Thursday, January 31, 2013

Hukum Bersalaman Dengan Peniaga Khinzir

Soalan:

Apakah hukumnya kita bersalaman dengan peniaga khinzir. Adakah kita perlu samak?

Jawapan:

Pendapat yang terkuat pada penilaian kami, badan orang kafir TIDAK NAJIS sekalipun dia pemakan khinzir. Oleh yang demikian tiada sebarang masalah bersalaman dengan peniaga khinzir. Namun sekiranya pada tangannya terdapat najis, anda hanya perlu membasuh tangan anda.

Wallahu a’lam.


0 comments: