Wednesday, March 21, 2012

DOA SELEPAS MAJLIS

Daripada Ibn ‘Umar RA katanya: “Dahulunya amat jarang sekali Rasulullah SAW bangun dari sesuatu majlis, melainkan baginda akan membaca terlebih dahulu kalimah-kalimah doa ini untuk para sahabat:


اللَّهُمَّ اقْسِمْ لَنَا مِنْ خَشْيَتِكَ مَا يَحُولُ بَيْنَنَا وَبَيْنَ مَعَاصِيكَ، وَمِنْ طَاعَتِكَ مَا تُبَلِّغُنَا بِهِ جَنَّتَكَ، وَمِنَ اليَقِينِ مَا تُهَوِّنُ بِهِ عَلَيْنَا مُصِيبَاتِ الدُّنْيَا، وَمَتِّعْنَا بِأَسْمَاعِنَا وَأَبْصَارِنَا وَقُوَّتِنَا مَا أَحْيَيْتَنَا، وَاجْعَلْهُ الوَارِثَ مِنَّا، وَاجْعَلْ ثَأْرَنَا عَلَى مَنْ ظَلَمَنَا، وَانْصُرْنَا عَلَى مَنْ عَادَانَا، وَلاَ تَجْعَلْ مُصِيبَتَنَا فِي دِينِنَا، وَلاَ تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّنَا، وَلاَ مَبْلَغَ عِلْمِنَا، وَلاَ تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لاَ يَرْحَمُنَا


Mafhumnya: “Ya Allah kurniakanlah kepada kami bahagian rasa takut kepadaMu yang dapat menghalang antara kami dengan berbuat maksiat kepadaMu, dan ketaatan yang menyampaikan kami sehingga ke syurgaMu, dan keyakinan yang menjadikan kami merasa ringan dengan musibah-musibah dunia, dan jadikanlah kami dapat menikmati pendengaran, penglihatan dan kekuatan kami selama kami masih hidup, jadikanlah semua itu kekal hingga kami mati. Kenakanlah balasan kami hanya ke atas orang yang menzalimi kami, dan tolonglah kami terhadap sesiapa yang memusuhi kami, dan jangan Engkau jadikan (Ya Allah) musibah pada agama kmi, dan jangan pula Engkau jadikan dunia itu perkara yang lebih besar dalam tujuan kami, dan jangan juga hanya dunia itu sahaja yang kami ketahui, dan jangan Engkau jadikan sesiapa yang tidak mengasihi kami menguasai ke atas kami.” (HR al-Tirmizi, bil: 3502. Katanya: “Hasan Gharib”. Al-Albani juga menilai hadis ini sebagai Sahih di dalam Sahih al-Tirmizi. Al-Imam al-Nawawi menjadikan doa ini di dalam kitabnya al-Azkar di bawah bab Doa Seorang Yang Berada Dalam Majlis Orang Ramai Untuk Dirinya Dan Sesiapa Yang Ada Bersamanya باب دعاء الجالس في جمع لنفسه ومن معه )

0 comments: