Ketika menyebut hadis-hadis
yang kononnya mewajibkan mengikut Ahli al-Bait, al-Tijani berkata:
حديث السفينة قال رسول
الله - صلى الله عليه وسلم:
"إنما مثل أهل بيتي فيكم، مثل سفينة نوح في قومه، من
ركبها نجا، ومن تخلف عنها غرق."
"إنما مثل أهل بيتي فيكم، مثل باب حطّة في بني
إسرائيل، من دخله غفر له ."
وقد أورد ابن حجر في
كتابه الصواعق المحرقة هذا الحديث ثم قال: ووجه تشبيههم بالسفينة: أن من أحبهم
وعظمهم، شكراً لنعمة مُشَرّفهم وأخذاً بهدي علمائهم، نجا من ظلمات المخالفات، ومن
تخلف عن ذلك غرق في بحر كفر النعم، وهلك في مفاوز الطغيان
Maksudnya “Hadis al-Safinah,
iaitulah Rasulullah SAW bersabda:
"Hanyasanya perumpamaan Ahli keluargaku pada
kamu semua, seperti bahtera Nabi Nuh dan kaumnya, siapa yang menaikinya ia akan
selamat dan siapa yang tidak menaikinya ia akan tenggelam.”
“Hanyasanya
perumpamaan ahli keluargaku pada kamu semua, seperti pintu Hittah bagi bani
Israil, siapa yang memasukinya, dia akan diberi keampunan.”
Ibn Hajar telah
menyenaraikan hadis ini di dalam kitabnya al-Sawaiq al-Muhriqah, kemudian
beliau berkata: Tujuan memberi perumpamaan dengan bahtera Nabi Nuh kerana
sesiapa yang menyintai ahli bait, mengagungkan mereka, bersyukur dengan nikmat kemuliaan ahli bait, menjadikan
para ulama ahli bait sebagai petunjuk, dia akan selamat dari kegelapan
orang-orang yang menyalahi mereka. Siapa yang tidak melakukan demikian, dia
akan tenggelam di dalam lautan kufur nikmat, dia akan binasa.” (Lihat Thumm
Ihtadaitu, halaman: 189. Edisi berbahasa Melayu bertajuk: Kemudian Aku
Mendapat Petunjuk oleh al-Tijani)
JAWAPAN:
Dua hadis
yang disenaraikan oleh al-Tijani di dalam bukunya adalah TIDAK SAHIH. Dakwaan beliau
kononnya kedua-dua hadis tersebut Sahih di sisi Ahl al-Sunnah adalah satu
pendustaan dan bohong. Inilah dia tradisi Syiah Rafidhah, mereka suka memalsukan
maklumat. Mendakwa Sahih sesuatu perkara yang telah disepakati oleh para ulama akan
kelemahan dan kepalsuannya.
Syeikh
al-Islam Ibn Taimiyyah di dalam kitabnya Minhaj al-Sunnah berkata
tentang hadis pertama di atas:
“Adapun perkataan mereka
tentang hadis: “Perumpamaan Ahli Baitku seperti Bahtera Nabu Nuh.” Hadis
ini tidak diketahui ada Sanad yang Sahih, tidak terdapat juga di dalam
kitab-kitab hadis yang menjadi sandaran. Hadis ini sama seperti hadis-hadis lain
yang tiada asas diriwayatkan oleh orang-orang yang meriwayatkan hadis-hadis
palsu yang lain, ia hanya menambahkan kelemahan hujah mereka.” (Lihat Minhaj al-Sunnah /395)
Al-Zahabi setelah
memperkenalkan salah seorang periwayat hadis ini bernama Mufaddhal bin Saleh
berkata: “Kata Ibn ‘Adiy: “Riwayat paling mungkar apa yang aku lihat
darinya tentang hadis al-Hasan bin ‘Aliy, adapun yang lainnya aku harapkan ia
Mustaqim.” Aku (al-Zahabiy) katakan: “Hadis Bahtera adalah yang paling
mungkar dan paling mungkar.” (Lihat Mizan al-I’tidal 4/167. Lihat juga
hukum Lemah dari al-Zahabi terhadap Mufaddhal bin Saleh di dalam al-Talkhis
beserta al-Mustadrak 3/163)
Ibn Kathir pula berkata: “Hadis
ini dengan sanad ini adalah Lemah.” (Lihat Tafsir Ibn Kathir 4/114)
Al-‘Allamah Al-Albani juga
menghukumkan hadis ini sebagai Lemah. (Lihat Dhoief al-Jami’, bil: 1974)
Al-Syeikh Muqbil al-Wadi’e di dalam Riyadh
al-Jannah berkata: “Dalam sanadnya terdapat Suwaid bin Sa’id, dia
seorang yang Lemah. Manakala Hanasy (حنش) pula iaitulah Ibn al-Mu’tamir, dia lebih
Lemah dari Suwaid bin Sa’id. Adapun Mufaddhal bin Soleh pula adalah seorang
yang Mungkar al-Hadis.” (Lihat Riyadh al-Jannah fi al-Radd ‘ala A’da’
al-Sunnah. Halaman 213)
Tentang hadis yang kedua
pula, para ulama telah menghukumnya sebagai Lemah disebabkan para periwayatnya yang
tidak dikenali.
Al-Haithami berkata: “(Hadis
itu) diriwayatkan oleh al-Tabarani di dalam al-Saghir dan al-Awsat. Di dalam
sanadnya terdapat sejumlah periwayat yang tidak aku kenali.” (Lihat Majma’ al-Zawaid 9/168)
Adapun perkataan Ibn Hajar
al-Haitami yang dinukilkan oleh al-Tijani di dalam bukunya. Ia merupakan satu
penerangan kepada maksud hadis. Perkataan Ibn Hajar itu sama sekali bukan
merupakan pengakuan akan kesahihan hadis. Selain itu Ibn Hajar merupakan salah
seorang ulama yang sangat memerangi Syiah. Kitab beliah al-Sawa’iq al-Muhriqah
itu sendiri merupakan bantahan beliau kepada Syiah Rafidhah dan golongan Zindik
yang lain. Ia juga hanyalah berupa isyarat dari beliau supaya mengikut Ahli
Bait, bukan membenarkan keyakinan-keyakinan Syiah. Hal ini kerana Ahli Bait
Nabi SAW tiada kaitan dengan semua keyakinan-keyakinan sesat dan kufur yang
direka-reka oleh Syiah Rafidhah, kemudian disandarkan kepada Ahli Bait Nabi
secara dusta.
Wallahu
a’lam
الكتاب: الانتصار للصحب والآل من افتراءات السماوي
الضال
للعلامة الدكتور إبراهيم بن عامر الرحيلي
للعلامة الدكتور إبراهيم بن عامر الرحيلي
0 comments:
Post a Comment