
0 comments:
Post a Comment