PPPERHATIAN: Diharapkan semua pembaca blog menyemak semula ayat-ayat al-Quran dari mashaf. Didapati terdapat beberapa kesalahan berlaku disebabkan pemindahan teks al-Quran dari msword ke blogspot, harap maklum.
1. Membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas. Daripada Ibu orang-orang beriman, ‘Aisyah RA katanya:
أن النبي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كان إذا أوى إلى فراشه كل ليلة جمع كفيه ثم نفث فيهما، فقرأ:
Mafhumnya: “Bahawa Nabi SAW, apabila mendatangi tempat tidur baginda pada setiap malam, baginda akan menghimpunkan dua telapak tangan dan menghembus ke dalam kedua-duanya, lalu membaca SURAH:
ö@è% uqèd ª!$# î‰ymr& ÇÊÈ
ö@è% èŒqããr& Éb>tÎ/ È,n=xÿø9$# ÇÊÈ
ö@è% èŒqããr& Éb>tÎ/ Ĩ$¨Y9$# ÇÊÈ
Kemudian baginda menyapu kedua-dua belah tangan ke bahagian tubuh badan baginda yang mampu dicapai, baginda memulakan bahagian kepala, muka dan bahagian hadapan tubuh baginda[1], baginda melakukannya sebanyak tiga kali.”[2]
2. Membaca ayat al-Kursi,[3] iaitulah:
ª!$# Iw tm»s9Î) žwÎ) uqèd ÓyÕø9$# ãPq•‹s)ø9$# 4 Ÿw ¼çnä‹è{ù's? ×puZÅ™ Ÿwur ×PöqtR 4 ¼çm©9 $tB ’Îû ÏNºuq»yJ¡¡9$# $tBur ’Îû ÇÚö‘F{$# 3 `tB #sŒ “Ï%©!$# ßìxÿô±o„ ÿ¼çny‰YÏã žwÎ) ¾ÏmÏRøŒÎ*Î/ 4 ãNn=÷ètƒ $tB šú÷üt/ óOÎgƒÏ‰÷ƒr& $tBur öNßgxÿù=yz ( Ÿwur tbqäÜŠÅsム&äóÓy´Î/ ô`ÏiB ÿ¾ÏmÏJù=Ïã žwÎ) $yJÎ/ uä!$x© 4 yìÅ™ur çm•‹Å™öä. ÏNºuq»yJ¡¡9$# uÚö‘F{$#ur ( Ÿwur ¼çnߊqä«tƒ $uKßgÝàøÿÏm 4 uqèdur ’Í?yèø9$# ÞOŠÏàyèø9$# ÇËÎÎÈ
3. Membaca surah al-Kafirun.
4. Terdapat kelebihan membaca dua ayat akhir dari surah al-baqarah pada setiap malam. Perkara ini berdasarkan hadis daripada Abi Mas’ud RA, Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ قَرَأَ بِالْآيَتَيْنِ مِنْ آخِرِ سُوْرَةِ الْبَقَرَةِ فِيْ لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ
Mafhumnya: “Sesiapa yang membaca dua ayat terakhir surah al-Baqarah pada setiap malam, kedua-dua ayat itu telah memadai untuknya.”[4] Ayat tersebut ialah:
z`tB#uä ãAqß™§9$# !$yJÎ/ tAÌ“Ré& Ïmø‹s9Î) `ÏB ¾ÏmÎn/§‘ tbqãZÏB÷sßJø9$#ur 4 <@ä. z`tB#uä «!$$Î/ ¾ÏmÏFs3Í´¯»n=tBur ¾ÏmÎ7çFä.ur ¾Ï&Î#ß™â‘ur Ÿw ä-ÌhxÿçR šú÷üt/ 7‰ymr& `ÏiB ¾Ï&Î#ß™•‘ 4 (#qä9$s%ur $uZ÷èÏJy™ $oY÷èsÛr&ur ( y7tR#tøÿäî $oY/u‘ šø‹s9Î)ur çŽÅÁyJø9$# ÇËÑÎÈ Ÿw ß#Ïk=s3ムª!$# $²¡øÿtR žwÎ) $ygyèó™ãr 4 $ygs9 $tB ôMt6|¡x. $pköŽn=tãur $tB ôMt6|¡tFø.$# 3 $oY/u‘ Ÿw !$tRõ‹Ï{#xsè? bÎ) !$uZŠÅ¡®S ÷rr& $tRù'sÜ÷zr& 4[5] $oY/u‘ Ÿwur ö@ÏJóss? !$uZøŠn=tã #\ô¹Î) $yJx. ¼çmtFù=yJym ’n?tã šúïÏ%©!$# `ÏB $uZÎ=ö6s% 4 $uZ/u‘ Ÿwur $oYù=ÏdJysè? $tB Ÿw sps%$sÛ $oYs9 ¾ÏmÎ/ ( ß#ôã$#ur $¨Ytã öÏÿøî$#ur $oYs9 !$uZôJymö‘$#ur 4 |MRr& $uZ9s9öqtB $tRöÝÁR$$sù ’n?tã ÏQöqs)ø9$# šúïÍÏÿ»x6ø9$# ÇËÑÏÈ
5. Daripada al-Barra bin ‘Azib RA yang berkata: Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku: “Jika kamu mendatangi tempat tidurmu, berwudhulah seperti wudhu untuk solat, setelah itu baringlah di atas rusuk kananmu dan membaca:
