Soalan:
salam..saya
sedikit kemusykan dalam syarat sah solat berjemaah mengenai tempat ditunaikan
solat berjemaah. baru-baru ni saya mendengar satu kuliah yang mngatakan
ada 4 tempat dalam syarat sah solat berjemaah iaitu imam dan makmum didalam
masjid, kedua-duanya diluar masjid, imam ddalam masjid makmum diluar dan
sebaliknya. saya musykil mengenai imam dan makmum diluar masjid, dari ap yang
saya dngr makmum kena lihat pergerakan imam atau makmum yg lain dan boleh pergi
ke tmpat imam. jadinya saya ingin tahu sah x bagi surau yang menggunakan
langsir tebal untuk bahagian muslimat,? sekian..
Jawapan:
Saya bahagikan jawapan kepada dua
bahagian:
Pertama: Perkara
penting yang perlu difahami dalam persoalan kedudukan imam dan makmum dalam
solat berjemaah ialah kedudukan makmum itu hendaklah memungkinkan dia mengikut
imam. Oleh yang demikian, solat para jemaah wanita di sebalik tabir tebal
adalah sah sekalipun mereka tidak dapat melihat imam. Hal ini kerana keberadaan
mereka di dalam bangunan yang sama, memungkinkan mereka mengikut imam dengan
mendengar suara takbir imam atau suara muballigh melalui pembesar suara.
Kesimpulannya: Jika para jemaah sama ada lelaki mahupun perempuan berada di
dalam bangunan yang sama dengan imam, berada di tingkat yang sama dengan imam
ataupun tidak. Maka solat jemaah mereka adalah sah, sama ada mereka dapat
melihat imam ataupun tidak,
Kedua: Bagi jemaah
yang solat di luar masjid, sedangkan di dalam masjid masih ada ruang untuk
menunaikan solat, sekalipun sebahagian ulama ada yang berpandangan selagi
mereka dapat melihat imam atau makmum maka solat jemaah mereka adalah sah.
Namun pandangan yang lebih rajih ialah tidak sah solat jemaah mereka. Hal ini
kerana maksud dari solat jemaah adalah bertujuan terlaksananya perkumpulan dan
bersatunya pergerakan. Perbuatan sengaja solat di luar masjid tanpa keperluan
menafikan berlakunya perkumpulan dan bersatunya pergerakan.
Namun sekiranya bahagian dalam masjid penuh,
harus pula menunaikan solat diluar masjid jika memungkinkan jemaah tersebut mengikut
imam sekalipun mereka tidak dapat melihat imam dengan bersambungnya saf solat para
jemaah. Bersambungnya saf jemaah di dalam masjid dengan di luar masjid menjadikan
kesemua jemaah itu seolah-oleh berada di dalam masjid yang sama dan mengikut
imam yang sama. (Sila lihat Majmu’ Fatawa al-SYeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin
15/213)
Wallahu a’lam.
6 comments:
saya nk tnya..boleh tak kalau kita niat berjemaah sedangkan kita berada di rumah dan kita dengar suara imam (masjid sebelah rumah)
sy pun dh lama nk tahu jawapan tuk soklan atas ni..mohon penjelasan jawapan
Masjid sebelah rumah? Pergi masjid.
Masjid sebelah rumah? Pergi masjid.
Harus lah tidak sah, syarat umum sbgai makmum mesti dalam saf
Saya mk tanya sah ke tidak makmum wanita yg solat di surau yg ada tabir tetapi tabirnya tidak dibuka , tabir tersebut jarang dan boleh melihat pergerakan imam dan mendengar suara imam melalui pembesar suara. Saya bertanya sebab ada ustaz yg memberi kuliah disurau ini mengatakan tidak sah solatnya. Mohon pencerahan dari ustaz
Post a Comment