Soalan:
Salam
ustaz...
Saya nak tanya...
ibu
saya seorg peniaga..dan selalunya bila pukul 9 mlm dia akan terus tidur.
ibu saya pasang niat jaga pagi2 (3 pagi) utk solat isyak dan terus tahjud..boleh ke ustaz... atau ibu kena solat isyak dahulu kemudian tidur baru ibu boleh buat tahjud pada pukul (3 pagi).
ibu saya pasang niat jaga pagi2 (3 pagi) utk solat isyak dan terus tahjud..boleh ke ustaz... atau ibu kena solat isyak dahulu kemudian tidur baru ibu boleh buat tahjud pada pukul (3 pagi).
Jawapan:
Kami
menasihatkan agar menunaikan solat Isyak terlebih dahulu sebelum tidur, bagi
keluar dari perbezaan pendapat di kalangan ulama. Apabila sampai 1/3 akhir
malam, dia boleh bangun dan menunaikan solat sunat berdasarkan kemampuannya.
Hal ini kerana para ulama berbeza pandangan tentang bilakah berakhirnya waktu
solat isyak. Pandangan yang lebih kuat, waktu bagi menunaikan solat isyak akan
berakhir sehingga pertengahan malam.
Sebahagian
ulama ada yang berpandangan waktu menunaikan solat isyak akan berakhir sehingga
masuknya waktu subuh. Namun pandangan ini menyalahi zahir ayat al-Quran dan
al-Sunnah dimana Allah SWT berfirman:
أَقِمِ
الصَّلاةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلَى غَسَقِ اللَّيْل
Maksudnya: “Dan dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir
sampai gelap malam…” (al-Israa’:
78)
Di
dalam ayat ini Allah SWT menyatakan: “Sampai gelap malam”
Pada zahir ayat ini menunjukkan waktu solat (zohor sampai isyak) adalah sehingga gelap malam iaitulah pertengahan malam.
Di dalam hadis yang diriwayatkan daripada ‘Abdulllah bin ‘Amr bin al-‘Ash, Nabi SAW bersabda:
Di dalam hadis yang diriwayatkan daripada ‘Abdulllah bin ‘Amr bin al-‘Ash, Nabi SAW bersabda:
وقت الظهر إذا زالت الشمس وكان
ظل الرجل كطوله ما لم يحضر العصر، ووقت العصر ما لم تصفر الشمس، ووقت صلاة المغرب
ما لم يغب الشفق، ووقت العشاء إلى نصف الليل الأوسط
Maksudnya: “Waktu Zohor apabila tergelincir matahari, sehinggalah
apabila bayang-bayang seseorang lelaki sama dengan ketinggiannya, selagi belum
masuk waktu ‘asar. Waktu ‘Asar pula (berterusan) sehingga belum menjadi kuning
cahaya matahari. Dan waktu solat Maghrib selama-mana tidak hilangnya
Syafaq dan waktu ‘Isyak pula sampai pertengahan malam yang tengah.”
Dalam riwayat lain baginda nyatakan:
ووقت
العشاء إلى نصف الليل
Maksudnya: “Dan waktu ‘Isyak sampai setengah malam.”
Wallahu a’lam.
0 comments:
Post a Comment