اَللَّهُمَّ إني أَسْلَمْتُ نَفْسِيْ إِلَيْكَ، وَوَجَّهْتُ وَجْهِيَ إِلَيْكَ، وَفَوَّضْتُ أَمْرِيْ إِلَيْكَ، وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِيْ إِلَيْكَ، رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ، لاَ مَلْجَأَ وَلاَ مَنْجَا مِنْكَ إِلاَّ إِلَيْكَ، آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِيْ أَنْزَلْتَ وَبِنَبِيِّكَ الَّذِيْ أَرْسَلْتَ.
Mafhumnya: “Ya Allah, aku menyerahkan diriku kepadaMu, aku menghadapkan wajahku kepadaMu, aku menyerahkan semua urusanku kepadaMu, aku menyandarkan belakangku kepada (pemeliharaan)Mu, karena mengharapkan kelebihanMu yang luas dan nikmatMu yang agung, dan berlindung dari kemurkaanMu. Tidak ada tempat perlindungan dan keselamatan dari (kemurkaan)Mu, kecuali kepadaMu. Aku beriman pada kitab yang telah Engkau turunkan, dan kepada NabiMu yang telah Engkau utuskan. Jika kamu meninggal dunia (di waktu tidur), maka kamu meninggal dunia dalam keadaan fitrah (agama Islam), maka jadikanlah ungkapan ini akhir perkataan kamu (sebelum tidur). Maka aku mengulangi membaca doa ini untuk meningatinya, aku menyebut: آَمَنْتُ بِرَسُوْلِكَ الَّذِيْ أَرْسَلْتَ, (sedangkan tadi baginda membaca: وَبِنَبِيِّكَ الَّذِيْ أَرْسَلْتَ), Nabi bersabda: “Tidak,[6] (kekalkan dengan membaca:) وَبِنَبِيِّكَ الَّذِيْ أَرْسَلْتَ.” (al-Bukhari dan Muslim)
6. Daripada Huzaifah bin al-Yaman RA yang berkata: “Nabi SAW apabila hendak tidur akan mengucapkan:
بِسْمِكَ اللَّهُمَّ أَمُوْتُ وَأَحْيَا
Mafhumnya: “Dengan NamaMu ya Allah (daku memohon pertolongan), aku berada dalam keadaan ini (hampir tidur) dan dalam keadaan jaga.” Apabila baginda bangun dari tidur membaca:
اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْر
Mafhumnya: “Segala pujian adalah untuk Allah, Yang telah menghidupkan kami dan setelah menidurkan kami, dan kepadaNya kami akan dikembalikan (pada hari kiamat).” (Muslim)
7. Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA, yang pernah menyuruh seorang lelaki sebelum tidur untuk membaca:
اَللَّهُمَّ خَلَقْتَ نَفْسِيْ، وَأَنْتَ تَوَفَّاهَا، لَكَ مَمَاتُهَا وَمَحْيَاهَا، إِنْ أَحْيَيْتَهَا فَاحْفَظْهَا، وَإِنْ أَمَتَّهَا فَاغْفِرْلَهَا، اَللَّهُمَّ أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ
Mafhumnya: “Ya Allah, Engkau telah menciptakan diriku, dan Engkaulah yang akan mematikannya, di bawah kuasa dan urusanMu mati dan hidupnya, jika Engkau membiarkan dia hidup, maka peliharalah ia, jika Engkau mematikannya, maka berilah keampunan kepadanya. Ya Allah daku memohon dariMu ‘afiah. Lalu lelaki itu bertanya kepada ‘Abdullah bin ‘Umar, apakah anda mendengar kalimah ini dari ‘Umar? Jawab beliau: Aku mendengarnya dari orang yang lebih baik dari ‘Umar iaitulah dari Rasulullah SAW.” (Muslim)
