Bacaan ini juga dibaca ketika bertemu
dengan penguasa-penguasa yang jahat. Mengandungi maksud berlindung kepada Allah
agar dijauhkan kejahatan, perancangan dan tipu-daya musuh dan penguasa yang
jahat. Sesungguhnya Allah adalah tuhan Yang Maha Pemelihara sesiapa yang
berlindung kepadaNya, sesungguhnya perlindungan dan pemeliharaan dariNya amat
memadai kerana semua perkara berada di dalam kekuasaanNya.
1. Daripada Anas bin Malik RA katanya: “Dahulunya Rasulullah SAW apabila
berperang akan membaca:
اَللَّهُمَّ
أَنْتَ عَضُدِيْ وَ نَصِيْرِيْ، بِكَ أَحوْلُ، وَبِكَ أَصُوْلُ، وَبِكَ أُقَاتِلُ.
Mafhumnya: “Ya Allah! Kepada
Engkaulah daku mengharapkan pertolongan. Engkau adalah pembelaku,. Dengan pertolonganMu daku
menang, dengan pertolonganMu aku bertindak dan dengan pertolonganMu aku
memerangi musuh.” (HR Abu Daud, al-Tirmizi. Dinilai Sahih oleh al-Albani di
dalam Sahih al-Jami’)
2.
Daripada Abu
Musa al-Asy’ari RA, Nabi SAW apabila bimbangkan kejahatan sesuatu kaum, baginda
akan membaca:
اَللَّهُمَّ
إِنَّا نَجْعَلُكَ فِيْ نُحُوْرِهِمْ وَنَعُوْذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ.
Mafhumnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menjadikan Engkau di leher
mereka. Dan aku berlindung kepadaMu dari kejahatan mereka.” (HR Abu
Daud. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’)
3.
Daripada
’Abdullah bin ’Abbas RA yang berkata:
حَسْبُنَا
اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ
Mafhumnya: ”Cukuplah Allah bagi
kami. Dan Dialah Tuhan sebaik-baik tepat berlindung.” Ibn ’Abbas seterusnya
menyambung: ”ucapan ini dibaca oleh Nabi Ibrahim AS ketika dilontar ke dalam
api, dan diucapkan juga oleh Nabi Muhammad SAW, firman Allah SWT: ”(ada orang
berkata kepada golongan yang beriman) Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan
pasukan untuk memerangi kamu, kerana itu takutlah kepada mereka, maka perkataan
itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: cukuplah Allah menjadi
penolong kami dan Allah adalah sebaik-balik pelindung[1].” (HR al-Bukhari)
1 comments:
Subhanallah, bagus dan shahih, insyaallah bermanfaat buat pembacanya, jazaakallaahu khaira.
Post a Comment