Soalan:
Salam mohon bertanya..
Solat yg ditinggalkan selama ini mcm
mana. Adakah sekadar bertaubat atau wajib qada kan...mohon penjelasan..
Jawapan:
Terdapat beberapa keadaan dan hukum
bagi orang yang meninggalkan solat. Penjelasan adalah seperti berikut:
1. Tertinggal
solat kerana terlupa atau tidur. Dalam keadaan ini wajib qadha solat tersebut
ketika ingat berdasarkan sabda Nabi SAW:
من نسي صلاة أو نام عنها فكفارتها أن يصليها إذا ذكرها
Maksudnya: “Sesiapa yang tidak solat kerana terlupa atau
tidur, maka kafarahnya hendaklah ditunaikan solat itu ketika teringat.” (HR
al-Bukhari dan Muslim – Hadis lafaz Muslim)
Ditunaikan solat yang ditinggalkan itu menurut turutan
waktunya berdasarkan hadis daripada Jabir bin ‘Abdillah yang menceritakan
ketika peperangan Khandak, apabila telah tenggelamnya matahari ‘Umar bin
al-Khattab RA mencela orang-orang kuffar Quraisy, beliau berkata: “Wahai
Rasulullah, hampir sahaja kita tidak menunaikan solat sehingga matahari hampir
tenggelam.” Sabda Nabi SAW: “Benar kita belum menunaikannya, lalu kami
pergi berdiri di wadi Buthan berwudhu untuk menunaikan solat, lalu kami
menunaikan solat ‘Asar setelah tenggelamnya matahari, setelah itu kami
menunaikan solat Maghrib.” (al-Bukhari dan Muslim)
2. Tidak
solat kerana hilang akal seperti koma dan seumpamanya. Dalam keadaan ini tidak
wajib qadha. (Lihat fatwa al-Lujnah al-Daimah 6/21)
3. Sengaja
meninggalkan solat tanpa ada sebarang keuzuran. Ada dua keadaan:
3.1: Membantah atau menentang dan
tidak mengiktiraf kewajipan solat. Orang yang seperti ini terkeluar dari agama
Islam (murtad) dengan sepakat semua para ulama. Wajib kembali kepada Islam dan
bertaubat. Tidak perlu dia qadha solat yang tidak ditunaikan ketika dia murtad.
3.2: Meninggalkan solat kerana
menganggap ringan dan malas melaksanakan kewajipan. Berdasarkan pandangan yang
lebih kuat, orang yang seperti ini wajib bertaubat dengan taubat yang
bersungguh.
Wallahu a’lam.
0 comments:
Post a Comment