عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: صَلَّى بِنَا رَسُولُ اللَّهِ الظُّهْرَ،
فَلَمَّا سَلَّمَ نَادَى رَجُلا كَانَ فِي آخِرِ الصُّفُوفِ، فَقَالَ: "يَا فُلانُ، أَلا
تَتَّقِي اللَّهَ، أَلا تَنْظُرُ كَيْفَ تُصَلِّي؟ إِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا قَامَ يُصَلِّي
إِنَّمَا يَقُومُ يُنَاجِي رَبَّهُ، فَلْيَنْظُرْ كَيْفَ يُنَاجِيهِ
Maksudnya: “Daripada Abu Hurairah RA katanya: “Pernah Rasulullah
SAW solat Zohor bersama kami, setelah baginda memberi salam, baginda memanggil
seorang lelaki yang berada dihujung: “Wahai fulan, tidakkah kamu bertakwa
kepada Allah, tidakkan kamu perhatikan bagaimana kamu menunaikan solat? Sesungguhnya
setiap seorang daripada kamu apabila dia berdiri menunaikan solat bermakna dia
sedang berdiri bermunajat kepada Tuhannya, maka perhatikanlah (bersungglah) bagaimana
dia bermunajat kepada Tuhannya.” (Dikeluarkan
oleh Ibn Khuzaimah: 474. Dinilai Hasan oleh al-Albani di dalam Sahih Ibn
Khuzaimah 1/241. Al-Syeikh ‘Abdul Hadi bin Hasan berkata di dalam kitabnya al-Khushu’
fi al-Solah: “Sabda baginda SAW yang bermaksud: Sesungguhnya dia sedang
bermunajat kepada Tuhannya.” Merupakan isyarat bahawa seseorang itu semestinya
berasa malu dilihat oleh Allah, dan berasa hampir dengan-Nya, ketika itu dia
perlu merasakan dia sedang berdiri di hadapan Allah, bermunajat kepada-Nya. Jika
seseorang merasakan sedemikian , sudah tentu dia akan benar-benar memperelokkan
solatnya.” (Fath al-Bari, oleh Ibn Rajab al-Hambali 3/149) Oleh
itu hendaklah setiap orang mencurahkan seluruh kemampuannya untuk memperelok,
menghiasi, memperbaiki dan menyempurnakan solatnya disebabkan kedudukan dia
ketika itu agar memperolehi keredhaan Tuhannya.” (Lihat al-Khusu’ fi
al-Solah)
0 comments:
Post a Comment