Soalan:
Saya sedang menuntut di Amerika Syarikat. Boleh atau tidak makan sembelihan yahudi walaupun mereka tidak sebut perkataan Allah tapi sebut perkataan lain yang bererti tuhan bagi mereka ketika menyembelih?
Saya sedang menuntut di Amerika Syarikat. Boleh atau tidak makan sembelihan yahudi walaupun mereka tidak sebut perkataan Allah tapi sebut perkataan lain yang bererti tuhan bagi mereka ketika menyembelih?
Jawapan:
Sembelihan
yang disebut perkataan lain selain dari Allah, maka sembelihan tersebut adalah
HARAM dimakan. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:
وَلَا تَأْكُلُوا مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ
اللَّهِ عَلَيْهِ
Mafhumnya: “Dan jangan kamu semua makan apa-apa yang tidak
disebut nama Allah ketika menyembelihnya.” (al-Anaam: 121)
DI BAWAH INI KAMI SERTAKAN
PENJELASAN TAMBAHAN
Boleh memakan sembelihan Ahli Kitab
dari kalangan Yahudi dan Kristian dengan dua syarat:
1.
Penyembelihan dilakukan seperti sembelihan
muslim, diputuskan urat halqum dan muri’ sehingga menumpahkan darah. Jika
binatang tersebut mati kerana dijerut atau dikenakan kejutan elektrik, dibenam
ke dalam air atau seumpamanya, maka binatang tersebut tidak halal dimakan.
2.
Tidak disebut nama selain dari Allah ketika
penyembelihan, seperti nama al-Masih dan seumpamanya. Hal ini berdasarkan
firman Allah SWT:
وَلَا تَأْكُلُوا مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ
اللَّهِ عَلَيْهِ
Mafhumnya: “Dan jangan kamu semua makan apa-apa yang tidak
disebut nama Allah ketika menyembelihnya.” (al-Anaam: 121)
Di dalam surah lain, Allah SWT berfirman:
إِنَّمَا
حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ
بِهِ لِغَيْرِ اللَّهِ
Mafhumnya: “Hanyasanya yang diharamkan ke atas kamu semua (umat
Islam) adalah bangkai, darah dan daging babi, demikian juga yang disembelih kerana
selain Allah.” (al-Baqarah: 173)
Yang disembelih kerana selain Allah memaksudkan apa-apa sembelihan
yang disebut nama selain Allah ketika penyembelihan seperti menyebut: “Dengan
nama al-Masih” atau: “Dengan nama Muhammad” atau: “Dengan nama Jibril atau
seumpamanya.
Termasuk juga pengharaman memakan apa-apa sembelihan bertujuan
mendekatkan diri kepada selain Allah, sama ada kepada al-Masih atau
seumpamanya. (Iqtidha al-Sirat al-Mustaqim 1/251)
Jika tidak diketahui sesuatu sembelihan yang disembelih oleh
seseorang muslim atau ahli kita itu disebut nama Allah ataupun tidak, maka
harus memakannya dengan membaca bismillah sebelum makan, berdasarkan hadis
daripada ‘Aisyah RA yang berkata: “Pernah sekumpulan orang berkata kepada Nabi
SAW:
يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِنَّ قَوْمًا
يَأْتُونَنَا بِاللَّحْمِ ، لَا نَدْرِي أَذَكَرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهِ أَمْ
لَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
سَمُّوا اللَّهَ عَلَيْهِ
وَكُلُوهُ
Mafhumnya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya satu kaum memberi
daging kepada kami. Tetapi kami tidak tahu, apakah mereka membaca bismillah
ketika menyembelih atau tidak. Sabda Nabi SAW: Bacalah bismillah dan makanlah.”
(HR al-Bukhari)
Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin berkata:
“Tidak semestinya perlu ditanya sembelihan yang disembelih oleh
seorang muslim atau ahli kitab, bagaimana penyembelihannya. Apakah dibaca
bismillah ataupun tidak. Bahkan soalan seumpama ini tidak wajar, kerana ia
termasuk melampau di dalam agama. Sedangkan Nabi SAW pernah memakan sembelihan
Yahudi dan baginda tidak bertanya apa-apa kepada mereka. Di dalam Sahih
al-Bukhari dan selainnya pula, hadis daripada ‘Aisyah RA menyatakan: Ada satu
kaum bertanya kepada Nabi SAW: Ada satu kaum memberi daging kepada kami, kami
tidak tahu apakah mereka membaca bismillah ataupun tidak ketika
menyembelihnya.” Sabda Nabi SAW: “Kamu sendirilah yang membacanya kemudian
makan.” Kata ‘Aisyah RA: “Kaum yang memberi daging itu baru memeluk Islam.
Baginda menyuruh yang menerima daging memakan daging tersebut, tanpa perlu
bertanya apa-apa, sedangkan yang memberi daging kadang-kalanya tidak tahu
beberapa hukum-hakam Islam disebabkan mereka baru memeluk Islam.” (Risalah Fi Ahkam al-Udhiyyah wa
al-Zakah oleh al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin RH)
Berdasarkan
penjelasan di atas, maka sesiapa yang berada di Negara bukan Islam, kebanyakan
yang melakukan penyembelihan pula adalah orang kristian atau Yahudi, maka halal
memakan sembelihan mereka. Melainkan jika diketahui mereka melakukan perkara
yang menjadi sembelihan itu haram seperti menyebut nama selain Allah ketika
melakukan sembelihan seperti yang telah dijelaskan di atas. Jika yang
menyembelih itu penyembah berhala, maka HARAM memakan sembelihan mereka.
Wallahu a’lam.
0 comments:
Post a Comment