1. Daripada ‘Abdullah bin ‘Abbas RA
katanya: “Rasululllah SAW telah mengajarkan kepada kami al-Tasyahhud
sepertimana baginda mengajarkan kami satu surah dari al-Quran, baginda membaca:
التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الطَّيِّبَاتُ
لِلَّهِ، اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ
وَبَرَكَاتُهُ، اَلسَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ،
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ
الله
2. Daripada ‘Abdullah bin Mas’ud RA
katanya: “Dahulunya
kami apabila menunaikan solat di belakang Nabi SAW, kami membaca:
السلام
على جبريل، وميكائيل، السلام على فلان وفلان
Mafhumnya:
“Keselamatan ke atas Jibril dan Mikail, keselamatan ke atas fulan dan
fulan.” Lalu Rasulullah SAW memandang kepada kami dan baginda bersabda: “Sesungguhnya
Allah Ta’ala, Dialah al-Salam, maka apabila seseorang daripada kamu menunaikan
solat, maka hendaklah dia membaca:
التَّحِيَّاتُ لِلَّهِ وَالصَّلَوَاتُ وَالطَّيِّبَاتُ، اَلسَّلاَمُ
عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ، اَلسَّلاَمُ
عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ،
Mafhumnya:
“Segala pengagungan, segala selawat, dan segala perkataan dan perbuatan
baik adalah untuk Allah, keselamatan, rahmat dan berkat Allah ke atasmu wahai
Nabi, keselamatan ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang saleh.”
Sesungguhnya
jika kamu semua mengucapkan ucapan ini, ia mengenai semua hamba Allah yang
salih samada di langit mahupun di bumi. (setelah itu ucapkanlah):
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ،
وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
Mafhumnya:
“Saya bersaksikan bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan
Allah, dan saya bersaksikan bahawa Muhammad itu adalah hamba dan RasulNya
(Allah).” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Setelah
membaca al-Tasyahhud, hendaklah membaca selawat ke atas Nabi SAW dengan Selawat
Ibrahimiah, antara lafaz selawat tersebut ialah:
Daripada
‘Abd al-Rahman bin Abi Laila katanya: Ka’ab bin ‘Ujrah RA bertemu denganku, dia
berkata: “Mahukah aku hadiahkan kepadamu satu hadiah yang aku mendengarnya
dari Nabi SAW? Lalu aku menjawab: “Sudah
tentu.” Lalu beliau menghadiahkan kepadaku dengan berkata: “Kami dahulu pernah
bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW bagaimanakah selawat ke
atasmu, adapun memberi salam Allah SWT telah mengajarkannya kepada kami.” Lalu baginda bersabda: kamu
semua ucapkanlah:
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ
مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ إِنَّكَ
حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ، اَللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ
مَجِيْدٌ.
Mafhumnya: “Ya Allah, selawatlah[1]
kepada Muhammad dan keluarganya, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada
Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. Ya
Allah, kurniakanlah keberkatan[2]
kepada Muhammad dan keluarganya, sebagaimana Engkau telah mengurniakan
keberkatan kepada Ibrahim dan keluarganya. Se-sungguhnya Engkau Maha Terpuji
lagi Maha Agung.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
[1]
Selawat Allah kepada Nabi SAW bermaksud pujian dan pengagungan Allah kepada
baginda. Selawat para malaikat dan umat Islam kepada Nabi SAW pula bermaksud
permohonan tambahan pujian dan pengagungan untk baginda kepada Allah SWT.
[2]
Berkat membawa maksud berkembang dan bertambah. Permohonan berkat untuk Nabi
SAW adalah memohon ditambah, dikekalkan, ditambah dan digandakan kebaikan
baginda SAW.
0 comments:
Post a Comment