Soalan:
Salam.Saya ingin bertanya tentang penggunaan minyak zaitun contohnya Minyak Zaitun Safi..Adakah minyak zaitun tersebut menghalang air wuduk dari sampai ke rambut dan kepala? Perlu bersih kan dulu minyak tersebut sebelum ambil wuduk? Sekian terima kasih.
Jawapan:
Minyak zaitun
atau seumpamanya yang digunakan untuk meminyakkan rambut tidak menghalang
sampainya air ke rambut. Yang difardhukan di dalam wudhu adalah menyapu
kepala atau rambut bukan membasuh kepala atau rambut. Maka dalam bab sapuan
ia tidak memestikan dikenakan air pada setiap inci helaian rambut. Ditambah
lagi, asal hukum sapuan terbina di atas memberi keringanan dan kemudahan. Hal
ini dapat diperhatikan dari hadis yang diriwayatkan daripada Ibn ‘Umar RA yang
menyebut:
لَقَدْ
رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُلَبِّدًا
Mafhumnya: “Saya pernah melihat
Rasulullah SAW (ketika berihram) rambut baginda dalam keadaan talbid.” (HR
al-Bukhari)
Talbid ialah merapikan
rambut kepala dengan sesuatu yang dapat mengelakkannya dari kusut-masai.
Namun
sekiranya sesuatu perapi rambut itu akan menghasilkan sesuatu yang berjirim,
dalam ertikata dapat menghalang air dari sampai ke rambut atau dari sampai ke
kulit (bagi anggota yang wajib sampai air ke kulit), maka ketika itu wajib
menghilangkan bahan perapi tersebut ketika berwudhu atau mandi janabah. Jika
bahan perapi tersebut tidak menghasilkan sesuatu yang boleh menghalang air,
sebaliknya hanya meninggalkan kesan berkilat, maka tidak mengapa
menggunakannya.
Wallahu
a’lam.
0 comments:
Post a Comment