1.
Daripada ’Ali
bin Abi Tolib yang berkata: “Bahawa seorang hamba Mukatab (Hamba
yang diletakkan syarat oleh tuannya untuk bebas dengan sesuatu bayaran) datang
kepadanya dan berkata: Sesungguhnya aku telah tidak mampu untuk memenuhi
bayaran yang ditetapkan oleh tuanku (الكتابة), bantulah aku! Jawab ‘Ali RA:
Mahukah kamu aku mengajarkan kepadamu beberapa kalimat yang diajar kepadaku
oleh Rasulullah SAW? Sekalipun
kamu memiliki hutang seumpama bukit yang besar, Allah akan melangsaikannya
darimu. ‘Ali berkata: Bacalah:
اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ، وَأَغْنِنِي
بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ
Mafhumnya: ”Ya Allah cukupkanlah daku
dengan perkara-perkara halal dari yang haram, dan kayakan daku dengan
kelebihanMu berbanding dari selainMu.” (HR
al-Tirmizi. Dinilai Hasan oleh al-Albani di dalam Sahih al-Targhib)
0 comments:
Post a Comment