Soalan:
Salam ustaz. Ada
sahabat saya di facebook menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w hanya berpuasa
selama 29 hari di bulan Ramadhan dan bukannya 30 hari. Minta tolong ustaz
jelaskan tentang kekeliruan yang saya hadapi ini.
Jawapan:
Kenyataan sahabat
Facebook anda itu SALAH. bilangan hari-hari dalam bulan Qamariah atau Hijriah adalah
antara 29 –> 30 hari, ia tidak mungkin kurang dari 29 atau lebih dari 30
hari. Sehubungan itu bulan Ramadhan bolen terjadi sebanyak 29 atau 30 hari. Di dalam
Sahih al-Bukhari dan Muslim terdapat hadis yang menyebut Nabi SAW pernah
menunjukkan dengan tangan baginda seraya bersabda:
الشهر هكذا، وهكذا، وهكذا، ثم عقد إبهامه في
الثالثة، فصوموا لرؤيته وأفطروا لرؤيته، فإن أغمي عليكم فاقدروا له ثلاثين
Mafhumnya: “Sesuatu bulan
itu adalah seperti ini, seperti ini dan seperti ini, kemudian baginda
menghubungkan jari ibu ke jari ketiga, lalu bersabda: Maka berpuasalah kerana
melihat anak bulan, berhari rayalah juga kerana melihat anak bulan, jika anak
bulan terhalang, maka hitunglah ia menjadi 30 hari.”
Al-Imam al-Bukhari berkata di dalam kitab Sahihnya:
يعني مرة تسعة وعشرين ومرة ثلاثين
Maksudnya: “Iaitulah
sebulan itu sesekali 29 hari dan sesekali 30 hari.”
Wallahu a’lam.
0 comments:
Post a Comment