Friday, September 23, 2011

Sebahagian Sunnah yang dilupakan (5)

1. Melantik seorang ketua di dalam permusafiran yang disertai tiga orang ke atas

Daripada Nafi’ daripada Abi Salamah daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

إذا كان ثلاثة في سفرٍ فليأمِّروا أحدهم

Mafhumnya: “Jika ada tiga orang di dalam permusafiran , maka hendaklah menjadi ketua salah seorang dari mereka.”

Nafi’ berkata: Saya bertanya kepada Abu Salamah, Engkau ketua kami.” Ini kerana ketika itu mereka di dalam permusafiran, dan ia juga menunjukkan bersegeranya (generasi) salaf dalam mentaati dan mematuhi sunnah.

Al-Khattabi berkata di dalam Ma’alim al-Sunan: “Tujuan diseruh demikian itu , agar urusan mereka bersatu, dan pandangan tidak berpecah-belah, dan tidak terjadi antara mereka perselisihan yang teruk.”

2. Menunaikan solat sunat di atas kenderaan ketika dalam perjalanan sekalipun tidak menghadap kiblat

Daripada ‘Amir bin Rabi’ah RA katanya:

رأيت النبي - صلى الله عليه وسلم - يصلي على راحلته حيث توجهت به

Mafhumnya: “Saya melihat Nabi SAW menunaikan solat di atas tunggangan, walau kemana sahaja tunggangan menghadap.” (HR al-Bukhari 1098). Dalam riwayat yang lain:

رأيت النبي - صلى الله عليه وسلم - « يسبح يومئ برأسه قبل أي وجهة توجهه، ولم يكن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يصنع ذلك في المكتوبة

Mafhumnya: “Saya melihat Nabi SAW menunaikan solat sunat (di atas kenderaan), baginda berisyarat dengan kepala baginda (dalam melakukan pergerakan) ke arah mana sahaja tunggangannya, dan Rasulullah SAW tidak melakukan sedemikian itu pada solat fardhu.” (HR al-Bukhari 1097, Muslim 701)

Berkata al-Nawawi: “Hadith ini menunjukkan keharusan menunaikan solat sunat di atas tunggangan/kenderaan ketika permusafiran, walau kemana sahaja arah kenderaan tersebut. Perkara ini adalah ijma’ kaum muslimin.” (Syarh Sahih Muslim 3/228)

3. Orang yang bermusafir bertakbir ketika menaiki kawasan tinggi dan bertasbih ketika menuruni kawasan rendah

Daripada Jabir bin ‘Abdillah RA katanya:

كُنَّا إذا صعدنا كبرنا وإذا نزلنا سبَّحنا

Mafhumnya: “Apabila kami menaiki kawasan tinggi, kami bertakbir dan apabila turun kami bertasbih.”

Sifat takbir ini terdapat di dalam riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada hadith Ibn ‘Omar RA katanya:

كان النبي - صلى الله عليه وسلم - إذا قفل من الحج أو العمرة يقول كلما أوفى على ثنيةٍ أو فدفد كبر ثلاثاًً ...

Mafhumnya: “Adalah Nabi SAW apabila pulang dari haji atau umrah, setiap kali menaiki tempat tinggi baginda akan bertakbir tiga kali…”

4. Doa yang penting untuk orang yang bermusafir

Daripada Khaulah binti Hakim RA, Rasulullah SAW bersabda:

من نزل منزلاً، ثم قال:أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق، لم يضره شيءٌ، حتى يرتحل من منزله ذلك

Mafhumnya: “Sesiapa yang singgah di sesuatu tempat, kemudian mengucapkan أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق , tidak akan memudharatkannya sesuatupun sehinggalah dia meninggalkan tempat tersebut.”

Di dalam lafaz yang lain: “Jika seseorang kamu singgah disesuatu tempat, bacalah… (bacaan di atas). Hadith diriwayatkan oleh Muslim dengan dua lafaz, terdapat juga zikir yang sama, dibaca pada waktu pagi dan petang dalam sahih Muslim bilangan 2709, daripada Abu Hurairah RA.

5. Sunat Solat dua rakaat di masjid ketika pulang dari musafir

Daripada Jabir katanya:

خرجت مع رسول الله - صلى الله عليه وسلم - في غزاةٍ، فأبطأ بي جملي وأعيى.ثم قدم رسول الله - صلى الله عليه وسلم - قبلي، .وقدمت بالغداة، فجئت المسجد فوجدته على باب المسجد، قال: «الآن حين قدمت»؟ قلت نعم.قال: «فدع جملك وادخل فصلِّ ركعتين».قال: «فدخلت فصليتُ، ثم رجعتُ

Mafhumnya: “Saya pernah keluar bersama Rasulullah SAW dalam satu peperangan, namun tunggangan saya perlahan dan lewat, kemudian Rasulullah SAW sampai terlebih dahulu daripada saya, dan saya sampai ketika waktu tengahari, lalu saya pergi ke masjid, saya dapati baginda berada di pintu masjid, baginda bertanya: “Engkau baru sampai sekarang.” Saya berkata: “Ya.” Baginda bersabda: “tinggalkan untamu, masuk ke dalam masjid dan tunaikan solat dua rakaat.” Jabir berkata: “Lalu sayapun masuk dan menunaikan solat, kemudian pulang.” (HR al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Daripada Ka’ab RA:

أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - كان إذا قدم من سفرٍ ضُحىً دخل المسجد فصلى ركعتين قبل أن يجلس

Mafhumnya: “Bahawa Rasulullah SAW, apabila pulang dari permusafiran, baginda masuk ke masjid dan menunaikan solat dua rakaat sebelum baginda duduk.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

6. Khatib membuat isyarat dengan jari ketika berdoa

Daripada Husain bin Abdul Rahman, daripada ‘Umarah bin Ruaibah katanya:

رأى بشر بن مروان على المنبر رافعاً يديه، فقال: قبح الله هاتين اليدين. لقد رأيت رسول الله - صلى الله عليه وسلم - ما يزيد على أن يقول بيده هكذا وأشار بإصبعه المسبحة

Mafhumnya: “Beliau (Husain bin Abdul Rahman) melihat Bisyir bin Marwan berada di atas mimbar sambil mengangkat tangan (ketika berdoa), lalu dia (Husain bin Abdul Rahman) berkata: “Semoga Allah memburukkan kedua-dua belah tangan itu, sesungguhnya saya tidak pernah melihat Rasulullah SAW melakukan lebih dari seperti ini, sambil beliau mengisyaratkan dengan jari telunjuk beliau.”

Di dalam riwayat yang lain dinyatakan: “(perkara itu berlaku) pada hari Jumaat (di dalam Khutbah)”

Al-Nawawi berkata: “Ini menunjukkan berdasarkan sunnah, tidak diangkat tangan (ketika berdoa) di dalam khutbah. Inilah pandangan Malik, dan Sahabat kami (mazhab al-Syafie), dan selain mereka. Al-Qadhi meriwayatkan dari sebahagian Salaf dan sebahagian ulama mazhab Maliki yang berpandangan harus, kerana Nabi SAW pernah menganggat tangan baginda di dalam khutbah Jumaat ketika berdoa memohon hujan, dan dijawab oleh golongan pertama, bahawa baginda mengangkat tangan ketika itu disebabkan ada perkara lain (iaitu permohonan hujan) yang mendatang.”

7. Para Jemaah menghadapkan muka mereka kepada khatib pada hari Jumaat

Al-‘Allamah al-Albani berkata: “Menghadapkan muka ke Khatib termasuk sunnah yang ditinggalkan” (al-Silsilah al-Sahihah 5/110). Saya telah dalil-dalil perkara ini di dalam al-Asl.

8. Sunat orang yang mengantuk mengubah tempat duduknya pada hari Jumaat

Daripada Ibn ‘Umar RA daripada Nabi SAW yang bersabda:

إذا نعس أحدكم يوم الجمعة فليتحول من مجلسه ذلك

Mafhumnya: “Apabila seseorang daripada kamu mengantuk pada hari Jumaat, maka hendaklah dia mengubah tempat duduknya itu.” (HR Abu Daud dan al-Tirmizi)

9. Solat Sunat selepas Jumaat

Disunatkan menunaikan solat sunat selepas Jumaat samada sebanyak dua rakaat yang dilakukan di rumah ataupun empat rakaat yang dilakukan di masjid.

Daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda:

ذا صلًّى أحدكم الجمعة فليصل بعدها أربعاً

Mafhumnya: “Apabila seseorang daripada kamu menunaikan solat Jumaat, maka tunaikanlah pula solat sunat selepasnya sebanyak empat rakaat.” Di dalam lafaz yang lain:

من كان منكم مصلياً بعد الجمعة فليصل أربعاً

Mafhumnya: “Sesiapa di kalangan kamu menunaikan solat sunat selepas Jumaat, maka tunaikanlah sebanyak empat rakaat.” (HR Muslim)

Daripada Ibn ‘Umar yang mensifatkan solat sunat Rasulullah SAW dengan berkata:

فكان لا يصلي بعد الجمعة حتى ينصرف، فيصلي ركعتين في بيته

Mafhumnya: “Adalah baginda tidak menunaikan solat sunat selepas Jumaat sehinggalah baginda pulang, dan baginda menunaikan solat sunat sebanyak dua rakaat di rumah baginda.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

10. Adakan pemisah antara solat fardhu dan solat sunat pada solat Jumaat dan selainnya

Daripada ‘Umar bin ‘Atho’:

أن نافع بن جبير أرسله إلى السائب ، يسأله عن شيء رآه من معاوية في الصلاة.فقال نعم.صليت معه الجمعة في المقصورة، فلما سلم الإمام قمت من مقامي فصليت.فلما دخل أرسل إليَّ فقال: لا تعد لما فعلت، إذا صليت الجمعة فلا تصلها بصلاة حتى تكلم أو تخرج، فإن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - أمرنا بذلك. أن لا توصل صلاةٌ بصلاةٍ حتى نتكلم أو نخرج

Mafhumnya: “Bahawa Nafi’ bin Jubair mengutusnya untuk berjumpa dengan al-Sa’ib, untuk bertanyakan sesuatu yang pernah dilihatnya dari Mu’awiyah tentang solat. kata al-Sa’ib: Ya, saya pernah menunaikan solat Jumaat bersama dengan beliau (Mu’awiyah) di al-Maqsurah. Apabila imam memberi salam, sayapun bangun dari tempat saya dan menunaikan solat sunat. Apabila beliau keluar, beliau datang kepada saya dan berkata: “jangan kamu ulangi apa yang kamu lakukan tadi, kerana sesungguhnya Rasulullah SAW mengarahkkan kami untuk tidak menyambung solat (fardhu) dengan solat (sunat) sehinggalah terlebih dahulu kami bercakap atau keluar.” (HR Muslim dan Abu Daud)

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah RH berkata: “Berdasarkan sunnah dipisahkan antara solat fardhu dan sunat untuk solat Jumaat dan selainnya, sepertimana yang thabit di dalam al-Sahih, yang menyatakan baginda SAW melarang dari disambung solat (fardhu) dengan solat (sunat), sehinggalah dipisahkan antara keduanya dengan berdiri atau bercakap.”

0 comments: