Friday, September 23, 2011

Sebahagian Sunnah yang dilupakan (7)

1. Meminta izin sebanyak tiga kali, samada diizinkan, jika tidak berpaling untuk pergi

Firman Allah SWT:

$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä Ÿw (#qè=äzôs? $·?qãç/ uŽöxî öNà6Ï?qãç/ 4_®Lym (#qÝ¡ÎSù'tGó¡n@ (#qßJÏk=|¡è@ur #n?tã $ygÎ=÷dr& 4 öNä3Ï9ºsŒ ׎öyz öNä3©9 öNä3ª=yès9 šcr㍩.xs? ÇËÐÈ bÎ*sù óO©9 (#rßÅgrB !$ygŠÏù #Yymr& Ÿxsù $ydqè=äzôs? 4Ó®Lym šcsŒ÷sムö/ä3s9 ( bÎ)ur Ÿ@ŠÏ% ãNä3s9 (#qãèÅ_ö$# (#qãèÅ_ö$$sù ( uqèd 4s1ør& öNä3s9 4 ª!$#ur $yJÎ/ šcqè=yJ÷ès? ÒOŠÎ=tæ ÇËÑÈ

Mafhumnya: “Wahai orang-orang yang beriman jangan kami semua memasuki sesuatu rumah yang bukan rumah kamu, sehinggalah terlebih dahulu kamu meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya . Demikian itu lebih baik bagi kamu, mudah-mudahan kamu selalu beringat. Jika kamu tidak menemui seseoragpun di dalamnya, maka janganlah kamu masuk sebelum kamu mendapat izin. Dan jika dikatakan kepadamu: kembalilah. Maka hendaklah kamu kembali. Itu lebih bersih bagimu dan Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (al-Nur: 27-28)

Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA katanya:

كنت في مجلسٍ من مجالس الأنصار إذ جاء أبو موسى كأنه مذعور، فقال: استأذنت على عمر ثلاثاً فلم يؤذن لي فرجعتُ قال: ما منعك؟ قلت : استأذنت ثلاثاً فلم يؤذن لي فرجعتُ وقال رسول الله - صلى الله عليه وسلم-: «إذا استأذن أحدكم ثلاثاً فلم يؤذن لـه فليرجع

Mafhumnya: “Saya pernah berada di dalam salah satu majlis orang-orang Ansar, tiba-tiba datang Abu Musa, dia seolah-olah kelihatan berada dalam ketakutan. Lalu dia berkata: Saya telah meminta izin (pergi ke rumah beliau dan mengucapkan salam) kepada Umar tiga kali, akan tetapi dia tidak menjawab permohonan saya, lalu sayapun pulang. Kemudian dia (‘Umar) bertanya kepada saya: Apa yang menghalang engkau (dari berjumpa ‘Umar pada hari tersebut). Saya menjawab: Saya telah meminta izin sebanyak tiga kali, tetapi beliau tidak menjawabnya, maka sayapun pulang, kerana Rasulullah SAW pernah bersabda: “Jika seseorang darpada kamu meminta izin sebanyak tiga kali, akan tetapi tidak dijawab permohonannya itu, maka hendaklah dia pulang.”

2. Termasuk di dalam sunnah seorang tetamu meminta izin tuan rumah sebelum dia berdiri untuk pulang.

Sabda Nabi SAW:

إذا زار أحدكم أخاه فجلس عنده فلا يقومن حتى يستأذنه

Mafhumnya: “Apabila seseorang daripada kamu menziarahi saudaranya dan duduk dengannya, maka jangan dia berdiri (untuk pulang) sehinggalah dia meminta izin terlebih dahulu.”

Hadith ini memberi perhatian terhadap adab yang tinggi, iaitulah orang yang datang berziarah tidak sepatutnya berdiri (untuk pulang) melainkan setelah dia meminta izin orang yang diziarahinya terlebih dahulu.

3. Tuan rumah lebih berhak menjadi imam solat dari orang lain walaupun ada yang lebih faqih daripadanya.

Daripada Abu Mas’ud al-Ansori RA katanya: Sabda Nabi SAW:

يؤم القوم أقرؤهم لكتاب الله، فإن كانوا في القراءة سواء فأعلمهم بالسنة، فإن كانوا في السنة سواء فأقدمهم هجرة، فإن كانوا في الهجرة سواء فأقدمهم سلماً، ولا يؤمن الرجل الرجل في سلطانه ولا يقعد في بيته على تكرمته إلا بإذنه

Mafhumnya: “Hendaklah menjadi imam kepada sesuatu kaum orang yang lebih tahu al-Quran, jika kesemua mereka mengetahui al-Quran, maka jadilah imam orang yang lebih mengetahui tentang sunnah, sekiranya kesemua mereka mengetahui tentang sunnah, maka jadilah imam orang yang terlebih dahulu melaksanakan hijrah, sekiranya mereka semua sama dalam melaksanakan hijrah, maka jadilah imam orang yang terlebih dahulu memeluk Islam, dan jangan seseorang lelaki menjadi imam di rumah seseorang lelaki yang lain dan jangan dia duduk di rumah lelaki itu di tempat khas beliau melainkan dengan izin tuan rumah tersebut.” (HR Muslim dan Abu Daud)

Al-Nawawi berkata: “Maknanya, apa yang telah disebut oleh para Ashab kami dan selain mereka bahawa, pemilik rumah dan tuan sesuatu majlis atau imam masjid lebih berhak berbanding selain mereka, sekalipun orang lain itu lebih faqih, lebih wara’ dan lebuh utama daripadanya.”

4. Mengibas tempat tidur sebelum berbaring untuk tidur.

Daripada Abu Hurairah RA katanya, sabda Nabi SAW:

إذا أوى أحدكم إلى فراشه فلينفض فراشه بداخلة إزاره، فإنه لا يدري ما خلفه عليه، ثم يقول: باسمك ربي وضعت جنبي وبك أرفعه، إن أمسكت نفسي فارحمها، وإن أرسلتها فاحفظها بما تحفظ به عبادك الصالحين

Mafhumnya: “Apabila seseorang daripada kamu menghampiri tempat tidurnya, maka hendaklah dia mengibas tempat tidurnya dengan hujung kainnya, kerana sesungguhnya dia tidak mengetahui apa yang ada di atasnya, kemudian membaca: Dengan nama tuhanku, daku meletakkan lambungku, dan dengannya juga aku mengangkat lambungku, sekiranya Engkau (Ya Allah) mengambil nyawaku, kesihanilah ia, sekiranya Engkau (Ya Allah) membiarkan dia terus hidup, maka peliharalah ia sepertimana Engkau memelihara hamba-hambaMu yang saleh.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

5. Meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan ketika tidur.

Daripada Huzaifah bin al-Yaman RA katanya:

كان النبي - صلى الله عليه وسلم - إذا أخذ مضجعه من الليل، وضع يده تحت خدِّه، ثم يقول: «اللهم باسمك أموت وأحيا» وإذا استيقظ قال: «الحمد لله الذي أحيانا بعد ما أماتنا وإليه النشور

Mafhumnya: “Adalah Nabi SAW apabila pergi ke tempat tidur untuk tidur malam, baginda meletakkan tangan di bawah pipinya, kemudian membaca: “Ya Allah dengan namaMu aku mati dan hidup”. Apabila baginda bangun dari tidur baginda membaca: “Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami setelah Dia mematikan kami, dan kepadaNyalah dihimpunkan (semua makhluk).” (HR al-Bukhari. Al-Imam al-Bukhari juga menjadikan hadith ini di bawah tajuk Bab Meletakkan Tangan Di Bawah Pipi kanan)

6. Kelebihan sesiapa yang terjaga dari tidur malam, kemudian mengingati Allah.

Daripada ‘Ubadah bin al-Somit RA daripada Nabi SAW yang bersabda: “Sesiapa yang terjaga dari tidur malam[1] maka sebutlah:

لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير الحمد لله وسبحان الله ولا إله إلا الله والله أكبر

ولا حول ولا قوة إلا بالله

Maksudnya: “Tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tidak ada sekutu baginya, bagiNya kekuasaan, dan baginya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu, segala pujian bagi Allah dan Maha Suci Allah, dan tidak ada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar, dan tiada keupayaan dan kekuatan melainkan Allah.”

Kemudian membaca: اللهم اغفرلي (Ya Allah, ampunilah daku) – atau berdoa (dengan doa yang lain) dan akan diperkenankan permohonannya. Sekiranya dia berwudhu, akan diterima solatnya.” (HR al-Bukhari 1154)

Al-Hafidz berkata di dalam Fath al-Bari berkata: “Hanya berlaku perkara ini, bagi sesiapa yang menjadi kebiasaan mengingati Allah, dan keadaan itu menguasainya sehingga ia menjadi bisikan hatinya, di dalam tidurnya dan ketika jaganya. Maka dimuliakan sesiapa yang memiliki sifat ini dengan diperkenankan doa dan diterima solatnya.”

7. Menyapu kesan tidur di muka dengan tangan apabila bangun dari tidur.

Daripada Ibn ‘Abbas RA katanya:

إنه بات ليلةً عند ميمونة زوج النبي - صلى الله عليه وسلم - وهي خالته فاضطجعت في عرض الوسادة واضطجع رسول الله - صلى الله عليه وسلم - وأهله في طولها فنام رسول الله - صلى الله عليه وسلم - حتى انتصف الليل أو قبله بقليل أو بعده بقليل، استيقظ رسول الله - صلى الله عليه وسلم - فجلس يمسح النوم عن وجهه بيده

Mafhumnya: “Suatu malam dia pernah tidur di rumah Maimunah isteri nabi SAW yang juga merupakan emak saudara beliau, lalu saya berbaring di hujung tempat tidur, dan Rasulullah SAW bersama isteri baginda berbaring di sepanjang tempat tidur, Rasulullah SAW tidur sehingga pertengahan malam atau sebelum atau selepasnya sedikit, baginda bangun, dan duduk sambil menyapu tidur (kesan tidur) dari muka baginda dengan tangan.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Al-Nawawi berkata: “Perkataannya: baginda menyapu tidur dari muka membawa maksud menyapu kesan tidur, dan ia menunjukkan sunat perkara tersebut.” (Syarh Muslim).