8. Dari Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW menyuruh kami, apabila hendak tidur membaca:
اَللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَاوَاتِ، وَرَبَّ الأَرْضِ، وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ، رَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ، فَالِقَ الْحَبِّ وَالنَّوَى، وَمُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَاْلإِنْجِيْلِ وَالْفُرْقَانِ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ دَابَّةٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا. اَللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ اْلآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُوْنَكَ شَيْءٌ، اقْضِ عَنَّا الدَّيْنَ وَأَغْنِنَا مِنَ الْفَقْرِ.
Mafhumnya: “Ya Allah tuhan (yang mencipta, memiliki dan mentadbir) semua lapisan langit dan bumi), Tuhan kepada Arasy yang agung, Tuhan kami semua dan tuhan setiap sesuatu, tuhan yang membelah benih tumbuhan dan bijian buah, Tuhan yang menurunkan kitab al-Taurat, al-Injil dan al-Furqan (al-Quran). Daku memohon perlindungan denganMu dari kejahatan sesiap yang melata, Engkau yang menguasai ubun-ubunnya, Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Awal, dan tiada sesuatupun sebelumMu, Engkaulah Tuhan Yang Maha Akhir dan tiada sesuatu selepas dariMu, Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi, tiada yang lebih tinggi dariMu, Engkaulah Yang Maha Dekat, tiada yang lebih dekat berbandingMu, Langsaikanlah hutang kami (hutang dengan Allah dan manusia) dan bebaskanlah kami dari kefakiran.” (Muslim)
9. Dari Anas bin Malik RA yang berkata, bahawa Rasulullah SAW apabila hendak tidur, baginda membaca:
اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَطْعَمَنَا وَسَقَانَا، وَكَفَانَا وَآوَانَا، فَكَمْ مِمَّنْ لَا كَافِيَ لَهُ وَلَا مُؤْوِيْ
Mafhumnya: “Segala pujian untuk Allah yang telah memberi makan, minum, mencukupkan kami,[7] dan memberi tempat berteduh (tempat tinggal) kepada kami.[8] Maka berapa ramai yang tidak mempunyai siapa yang memberi kecukupan dan tempat tinggal kepadanya.” (Muslim)
10. Dari ‘Ali bin Abi Tolib RA, menceritakan tentang Fatimah binti Rasulullah SAW (Isteri beliau) datang menemui Nabi SAW dan meminta seorang khadam, lalu baginda menjawab:
أَلَا أُخْبِرُكِ مَا هُوَ خَيْرٌ لَكِ مِنْهُ، تُسَبِّحِيْنَ اللهَ عِنْدَ مَنَامِكِ ثَلَاثًا وَثَلَاثِيْنَ، وَتَحْمَدِيْنَ اللهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِيْنَ، وَتُكَبِّرِيْنَ اللهَ أَرْبَعًا وَثَلَاثِيْنَ
Mafhumnya: “Mahukah kamu aku beritahukan kepadamu suatu yang lebih baik dari seorang khadam? Iaitulah dengan kamu bertasbih sebelum tidur sebanyak 33 kali, bertahmid 33 kali dan bertakbir 34 kali. Kata ‘Ali: Maka aku tidak meninggalkan amalan tersebut selepas dari itu. Lalu ditanya kepada beliau: Sekalipun ketika malam peristiwa (peperangan) Siffin? Beliau menjawab: Sekalipun pada malam peristiwa Siffin.”[9] (al-Bukhari dan Muslim)
[1] Kata al-Syeikh ‘Abdul Razzaq bin ‘Abd al-Muhsin al-Badr: “Ia merupakan satu penerangan bahawa berdasarkan Sunnah, hendaklah seseorang muslim memulakan sapuan pada bahagian tertinggi tubuhnya, maka disapu pada bahagian kepala, muka dan bahagian hadapan tubuh, kemudian sampai ke bahagian belakang tubuh.” (Fiqh al-Ad’iyyah wa al-Azkar, bah: 3, hal: 51)
[2] Al-Bukhari, bil: 5017. Muslim, bil: 2192.
[3] Al-Bukhari, bil: 2311.
[4] Al-Bukhari dan Muslim. Maksud “Kedua-dua ayat itu telah memadai untuknya” ialah memadai untuk pembacanya dari kejahatan yang menyakitinya. Sila lihat al-Wabil al-Sayyib oleh Ibn al-Qayyim.
[5] Nabi SAW memberitahu Allah SWT menjawab: “Telah aku laksanakan” sebagai menjawab permohonan supaya tidak dikenakan balasan di atas kesalahan yang dilakukan kerana terlupa atau tersalah. Di dalam Sahih Muslim hadis dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW memberitahu, Allah berfirman: “Ya”, iaitu memperkenankan permohonan: ربنا لا تؤاخذنا إن نسينا أوأخطأنا sehingga ke akhir ayat.
[6] Larangan Nabi SAW dari diubah lafaz zikir ini daripada perkataan Nabi kepada Rasul menunjukkan pentingnya berpada dengan lafaz yang diajar oleh baginda.
[7] Mencukupkan perlindungan dan memenuhi keperluan
[8] Menandakan ingatan seorang muslim sebelum tidur akan nikmat makan, minum, memenuhi keperluan dan memberi tempat tinggal yang diterimanya sepanjang hari
[9] Sebahagian ulama menjadikan hadis ini sebagai dalil atau bukti yang menunjukkan termasuk di dalam kelebihan zikir iaitulah memberi kekuatan, kesihatan dan kecergasan kepada tubuh badan. Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah RH berkata: “Zikir itu memberikan kekuatan kepada orang yang berzikir sehingga dia mampu melakukan sesuatu yang tidak mampu dia lakukannya ketika tidak berzikir. Sesungguhnya saya sendiri telah menyaksikan kekuatan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dari sudut perkataan, keberanian dan penulisan beliau suatu yang menakjubkan.” Berikutnya beliau menyertakan hadis ini, dan berkata: “Dikatakan sesungguhnya sesiapa yang sentiasa melakukan perkara tersebut (zikir tersebut), dia akan mendapati kekuatan badannya dan tidak memerlukan kepada khadam.” (al-Wabil al-Sayyib, hal: 155-156) al-Imam Ibn al-Qayyim juga menukilkan perkataan Ibn Taimiyyah yang berkata: “Sesiapa yang memelihara (mengamalkan) zikir-zikir tersebut dia tidak akan ditimpa kepenatan dari perkara yang menyikbukkan dia dan selainnya.” (al-Wabil, hal: 206)
0 comments:
Post a Comment