Daripada al-Barra bin ‘Azib
RA katanya: Nabi SAW bersabda: “Apabila kamu mendatangi tempat tidurmu,
berwudhulah sama seperti wudhu untuk menunaikan solat, setelah itu berbaringlah
di atas rusuk kanan, kemudian membaca:
اللَّهُمَّ
أَسْلَمْتُ وَجْهِي إِلَيْكَ ، وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ ، وَأَلْجَأْتُ
ظَهْرِي إِلَيْكَ رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ ، لَا مَلْجَأَ وَلَا مَنْجَا
مِنْكَ إِلَّا إِلَيْكَ ، اللَّهُمَّ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ
وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ
Mafhumnya: “Ya Allah,
daku serahkan wajahku kepadamu, dan daku serahkan urusanku kepadaMu, dan daku
sandarkan urusanku kepadaMu, mengharapkan pahala dan bimbangkan azabMu, tiada
jalan keluar dan tiada tempat berlindung daripadaMu melainkan kepadaMu, Ya
Allah daku telah beriman dengan kitabMu yang telah Engkau turunkan, dan daku
juga telah beriman dengan nabiMu yang telah Engkau utuskan.” Seterusnya baginda
SAW bersabda: “Jika kamu mati pada malam itu, maka kamu mati dalam keadaan
fitrah, oleh kerana itu jadikanlah bacaan itu ucapan akhir kamu.” Kata al-Barra
bin ‘Azib: “Lalu daku mengulangi bacaan itu kepada Nabi SAW, apabila sampai
pada: اللَّهُمَّ آمَنْتُ
بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ seterusnya daku menyambung: وَرَسُوْلِكَ,…
tiba-tiba Nabi berkata: “Jangan, (kekalkan) وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ.”
(Ahmad 4/290, bil: 18584. Al-Bukhari
1/97, bil: 244. Muslim 4/2081, bil: 2710. Abu Daud 4/311, bil: 5046. Al-Tirmizi
5/468, bil: 3394, katanya: “Hadis Hasan.” Al-Nasaie di dalam al-Kubra
6/195, bil: 10618. Ibn Khuzaimah 1/108, bil: 216. Ibn Majah 2/1275, bil: 3876)
Wallahu a'lam.
0 comments:
Post a Comment