8. Membaca beberapa ayat akhir dari surah Ali Imran ketika bangun dari tidur dan melihat ke langit.

Daripada Ibn ‘Abbas RA katanya:

بتُ يوماً عند خالتي ميمونة، فتحدث رسول الله - صلى الله عليه وسلم - مع أهله ساعةً ثم رقد،.فلما كان ثلث الليل الآخر قعد فنظر إلى السماء

Mafhumnya: “Suatu hari saya tidur di rumah emak saudara saya Maimunah, Rasulullah SAW berbual dengan isteri baginda seketika, kemudian baginda tidur. Apabila tiba satu pertiga akhir malam, baginda bangun dan melihat ke langit.”

Di dalam riwayat yang lain dinyatakan:

استيقظ رسول الله - صلى الله عليه وسلم - فجلس يمسح النوم من وجهه بيده ثم قراء العشر الآيات الخواتم من سورة آل عمران

Mafhumnya: “Rasulullah SAW terjaga dari tidur, baginda duduk dan menyapu kesan tidur dari muka dengan tangan baginda, kemudian baginda membaca sepuluh ayat akhir surah Ali Imran.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

9. Berubat dengan al-Talbinah[2]

عن عروة عن عائشة زوج النبي - صلى الله عليه وسلم - أنها كانت إذا مات الميتُ من أهلها، فاجتمع لذلك النساء، ثم تفرقن إلاّ أهلها وخاصتها، أمرت ببرمة من تلبينة فطبخت ثم ثريدٌ، فصُبَّتِ التلبينة عليها، ثم قالت:كلن منها فإني سمعت رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يقول : «التلبينة مُجمة لفؤاد المريض تُذهب بعض الحُزن»

Mafhumnya: “Daripada ‘Urwah, daripada ‘A-isyah isteri Nabi SAW, yang mana beliau jika ada kematian dari kalangan ahli keluarga beliau, para wanita akan berkumpul, kemudian mereka akan pergi melainkan ahli keluarga dan teman terdekat, kemudian beliau mengarahkan dibawah periuk berisi Talbinah, kemudian dimasak sup (sup daging), kemudian dituang ke atasnya Talbinah, lalu beliau berkata: Makanlah sup beserta dengan talbinah ini, kerana sesungguhnya saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: al-Talbinah melegakan hati dan menghilangkan sebahagian kesedihan.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Sebahagian riwayat dari ‘A-isyah ada menyebut beliau pernah menyuruh dibuat al-Talbinah dan menyebut:

هو البغيض النافع

Mafhumnya: “Ia benda yang tidak disukai yang bermanfaat.” (al-Bukhari)

10. Berubat dengan madu.

Firman Allah SWT:

§4 ßlãøƒs .`ÏB $ygÏRqäÜç/ Ò>#uŽŸ° ì#Î=tFøƒC ¼çmçRºuqø9r& ÏmŠÏù Öä!$xÿÏ© Ĩ$¨Z=Ïj9 3 ÇÏÒÈ

Mafhumnya: “Dia yang mengeluarkan dari perut-perut (lebah) minuman yang berbagai warnanya, padanya ada penyembuhan untuk manusia.” (al-Nahl: 69)

Daripada Ibn ‘Abbas RA katanya, Sabda Rasulullah SAW:

الشفاء في ثلاث شربة عسل وشرطة محجم وكية نار وأنهى أمتي عن الكي

Mafhumnya: “Penyembuhan itu ada pada tiga: Meminum Madu, berbekam dan berubat menggunakan besi panas, dan aku juga melarang umatku dari besi panas (menggunakannya tanpa ada keperluan dan berlebihan).” (HR al-Bukhari 5680-5681)



[1]Asal تَعَارَّ membawa maksud terjaga dari tidur malam dan berubah tempat tidur sambil mengeluarkan suara (Lihat kamus al-Muhith) – Pent.

[2] Ibn al-Qayyim RH berkata: Talbinah: Air Pati Gandum yang digiling (Zad al-Ma’ad 4/293). Ibn Hajar di dalam Fath al-Bari telah memberi penjelasan yang luas tentang maksud Talbinah, beliau juga telah menukilkan pendapat para ulama, silalah rujuk di sana bagi sesiapa yang mahukan penjelasan panjang. Kesimpulannya: ia adalah pati yang dicampur dengan tepung atau serbuk (gandum) yang dicampur dengan madu, dikatakan juga dicampur dengan Laban (susu masam), dan dinamakan sebagai Talbinah kerana ia berwarna putih dan kelembutannya menyerupai Laban (susu masam) – Pent.

0 comments: