Friday, September 23, 2011

Sebahagian Sunnah yang dilupakan (8)

1. Berubat dengan berbekam.

Daripada Jabir bin ‘Abdillah, beliau pernah menziarahi al-Muqanna’ (Seorang Tabi’ie), kemudian berkata:

لا أبرح حتى تحتجم، فإني سمعت رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يقول: «إن فيه شفاء

Mafhumnya: “Kamu tidak boleh sembuh sehinggalah kamu berbekam, kerana sesungguhnya saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya padanya (berbekam) ada penyembuhan.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

2. Diet dengan Tamar al-‘Ajwah dari ‘Aliah di Madinah Nabawiah

Daripada Sa’id bin Abi Waqqas RA katanya, Rasulullah SAW bersabda:

من تصبح بسبع تمراتٍ عجوة لم يضره ذلك اليوم سمٌ ولا سحرٌ

Mafhumnya: “Sesiapa yang pagi hari memakan tujuh biji tamar ‘Ajwah, racun dan sihir tidak akan dapat memudharatkan dia pada hari tersebut.” (al-Bukhari dan Muslim)

Daripada ‘A-isyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إن في عجوة العالية شفاءٌ أو إنها ترياقٌ أول البكرة

Mafhumnya: “Sesungguhnya pada ‘Ajwah al-‘Aliah merupakan penyembuhan pada awal pagi.” (HR Muslim)

3. Berubat dengan Bijian Hitam (al-Habbah al-Sauda’)

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda:

إن في الحبة السوداء شفاءٌ من كل داء إلا السام

Mafhumnya: “Sesungguhnya pada al-Habbah al-Sauda’ (bijian hitam) itu penyembuhan dari setiap penyakit melainkan mati.”

4. Berubat dengan Kam’ah (الكَمْأة)[1] sejenis Umbi.

Daripada Sa’id bin Zaid bin ‘Amr bin Nufail RA katanya, saya mendengar Nabi SAW pernah bersabda:

الكمأة من المنِّ وماؤها شفاءٌ للعين

Mafhumnya: “al-Kam’ah daripada al-Mann, dan airnya merupakan penyembuh untuk mata.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

5. Perubatan Nabawi pada lalat

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إذا وقع الذباب في إناء أحدكم فليغمسه كله ثم ليطرحه فإن في أحد جناحيه شفاء، وفي الآخر داء

Mafhumnya: “Jika lalat terjatuh di dalam bekas makanan seseorang daripada kamu, maka tenggelamkan keseluruhan kemudian buangkanlah ia, kerana sesungguhnya di salah satu sayapnya ada penawar, dan di sebelah satu lagi ada penyakit.” (HR al-Bukhari)

Daripada Abi Sa’id al-Khudri RA katanya: Rasulullah SAW bersabda:

في أحد جناحي الذباب سمٌ، وفي الآخر شفاءٌ، فإذا وقع في الطعام,فأمقلوه فيه، فإنه يقدم السم ويؤخر الشفاء

Mafhumnya: “Pada salah satu sayap lalat itu adanya racun, dan di sebelah lagi adanya penawar, jika lalat terjatuh di dalam makanan, maka tenggelamkan ia ke dalam makanan tersebut, kerana sesungguhnya lalat itu akan mendahulukan sayapnya yang beracun dan melewatkan sayapnya yang ada penawar (ketika jatuh ke dalam makanan).”

6. Meninggalkan makanan yang tidak disukai

Daripada Abu Hurairah RA katanya:

ما عاب النبي - صلى الله عليه وسلم - طعاماً قطُّ إن اشتهاه أكله, و إن كرهه تركه

Mafhumnya: “Nabi SAW tidak pernah menghina makanan sama-sekali, jika baginda menghendakinya baginda akan makan, jika tidak baginda akan meninggalkannya.”

Al-Nawawi berkata: “Ini merupakan adab yang dituntut ketika makan, termasuk di dalam menghina makanan seperti mengatakan: masin, kurang garam, masam, cair, pekat, tidak cukup masak dan seumpamanya, adapun berkaitan baginda tidak memakan Dhab (biawak padang pasir), ia tidak termasuk menghina makanan , sebaliknya ia sebagai pemberitahuan baginda tidak ingin memakan haiwan tersebut.” (Syarh Muslim)

7. Menjilat Jari Sebelum Membasuh atau Menyapu Tangan

Daripada Ibn ‘Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إذا أكل أحدكم فلا يمسح يده حتى يَلعقها أو يُـلعقها

Mafhumnya: “Apabila seseorang daripada kamu selesai dari makan, maka jangan dia menyapu tangannya, sehinggalah dia menjilat tangannya terlebih dahulu.” (HR al-Bukhari, Muslim dan Ibn Majah)

8. Membuang Kotoran Pada Makanan yang Terjatuh dan memakannya semula

Daripada Jabir RA:

أَنَّ النَّبِيَّ - صلى الله عليه وسلم - أَمَرَ بِلَعْقِ الأَصَابِعِ وَالصَّحْفَةِ، وَقَالَ: إِنَّكُمْ لاَ تَدْرُونَ فِي أَيِّهِ الْبَرَكَةُ

Mafhumnya: “Bahawa Nabi SAW menyuruh menjilat jari-jemari dan (menyapu) bekas makanan dan baginda bersabda: Sesungguhnya kamu semua tidak mengetahui dimanakah adanya keberkatan.” (HR Muslim 2033, Ibn Majah 2270)

9. Menjilat Bekas Makanan dan Seumpamanya.

Bukti dalam persoalan ini ialah hadith Jabir seperti dalam perkara ke enam puluh lapan.

Demikian juga hadith daripada Anas RA, daripada Nabi SAW, beliau berkata:

وأمرنا أن نسلت القصعة قال: ( فإنكم لا تدرون في أي طعامكم البركة)

Mafhumnya: “Kami diarahkan untuk menyapu bekas makanan, baginda bersabda: “Kerana sesungguhnya kamu semua tidak mengetahui dimana satu makananmu yang mempunyai keberkatan.”

10. Sunat Bersahur dengan Buah Tamar.

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

نعم سحور المؤمن التمر

Mafhumnya: “Sebaik-baik sahur seorang mukmin adalah dengan buah Tamar.” Hadith ini disahihkan oleh al-‘Allamah al-Albani di dalam Silsilah al-Sahihah bilangan 562, beliau juga menyebut beberapa Syawahid (riwayat-riwayat sokongan), silalah merujuk di sana.

Ibn al-Qayyim berkata di dalam Zad al-Ma’ad (4/292) tentang Tamar: “Ia merupakah buahan, makanan, penawar, minuman dan manisan.” (HR Abu Daud 2345, dan Ibn Hibban 3475)



[1] Al-Kam’ah adalah sejenis Umbi (الدرنيات) atau Ubi (الجذور) yang tidak berdaud dan tidak berakar, yang tumbuh dipermukaan bumi tanpa ditanam, banyak ketika musim buahan subur dan banyak hujan. (Sila rujuk Ta’liq Mustafa Dib al-Bugha kepada Sahih al-Bukhari 4/1627. Sumber: Artikel dari lamanweb rasmi Jami’ah al-Iman http://www.jameataleman.org/: الإعجاز العلمي في حديث: الكمأة من المن وماؤها شفاء للعين) – Pent.

0 comments: