Soalan:
1.Pada pandangan Islam, siapakah yang lebih
berhak menjaga seorang kanak-kanak, ibu bapanya sendiri atau datuknya?
2.Adakah seseorang datuk itu dibenarkan oleh
syarak mengambil cucunya (untuk dipelihara dan dibuat teman) tanpa meminta izin
dari ibu bapa kanak-kanak tersebut?
3.Saya sebagai bapa, bagaimana untuk saya keluar
dari perasaan tak puashati dan tak redha dengan situasi ini?
Jawapan:
1. Yang paling berhak menjaga seorang
kanak-kanak ialah Ibunya. Ini kerana pada kebiasaannya seorang ibu lebih lembut
dan lebih bersifat kasih sayang kepada anaknya, lebih baik dalam memberi
pendidikan kepada mereka, lebih sabar menghadapi karenah dan dalam memenuhi
keperluan mereka. Maka ibu-bapa adalah yang lebih berhak menjaga kanak-kanak
berbanding orang lain. Al-Imam Ibn Qudamah berkata:
“Inilah pandangan Yahya al-Ansori, al-Zuhri, al-Thauri, Malik,
al-Syafie, Abu Thur, Ishak dan Ashab al-Ra’yi. Tidak kami ketahui ada yang
berbeza dengan mereka dalam masalah ini.”
(al-Mughniy: 9/299-300)
2. Tidak wajar berlaku sedemikian. Bahkan
setiap orang hendaklah diserahkan haknya kepadanya.
3. Selesaikan permasalahan seperti ini
dengan perbincangan yang harmoni, tanpa memutuskan hubungan Silaturrahim.
Wallahu a’lam.
0 comments:
Post a Comment