Soalan:
Assalamualaikum,
Saya ingin bertanyakan tentang solat seseorang doktor yang perlu merawat para pesakit secara berterusan sehingga terlepas waktu solat. Adalah boleh jamak ataupun qadha..? ataupun ada cara lain..?
Saya ingin bertanyakan tentang solat seseorang doktor yang perlu merawat para pesakit secara berterusan sehingga terlepas waktu solat. Adalah boleh jamak ataupun qadha..? ataupun ada cara lain..?
Jawapan:
Ibadah solat memiliki kedudukan yang amat besar
di dalam Islam, ia merupakan rukun Islam yang kedua selepas mengucap dua
kalimah syahadah. Allah SWT memerintahkan umat Islam melaksanakannya di dalam
waktu yang telah ditetapkan. Tidak boleh ditunaikan mana-mana solat di luar
dari waktunya tanpa ada sebarang seuzuran yang dibenarkan oleh syarak, jika
ditunaikan diluar waktunya dengan sengaja ia dikira satu dosa yang besar.
Kesibukan merawat pesakit bukan termasuk dalam
keuzuran yang dibenarkan syarak untuk beralih ke hukum Jamak atau Qadha.
Keringan jamak solat hanya diperuntukkan kepada
para doktor yang terlibat dengan kerja-kerja pembedahan yang memakan masa yang panjang,
dimana ketiadaan mereka kerana pergi menunaikan solat akan membawa kemudharatan
kepada pesakit.
Adapun dalam keadaan yang lain, maka solat
wajib dilaksanakan di dalam waktunya berdasarkan firman Allah SWT:
إن الصلاة كانت على المؤمنين
كتاباً موقوتاً
Maksudnya: “Sesungguhnya Solat itu difardhukan
ke atas orang-orang yang beriman dalam waktu-waktu yang tertentu.” (al-Nisak:
103)
Nabi SAW pula bersabda:
صل الصلاة لوقتها
Mafhumnya: “Tunaikanlah solat di dalam
waktunya.” (Muslim dari Abu Zarr)
Wallahu a’lam.
0 comments:
Post a Comment