Friday, September 23, 2011

Sebahagian Sunnah yang dilupakan (6)

1. Memberikan hak panjang kepada huruf di dalam bacaan dan berhenti antara dua ayat

Terdapat dua hadith dalam perkara ini:

1. Hadith daripada Anas bin Malik RA, daripada Qatadah katanya:

سألت أنس بن مالك عن قراءة النبي - صلى الله عليه وسلم - فقال:كان يمُدّ مدّاً

Mafhumnya: “Saya bertanya kepada Anas bin Malik tentang bacaan Nabi SAW, lalu baginda memberitahu: Adalah baginda memberi hak panjang kepada huruf.” (HR al-Bukhari 5045 dan Abu Daud 1465).

Di dalam riwayat yang lain dinyatakan:

سُُئل أنسٌ:كيف كانت قراءة النبي - صلى الله عليه وسلم - فقال: كانت مَدّاً ثم قرأ: ( بسم الله الرحمن الرحيم ) يَمُدُّ ببسم الله.ويمد بالرحمن .ويمد بالرحيم

Mafhumnya: “Ditanya kepada Anas: bagaimanakah bacaan Nabi SAW, beliau menjawab: Bacaan baginda adalah dengan memberikan hak panjang kepada huruf, kemudian baginda membaca bismillahirrahmanirrahim, baginda memberi hak panjang pada bismillah, baginda memberi hak panjang pada al-Rahman dan baginda memberi hak panjang kepada al-Rahim.” (HR al-Bukhari 5046)

2. Daripada Ummu Salamah katanya:

كان رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يقطع قراءته يقول: الحمد لله رب العالمين، ثم يقفُ، الرحمن الرحيم، ثم يقف، وكان يقرؤها ملك يوم الدين

Mafhumnya: “Adalah Rasulullah SAW memberhentikan bacaan baginda, baginda membaca: Alhamdulillahi rabbil ‘alamin, baginda berhenti, al-Rahmanirrahim, kemudian baginda berhenti, seterusnya baginda membaca Malikiyaumiddin.” Lafaz hadith dari Abu Daud menyebut: “Baginda memberhentikan bacaan satu ayat demi satu ayat.” (HR Abu Daud 4001 dan al-Tirmizi)

Al-‘Allamah al-Albani berkata di dalam Irwa’ al-Ghalil 2/62: “Ini merupakah sunnah yang telah ditinggalkan oleh kebanyakan qurra’ pada masa ini, Allahu al-Musta’an”

2. Bertadarus al-Quran di malam Ramadhan

Daripada Abdillah bin Abbas RA katanya:

كان النبي - صلى الله عليه وسلم - أجود الناس بالخير، وكان أجود ما يكون في رمضان حين يلقاه جبريل - ? - يلقاه كل ليلة من رمضان، حتى ينسلخ يعرض عليه النبي - صلى الله عليه وسلم - القرآن، فإذا لقيه جبريل كان أجود بالخير من الريح المرسلة

Mafhumnya: “Adalah Nabi SAW orang yang paling pemurah melakukan segala jenis kebaikan, dan baginda lebih pemurah di dalam bulan Ramadhan ketika Jibrail menemui baginda pada setiap malam dalam bulan Ramadhan, Jibrail menemui baginda membentangkan (menyemak) bacaan al-Quran dari Nabi SAW. Apabila baginda didatangi Jibrail baginda akan menjadi lebih pemurah dari angin yang bertiup.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Al-Imam al-Nawawi berkata di dalam Syarh Sahih Muslim: “Hadith ini memiliki beberapa pengajaran antaranya: Sunat menyema (mempelajari makna) bacaan al-Quran.”

