Soalan:
Apakah hukum mengucapkan
salam dengan lafaz SALAM atau AL-SALAM, tanpa menyebutnya secara sempurna
Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh. Ucapan ini disebarkan melalui sms
dan seumpamanya. Harap mendapat penjelasan dari Ustaz.
Jawapan:
Asal lafaz salam ialah ْاَلسَّلامُ عَلَيْكُم, lafaz salam tersebut boleh dengan lafaz Makrifah iaitulah ْالسَّلَامُ عَلَيْكُم, boleh juga dengan lafaz Nakirah iaitulah سَلَامٌ عَلَيْكُم, seperti yang terdapat di dalam nas-nas sahih dari al-Quran dan
al-Sunnah. Ibn Abi Zaid al-Maliki berkata di dalam risalahnya:
والسلام أن يقول الرجل: السلام
عليكم، ويقول الراد: وعليكم السلام، أو يقول: سلام عليكم
Maksudnya: “Lafaz salam
iaitulah seseorang menyebut: “Assalamu’alaikum.” Yang menjawab pula menyatakan:
“Wa’alaikumussalam.” Atau: “Salamun ‘Alaikum”
Al-‘Adawi ketika
mensyarahkan perkataan ini menyebut:
ولا يجزئ السلام فقط بدءا وردا،
لأنه عبادة فتتبع كالصلاة
Maksudnya: “Dan
tidak memadai dengan lafaz al-Salam
sahaja sebagai memulakan atau menjawab salam, ini kerana salam adalah ibadah,
maka ia mesti mengikut sunnah, sepertimana solat.”
Namun demikian sebagian
ulama lain berpandangan BOLEH berpada dengan menyebut السَّلَام, atau سَلَامٌ. Al-Syeikh ‘Abdul ‘Aziz Abdillah bin Baz RH di dalam Fatawa Nur
‘Ala al-Darb menyebut:
ويكون السلام بلفظ التعريف: السلام
عليكم، أو السلام عليك، ويجوز أن يكون بلفظ سلام عليك، وإن اقتصر على قوله:
السلام، فلا بأس، فإن إبراهيم عليه الصلاة والسلام لما رد السلام على الملائكة حين
قالوا: سلاما، قال: سلام أي عليكم سلام، وكذلك الابتداء يقول المسلم: سلام يعني
سلام عليكم، أو السلام، يعني السلام عليكم، ولا بأس في هذا
Maksudnya: “Lafaz salam boleh dengan lafaz
makrifah iaitulah السَّلَامُ عَلَيْكُم, atau السَّلَام عَلَيْك. Boleh juga dengan lafaz سَلَامٌ عليك. Jika berpada dengan menyebut السلام, tidak mengapa juga, kerana Nabi Ibrahim AS ketika menjawab
salam Malaikat kepadanya dengan ucapan: سلامًا, baginda menjawab: سَلَامٌ, iaitulah bermaksud ke atas kamu
semua juga keselamatan. Demikian juga memulakan salam dengan mengucapkan سلام, iaitulah bermaksud: Keselamatan ke atas kamu semua. Atau dengan
السلام, tidak mengapa.”
Oleh yang demikian, HARUS mengucapkan salam dengan menyebutالسَّلَامُ atau سَلَامٌ. Allah SWT berfirman tentang ahli syurga:
تَحِيَّتُهُمْ
يَوْمَ يَلْقَوْنَهُ سَلَامٌ
Mafhumnya: “Ucapan
penghormatan kepada mereka (orang-orang mukmin itu) pada hari mereka menemuiNya
ialah SALAM.” (al-Ahzab: 44)
Wallahu a’lam.
0 comments:
Post a Comment