Tuesday, May 7, 2013

Hukum Solat Jemaah Makmum Di Luar Masjid dan Jemaah Wanita di Balik Tabir Tebal

Soalan:

salam..saya sedikit kemusykan dalam syarat sah solat berjemaah mengenai tempat ditunaikan  solat berjemaah. baru-baru ni saya mendengar satu kuliah yang mngatakan ada 4 tempat dalam syarat sah solat berjemaah iaitu imam dan makmum didalam masjid, kedua-duanya diluar masjid, imam ddalam masjid makmum diluar dan sebaliknya. saya musykil mengenai imam dan makmum diluar masjid, dari ap yang saya dngr makmum kena lihat pergerakan imam atau makmum yg lain dan boleh pergi ke tmpat imam. jadinya saya ingin tahu sah x bagi surau yang menggunakan langsir tebal untuk bahagian muslimat,? sekian..

Jawapan:

Saya bahagikan jawapan kepada dua bahagian:

Pertama: Perkara penting yang perlu difahami dalam persoalan kedudukan imam dan makmum dalam solat berjemaah ialah kedudukan makmum itu hendaklah memungkinkan dia mengikut imam. Oleh yang demikian, solat para jemaah wanita di sebalik tabir tebal adalah sah sekalipun mereka tidak dapat melihat imam. Hal ini kerana keberadaan mereka di dalam bangunan yang sama, memungkinkan mereka mengikut imam dengan mendengar suara takbir imam atau suara muballigh melalui pembesar suara. Kesimpulannya: Jika para jemaah sama ada lelaki mahupun perempuan berada di dalam bangunan yang sama dengan imam, berada di tingkat yang sama dengan imam ataupun tidak. Maka solat jemaah mereka adalah sah, sama ada mereka dapat melihat imam ataupun tidak,

Kedua: Bagi jemaah yang solat di luar masjid, sedangkan di dalam masjid masih ada ruang untuk menunaikan solat, sekalipun sebahagian ulama ada yang berpandangan selagi mereka dapat melihat imam atau makmum maka solat jemaah mereka adalah sah. Namun pandangan yang lebih rajih ialah tidak sah solat jemaah mereka. Hal ini kerana maksud dari solat jemaah adalah bertujuan terlaksananya perkumpulan dan bersatunya pergerakan. Perbuatan sengaja solat di luar masjid tanpa keperluan menafikan berlakunya perkumpulan dan bersatunya pergerakan.

Namun sekiranya bahagian dalam masjid penuh, harus pula menunaikan solat diluar masjid jika memungkinkan jemaah tersebut mengikut imam sekalipun mereka tidak dapat melihat imam dengan bersambungnya saf solat para jemaah. Bersambungnya saf jemaah di dalam masjid dengan di luar masjid menjadikan kesemua jemaah itu seolah-oleh berada di dalam masjid yang sama dan mengikut imam yang sama. (Sila lihat Majmu’ Fatawa al-SYeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin 15/213)

Wallahu a’lam.

4 comments:

amm amaniey said...

saya nk tnya..boleh tak kalau kita niat berjemaah sedangkan kita berada di rumah dan kita dengar suara imam (masjid sebelah rumah)

Unknown said...

sy pun dh lama nk tahu jawapan tuk soklan atas ni..mohon penjelasan jawapan

Amalina Zulfakar said...

Masjid sebelah rumah? Pergi masjid.

Amalina Zulfakar said...

Masjid sebelah rumah? Pergi masjid.