3. Bertakbir pada hari-hari sepuluh Zul Hijjah

Allah SWT berfirman:

(#rßygô±uŠÏj9 yìÏÿ»oYtB öNßgs9 (#rãà2õtƒur zNó$# «!$# þÎû 5Q$­ƒr& BM»tBqè=÷è¨B 4n?tã $tB Nßgs%yu .`ÏiB ÏpyJÎgt/ ÉO»yè÷RF{$# ( (#qè=ä3sù $pk÷]ÏB (#qßJÏèôÛr&ur }§Í¬!$t6ø9$# uŽÉ)xÿø9$# ÇËÑÈ

Mafhumnya: “Untuk mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan.” (al-Hajj: 28)

Ibn ‘Abbas RA berkata, Nabi SAW bersabda:

ما العمل في أيام أفضل منها في هذه العشر» قالوا: ولا الجهاد؟ قال: ولا الجهاد، إلا رجلٌ يخاطر بنفسه و ماله فلم يرجع بشيء

Mafhumnya: “Tiada amalan pada mana-mana hari yang lebih utama dari sepuluh hari ini (sepuluh hari dalam bulan Zulhijjah). Para sahabat bertanya: “Walaupun jihad? Baginda bersabda: Sekalipun jihad, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian dia tidak pulang lagi selepas dari itu.” (HR al-Tirmizi 757, dan beliau berkata: dan di dalam bab ini terdapat riwayat dari Ibn ‘Umar, Abu Hurairah, Abdullah bin ‘Umar dan Jabir)

Al-Imam al-Bukhari berkata:

وكان ابن عمر وأبو هريرة يخرجان إلى السوق في أيام العشر يكبران ويكبر الناس بتكبيرهما

Mafhumnya: “Adalah Ibn ‘Umar dan Hurairah akan keluar ke pasar pada hari-hari sepuluh (zulhijjah), mereka berdua akan bertakbir, dan orang ramaipun akan bertakbir disebabkan takbir mereka berdua.” (Kitab al-‘Aidain)

4. Sunat mengutus binatang korban melalui orang yang tidak berihram, sedangkan kita berada di negeri kita tanpa ada larangan

Daripada ‘A-isyah RA katanya:

كان رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يهدي من المدينة فأفتل قلائد هديه.ثم لا يجتنب شيئاً مما يجتنب المحرم

Mafhumnya: “Rasulullah SAW memberi hadiah (binatang korban) dari Madinah (kepada jemaah Haji di Mekah), baginda meletakkan tanda (seperti kalung, sebagai tanda untuk dikorbankan) kepada binatang korban tersebut, kemudian baginda tidak menjauhi sesuatu yang dijauhi oleh seorang yang berihram.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Al-Nawawi berkata: “Hadith ini merupakan bukti sunat memberi binatang korban ke tanah Haram (Mekah), dan sesiapa yang tidak pergi disunatkan baginya mengutuskan binatang tersebut kepada orang lain, demikian juga sunat meletak tanda dan membuat tanda kepada binatang korban, sepertimana yang terdapat di dalam riwayat yang lain .”

Kata Ibn ‘Uthaimin RH di dalam al-Syarh al-Mumti’ 7/106: “Ini kerana termasuk di dalam petunjuk Rasulullah SAW iaitulah memberi hadiah binatang korban sunat.”

5. Sunat membawa binatang korban untuk dikorbankan ketika melakukan Umrah

Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA:

أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم- خرج معتمراً، فحال كفار قريش بينه وبين البيت، فنحر هديه وحلق رأسه بالحديبية ...

Mafhumnya: “bahawa Rasulullah SAW keluar melakukan umrah, lalu golongan Kuffar Quraish menghalang baginda dari masuk ke Masjid al-Haram. Maka Baginda menyembelih binatang korban baginda dan mencukur rambut di Hudaibiah…” (HR al-Bukhari dan Muslim secara ringkas dari Anas bin Malik)

Al’Allamah Ibn al-Qayyim telah menyebut kisah Hudaibiah di dalam kitab beliau Zad al-Ma’ad dan beliau menyebut beberapa pengajaran fiqh, antaranya: Membawa binatang korban adalah sunat ketika menunaikan umrah sendirian, sepertimana ianya juga sunat ketika melakukan Haji Qiran.” (Zad al-Ma’ad 3/301)

6. Sunat berdiri untuk berdoa dan memanjangkan berdiri berhampiran jamrah pertama dan kedua

Berkata al-‘Allamah Ibn ‘Uthaimin RH:

وإذا لم يتيسر لـه طول القيام بين الجمار، وقف بقدر ما يتيسر لـه؛ ليحصل إحياء هذه السنة التي تركها أكثر الناس، إما جهلاً أو تهاوناً بهذه السنة.ولا ينبغي ترك هذا الوقوف فتضيع السنة، فإن السنة كلما أُضيعت كان فعلها أوكد؛ لحصول فضيلة العمل ونشر السنة بين الناس

Mafhumnya: “Sekiranya tidak dapat memanjangkan tempoh berdiri di jamrah-jamrah tersebut, berdirilah sekadar tempoh yang dapat, untuk dapat menghidupkan sunnah ini yang telah ditinggalkan oleh kebanyakan orang, samada mereka meninggalkannya kerana jahil atau menganggap ringan dengan sunnah ini. Maka tidak patut meninggalkan berdiri ini, kerana ia akan menghilangkan sunnah ini, maka setiap kali sesuatu sunnah ditinggalkan, maka melakukannya adalah suatu yang lebih dituntut, untuk memperolehi kelebihan beramal dan menyebarkan sunnah di kalangan orang ramai.” (manasik al-Hajj wa al-Umrah. Hal: 92). Termasuk juga dalil perkara ini ialah hadith riwayat al-Bukhari bilangan 1751.

7. Orang yang sedang menunaikan solat menjawab salam dengan isyarat

Daripada Jabir RA katanya:

إن رسول الله بعثني لحاجةٍ ثم أدركته وهو يصلي فسلمت عليه فأشار إليَّ

Mafhumnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah memanggil saya untuk sesuatu keperluan, kemudian saya datang kepadanya, dan baginda sedang menunaikan solat, saya memberikan salam kepada baginda, dan baginda membuat isyarat kepada saya.” (HR Muslim, Abu Daud dan Ibn Majah)

Al-Nawawi berkata tentang pengajaran hadith ini: “Haram menjawab salam ketika solat dengan lafaz, dan tidak mengapa menjawab dengan isyarah, bahkan ianya disunatkan dijawab salam dengan isyarat. Perkara ini disebut oleh al-Syafie dan ramai ulama yang lain.” (Syarh Muslim 3/31)

Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA katanya:

قلت لبلالٍ: كيف كان النبي - صلى الله عليه وسلم - يرد عليهم حين كانوا يُسلِّمون عليه وهو في الصلاة ؟ قال كان يشير بيده.

Mafhumnya: “Aku bertanya kepada Bilal, bagaimana baginda Nabi SAW menjawab salam apabila diberikan salam kepada baginda, dan baginda sedang solat? Jawab Bilal: Baginda membuat isyarat dengan tangan baginda.”

Lafaz Abu Daud:

فقلت لبلال: كيف رأيت رسول الله يرد عليهم حين كانوا يسلمون عليه وهو يصلي؟ قال: يقول هكذا. وبسط كفه.و بسط جعفر بن عون كفه وجعل بطنه أسفل، وجعل ظهره إلى فوق

Mafhumnya: “Saya (Abdullah bin ‘Umar) bertanya kepada Bilal, bagaimana anda melihat Rasulullah SAW menjawab salam, ketika diberikan salam kepada baginda yang sedang solat? Beliau menjawab: Baginda melakukan seperti ini. Sambil beliau (Bilal) membuka telapak tangannya, dan Ja’far bin ‘Aun juga membuka telapak tangannya dan menjadikan telapak tangannya menghadap ke bawah dan belakang tangannya menghadap ke atas.”

Daripada ‘Abdullah bin Mas’ud RA katanya:

لما قدمت من الحبشة أتيت النبي - صلى الله عليه وسلم - وهو يصلي فسلّمت عليه فأومأ برأسه

Mafhumnya: “Ketikamana saya sampai dari Habashah, Saya datang berjumpa dengan Nabi SAW yang sedang menunaikan solat, lalu saya memberikan salam kepada baginda, dan baginda membuat isyarat dengan kepala baginda.”

Berkata al-Imam Ibn al-Qayyim RH: “Adalah Rasulullah SAW menjawab salam dengan isyarat kepada sesiapa yang memberi salam kepada baginda sekiranya baginda sedang menunaikan solat.” (Zad al-Ma’ad 1/366)

8. Cara menjawab salam kepada orang yang mengirim dan menyampaikan salam.

Ibn al-Qayyim berkata di dalam Zad al-Ma’ad 2/427: “Adalah termasuk di dalam petunjuk baginda SAW, apabila seseorang menyampaikan salam kepada baginda dari orang lain, baginda akan menjawab kepada orang yang menyampai dan mengirimkan salam.”

Dari hadith seorang lelaki dari Bani Tamim daripada bapanya dan daripada datuknya, yang datang kepada Nabi SAW dan berkata:

إن أبي يقرأ عليك السلام قال: «عليك وعلى أبيك السلام». وفي سنده جهالة ولكن الألباني حسنه.

Mafhumnya: “Sesungguhnya bapaku memberikan salam kepada engkau. Lalu baginda menjawab: عَلَيْكَ وَعَلى أَبِيْكَ السَّلَام .” di dalam sanad hadith ini ada periwayat yang tidak dikenali, akan tetapi al-Albani menhasankannya.

Daripada Anas RA katanya:


«جاء جبريل إلى النبي - صلى الله عليه وسلم - وعنده خديجة وقال: إن الله يقرئ خديجة السلام فقالت: إن الله هو السلام وعلى جبريل السلام وعليك السلام ورحمة الله

Mafhumnya: “Jibrail pernah datang kepada Nabi SAW, bersama dengan baginda ada Khadijah, dan baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah menyampaikan salam kepada Khadijah. Jawab Khadijah: إن الله هو السلام وعلى جبريل السلام وعليك السلام ورحمة الله .”

Al-Hafidz Ibn Hajar berkata di dalam Fath al-Bari 7/172: “Diambil pengajaran dari hadith ini, dijawab salam kepada siapa yang mengutus dan menyampaikan salam itu.”

9. Memberi salam ketika perpisah dan berdiri dari sesuatu majlis, dengan menyampaikan tanpa dengan bersalaman.

Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW yang bersabda:

إذا انتهى أحدكم إلى المجلس فليُسلِّمُ فإذا أراد أن يقوم فليُسلِّمُ، فليست الأولى بأحق من الآخرة

Mafhumnya: “Apabila seseorang daripada kamu selesai dari sesuatu majlis, maka hendaklah dia mengucapkan salam, jika dia hendak berdiri (untuk pergi), maka tidaklah salam yang pertama itu lebih berhak dari salam yang akhir.”

Berkata al-‘Allamah al-Albani RH: “Memberi salam ketika bangun dari sesuatu majlis adalah adab yang ditinggalkan disebahagian Negara, dan yang lebih berhak menghidupkan sunnah ini ialah para Ahli dan penuntut ilmu.”

Al-Nawawi berkata di dalam al-Mamu’ 4/325: “berdasakan sunnah, apabila bangun dari sesuatu majlis dan hendak meninggalkan orang yang masih ada di dalam majlis tersebut ialah dengan memberikan salam kepada mereka semua.”

10. Termasuk di dalam petunjuk baginda SAW adalah meminta izin dan mengetuk pintu.

Daripada ‘Abdullah bin Bisr RA katanya:

كان رسول الله - صلى الله عليه وسلم - إذا أتى باب قومٍ لم يستقبل الباب من تلقاء وجهه، ولكن من ركنه الأيمن أو الأيسر، فيقول: السلام عليكم السلام عليكم وذلك أن الدُّور لم يكن عليها يومئذٍ سُتور

Mafhumnya: “Adalah Rasulullah SAW apabila sampai ke sesuatu pintu rumah, baginda tidak menghadapkan muka baginda ke pintu, akan tetapi baginda akan mengarahkan mukanya ke arah kanan atau kiri, lalu berkata: Assalamu’alaikum, Assalamu’alaikum, demikian itu kerana pintu-pintu pada ketika itu masih belum memiliki penutup.” (Hadith ini dengan lafaz dari Abu Daud)

0 comments: